Anda di halaman 1dari 22

MUNAKAHAT

TUJUAN PERKAHWINAN

1) Sunnah Rasulullah s.a.w


2) Melengkapi fitrah (menyaluri nafsu seks)
3) Mengembang biakkan umat manusia (institusi perkembangan tamadun manusia)
4) Mengelakkan maksiat
5) Menjaga kesucian zuriat
6) Menjaga kehormatan manusia
7) Menjalinkan kasih sayang (Memperluas & mengeratkan silaturrahim)

Dalil Perkahwinan

1) An-Nur 32
2) An-Nisa 3
3) Hadis R Bukhari
4) Hadis R B & M

Dalil pensyariatan

 Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3


 Surah An-Nuur: ayat 32
 Surah An-Nahl: ayat 72
 Surah Yaasin: ayat 36
 Surah Ar-Rum: ayat 21
 Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
 Surah Luqman: ayat 10
 Surah Qaf: ayat 7
 Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Hukum

Hukum asal Sunat tp berubah ikut keadaan

HUKUM ALASAN
Wajib  Mampu Zahir & Batin
 Takut Zina kalau x kahwin
Sunat  Mampu Zahir & Batin
 Ada keinginan
 Mampu mengawal diri
 Tujuan nk menjaga kehormatan dri dan kesempurnaan agama
Harus  X der apa2 sebab menghalang @ menyuruh mereka berkahwin
 Ada kemampuan
 Tp, belum ada keinginan
Haram  X mampu Zahir & Batin
 Tujuan Menzalimi Isteri

Hikmah

1. Memenuhi tuntutan fitrah Zahir & batin manusia


2. Mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan tersusun
3. Melatih sifat tanggungjawab
4. Membanteras penyakit social
5. Bertukar-tukar pendapat
6. Mengukuhkan ekonomi (bagi pasangan bekerja)
7. Menghubungkan silaturrahim

PERSEDIAAN SEBELUM PERKAHWINAN


MEMILIH JODOH

1) Sunat melihat

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang
perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya
perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

2) Kufu (persamaan taraf) yang merangkumi:


 Agama
 Keturunan
 Harta
 Kecantikan
 Dan lain2…

Bakal ISTERI Bakal SUAMI


 beriman & solehah  beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
 rupa paras yang cantik dan elok  bertanggungjawab terhadap semua benda
 memiliki akhlak-akhlak yang terpuji  memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
 menentukan mas kahwin yang rendah  berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
 wanita yang subur  tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
 masih dara  rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk
 berasal dari keturunan yang baik kebahagiaan keluarga.
 bukan keturunan terdekat

Harus menyelidik latar belakang diri & keluarga bakal pasangan melalui wakil & orang tengah yang adil & amanah.
Tujuan Pilih:
1) Supaya harmoni & berpuas hati
2) Lahir perasaan kasih saying & redha meredhai
3) Dapat mencari pasangan yang mulia & zuriat yang bersih

MEMINANG

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah
permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah,
dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga
dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya".

Cara:

1. Terus terang @ melalui sindiran @ kiasan utk ank dara


2. Sindiran utk janda dlm I’ddah ( al-Baqarah 2:235)

MAS KAHWIN

1. Benda bernilai @ faedah & manfaat yang diberikan oleh suami kpd isterinya kerana akad perkahwinan
2. Sebagai penghargaan kpd isteri
3. Memenuhi ketetapan drpd Allah ( al-Nisa’ 4:4)
4. Islam galakkan Mas Kahwin yang rendah & sederhana namun ia bergantung pada budi bicara & keadaan kedua belah pihak
Sblm setubuh ½ Sekiranya bercerai kalau salah
Slps semua seorang mati, wajib bayar
semuanya

Syarat Mas Kahwin :

1) Suci & dapat disucikan


2) Berfaedah
3) Milik Suami
4) Mampu diserahkan
5) Diketahui sifat & jumlahnya

Jenis Mas Kahwin

 Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya

 Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

Musamma al-Mua’jjal Musamma al-Muajjal


Disebut dalam akad & ditunaikan segera Disebut dalam akad tapi ditunaikan secara
bertangguh
Mithil : x ditentukan ketika akad bayaran mgikut kadar penilaian ahli keluarga & saudara
perempuan Isteri
Hantaran

Hadiah

Hikmah hantaran :

1. Mengeratkan hubungan kekeluargaan


2. Memuliakan pengantin L&P
3. Memuliakan keluarga L&P
4. Salin bertukar hadiah

Kenduri Kahwin/ walimatul urus

Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama
mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk
orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan
rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut
keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah
mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali
berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-
masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai
rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama
lain.Islammelarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut
telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang
bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan
rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Dalil:

1) H
2) H
3) H

Kepentingan Walimah :

1. Menyatakan kesyukuran kpd Allah


2. Menghebahkan oarg ramai ttg perkahwinan (H)
3. Kenduri Kahwin adalah sunat muakkad
4. Meraikan & memuliakan Pengantin baru
5. Mengeratkan ukhuwwah masyarakat Islam
6. Mengelakkan fitnah

Akad perkahwinan

Rukun nikah

 Pengantin lelaki
 Pengantin perempuan
 Wali
 Dua orang saksi
 Ijab dan kabul (akad nikah)

[sunting] Syarat bakal suami

 Islam
 Lelaki yang tertentu
 Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
 Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
 Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
 Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

[sunting] Syarat bakal isteri

 Islam
 Perempuan yang tertentu
 Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
 Bukan seorang khunsa
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Tidak dalam idah
 Bukan isteri orang

[sunting] Syarat wali

 Islam, bukan kafir dan murtad


 Lelaki dan bukannya perempuan
 Baligh
 Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Tidak fasik
 Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
 Merdeka
 Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah menyetujui perkahwinannya dengan bakal suami agar tidak timbul sebarang masalah selepas menjalani kehidupan
sebagai suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum wanita itu sendiri.Sebab itu juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab qabul
berlangsung antara Wali/wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu mendapatkan pengesahan/kepastian sebenar dari bakal isteri/wanita yang hendak
dikahwinkan tentang status kerelaannya untuk disatukan.
[sunting] Jenis-jenis wali

 Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak
perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang
hendak dikahwinkan)

 Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

 Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan
berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

 Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik
menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

[sunting] Syarat-syarat saksi

 Sekurang-kurangya dua orang


 Islam
 Berakal
 Baligh
 Lelaki
 Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
 Boleh mendengar, melihat dan bercakap
 Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
 Merdeka

[sunting] Syarat ijab

 Pernikahan nikah ini hendaklah tepat


 Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
 Diucapkan oleh wali atau wakilnya
 Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh
tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
 Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas
kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

[sunting] Syarat qabul

 Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab


 Tiada perkataan sindiran
 Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
 Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
 Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
 Menyebut nama bakal isteri
 Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh sebuatan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas
kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari saksi perkahwinan dengan
cara meminta saksi mengatakan lafaz "Sah" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.

Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan
mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu,mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada
jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian suami isteri.Aktiviti ini diteruskan
dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami dan
isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung.Perkahwinan Islam sememangnya
mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau
majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir.Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan
perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

[sunting] Wakil Wali/ Qadi

Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali
untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas
kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak
suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping
tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan
perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi
memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai
pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang
lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Sebab haram nikah

 Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa:
Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa,
emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
o Ibu
o Nenek sebelah ibu mahupun bapa
o Anak perempuan & keturunannya
o Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
o Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
o Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
o Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

 Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
o Ibu susuan
o Nenek dari sebelah ibu susuan
o Adik-beradik perempuan susuan
o Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
o Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

 Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:


o Ibu mentua dan ke atas
o Ibu tiri
o Nenek tiri
o Menantu perempuan
o Anak tiri perempuan dan keturunannya
o Adik ipar perempuan dan keturunannya
o Emak saudara kepada isteri
 Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

Tanggungjawab Suami Isteri

Suami

1) Membayar Mas Kahwin kepada isteri


2) Melayan isteri dgn penuh kasih sayang (H)(Q)
3) Memberi didikan agama (al-Tahrim 6)
4) Memberi nafkah Zahir (asasi)
5) Menjadi ketua keluarga(al’Nisa 34)
6) Berlaku adil sekiranya poligami

Isteri

1. Taati suami (H)


2. Menjaga maruah dri
3. Sentiasa menyenangi hati suami
4. Sentiasa m’hormati suami sbg ketua keluarga ( an-nisa34)
5. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami
6. Tanggungjawab bersama;

         Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumah tangga


         Memberi pendidikan kepada anak
         Memberi kasih sayang kepada anak
         Memberi layanan baik kepada keluarga kedua-dua belah pihak
         Sama-sama berkorban untuk kebahagiaan anak

7. Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga

         Hubungan suami isteri akan renggang dan berlaku perselisihan


         Pasangan suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah hubungan suami isteri
         Anak-anak menjadi mangsa perceraian dan akan terabai didikan serta kasih sayang
 
8. Kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat

         Keluarga merupakan salah satu komponen terpenting yang membentuk identiti masyarakat
         Akan lahir para cendekiawan dan pemimpin berkaliber kerana mendapat didikan yang baik dari keluarga yang
harmoni
         Akan lahir anak-anak yang cemerlang dan bijak

Penyelesaian Krisis Rumah tangga

Krisis Erti Kesan Sebab Penyesaian Hikmah


Nusyuz Derhaka 1.Mendapat 1.Nasihat
@ kemurkaan Allah 2.Pisah tempat tidur
ingkar 2.Berdosa Besar 3.Memukul
3.Gugur hak nafkah 4.Cerai
Fasakh Tanggal Perceraian ( perlu 1.ada kecacatan
@ akad & mahar baru 2.X dpt nafkah
singkir jika ingin bersama 3.Suami x sggup
semula) byr mas kahwin
4.mungkir janji
Illa’ Sumpah X boleh menyetubuhi 4 cara: 1.Membatalkan
yg isteri selagi tidak sumpah dalam masa
dilafazka membayar kafarah 1. x sebut lama 4 bulan
n suami sumpah. masa 2.Ceraikan isteri
x mahu 2. myebut masa
myetubu lbih 4 B Bayar kafarah :
hi isteri 3. masa jauh 1)merdekakan
(mati) hamba
4.masa x terbatas 2)beri makan 10 org
& x terhad miskin
(selama -lamanya) 3) beri pakaian kpd
10 org miskin
4)puasa 3 hari
Li’an Laknat / 1.Dipisahkan kadi Suami menuduh Bercerai
kutukan atau hakim selama- isteri berzina
dr Allah lamanya tanpa bukti @
4+1 2.terlepas hukuman saksi & isteri
sumpah qazaf menolak tuduhan
3.x layak dapat itu bagi
nafkah, tmpt tggal, melepaskan dri
mut’ah sewaktu drpd hukuman
‘iddah qazaf
4. anak terputus
nasab
Zihar Belakan 1.haram bersetubuh Menyamakan 1.Merdekakan 1.Memberi
g selagi x bayar kifarah mana2 anggota hamba pengajaran kpd org
-keji 2.jatuh talak kalau isteri dgn mahram 2.berpuasa 2 bulan yg tidk m’syukuri
-berdosa disertai niat berturut-turut nikmat Allah yg
besar menceraikan 3.m’beri makan kpd halalkan
haram 60 org miskin p’setubuhan
2.Menaikkan
martabat wanita
3.menunjukkan
perkahwinan itu
suci
4.Pengajaran kpd
suami supaya fikir
& berhati-hati sblm
melakukan sesuatu
perkara

Pembubaran Perkahwinan

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan
perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan
isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang
dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

Hukum talak
Hukum Penjelasan

a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi


b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
Wajib
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

Haram a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas


b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya


Sunat
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama

Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

Rukun talak
Perkara Syarat

Berakal
Suami Baligh
Dengan kerelaan sendiri

Akad nikah sah


Isteri
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya

Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya


Lafaz
Dengan sengaja dan bukan paksaaan

Contoh lafaz talak

 Talak sarih

Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak
daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
 Talak kinayah

Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau
“Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka
jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.

Talak taklik

Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan
atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar
dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya),
berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan
sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah
talak satu ke atas isteri saya.”

Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan
berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila
disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”
Jenis talak Berdasarkan kesan rujuk
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih
Talak raj’i dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
Berkekalan:
Talak bain
 Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh
dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya
menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.

 Lian

Tidak Berkekalan :

 Khuluk
 Talak sebelum bersetubuh
 1 @ 2 yg tlah tamat tempoh iddahnya

Jenis talak berdasarkan keadaan isteri


Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan
Talak sunni tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci]
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau
Talak Bid’i ketika suci yang disetubuhinya.

Mut’ah

Saguhati berupa harta atau barangan bernilai yg diberikan kpd isteri slps perceraian.

Dalil: al-Baqarah 236

Imam Syafi’i berpendapat: WAJIB kecuali khuluk


Hikmah Mut’ah:

1) Meringakan beban wanita

2) Menghiburkan hati mereka

Fasakh
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat
yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu
memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh suami
sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak isterinya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh
menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejap); penyakit
kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah
belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum
bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama
dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat
terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).

Cara melakukan fasakh

 Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh


 Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
 Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
 Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Khuluk atau tebus talak


Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh
melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah
membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya
dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan
kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa
tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”

Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya
menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan
khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.

Tujuan khuluk

 Memelihara hak wanita


 Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
 Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.
 Mengelakkan nusyuz

Sebab Membolehkan Khuluk

1. Suami mempunyai kecacatan pd tubuh @ anggota


2. Suami m’punyai akhlak yg tidak baik & keji
3. Suami Tidak bertanggungjawab

Rujuk
Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula
kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.
[sunting] Hukum rujuk
Hukum Penjelasan

Wajib Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain

Haram Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu

Makruh Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri

Harus Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

[sunting] Rukun rujuk


Perkara Syarat

Berakal
Suami Baligh
Dengan kerelaan sendiri

Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj’i
Isteri Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara khuluk
Masih dalam idah

Ucapan yang jelas menyatakan rujuk


Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
Lafaz
Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan
[sunting] Contoh lafaz rujuk

[sunting] Lafaz sarih

Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk kembali awak” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

[sunting] Lafaz kinayah

Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu
dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah
rujuknya.

Anda mungkin juga menyukai