Anda di halaman 1dari 69

Fiqh Munakahat

Program DPI Andalus


Minggu 1
PENGENALAN KURSUS

Matlamat modul ini menjelaskan kepada pelajar konsep Munakahat


di dalam Islam.

Ianya menerangkan tentang peraturan dan undang-undang yang


berkaitan dengan ehwal kehidupan berumah tangga, bermula
dengan pertunangan, pernikahan dan penceraian.

Modul ini meliputi hukum pernikahan dan perceraian dalam Islam


serta apa yang bersangkutan dengannya.

Peserta juga akan didedahkan dengan system kekeluargaan dan


penjagaan anak.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir modul pelajar dapat:
 
Menjelaskan undang-undang berkaitan dengan
pernikahan dan perceraian dalam Islam.
 
Menganalisa kesan dari pernikahan dan perceraian dan
faktor-faktor yang membawa kepada perceraian dan
permasalahan dalam keluarga.

Menghayati Islam dengan menjadi contoh tauladan dan


mengajak manusia kepada Islam
SILABUS PENGAJIAN
1) Pertunangan dan pernikahan
2) Mahar
3) Talaq
4) I’ddah
5) Ihdad
6) Lia’n
7) Radha’ (Susuan) dan Hadhanah
Topik-topik pengajian
 Bab Munakahat:
 Pernikahan dalam Islam
 Poligami dalam Islam
 Nusyuz
 Fasakh, talak, khuluk dan rujuk
 Iddah
 Nafkah dan penjagaan anak
 Ila’, zihar dan li’an
SEJARAH PERNIKAHAN

And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you
may find tranquillity in them; and He placed between you affection and
mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan


rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian
itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum 30:21)
Pengertian nikah
 Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul

 Dari segi syarak: Satu akad yang


menghalalkan penyatuan dan perkongsian
hidup lelaki dan wanita

 Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah


An-Nisa’ : 3, Surah An-Nur:32, Surah Ar-
Rum:21
And if you fear that you will not deal justly with the orphan girls, then marry those
that please you of [other] women, two or three or four. But if you fear that you will
not be just, then [marry only] one or those your right hand possesses. That is more
suitable that you may not incline [to injustice].

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba
perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk
mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman (An-Nisa:3)
And marry the unmarried among you and the righteous among your
male slaves and female slaves. If they should be poor, Allah will
enrich them from His bounty, and Allah is all-Encompassing and
Knowing.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari


kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana
Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha
Mengetahui. (An-Nur:32)
Hikmah-hikmah pernikahan
 Menyahut seruan fitrah manusia
 Melahirkan keturunan yang sholeh
 Mewujudkan ketenangan jiwa
 Memelihara akhlak dari keruntuhan
 Memelihara kewujudan manusia
 Meluaskan ikatan persaudaraan
Hukum pernikahan
 Sunat – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan
ada keinginan

 Makruh – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin


tapi ada keinginan

 Wajib – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan


ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina

 Haram – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin


tapi bertujuan menzalimi isterinya

 Harus – Bagi yang mampu tapi tiada keinginan


Persediaan sebelum nikah
 Memilih jodoh yang terbaik

 Hadith Nabi s.a.w.:”Dinikahi wanita kerana


empat perkara: hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Utamakan
yang kuat beragama, pasti kamu
selamat.”
Ciri-ciri bakal isteri yang baik
 Kuat pegangan agama
 Memiliki sifat kasih sayang dan lemah
lembut
 Subur iaitu dapat melahirkan anak
 Berasal keturunan yang mulia
 Berilmu pengetahuan
 Digalakkan yang masih perawan. Kenapa?
MENURUT HADIS CIRI-CIRI
WANITA
Ciri-ciri suami idaman
 Kuat pegangan agama
 Berakhlak mulia
 Mempunyai harta
 Berilmu pengetahuan
 Berketurunan mulia
 Sihat jasmani
Tujuan pemilihan calon
pasangan
 Supaya rumahtangga yang bakal dibina
menjadi harmoni
 Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi
dan reda-meredai
 Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan
berguna
Peminangan dan pertunangan
 Peminangan adalah suatu proses untuk
menyatakan keinginan daripada seorang
lelaki kepada seorang wanita untuk
dinikahi

 Pertunangan adalah ikat janji tempoh


pengenalan dan persiapan untuk
berumahtangga
Jenis-jenis pinangan
 Pinangan terus terang

 Contoh berkata: “ Saya ingin mengambil


anak awak sebagai isteri saya.” – Ini
dibenarkan untuk meminang anak dara,
wanita yang tidak berada dalam iddah dan
bukan mahram
Jenis-jenis pinangan
 Pinangan sindiran/kiasan

 Contoh berkata: “ Anak awak cantik dan


ramai orang sukakannya.”

 Pinangan ini dibenarkan untuk wanita


yang dalam iddah kematian suaminya atau
iddah talak bain(talak tiga atau fasakh)
Pinangan yang diharamkan
 Kepada wanita yang bersuami
 Kepada wanita yang mahram
 Kepada wanita yang dalam iddah talak
raj’i (suami masih ada peluang)
 Kepada wanita yang sudah dipinangi dan
diterima pinangan
Minta pandangan orang tentang
pasangan
 Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan
keburukan pasangan itu.(Ini bukan mengumpat)

 Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang


meminta pandangan Nabi saw mengenai dua
lelaki yang meminangnya.

 Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan


menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid
Maskahwin
 Harta yang wajib diberikan oleh suami
kepada isterinya setelah akad nikah

 Tujuannya ialah menunjukkan


kemampuan dan kesungguhan suami
memelihara keluarganya

 Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai


akad nikah
Maskahwin
 Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4
 Menyebutkan kadar maskahwin ketika
akad nikah adalah sunat
 Maskahwin adalah milik mutlak seorang
isteri tetapi wali akan menerimanya bagi
pihak isteri
 Tiada had minima dan maksima
maskahwin. Ia bergantung kepada
kemampuan suami.
Maskahwin
 Maskahwin boleh disegerakan atau
ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak.
Cerita P Ramlee: Maskahwinnya HUTANG!

 Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika


suami telah menyetubuhi isterinya atau salah
seorang sama ada suami atau isteri meninggal
dunia sebelum atau sesudah persetubuhan.
Maskahwin
 Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya
jika suami menceraikan isterinya selepas akad
nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya.

 Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri


berpisah dengan suaminya sebelum berlaku
persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan
isteri seperti murtad atau kecacatan.
Syarat-syarat maskahwin
 Mestilah benda yang suci
 Memberi faedah seperti mengajar ilmu
agama atau Al-Quran: Syaidina Ali
memberi Fatimah bacaan seluruh Al-Quran
 Diketahui sifat dan jumlahnya
 Ia adalah milik suami
 Jika boleh jangan berhutang
Hantaran
 Barang yang daripada maskahwin, persalinan,
buah-buahan dan makanan.

 Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam


jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang.

 Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus

 Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.


Hikmah hantaran
 Mengeratkan hubungan kekeluargaan

 Memuliakan pengantin lelaki dan


perempuan

 Saling bertukar hadiah antara kedua belah


pihak (bertukar hadiah adalah dalam
Islam bila-bila masa – bukan birthday je)
Wanita yang haram dinikahi
 Pengharaman ini kerana beberapa sebab
seperti:
 A. Penghormatan,
 B. Fitrah semulajadi manusia dan
 C. Membina hubungan kekeluargaan.

 Wanita seumpama ini digelar mahram.

 Mereka terbahagi kepada dua golongan:


Pembahagian mahram
 Mahram muabbad iaitu mereka yang
haram dinikahi selamanya

 Mahram muaqqat iaitu mereka yang


haram dinikahi untuk sementara waktu
sahaja

 Sebab-sebab pengharaman selamanya:


Hubungan keturunan (Anak Zina?)
Mahram muabbad
 Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa
atau ibu
 Anak perempuan, cucu cicit ke bawah
 Adik-beradik kandung atau sebapa atau
seibu
 Anak saudara kandung atau sebapa atau
seibu
Mahram muabbad
 Emak saudara kandung atau sebapa atau
seibu (sebelah bapa)
 Emak saudara kandung atau sebapa atau
seibu(sebelah ibu)
 Pengharaman kerana susuan
 Golongan wanita ini adalah sama seperti
mahram keturunan
Mahram muabbad
 Pengharaman dengan susuan disebabkan
pernikahan, contoh:
 Ibu mertua susuan
 Anak tiri susuan
 Isteri bapa susuan
 Isteri menantu susuan
Mahram muabbad
 Pengharaman kerana pernikahan
 Isteri bapa,datuk ke atas (ibu tiri)
 Isteri anak,cucu ke bawah (menantu)
 Ibu mertua
 Anak tiri
Mahram muaqqat
 Wanita yang diharamkan dinikahi untuk
sementara waktu kerana ada halangan
 Adik-beradik isteri (ipar)
 Emak saudara dan anak saudara isteri
 Isteri yang kelima
 Wanita kafir penyembah berhala
 Isteri orang lain
 Isteri dalam iddah
 Isteri talak tiga
Rukun-rukun nikah
 Ijab dan kabul

 Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita


kepada pengantin lelaki

 Kabul ialah balasan pengantin lelaki


kepada ucapan wali pengantin wanita

 Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan


pasangan pengantin terhadap pernikahan
itu
Syarat-syarat ijab kabul
 Menggunakan lafaz nikah atau kahwin

 Ijab kabul bersambung ucapannya

 Wali dan pengantin lelaki waras sehingga


selesai akad nikah

 Tidak bersyarat dan Tidak bertempoh


Rukun kedua nikah
 Pengantin wanita, syarat-syaratnya:
 Beragama Islam atau ahli Kitab (Ada
Khilaf sekarang)
 Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang
lain atau sudah dipinang
 Ditentukan siapakah orangnya
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
Rukun ketiga nikah
 Pengantin lelaki, syarat-syaratnya:
 Beragama Islam
 Bukan mahram
 Ditentukan siapakah orangnya
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Tidak mempunyai empat orang isteri
https://www.youtube.com/watch?v=1gfd-7DL0Cg
MANA SATU iBU MANA SATU AYAh?

INSTITUSI KELUARGA MENJADI PINCANG AKIBAT KAHWIN


SESAMA JENIS – IBUBAPA MENJADI BUAYA
Rukun keempat nikah
 Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir
dengan pengantin wanita

 Wali terbahagi kepada dua golongan; wali


mujbir dan wali bukan mujbir

 Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa


kepada seorang gadis

 Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa


dan datuk sebelah bapa
Hikmah adanya wali
 Menjaga keselamatan dan kehormatan
wanita dari dipermainkan

 Menonjolkan sifat prihatin dan


tanggungjawab ahli keluarga wanita

 Memelihara sifat malu wanita


Keistimewaan wali mujbir
 Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak
gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya
kerana sifat kasihsayang yang mendalam

 Ada tiga syarat wali mujbir:


 1. Tiada permusuhan ketara antara wali dan
wanita itu
 2. Pernikahan hendaklah sekufu
 3. Bakal suami mampu segera bayar maskahwin
Hukum nikah tanpa wali
 Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib
dipisahkan.

 Jika berlaku persetubuhan, wanita itu


berhak mendapat mahar misil (market
rate: semisalnya)

 Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir


sama ada penjara, denda atau sebat
Susunan wali-wali nikah
 Bapa
 Bapa kepada bapa (datuk)
 Adik-beradik lelaki kandung
 Adik-beradik lelaki sebapa
 Anak saudara lelaki kandung
 Anak saudara lelaki sebapa
Susunan wali-wali nikah
 Bapa saudara kandung sebelah bapa
 Bapa saudara sebapa sebelah bapa
 Sepupu lelaki kandung
 Sepupu lelaki sebapa
Syarat-syarat wali
 Islam
 Adil iaitu tidak buat dosa besar atau
berterusan buat dosa kecil
 Baligh
 Berakal
 Bukan dalam keadaan ihram haji atau
umrah
Hukum wali enggan kahwinkan
wanita
 Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf
dengannya dengan mahar misil, wali mesti
mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak
mengadu kepada hakim yang akan
menikahkannya.

 Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya


bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka
berhak wali menghalanginya dan hakim tidak
boleh masuk campur.
Hukum jika wali dekat tiada
 Jika wali terdekat dengan wanita berada di
tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih,
maka hak wali berpindah kepada wali hakim.
 Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah,
maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu
tanpa izinnya atau perwakilannya.
Dua wali yang sama taraf
 Contohnya dua adik beradik kandung, dua
anak saudara kandung,dua pakcik
 Dalam hal ini,disunatkan jadi wali:
 Orang yang paling faham hal pernikahan
 Orang yang lebih warak
 Orang yang lebih tua
Tiada wali langsung
 Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan
oleh wali hakim atau seorang muslim di
tempat itu.
Rukun kelima nikah
 Dua orang saksi,syarat-syaratnya:
 Islam
 Lelaki
 Berakal dan baligh
 Adil
 Mendengar dan melihat
Hak dan tanggungjawab
 Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam
keadaan yang dibenarkan

 Isteri wajib mentaati dan melayan suami


dengan baik

 Suami wajib menyerahkan maskahwin

 Suami wajib memberi nafkah


Hak dan tanggungjawab
 Suami wajib berlaku adil jika poligami

 Anak yang lahir dinasabkan kepada


bapanya

 Mewarisi harta pusaka pasangan


Sunat-sunat akad nikah
 Khutbah nikah sebelum akad nikah
dimulakan

 Mendoakan kebaikan untuk pengantin

 Menghebahkan pernikahan dan memukul


gendang (kompang bukan exhaust motor)

 Membaca doa ketika ingin bersatu


Sunat akad nikah
 Mengadakan walimah (kenduri kahwin)

 Hukumnya adalah sunat muakkad dan


kadarnya menurut kemampuan

 Hikmahnya ialah untuk merapatkan


persaudaraan dan mengelakkan fitnah

 Hukum menghadiri majlis walimah adalah


wajib
Walimah
 Walimatul ‘urus (pesta pernikahan) hukumnya wajib
untuk mengwar-warkan dan diusahakan sesederhana
mungkin.

 Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


“Selenggarakanlah walimah meskipun hanya dengan
menyembelih seekor kambing”

 Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan


orang-orang yang mengadakan walimah agar tidak
hanya mengundang orang-orang kaya saja, tetapi
hendaknya diundang pula orang-orang miskin karena
makanan yang dihidangkan untuk orang-orang kaya saja
adalah sejelek-jelek hidangan.
 Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Makanan
paling buruk adalah makanan dalam walimah yang
hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk
makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang.
Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah,
maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”

 Orang yang diundang menghadiri walimah, maka dia


wajib untuk memenuhi undangan tersebut.

 Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika


salah seorang dari kamu diundang menghadiri acara
walimah, maka datangilah!”
 Memenuhi undangan walimah hukumnya wajib,
meskipun orang yang diundang sedang berpuasa. Hal ini
berdasarkan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

 “Apabila seseorang dari kalian diundang makan, maka


penuhilah undangan itu. Apabila ia tidak berpuasa, maka
makanlah (hidangannya), tetapi jika ia sedang berpuasa,
maka hendaklah ia mendoakan (orang yang
mengundangnya)”

 Dan apabila yang diundang memiliki alasan yang kuat


atau karena perjalanan jauh sehingga menyulitkan atau
sibuk, maka boleh baginya untuk tidak menghadiri
undangan tersebut.
 Hal ini berdasarkan riwayat dari ‘Atha’ bahwa Ibnu
‘Abbas radhiyallaahu ‘anhu pernah diundang acara
walimah, sementara dia sendiri sibuk membereskan
urusan pengairan. Dia berkata kepada orang-orang,
“Datangilah undangan saudara kalian, sampaikanlah
salamku kepadanya dan kabarkanlah bahwa aku sedang
sibuk”

 Budaya kita – “kirim sampul berisi” apabila misalnya kita


sudah banyak tempat mengundang dan tidak boleh
meyahut semuanya (atau bagi dua dengan isteri)

 Tidak boleh bawa orang yang tidak diundang kecuali kita


minta izin dahulu
Poligami
 Hukum asal adalah harus.

 Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama


sakit atau mandul dan suami mampu berlaku
adil.

 Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan


suami meragui kemampuannya berlaku adil

 Hukumnya haram jika suami yakin tidak mampu


berlaku adil
Maksud keadilan
 Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang
berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti
makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan
pergaulan yang baik ( Surah An-Nisa’ : 3 )

 Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi


perasaan kasih sayang selagi ianya tidak
membawa kepada tindakan zalim ( Surah An-
Nisa’ : 129 )
Hikmah poligami
 Menjaga kesucian lelaki yang mampu

 Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau


wanita simpanan

 Terdapat keadaan di mana poligami membawa


faedah yang besar seperti keadaan di mana ada
keinginan yang tinggi sedangkan isterinya sakit
tidak mampu melayan suaminya dan keadaan di
mana bilangan lelaki berkurangan dibandingkan
dengan wanita disebabkan peperangan atau
musibah
Peringatan
 Penyalahgunaan orang-orang yang zalim
terhadap konsep poligami tidak menafikan
hikmah diharuskan poligami.

 Islam tidak bertanggungjawab atas tindakan


mereka.

 Poligami disyariatkan untuk menyahut


keperluan, melindungi masyarakat dan
menghapuskan maksiat.
Perbincangan minggu depan
 Apa erti nikah mut’ah?

 Apa hukumnya dan mengapa ianya


berubah-ubah?

 Golongan mana yang mengharuskan nikah


ini? Keburukan nikah mut’ah.

Anda mungkin juga menyukai