Anda di halaman 1dari 2

WALIMATUL 'URUS

1) HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. : Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 2) HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW: Ertinya: Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG 1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orangorang kaya sahaja. 2. Yang menjemput itu juga beragama Islam. 3. Yang dijemput itu juga beragama Islam. 4. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram. 5. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya. 6. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai