Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENDAHULUAN
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang terbentuk antara lelaki dan perempuan yang
berlandaskan syariat Islam dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam
melalui lafaz akad nikah yang sah bagi menjalani sebuah kehidupan berumah tangga iaitu
sebagai suami isteri. Pensyariatan perkahwinan dalam Islam adalah bertujuan untuk
melahirkan dan mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang halal sebagai satu
penyambung keturunan dan mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia juga di akhirat kelak.
Perkahwinan sebagai suatu bentuk hubungan manusia yang paling agung kerana
menuntut adanya tanggungjawab secara timbal balik di antara kedua belah pihak, suami
ataupun isteri, dan juga merupakan suatu bentuk perjanjian.Dikatakan hubungan manusia
yang paling agung antara lain kerana perkahwinan merupakan suatu akad atau perjanjian
yang tidak hanya sekadar merapatkan hubungan dua pihak secara individual antara suami dan
isteri, namun lebih jauh daripada itu dapat mempererat lagi hubungan antara keluarga pihak
suami dan keluarga pihak isteri. Ini bertujuan untuk melangsungkan zuriat yang terdapat
aspek ibadah di dalamnya, dan dalam ikatan perkahwinan tersebut kedua belah pihak
menggunakan nama Allah SWT sebagai penguat ikatan tersebut. Oleh kerananya,
perkahwinan disebut juga sebagai mithaqan ghalizan atau ikatan yang sangat kuat.
Menurut Undang-Undang Perkawinan Nomor 1 tahun 1974, perkahwinan ialah ikatan
lahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai pasangan suami istri dengan
tujuan membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia dan kekal berdasarkan Ketuhanan
Yang Maha Esa.Dalam sebuah perkahwinan, perempuan tidak boleh mengahwinkan dirinya
sendiri melainkan perlu menyerahkannya kepada pihak walinya, kecuali pihak perempuan
tersebut janda. Bahkan seorang ayah berhak memaksa anak perempuannya meskipun anak
tersebut tidak menyetujui pilihannya.Ia dikenali dengan istilah wali mujbir, iaitu wali yang
mempunyai hak memaksa.
Hal ini menimbulkan pemahaman umum bahawa Islam membenarkan kahwin paksa.
Dalam masyarakat juga, telah menjadi kepercayaan secara turun temurun dan menjadi ajaran
di luar keagamaan, jodoh lelaki di tangan Tuhan dan jodoh perempuan di tangan orang
tua.Terdapat banyak kes yang belaku dalam masyarakat mengenai rosak atau hancurnya
sebuah kehidupan rumah tangga yang berlatar belakangkan oleh kesalahan dalam memilih
atau menentukan pasangan hidupnya. Akibatnya, kehidupan berkeluarga secara normal pun
gagal diwujudkan.Sebaliknya yang terjadi adalah sebuah kehidupan rumah tangga yang
diwarnai oleh ketidakharmonian.

1
Menurut Pera Soepriyanti (2008), gejala kegagalan dalam melangsungkan
perkahwinan antara lainnya adalah disebabkan oleh perbezaan calon pasangan yang hendak
melangsungkan perkahwinan dan pihak-pihak keluarga seperti orang tua, yang menilai
sekiranya kedua calon pengantin tidak sepadan, tidak sejajar dengan status sosial, dan
sebagainya. Atau salah satu pihak sebelumnya berada dalam keadaan terpaksa akibat dipaksa
oleh keluarga atau orang tuanya, yang kemudian dikenali dengan istilah “pemaksaan
perkahwinan” atau “perkahwinan yang dijodohkan”. Begitu pula dengan alasan-alasan yang
digunakan oleh orang tua, yang mana mereka menganggap bahawa pilihan anak-anaknya
dalam memilih pasangan (calon suami atau isteri) tidak kafa‟ah atau pilihan anak-anaknya
hanya didasarkan pada perasaan senang dan saling mencintai.
Namun tidak didasarkan pada kesepadanan menurut penilaian orang tua.Adapun
pengertian jodoh iaitu pasangan hidup (lelaki atau perempuan). Sebuah kata yang mendapat
awalan di diertikan sebagai yang dikenai sesuatu atau yang menjadi objek penderita dalam
suatu perbuatan. Justeru perkataan dijodohkan dapat diertikan sebagai seseorang yang
mendapat teman hidup (suami/isteri), bukan atas dasar pilihannya sendiri akan tetapi orang
lain yang mencarikan seperti ibu bapa, saudara, dan lain-lain yang memiliki hubungan darah
dengannya, sama ada yang dijodohkan bersetuju ataupun tidak bersetuju.

2
2.0 HUKUM PERKAHWINAN
Hukum perkahwinan terbahagi kepada 5 bahagian, yakni :

• Sunat bagi seseorang yang mempunyai keinginan untuk berkanwin tetapi masih bole dapat
mengawal diri daripada zina serta berkemampuan zahir dan batin. 

• Wajib bagi seseorang yang mampu untuk berkahwin dan yakin tidak dapat menahan diri
daripada melakukan perbuatan zina jika tidak berkahwin. Dia juga tidak mampu menghalang
perbuatan keji itu dengan cara berpuasa. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan
perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal
nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang
berkemampuan dalam segala aspek. 

• Haram bagi seseorang yang yakin tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isterinya
bahkan menzalimi dan memudaratkannya. 

• Makruh bagi seseorang yang bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan
baik atau tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin sama ada sebab lemah syahwat,
berpenyakit atau terlalu tua. 

• Harus bagi seseorang yang seimbang perasaannya. Jika tidak berkahwin tidak akan
melakukan zina dan jika berkahwin tidak akan menzalimi isterinya. 

3
3.0 TUJUAN DAN HIKMAH
Setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini ada hikmah atau tujuannya yang
tersendiri. Begitu juga dengan ikatan perkahwinan ini. Terdapat beberapa hikmah
perkahwinan, antaranya adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang dijadikan Allah
mempunyai nafsu antara lelaki dan perempuan. Selain itu, perkahwinan juga perlu untuk
tujuan memperluaskan lagi hubungan kekeluargaan diantara keluarga lelaki dan perempuan.
Apabila kita mengikat pertalian yang sah dengan seseorang, itu bermaksud kita juga sudah
jadi sebahagian daripada keluarga tersebut.
Dengan perkahwinan, kita juga dapat mengembangkan lagi masyarakat dengan zuriat
dan keturunan yang soleh. Itu bermakna semakin bertambahlah khalifah-khalifah Allah di
muka bumi ini. Dengan perkahwinan juga, kita dapat melahirkan zuriat yang baik. Oleh itu,
dapatlah kita mewujudkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa manusia. Penyelesaian bagi
mereka yang berkemampuan dan yakin tidak dapat menahan diri dari melakukan maksiat
ialah berkahwin. Kerana dengan itu dapat menghalang mereka daripada melakukan perkara-
perkara yang haram seperti zina. Kita juga dapat menjaga maruah dan peradaban manusia
dengan seimbang dan sejahtera. Selain itu, kita juga dapat menjaga akhlak daripada
keruntuhan dan kemusnahan. Ini bermakna, tiada berlaku perselisihan faham atau
permusuhan dari mana-mana pihak. 

4
4.0 RUKUN DAN SYARAT SAH PERKAHWINAN
Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya.
Rukun nikah mengandungi 5 perkara yakni:
Suami. Antara syarat sah calon suami ialah;
• Islam
• Calon suami mesti nyata seorang laki-laki.
• Suami mesti orang yang halal nikah dengan perempuan yang akan dinikahinya (bukan
muhrim) .
• Suami hendaklah orang yang tertentu (tidak mempunyai isteri lebih tiga orang ketika
menerima Kabul) .
• Suami bukan di dalam ihram, sama ada ihram haji atau ihram umrah.

Isteri. Antara syarat sah calon isteri ialah;


• Islam
• Calon isteri nyata seorang wanita.
• Isteri bukanlah orang yang diharamkan kahwin sama ada sementara atau selamanya
• Isteri hendaklah orang yang tertentu (yang halal dinikahi) .
• Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram, sama ada ihram haji atau umrah.

Wali. Antara syarat sah wali ialah;


• Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan.
• Lelaki. Jamhur ulama’ berpendapat tidak sah perempuan menjadi wali.
• Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi wali.
• Berakal sihat. Orang gila tidak sah menjadi wali.
• Atas kemahuan sendiri.
• Adil. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil serta
tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah.
• Wali bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah.
• Selamat dari penyakit yang merosakkan penglihatan.

5
Selain ada wali, nikah juga memerlukan dua orang saksi. Wali menikahkan (mengijabkan)
dan saksi menyaksikan pernikahan itu. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud;
“Tidak sah nikah kecuali ada dua orang saksi yang adil, nikah yang tidak demikian (tidak ada
wali dan dua orang saksi) adalah batal”.

2 Orang saksi. Antara syarat sah saksi ialah;


• Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi dalam perkahwinan.
• Lelaki. Tidak sah perempuan menjadi saksi.
• Adil. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil serta
tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah.
• Berakal sihat. Orang gila tidak sah menjadi saksi.
• Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi.
• Dapat melihat. Tidak sah orang buta menjadi saksi.
• Dapat mendengar. Tidak sah orang pekak menjadi saksi.
Sighah (Ijab Dan Kabul)

Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinakahkan
kepada pengantin laki-laki. Contoh lafaz (sighah) ijab:”Saya nikahkan engkau dengan anak
saya bernama si pulan binti si pulan dengan maskahwin sebanyak dotdotdot ringgit tunai".
Kabul pula ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan
ijab. Contoh kabul:”Ku terima nikahnya dengan maskahwin dotdotdot ringgit tunai". Kalau
maskahwin tidak berupa wang, sebutkan jenis atau nama barangnya.

Antara syarat sah Ijab Kabul ialah;


• Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau tazwij
• Ijab dan Kabul hendaklah menggunakan lafaz yang sorih
• Tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama.
• Sighah berlaku pada masa itu juga dan tidak terikat dengan syarat tertentu.
• Sighah tidak terikat dengan masa tertentu.

6
5.0 CIRI – CIRI BAKAL SUAMI DAN ISTERI
Memilih pasangan yang mempunyai cirri-ciri yang baik akan melhirkan keluarga yang
bahagia. Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut
di dalam Islam. Antara cirri-ciri yang perlu diberi perhatian ialah, seseorang (lelaki dan
perempuan) itu mestilah berpegang teguh kepada agama islam dan berakhlak mulia. Ini
bermaksud, melakukan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya dan bersama menunaikan
tangungjawab suami isteri dengan sempurna. Calon juga haruslah di pilih dari keturunan
yang baik agar terjamin masa hadapan. Kalau boleh bukan dari kaum kerabat yang terdekat
kerana jika ada perselisihan faham boleh menyebabkan kerenggangan keluarga. Penting juga
untuk mencari pasangan hidup yang sekufu iaitu persamaan antara suami dan isteri dalam
beberapa perkara tertentu, kerana kadang-kala kekurangan boleh merosakkan keharmonian
rumahtangga. Selain itu, sebaik-baik seseorang yang belum berkahwin.
Rasulullah ada menggariskan beberapa panduan dalam memilih pasangan sebagaimana sabda
baginda yang bermaksud;
“wanita dinikahi kerana 4 perkara yakni, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan
agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya berbahagialah kamu”
Hadith tersebut bukanlah dikhususkan kepada kaum lelaki sahaja. Bahkan kaum wanita juga
berhak memilih suami berdasarkan ciri-ciri tersebut.

7
6.0 TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Perkahwinan merupakan ikatan perjanjian antara lelaki dan perempuan untuk sehidup
semati. Oleh itu, ada beberapa peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul bersama
untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Suami merupakan ketua keluarga yang mempunyai
tanggungjawab yang sangat-sangat besar. Seorang suami mesti memberi layanan yang baik
seperti percakapan yang sopan-santun, berterima-kasih, pandai mengambil hati agar kekal
keharmonian dalam keluarga. Suami berkewajipan untuk memberi didikan agama yang
secukupnya kepada isteri dan anak-anak agar mereka dapat menunaikan kewajipan terhadap
Allah dan dapat menyelamatkan mereka dari seksaan Allah. Bagi mereka yang kahwin
banyak, si suami di tuntut berlaku adil terhadap kesemua isteri beliau sama ada dari segi
tempat tinggal, harta mahupun nafkah. Selain itu, suami juga mestilah menyediakan nafkah
zahir dan batin yang mencukupi kepada isteri dan anak-anak mengikut kesesuaian dan
kemampuan. Rumah merupakan tempat berlindung kepada semua orang. Oleh itu, wajib bagi
seseorang suami untuk menyediakan tempat tinggal kepada keluarganya.
Selain daripada tanggungjawab suami, isteri juga mempunyai beberapa
tanggungjawab tertentu untuk melahirkan keluarga bahagia. Isteri wajib taat kepada
suaminya dalam semua hal selagi tidak bertentangan dengan hukum syara’. Isteri hendaklah
pandai menjaga maruah diri seperti menutup aurat, jaga batasan dengan lelaki lain, tidak
menceritakan keburukan suami kepada orang lain dan menjaga keharmonian keluarga.
Seseorang isteri yang solehah akan meminta izin suami terlebih dahulu sebelum melangkah
keluar dari rumah, untuk bekerja, bahkan dalam ibadah seperti berpuasa. Isteri juga perlu
menjaga harta suaminya. Isteri boleh membelanjakan harta suami dengan pengetahuan dan
keizinan suami. Selain itu, isteri juga hendaklah mendahului keperluan dan hak suami
daripada hak isteri dan kaum kerabat. Sifat berterima-kasih hendaklah sentiasa dizahirkan
sama ada dari percakapan atau perbuatan. Sentiasa redha dengan pemberian suami dan tidak
bermegah dengan kelebihan diri dan mengeji kekurangan suami.

8
Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab bersama yang harus ditunaikan bersama
seperti memelihara dan mendidik anak. Bukan tanggungjawab salah seorang sahaja kerana
anak merupakan anugerah Allah kepada mereka. Ibubapa wajib mendidik anak mereka
dengan ilmu fardhu ain dan juga fardhu kifayah agar mereka menjadi anak yang baik dan
soleh. Selain itu, suami isteri juga harus berusaha untuk mengekalkan kasih sayang dalam
rumahtannga. Sentiasa berbincang, saling meminta dan menerima pandangan serta saling
memaafkan kesalahan. Yang paling penting ialah perlu sentiasa bertolak ansur dan saling
mempercayai. Terdapat keadaan dimana suami tidak mampu mencari nafkah kerana sebab-
sebab tertentu seperti sakit. 0leh itu, isteri bolehlah membantu.

Selain daripada tanggungjawab bersama, terdapat juga hak bersama antara suami dan
isteri. Hak pergaulan yang halal. Berkongsi hak pergaulan suami isteri dengan cara yang baik
dan diredhai Allah. Seseorang suami atau isteri juga berhak mendapat hak sabitan nasab
terhadap anak-anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang sah. Seseorang suami atau
isteri mempunyai hak untuk mewarisi harta pusaka apabila salah seorang meninggal dunia.

9
7.0 PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Islam mensyariatkan perkahwinan sebagai pelengkap hidup manusia. Namun begitu,
ada setengah keadaan rumahtangga yang dibina menghadapi masalah. Oleh itu, islam
mensyariatkan pembubaran perkahwinan seperti talak, fasakh, dan hulu’ sebagai jalan
penyelesaian kepada masalah tersebut. Talak merupakan jalan terakhir bagi rumahtangga
yang tidak dapat diselesaikan melainkan dengan cara perpisahan. Haram jatuh talak kepada
isteri yang sedang haid, nifas atau pada waktu suci yang telah disetebuhi. Makruh jika suami
mentalakkan isteri tanpa keperluan, dimana dia masih mahu mengekalkan perkahwinan dan
perkahwinan tersebut tidak menghalang dia dari melakukan kewajipan. Namun begitu, wajib
apabila seseorang itu yakin dengan kekal bersama isterinya akan membawa kepada maksiat
atau membawa kepada perkara haram seperti tidak mampu memberi nafkah. Walau
bagaimanapun, harus jatuh talak apabila isteri tidak menjaga percakapan dan tidak
menunaikan hak-hak Allah. Yang terakhir, sunat apabila bercerai mengikut sebab-sebab yang
dibenarkan syara’ seperti tiada persefahaman lagi setelah berusaha dengan pelbagai cara.
Talak terbahagi kepada 2 yakni talak yang bole diruju’ dan yang tidak boleh di ruju’. Hikmah
disyariatkan talak ialah, dapat mengilak permusuhan dari berterusan, menghilangkan tekanan
perasaan diantara suami dan isteri, dan juga sebagai jalan penyelesaian yang terakhir bagi
masalah dan kekusutan rumahtangga.
Walaubagaimanapun, islam mensyariatkan ruju’ untuk memberi peluang kepada
pasangan suami isteri berbaik semula dengan meneruskan ikatan perkahwinan. Ruju’ sah
hanya jika berlaku dalam tempoh edah. Kifayah ruju’ adalah seperti berikut; seseorang suami
yang hendak ruju’ mestilah melafazkan kata-kata ruju’ kepada isterinya atau mana-mana
lafaz sama ada sorih atau kinayah. Contohnya, ”aku ruju’ semula kepada engkau”atau”aku
ingin berbaik-baik semula”. Disunatkan 2 orang saksi untuk kemuslahatan. Ruju’ dapat
mengilak perasan dendam atau permusuhan. Ruju’ juga untuk membetulkan kesilapan lalu
dan menanam sifat kasih-sayang dan pemaaf. Peluang diberi untuk meruju’ kerana islam
tidak suka kepada perpisahan yang berterusan antara suami isteri. Ini kerana kesannya bukan
terhadap suami isteri sahaja, malah kepada anak-anak yang perlukan ibubapa mereka juga.
Islam mewajibkan keatas seorang isteri yang diceraikan supaya beredah dalam
tempoh yang tertentu mengikut keadaan ketika bercerai. Edah bagi perempuan yang haid
ialah selama 3 kali suci. Bagi perempuan yang tiada haid atau putus haid adalah selama 3
bulan. Edah bagi isteri yang mengandung pula tempohnya sehingga melahirkan anak.
Manakala, edah bagi isteri kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Pensyariatan edah
membuktikan islam menitik beratkan soal keturunan agar tidak berlaku percampuran benih
bekas suami dengan lelaki yang bakal dikahwini. Ia juga memberi peluang seluas-luasnya
kepada pasangan suami isteri untuk meruju’ kembali. Isteri berhak mendapat haknya ketika
didalam edah yang perlu ditunaikan oleh suami.

10
Antara hak tersebut adalah, isteri yang ditalak (raj’i) berhak mendapat nafkah,
tempat tinggal dan pakaian. Suami tidak boleh menyakiti isteri dengan tujuan untuk
mengeluarkannya dari tempat kediaman. Jika isteri tersebut mengandung, dia berhak
mendapat nafkah, tempat tinggal, makanan dan pakaian sehingga melahirkan anak.
Jika dia sedng menyusukan anak, dia berhak mendapat upah daripada penyusuan
tersebut. Isteri itu juga berhak mendapat hak mewarisi jika suaminya meninggal dunia
sebelum tamat tempoh edah.
Fasakh merupakan salah satu bentuk pembatalan perkahwinan yang boleh dituntut
oleh suami atau isteri. Perceraian melalui kaedah fasakh tidak boleh di ruju’ kembali kecuali
dengan cara akad yang baru. Antara sebab yang membolehkan fasakh, jika berlaku murtad
antara salah seorang daripada suami isteri tersebut. Jika suami tidak mampu atau cuai dalam
memberi mahar atau nafkah. Fasakh memberi kesan khususnya kepada 3 perkara, terputus
ikatan perkahwinan, tidak boleh diruju’ kecuali dengan cara akad yang baru. Jika fasakh
berlaku sebelum persetubuhan, maka hak isteri untuk mendapat mahar terbatal. Isteri juga
tidak berhak mendapat mut’ah jika dia yang memohon dan isteri tidak berhak mendapat
nafkah semasa dalam edah fasakh, sama ada hamil atau tidak kecuali tempat tinggal. Fasakh
menunjukkan keadilan dimana suami ada hak talak, isteri mempunyai hak fasakh.
Seseorang isteri mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan melalui hulu’ atau
tebus talak. Contoh lafaz hulu’, ”aku talak kamu dengan bayaran sekian-sekian…”. Hulu’
juga tidak boleh diruju’ kembali, kecuali dengan akad yang baru. Isteri dikenakan bayaran
ganti rugi kepada suami. Selain itu isteri hilang kelayakan untuk mendapat hak mut’ah.
Ketika beredah, isteri tidak berhak mendapat nafkah kecuali jika hamil. Isteri berhak
mendapat tempat tinggal ketika edah. Hikmah disyariatkan hulu’ ialah, jalan kepada wanita
untuk membibaskan diri lelaki yang tidak disukai atau zalim terhadapnya dan juga untuk
memberi keadilan kepada suami isteri. Isteri mendapat hak tuntutannya manakala suami
mendapat bayaran ganti rugi.

11
8.0 KESIMPULAN
Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat
diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing
yang hak mengikut lunas-lunas peraturran tertentu.

Justeru itulah, Allah menjadikan makhluk-makhluk-Nya khususnya insan ini,


fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan beristeri dan seterusnya
berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya, lebih berkat, tenteram dan teratur
berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.

Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan
perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredai Allah s.w.t dan
dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Rumah tangga yang dibina merupakan alam pertama yang
boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-
individu yang menyokongnya.

Seandainya suasana sesebuah rumah tangga itu aman bahagia dan kasih mengasihi
antara satu sama dengan yang lain akan tenteram dan sejahtera pula masyarakat, begitulah
pula sebaliknya.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih dan sayang.

(Surah al-Rum:21)

12
RUJUKAN

Rujukan 1 :
http://www1.widgetserver.com/?
subid4=1537838735.0072290114&kw=watch+TV&KW1=Widget%20Dedicated
%20Servers&KW2=Chat%20Widget&KW3=Shopping%20Cart
%20Widget&searchbox=0&domainname=0&backfill=0
Rujukan 2 :
https://secretadmire01.wordpress.com/2011/12/15/pernikahan-dalam-islam/
Rujukan 3 :
http://ppismp205.blogspot.com/2012/03/konsep-perkahwinan-dalam-islam.html
Rujukan 4 :
https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/12/22/perkahwinan-menurut-islam/
Rujukan 5 :
https://www.slideshare.net/arranaim/perkahwinan-didalam-islam

13

Anda mungkin juga menyukai