Anda di halaman 1dari 48

KELUARGA DALAM ISLAM

USTAZAH ANISAH BAHYAH


Perkara yang dibincangkan

◦ Nikah
◦ Hikmah perkahwinan
◦ Ciri-ciri suami dan isteri yang soleh dan solehah
◦ Talaq
◦ Poligami
◦ Khuluk
PENGERTIAN NIKAH

◦ Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul

◦ Dari segi syarak:

Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanita.
Dalil pensyariatan pernikahan ialah
Surah An-Nisa’ : 3,
Surah An-Nur:32
Surah Ar-Rum:21
Hikmah pernikahan
Menyahut seruan fitrah manusia
◦ Melahirkan keturunan yang soleh
◦ Mewujudkan ketenangan jiwa
◦ Memelihara akhlak dari keruntuhan
◦ Memelihara kewujudan manusia
◦ Meluaskan ikatan persaudaraan
Hukum Perkahwinan
◦ Sunat – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan
◦ Makruh – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan
◦ Wajib – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina
◦ Haram – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya
◦ Harus – Bagi yang mampu tapi tiada keinginan
Persediaan sebelum nikah

Memilih jodoh yang terbaik.

Hadith Nabi s.a.w.:”Dinikahi wanita kerana empat perkara: hartanya, keturunannya,


kecantikannya dan agamanya. Utamakan yang kuat beragama, pasti kamu selamat.”
Ciri-ciri bakal isteri yang baik

Kuat pegangan agama
◦ Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut
◦ Subur iaitu dapat melahirkan anak
◦ Berasal keturunan yang mulia
◦ Berilmu pengetahuan
◦ Digalakkan yang masih perawan
Ciri-ciri suami idaman
Kuat pegangan agama
Berakhlak mulia
Mempunyai harta
Berilmu pengetahuan
Berketurunan mulia
Sihat jasmani
Tujuan Pemilihan pasangan
Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoni
◦ Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredai
◦ Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna
Peminangan dan pertunangan

Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi

Ia adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga


Pinangan yang diharamkan
Kepada wanita yang bersuami
Kepada wanita yang mahram
Kepada wanita yang dalam iddah talak raj’i
Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan
Apa itu maskahwin?
◦ Maskahwin adalah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah
◦ Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganya
◦ Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah

◦ Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4



Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunat
◦ Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri
◦ Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.

◦ Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak


◦ Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia
sebelum atau sesudah persetubuhan

◦ Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi
isterinya.Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan
isteri seperti murtad atau kecacatan.
Syarat –syarat maskahwin


Mestilah benda yang suci
◦ Memberi faedah seperti mengajar ilmu agama atau Al-Quran
◦ Diketahui sifat dan jumlahnya adalah milik suami
Hantaran
Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan.Ia diberikan oleh pihak lelaki
dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang.Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus
Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.

◦ Hikmah hantaran Mengeratkan hubungan kekeluargaan



Memuliakan pengantin lelaki dan perempuanS
◦ Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak
Wanita yang haram dinikahi

Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina
hubungan kekeluargaan.
◦ Wanita seumpama ini digelar mahram.Mereka terbahagi kepad dua golongan:

◦ Pembahagian mahram:
◦ Mahram muabbad iaitu mereka yang haram dinikahi selamanya

◦ Mahram muaqqat iaitu mereka yang haram dinikahi untuk sementara waktu sahaja.Sebab-sebab
pengharaman selamanya:Hubungan keturunan
Wanita yang haram dinikahi
◦ Mahram muabbad
◦ Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu
Anak perempuan, cucu cicit ke bawah
◦ Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu
◦ Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu

◦ Mahram muabbad
◦ Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa)
◦ Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu)
◦ Pengharaman kerana susuan
◦ Golongan wanita ini adalah sama seperti mahram keturunan
◦ Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh:Ibu mertua susuanAnak tiri susuanIsteri bapa susuanIsteri menantu
susuan
◦ Mahram muabbad
◦ Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan,
◦ contoh:Ibu mertua susuan
◦ Anak tiri susuan
◦ Isteri bapa
Mahram Muaqqat

Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu


kerana ada halangan

Adik-beradik isteri (ipar)

Emak saudara dan anak saudara isteriIsteri yang kelima

Wanita kafir penyembah berhalaIsteri orang lain

Isteri dalam iddah

Isteri talak tiga


Rukun nikah

Rukun-rukun nikah Ijab dan Kabul

1.Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki


2.Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali
pengantin wanita
3.Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin
terhadap pernikahan itu
◦Syarat-syarat ijab Kabul:
Menggunakan lafaz nikah atau kahwin Ijab kabul
bersambung ucapannya
◦ Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah
◦ Tidak bersyarat
◦ Tidak bertempoh
Rukun keempat nikah
Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita
Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir
Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadisWali bukan mujbir ialah wali-wali
selain bapa dan datuk sebelah bapa
Rukun kedua nikah
Pengantin wanita, syarat-syaratnya:

Beragama Islam atau ahli Kitab


Bukan mahram,
Bukan dalam iddah,I
Bukan steri orang lain atau sudah dipinang.
Ditentukan siapakah orangnya
Bukan dalam ihram haji atau umrah
WALI
◦ Hikmah adanya wali
◦ Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkanMenonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita.
◦ Memelihara sifat malu wanita

◦ Keistimewaan wali mujbir



Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam.
◦ Ada tiga syarat wali mujbir:
◦ Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu
◦ Pernikahan hendaklah sekufu
◦ Bakal suami mampu segera bayar maskahwin

◦ Hukum nikah tanpa wali Nikahnya tidak sah.


◦ Pasangan wajib dipisahkan.

Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar


◦ Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat
SUSUNAN WALI
Bapa.
◦ Bapa kepada bapa (datuk)Adik-beradik lelaki kandung
◦ Adik-beradik lelaki sebapa
◦ Anak saudara lelaki kandung
◦ Anak saudara lelaki sebapa

◦ Susunan wali-wali nikah



Bapa saudara kandung sebelah bapa
◦ saudara sebapa sebelah bapa
◦ Sepupu lelaki kandung
◦ Sepupu lelaki sebapa

◦ Syarat-syarat wali Islam



Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil
◦ Baligh
◦ Beraka
◦ lBukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
◦ Syarat-syarat wali Islam

Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil
Baligh
Berakal
Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
◦ Hukum wali enggan kahwinkan wanita

Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar , wali mesti mengahwinkannya.
Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya.
Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali
menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.
◦ Hukum jika wali dekat tiada

Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali
berpindah kepada wali hakim.
◦ Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siapa boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya
atau perwakilannya.
Dua wali yang sama taraf

Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara


kandung,dua pakcik.
Dalam hal ini,disunatkan jadi wali
Orang yang paling faham hal pernikahan.
Orang yang lebih warak
Orang yang lebih tua
Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali
hakim atau seorang muslim di tempat itu.
◦ Sunat-sunat akad nikah

Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan
◦ Mendoakan kebaikan untuk pengantin
◦ Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang
◦ Membaca doa ketika ingin bersatu

◦ Sunat akad nikah


◦ Mengadakan walimah (kenduri kahwin)

Hukumnya adalah sunat muakkad


◦ Kadarnya menurut kemampuan
◦ Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah
◦ Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib
POLIGAMI
◦ Poligami
◦ Hukum asal adalah harus.
Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit atau mandul dan suami mampu berlaku
adil.Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan suami meragui kemampuannya berlaku
adilHukumnya haram jika suami yakin tidak mampu berlaku adil

◦ Maksud keadilan
◦ Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti makan
minum, tempat tinggal, giliran tidur dan pergaulan yang baik( Surah An-Nisa’ : 3 )Suami tidak
diwajibkan berlaku adil dari segi perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa kepada
tindakan zalim( Surah An-Nisa’ : 129 )
◦ Hikmah poligami Menjaga kesucian lelaki yang mampu

Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau wanita simpanan


Terdapat keadaan di mana poligami membawa faedah yang besar seperti keadaan di mana ada keinginan yang tinggi
sedangkan isterinya sakit tidak mampu melayan suaminya dan keadaan di mana bilangan lelaki berkurangan
dibandingkan dengan wanita disebabkan peperangan atau musibah

◦ Peringatan!!!!
◦ Penyalahgunaan orang-orang yang zalim terhadap konsep poligami tidak menafikan hikmah diharuskan poligami.
◦ Islam tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka.Poligami disyariatkan untuk menyahut keperluan, melindungi
masyarakat dan menghapuskan maksiat.
KONSEP PERCERAIAN
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
◦ Perceraian disebutkan sebagai ṭalāq dalam Bahasa Arab.
◦ Ṭalāq dari segi bahasa ertinya melepaskan atau meleraikan ikatan manakala menurut istilahpula ertinya
meleraikan atau melepaskan hubungan pernikahan dengan lafaz
◦ ṭalāq atau lafaz yang serupa dengannya.
◦ Sebahagian daripada ulama’ fiqh pula,memberikan definisi ṭalāq itu kepada sesuatu yang boleh
membubarkan ikatan pernikahan sama ada ianya boleh terbubar secara serta merta atau di suatu masa
yang akan datang dengan lafaz ṭalāq atau sewaktu dengannya.
Hukum Ṭalāq
◦ Para sarjana Islam berselisih pandangan berkaitan hukum asal bagi ṭalāq.
◦ Majoriti ulamak berpendapat bahawa hukum asal bagi ṭalāq adalah harus
◦ manakala sebahagian yang lain mengatakan bahawa hukum asalnya adalah
◦ dilarang kecuali jika adanya keperluan.
◦ Hukum ṭalāq diklasifikasikan oleh para ulama kepada
◦ beberapa jenis melihat kepada alasan serta sebab perceraian itu sendiri.
◦ Ṭalāq : hukumnya harus apabila seseorang suami mempunyai sebab syarak yang
◦ diharuskan untuk menceraikan isterinya misalnya bagi mengelakkan perangai
◦ atau layanan buruk isteri atau disebabkan suami itu sudah tidak lagi menyayangi
◦ isterinya atau tidak menyukai isterinya itu serta suami sudah tidak lagi mampu untuk menafkahi isterinya
◦ Hukumnya pula sunat apabila seseorang lelaki itu memiliki
◦ seorang isteri yang berakhlak buruk, tidak mentaati Allah SWT, derhaka
◦ terhadap suami serta tidak menjaga maruah diri sebagai seorang isteri sehingga
◦ boleh menyakiti suami dan jiran tetangganya.
◦ Hukumnya sunat juga apabila isteri sudah tidak lagi ada rasa tangungjawab serta komitmenuntuk
melayani suaminya.
◦ Sunat juga hukumnya apabila suami telah cuai dalam melaksanakan hak-hak isterinya
◦ Talak jatuh kepada hukum makruh apabila seorang suami menceraikan
◦ seorang isteri yang taat kepada ajaran agama, melaksanakan tanggungjawab
◦ dan hak terhadap suami, mempunyai sikap dan tingkah laku yang terpuji
◦ serta ianya diceraikan tanpa adanya satu alasan yang munasabah melainkan
◦ sebab yang remeh-temeh sahaja.
◦ Hukum ṭalāq itu wajib apabila ;

1. telah lahir tanda-tanda nusyuz yang sudah tidak dapat dinasihati lagi.
2.Selain itu, apabila seseorang suami itu telah bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya selama empat
bulan dan setelah tempoh tersebut berlalu beliau enggan untuk menyetubuhi isterinya maka hakim akan
menceraikannya dan ianya juga dianggap wajib apabila suami
3.tidak mampu menyediakan nafkah zahir dan batin di mana isteri itu tidak meredai hal yang demikian
berlaku ke atas dirinya maka wajiblah si suami itu menceraikan isterinya mengikut perintah hakiim.
HARAM
1.Apabila suami menceraikan isteri ketika di dalam haid, nifas atau ketika isteri berada dalam keadaan
suci yang telah disetubuhi di mana ṭalāq jenis ini dikenali juga sebagai ṭalāq bid‘ī yakni apabila
ianyadilakukan tanpa sebab-sebab yang disyarakkan
KATEGORI TALAQ
◦ Ṭalāq menurut sunnah Rasul terbahagi kepada dua jenis iaitu ṭalāq Sunni dan
◦ ṭalāq bid‘ī .

◦ Sunni adalah ṭalāq yang dijatuhkan kepada isteri yang telah disetubuhi tetapi
◦ masih belum hamil, belum putus haid dan bukan budak kecil. Dalam erti kata
◦ lain ṭalāq tersebut dijatuhkan semasa waktu suci isteri tersebut serta tidak
◦ disetubuhi baik dalam masa suci tersebut atau semasa haid sebelumnya.
◦ Ṭalāq bid‘ī pula adalah ṭalāq yang dijatuhkan kepada isteri yang disetubuhi
sama ada ianya dilafazkan semasa si isteri sedang di dalam haid atau diwaktu
suci yang sudah disetubuhi

◦ ataupun dia telah disetubuhi di dalam haid sebelumnya atau ianya dijatuhkan
semasa dalam keadaan suci tetapi telah
◦ disetubuhi di dalam haid sebelumnya.
◦ Ṭalāq secara umunya terbahagi kepada dua bahagian iaitu ṭalāq raj‘ī dan ṭalāq
◦ bā’in.

◦ Ṭalāq bā’in pula terbahagi kepada dua iaitu ṭalāq bā’in ṣughrā dan ṭalāq
◦ bā’in kubrā.
PEMBAHAGIAN TALAQ
◦ Ṭalāq secara umunya terbahagi kepada dua bahagian iaitu ṭalāq raj‘ī dan ṭalāq
◦ bā’in

◦ Ṭalāq raj‘ī ialah ṭalāq yang membolehkan suami untuk merujuk


◦ semula kepada isterinya yang telah diceraikannya itu semasa dalam tempoh
◦ iddah tanpa memerlukan kepada akad dan mas kahwin yang baru.

◦ Ṭalāq bā’in pula terbahagi kepada dua iaitu ṭalāq bā’in ṣughrā dan ṭalāq
◦ bā’in kubrā.
Talak bain
1. Ṭalāq bā’in ṣughrā tidak membolehkan sesuatu pasangan itu untuk rujuk
◦ kembali melainkan dengan mas kahwin dan akad yang baharu.

2.Talaq bā’in kubrā pula adalah ṭalāq tiga yang menyebabkan hilangnya hak rujuk atau
◦ hak untuk kembali bersama semula sebagai pasangan suami isteri sama ada
◦ dalam atau luar waktu iddah .
◦ Suami yangmenjatuhkan ṭalāq jenis ini kepada isterinya diharamkan untuk berkahwin
◦ semula dengan isteri yang diceraikannya itu kecuali setelah bekas isteri itu
◦ berkahwin dengan lelaki lain serta bersekedudukan dengan suami barunya itu
◦ kemudian dia diceraikan dan setelah selesai tempoh iddah tersebut barulah berkahwin seemula dengan
bekas suaminya .
FASAKH
◦ Fasakh pula adalah suatu bentuk pembubaran perkahwinan atas kuasa hakim
◦ disebabkan oleh sesuatu perkara yang diberikan keharusan oleh Hukum
◦ Syarak

◦ Fasakh dan ṭalāq merupakan dua perkara yang berbeza yang mana fasakh
◦ adalah pembatalan akad daripada asalnya serta menghilangkan sifat halal ke
◦ atas pernikahan tersebut manakala ṭalāq pula ialah menamatkan akad tetapi
◦ sifat halal masih kekal kecuali setelah ṭalāq bā’in.
PENCERAIAN TAKLIQ
◦ Ta’liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut
◦ Hukum Syarak.
◦ Ianya merupakan satu bentuk perjanjian dalam perkahwinan yang didalamnya disebutkan beberapa
syarat yang harus dipenuhi oleh suami.
◦ Apabila suami tidak memenuhinya, maka isteri yang tidak rela boleh mengadu
◦ kepada mahkamah syariah akan hal tersebut sebagai alasan untuk menuntut
◦ perceraian.
◦ Ringkasnya talak ta’liq adalah talak yang digantungkan dengan
◦ syarat, yang mana syarat itu menentukan jatuh tidaknya sesuatu talak tersebut
TEBUS TALAQ
◦ )

◦ Perceraian tebus ṭalāq ataupun turut dikenali juga sebagai khul‘ ialah suatu
perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau
harta benda sepertimana yang dipersetujui melalui ijab dan kabul.
◦ dak serta kesungguhan isteri
◦ untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi memenuhi

◦ Khuluk atau tebus ṭalāq ini berlaku dengan kehenkeperluan isteri di mana
◦ isteri ingin menebus supaya dirinya dibebaskan oleh suaminya dengan
cara
◦ memberikan apa-apa jumlah bayaran.

◦ Perceraian secara khul‘ merupakan perceraian yang menggugurkan ṭalāq secara bā’in ṣughrā di mana
perkahwinan ini tidak boleh dirujuk kembali melainkan ianya dengan akad dan mas kahwin yang baru.

◦ Menurut seksyen 49 EUUKIS 2003, sekiranya jumlah bayaran tebus talak


◦ tersebut tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mahkamah boleh mentaksirkan
◦ jumlah tersebut mengikut Hukum Syarak dengan mengambil kira taraf dan
◦ sumber kewangan pihak-pihak berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai