Anda di halaman 1dari 44

KAUNSELING KELUARGA

KSL6193
BY: ROSDIANA SHAHARUM
PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
• Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak
daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan
ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah
dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu
peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan
oleh seseorang yang beriman.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
• Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi
kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka
sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat
berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja.
(Surah al-Nisaa’: 3)
Sementara Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

• Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami


berkahwin dan menegah kami daripada
membujang dengan tegahan yang keras. Dan
sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak
pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku
berbangga kerana banyak bilangan kamu
pada hari kiamat kelak.
(HR. Imam Ahmad)
Panduan Islam untuk pemilihan jodoh

• Islam juga memberi panduan yang jelas


bagi seseorang lelaki memilih jodoh.
Namun begitu, Islam lebih
mengutamakan perempuan beriman
kerana hanya keimanan saja dapat
menjamin kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin


kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan
pula kerana kekayaannya kerana mungkin kekayaannya
menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah wanita
itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya
tapi bersih agamanya adalah terlebih utama.
(HR. Baihaqi)
NIKAH
Adakah anda faham apakah yang
dimaksudkan dengan nikah? Nikah dari segi
bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala,
Dalam institusi keluarga pasti wujud interaksi,
sama ada dari segi kognitif atau efektif di
antara ahli keluarga yang dewasa, , remaja ,
kanak-kanak dan orang tua.
.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
Nikah itu adalah sunnahku, maka
sesiapa yang benci sunnahku maka
sesungguhnya ia bukan dari
golonganku.
HR: Ibnu Majah
HUKUM NIKAH
JENIS-JENIS PERKAHWINAN
• Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai
wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa
di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa
had dan batas. Contohnya ada agama di negara
China yang membolehkan perkahwinan sehingga
130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami
dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam,
poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang
isteri dengan syarat-syarat yang tertentu. 
• Poliandri merupakah perkahwinan yang
berlaku antara seorang perempuan dengan
beberapa orang lelaki (konsep songsang
dari poligami). Perkahwinan ini sangat
jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang
bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab.
Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila
saudara lelaki yang tua mengahwini
seorang wanita, wanita itu menjadi isteri
untuk semua saudara-saudaranya. Amalan
ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. 
• Monogami merupakan cara perkahwinan
tunggal iaitu perkahwinan antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan sahaja.
Sesetengah agama seperti Kristian
mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana
menganggap perkahwinan antara seorang
lelaki dan seorang perempuan adalah
untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah
penceraian tidak diiktiraf sama sekali
(seperti mazhab Katolik). 
HIKMAH PERKAHWINAN
“PERKAWINAN SATU IBADAT”
Untuk Memperoleh Ketenangan
Hidup, Kasih Sayang Dan
Ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan
syariat
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan: Islam
begitu teliti dalam menyediakan
persekitaran yang sihat bagi
membesarkan anak-anak.
PEMILIHAN CALON PASANGAN
CIRI-CIRI BAKAL SUAMI
• beriman & bertaqwa kepada Allah SWT
• bertanggungjawab terhadap semua benda
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan
anak-anak ke jalan yang benar
• tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan
sebagainya
• rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencar
rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga. 
CIRI-CIRI BAKAL ISTERI
• beriman & solehah
• rupa paras yang cantik dan elok
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• menentukan mas kahwin yang rendah
• wanita yang subur
• masih dara
• berasal dari keturunan yang baik
• bukan keturunan terdekat
Peminangan
• Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji
pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan
perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-
dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat
Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah
permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah
harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram
sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang.
Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan
merupakan tanda ikatan pertunangan.
• Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan
oleh lelaki, pemberian tidak perlu
dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita,
maka hendaklah dikembalikan, namun
persetujuan hendaklah dibuat semasa
peminangan dilakukan. Melihat bakal suami
dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak
mahu penyesalan berlaku setelah
berumahtangga. Anggota yang harus dilihat
bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua
tangan sahaja. 
Nikah & Rukun nikah

• Pengantin lelaki
• Pengantin perempuan
• Wali
• Dua orang saksi
• Ijab dan kabul (akad nikah) 
Syarat bakal suami
• Islam
• Lelaki yang tertentu
• Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
• Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah
tersebut
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu
masa
• Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini
Syarat bakal isteri

• Islam
• Perempuan yang tertentu
• Bukan perempuan mahram dengan bakal
suami
• Bukan seorang khunsa
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Tidak dalam idah
• Bukan isteri orang
SYARAT WALI
• Islam, bukan kafir dan murtad
• Lelaki dan bukannya perempuan
• Baligh
• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Tidak fasik
• Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
• Merdeka
• Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan
hartanya
JENIS-JENIS WALI
• Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau
datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa)
mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan
anak perempuannya atau cucu
perempuannya dengan persetujuannya atau
tidak (sebaiknya perlu mendapatkan
kerelaan bakal isteri yang hendak
dikahwinkan) 
• • Wali aqrab: Wali terdekat mengikut
susunan yang layak dan berhak menjadi
wali
• • Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit
mengikut susunan yang layak menjadi
wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan.
Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali
ab’ad lain seterusnya mengikut susuna
tersebut jika tiada yang terdekat lagi. 
•  Wali raja/hakim: Wali yang
diberi kuasa atau ditauliahkan
oleh pemerintah atau pihak
berkuasa negeri kepada orang
yang telah dilantik menjalankan
tugas ini dengan sebab-sebab
tertentu
Syarat-syarat saksi
• Sekurang-kurangya dua orang
• Islam
• Berakal
• Baligh
• Lelaki
• Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
• Boleh mendengar, melihat dan bercakap
• Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan
melakukan dosa-dosa kecil) 
• Merdeka
SYARAT IJAB

• Pernikahan nikah hendaklah tepat


• Tidak boleh menggunakan perkataan
sindiran
• Diucapkan oleh wali atau wakilnya
• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu
seperti mutaah (nikah kontrak e. g.
perkahwinan (ikatan suami isteri) yang sah
dalam tempoh tertentu seperti yang
dijanjikan dalam persetujuan nikah
muataah) 
• Tidak secara taklik (tiada sebutan
prasyarat sewaktu ijab dilafazkan) 
Syarat qabul
• Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
• Tiada perkataan sindiran
• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
(atas sebab-sebab tertentu) 
•  Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti
mutaah (seperti nikah kontrak) 
• Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabu
dilafazkan) 
• Menyebut nama bakal isteri
• Tidak diselangi dengan perkataan lain
Wakil Wali / Qadi
• Wakil wali/Qadi adalah orang yang
dipertanggungjawabkan oleh institusi
Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk
menerima tuntutan para Wali untuk
menikahkan/mengahwinkan bakal isteri
dengan bakal suami.
• Segala urusan perkahwinan, penyedian
aset perkahwian seperti mas kahwin,
barangan hantaran (hadiah), penyedian
tempat berkahwin, jamuan makanan
kepada para hadirin dan lain-lain adalah
tanggungan pihak suami isteri itu.
• Qadi hanya perlu memastikan aset-aset
itu telah disediakan supaya urusan
perkahwinan berjalan lancar.
• Disamping tanggungjawabnya
mengahwinkan suami isteri berjalan
dengan dengan sempurna
• Qadi perlu menyempurnakan dokumen-
dokumen berkaitan perkahwinan seperti
sijil perkahwinan dan pengesahan suami
isteri di pihak tertinggi seperti jabatan
Islam dan jabatan pendaftaran negara.
• Ini bagi memastikan status resume suami
isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.
• Qadi selalunya dilantik dari kalangan
orang-orang alim (yang mempunyai
pengetahuan dalam agama Islam
dengan luas) seperti Ustaz, Muallim,
Mufti, Sheikh ulIslam dan sebagainya.
• Qadi juga mesti merupakan seorang
lelaki Islam yang sudah merdeka dan
akhil baligh. 
Sesungguhnya, perkahwinan itu
adalah satu keperluan yang wajib bagi setiap
individu yang hidup didunia ini. Ini kerana Allah
telah menciptakan manusia ini hidup berpasang-
pasangan. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa
yang telah dikurniakan oleh Allah untuk semua
hamba-Nya. 

Anda mungkin juga menyukai