Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL

ABMB2103
ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SEMESTER JANUARI 2022

NAMA : Adil Hakimi bin Ilyas


NO. MATRIK : 930818146657002
NO. K/P : 930818146657
EMEL : adilhakimiilyas@oum.edu.my
PP : OUM NEGERI SEMBILAN
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN


1 Pengenalan 3
2 Perbuatan Yang Diibaratkan “Bagai Menconteng Arang Ke 3
Muka Ibu Bapa” Berserta Contoh-Contoh Yang Berkaitan.
3 Menghuraikan 4 Pengaruh Islam Dalam Menentukan Nilai 5
Sosial Dan Budaya Masyarakat Melayu
4 Pendidikan Agama Yang Sempurna Dapat Membina Akhlak 5
Yang Baik Dalam Budaya Melayu Berserta Contoh-Contoh
Yang Berkaitan
5 Sebab-Sebab Anda Memilih Kesenian Islam Tersebut Supaya 9
Anda Dapat Memperkenalkan Kepada Pelawat-Pelawat Dari
Timur Tengah
6 Kesimpulan 10
7 Tangkap Layar 5 Posting Terbaik

2
PENGENALAN

Dalam masyarakat Melayu, ciri-ciri Islam menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk
dan hubungan, intisari nilai, sikap, dan pandangan. Islam menjadi jiwa dalam keseluruhan
sosial dan budaya orang Melayu (Zainal Kling, 1980). Nilai Islam mempunyai hubungan
yang organik dengan pandangan yang universal Islam tentang Tuhan, manusia, dan alam
(Kamal Hasan, 1980). Nilai dalam kehidupan orang Melayu bersandarkan Islam
memandangkan Islam ialah alternatif beragama bagi orang Melayu (T.A. Ridwan,
2001 :270). Nilai-nilai Islam itu tel ah membentuk peraturan sosial yang dapat membina
disiplin sosial lalu wujudlah hubungan sosial yang berkesan. Nilai dalam masyarakat Melayu
mempunyai hubungan tiga penjuru, iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan
manusia, dan manusia dengan alam. Maka nilai yang paling utama pastinya berpandukan
hubungan antara manusia dengan Tuhan, apa juga yang ditegah oleh Tuhan menjadi perkara
yang mesti dielakkan oleh manusia. Sebaliknya apa yang diperintahkan-Nya perlu
dilaksanakan sebaik mungkin. Tuhan telah memaklumkan apa yang baik dan apa yang tidak
baik untuk manusia. Nilai-nilai yang dinyatakan-Nya itu berhubung dengan kehidupan sosial,
ekonomi, politik, dan budaya.

PERBUATAN YANG DIIBARATKAN “BAGAI MENCONTENG ARANG KE MUKA


IBU BAPA” BERSERTA CONTOH-CONTOH YANG BERKAITAN.

Menurut Noriati (2005), dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan sahaja melibatkan
perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita boleh juga memalukan keluarga dan
masyarakat. Oleh itu, lahirlah peribahasa "menconteng arang di muka" yang bermaksud
sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu dan aib kepada keluarga. Antaranya sesuatu
tindakan yang terkeluar daripada kehendak dan norma masyarakat, seperti seorang gadis
"kahwin lari", maka tindakannya dikatakan tindakan yang tidak ada rasa malu kerana telah
melanggar adat masyarakarnya.

Menurut Noriati (2005), seseorang perlu mengelakkan dirinya daripada menerima


malu atau memberi malu kepada orang lain. Orang yang menerima malu, lazimnya akan
berasa tertekan dan mudah hilang pertimbartgan. Dalam hikayat sastera klasik, terdapat
beberapa peristiwa peperangan, pergaduhan, pembunuhan, dan amuk yang berlaku
disebabkan seseorang itu dimalukan. Contohnya balas dendam Jebat ke atas Sultan Melaka

3
kerana telah memalukan Tuah yang dijatuhi hukuman bunuh kerana dituduh bermukah
dengan perempuan istana. Seseorang yang mendapat malu akan tertekan dan sentiasa
berusaha memulihkan malunya.

Cpntoh perbuatan menconteng arang ke muka ialah pembuangan bayi. Menurut


Zainah (2008), sebenarnya masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara baru
yang berlaku dinegara ini. Sejak di zaman Arab Jahilliah lagi kita dapat lihat gejala tidak
bermoral ini berlaku terutama dikalangan bayi perempuan diatasa faktor keagamaan
masyarakat pada masa tersebut. tetapi tidak sekarang, tidak kira bayi perempuan mahupun
lelaki, mereka tetap akan dibuang dimana-mana sahaja. Khalifah Umar Al-Khattab juga
pernah melakkukan perkara ini sebelum beliau memeluk agama Islam. Gejala pembuangan
bayi yang berlaku pada masa kini berbeza dengan zaman dahulu kerana gejala pembuangan
bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu semata-matayang terlibat dengan aktiviti
penzinaan hasil pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Perasaan malu, sedih dan buntu
setelah terlanjur kerana melahirkan anak luar nikah merupakan punca berlakunya masalah
pembuangan bayi. Ia sebagai langkah mujarab bagi menutup segala keaiban yang ada. Kini
gejala pembuangan bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui
dalam keadaan yang menyayat hati tidak kira dalam keadaan hidup mahupun telah meninggal
dunia yang dibuang dimerata-rata tempat (Zainah, 2008).

Selain itu, penyalah gunaan dadah turut menjadi salah satu perbuatan menconteng
arang ke muka. Menurut Mahyuddin (2010), realitinya, dadah telah menjadi satu ancaman
besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari
yang melibatkan pelbagai lapis masyarakat. Menurut Ibrahim (1997), penagihan dadah bukan
saja golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih
mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu berpotensi
terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atas jantina. Mengikut
Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDCP) menyenaraikan
Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara mempunyai bilangan penagih
dadah paling ramai. Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan
Anti Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah
diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah
diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui
tindakan disiplin di sekolahsekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang

4
pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario
ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan
perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Bagi menjamin kesejahteraan
negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan pelajar yang bebas daripada
terlibat dengan penyalahgunaan dadah (Mahyuddin, 2010).

MENGHURAIKAN 4 PENGARUH ISLAM DALAM MENENTUKAN NILAI SOSIAL


DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU

Menurut Atira (2015), sistem sosial Islam mengadungi peraturan dan nilai-nilai murni
yang lengkap dan sesuai untuk semua orang pada bila – bila masa. Pengaruh sosial Islam
telah mengikis pengaruh sosial Hindu. Namun, semangat daripada ajaran Hindu itu masih ada
kesan dan pengaruhnya. Islam menganjurkan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan nilai
persamaan taraf sesama manusia. Selepas kedatangan pengaruh tamadun Islam, masyarakat
Melayu yang dahulunya mengamalkan sistem kasta berdasarkan ajaran Hindu telah
menghapuskan sistem tersebut dan menolak perhambaan sesame manusia. Islam mengajar
manusia menghayati hidup secara sama rata dan adil.

Walaupun Islam telah bertapak di alam Melayu, tetapi masyarakat Melayu tetap
mengamalkan adat resam nenek moyang tetapi masih berada dalam landasan Islam. Beberapa
upacara rites de passage gabungan unsur agama dan adat diadakan hamper setiap tahap
dalam kitaran hidup. Malahan, sebelum seseorang dilahirkan lagi, pelbagai pantang larang
diikuti. Ibu yang mengandung malah bapa pun, dikehendaki supaya tidak melakukan
sebarang perbuatan keji dan buruk. Dengan berbuat demikian,dibimbangi anak yang bakal
dilahirkan sedikit sebanyak akan mewarisi perangai buruk kedua – dua ibu bapanya yang
dilakukan semasa ibu mengandung. Semasa dalam kandungan, ibu bapa disarankan
melakukan perkara – perkara yang baik termasuk tidak meninggalakan suruhan agama.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan jika bayi tersebut lelaki
atau mengiqamahkan jika bayi tersebut perempuan. Amalan ini bertujuan untuk
memperdengarkan buat pertama kali kepada bayi seruan azan dan kalimah syahadah serta
meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut (Atira, 2015)

Selain itu, beberapa upacara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu


memperlihatkan pengaruh tamadun Islam khasnya amalan yang melibatkan peringkat
kelahiran hingga remaja. Antara upacara tersebut ialah acara mencukur rambut, menjejak

5
tanah, berendoi, membelah mulut, berkhatan, dan berkahatam al – Quran, marhaban, berzanji,
dan membaca doa selamat. Hampir semua acara yang disebut diatas disertakan dengan
amalan yang memperlihatkan gabungan unsur adat dan Islam. Jelaslah disini bahawa Islam
datang di alam melayu bukan sebagai penghapus tetapi memperbaiki elemen dimensi baharu
kerana islam tidak membatasi adat selagi tidak bercanggah dengan syariat (Atira, 2015).

Menurut Atira (2015), masyarakat melayu di Nusantara kebanyakannya terdiri


daripada petani dan nelayan. Pekerjaan adalah bercucuk tanam dan mencari rezeki di laut.
Menurut Zuhaimy Ismail, ekonomi umat Islam di Tanah Melayu sejak dahulu tertumpu
dalam bidang pertanian dan perdagangan. Ini terbukti dengan kemajuan sesuatu kawasan
penduduk Melayu adalah berteraskan perdagangan dan aktiviti ini terus dimajukan setelah
kedatangan Islam. Salah satu cara Islam berkembang adalah melalui perdagangan kerana
umat islam yang datang ke tanah melayu adalah terdiri daripada padagang. Oleh itu,
perdagangan dan perniagaan dalam kalangan masyarakat melayu bukanlah sesuatu yang
asing.

Menurut Atira (2015), beberapa aspek perubahan yang dibawa oleh Islam di alam
melayu ialah baitulmal dibentuk sebagai badan menguruskan kewangan negara.
Terbentuknya satu sistem kewangan di bawah pentadbiran yang dinamakan Baitulmal. Badan
ini telah menjadi pusat kewangan bagi orang – orang Islam. Semua hasil kutipan sama ada
dalam bentuk cukai atau sebagainya disimpan di Baitulmal. Selain itu, islam juga
menggalakkan umatnya hidup saling membantu bagi mengelakkan kemelaratan hidup. Islam
juga memerintahkan umatnya supaya membayar zakat, menggalakkan sedekah, wakaf dan
sebagainya. Semua ini bertujuan untuk menggalakkan orang islam saling menbantu antara
satu sama lain. Cara ini akhirnya akan mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di
kalangan orang Islam.

PENDIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA DAPAT MEMBINA AKHLAK YANG


BAIK DALAM BUDAYA MELAYU BERSERTA CONTOH-CONTOH YANG
BERKAITAN.

6
Menurut Hafiz (2012), sistem pengajaran akhlak yang telah digariskan dalam al-
Quran dan as-Sunnah mampu menyempurnakan akal manusia dalam membina jati diri
muslim. Jati diri yang diterapkan melalui pengajaran akhlak merupakan kepercayaan, sikap
dan pendapat yang tersusun dan dinamik yang dipegang oleh masyarakat. Oleh itu, akhlak
yang baik ialah yang berpaksikan kepada keimanan dan ketauhidan yang mutlak. Justeru itu,
jelaslah bahawa akhlak mulia adalah mata rantai keimanan. Sebagai contoh ‘malu berbuat
jahat’ adalah salah satu akhlak yang bermatlamatkan takwa (Marwan Ibrahim, 1997).
Terdapat beberapa perkara yang membantu para pelajar dan masyarakat Melayu dalam
pengajaran akhlak bagi membentuk jati diri muslim antaranya ialah: Menanam Akhlak yang
Baik dalam Diri. Tumpuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) akhlak yang baik dan
sempurna dapat ditanam dalam pemikiran, hati dan diri pelajar yang seterusnya dapat
menjauhkan mereka daripada akhlak yang keji. Kesungguhan Islam menanam sifat akhlak
Islamiyyah ini adalah kerana dengan akhlak yang terpuji lagi sempurna merupakan kunci
kebaikan bagi manusia. Ini jelas menunjukkan kepentingan P&P akhlak kepada para pelajar.
Akhlak yang buruk dalam diri seorang muslim menjadikan seseorang itu seperti duri dalam
daging terhadap keluarga, masyarakat, agama dan negara (Mursa, 2001).

Menurut Hafiz (2012), kaedah atau Teknik Uswah Hasanah. Kaedah atau teknik
uswah hasanah bererti contoh atau ikutan. Teknik ini adalah antara teknik yang utama dalam
Pendidikan Islam terutama dalam konteks akhlak kerana sesuatu pendidikan pembangunan
insan boleh mencapai kejayaan yang baik. Model yang terbaik ialah model insan yang di
firman oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21, iaitu model Rasulullah merupakan
ikutan yang utama. Oleh itu, keberkesanan P&P dalam bab akhlak perlulah ditunjukkan
terlebih dahulu oleh para pendidik menerusi subjek Pendidikan Islam. Berdasarkan
pentingnya kaedah atau teknik ini dalam Pendidikan Islam dan Akhlak Islamiyyah, sebanyak
631 petikan hadis yang dibawakan oleh Imam al-Nawawi yang digunakan dalam Kitab Riyad
al-Solihin adalah teknik ini (Azhar Ahmad 2006). Membentuk Muslim yang Terbaik.
Menurut al-Ghazali manusia itu ibarat sepohon pokok dengan akarnya akidah, batangnya
ialah kefardhuan dan daun-daunnya pula ialah amalan sunat, maka buah atau bunganya ialah
yang dikatakan akhlak. Oleh sebab itu, membentuk jati diri manusia yang berakhlak dalam
Islam bermaksud orang yang menyempurnakan agama Islam itu sendiri. Ini kerana akhlak
melambangkan keindahan Islam itu sendiri. Kejayaan membiasakan diri dengan akhlak yang
mulia merupakan lambang kepada kejayaan pendidikan akidah dan ibadah. Berjaya kerana

7
iman melambangkan kepercayaan sedangkan ibadah lambang kepatuhan atau ketundukan.
Manakala akhlak pula lambang kepatuhan tabiat dan kebiasaan (Halim Tamuri 2007

Menurut Hafiz (2012), terdapat tiga pembahagian utama yang perlu dilindungi oleh
ilmu pengajaran akhlak Islam iaitu: (1) Suruhan yang mesti dilakukan dengan tegahan yang
mesti ditinggalkan iaitu wajib dan haram; (2) Suruhan yang sangat patut dilakukan dan
tegahan yang sangat baik ditinggalkan iaitu sunat dan makruh; dan (3) Sesuatu yang boleh
dibuat dan yang boleh ditinggalkan iaitu harus. Inilah lima pembahagian kecil dasar Islam
yang perlu dilindungi oleh akhlak manusia dalam membentuk jati diri Melayu muslim.
Memandangkan bahawa akhlak berkait rapat dengan dasar-dasar tersebut sebagai teras
kepada kehidupan beragama. Setiap detik dan tingkah laku manusia tidak boleh terkeluar
daripada dasar tersebut. Begitu juga hubungan kita sesama manusia, Allah SWT dan alam
sekitar.

SEBAB-SEBAB ANDA MEMILIH KESENIAN ISLAM TERSEBUT SUPAYA ANDA


DAPAT MEMPERKENALKAN KEPADA PELAWAT-PELAWAT DARI TIMUR
TENGAH

Menurut Nordianah (2010), nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam,
kerana ia mengandungi lirik yang merangkumi pesanan, ingatan,kisah para nabi , seruan
dakwah Islamiah dan meniupkan semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara.
Perkembangan nasyid yang terus mendapat tempat dihati masyarakat Islam Nusantara telah
diasaskan oleh lembaran sejarah yang terpahat usaha padu pelbagai pihak dalam
memartabatkan nasyid sebagai wadah seni yang mampu membawa misi dakwah Islamiah ke
tengah masyarakat dalam memenuhi tuntutan fitrah berhibur dalam diri manusia.

Menurut Nordianah (2010), jika diteliti perkembangan semasa, dunia hari ini diwarnai
dengan hingar-bingar alunan lagu dan irama muzik serba glamour, ini menyebabkan industri
nasyid melalui satu persaingan yang sengit untuk terus bertahan sebagai wadah penyebaran
dakwah. Kenyataan ini menuntut agar seniman nasyid terus bijaksana dalam meniti
perjuangan nasyid tanpa mengabaikan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak
dengan mengambilkira sejarah perkembangan nasyid di Nusantara dan sumbangannya
sebagai medium penyebaran dakwah.Nasyid merupakan nyayian yang biasanya bercorak

8
keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan
yang seumpamanya.

Menurut Nordianah (2010), menurut Kamus Dewan. Nasyid ialah lagu yang biasanya
dinyayikan secara kumpulan yang mengandungi seni kata yang berunsurkan Islam. Hj Jalidar
Abdul Rahim menjelaskan masyarakat Arab pada zaman dahulu melagukan syair yang
bertemakan Munajat dan Selawat dan kerap memilih lagu Arab Misri. Sumber maqam lagu
Arab yang digunakan untuk membaca ayat suci Al-Quran dan nyayian lain berunsurkan Islam
yang terdengar melalui nasyid dan qasidah sekarang kebanyakkanya datang daripada aliran
Arab Iraqi,Hijazi dan Misri disamping tujuh lagi maqam iaitu Banjakka, Hijaz, Musyawaraq,
Ras, Jaharka, Sika dan Dukah. Istilah nasyid menurut masyarakat Indonesia , adalah ganti
dari kata qasidah sebagaimana yang dimaklumi di daerah Sumatera dan Kalimantan. Bahkan
di daerah-daerah lain ada yang menyebutnya sebagai Tagoni, Samrahan dan sebagainya.
Namun jika ditinjau dari bahasa Arab nasyid berasal dari kata nasyada yang bermaksud
membangkitkan, memberikan semangat, meneriakkan dan lain-lain. Sesungguhnya istilah
Nasyid telah muncul dalam kebudayaan Arab Islam sejak abad 3H/9M dan terus berkembang
dari masa ke semasa.

Menurut Nordianah (2010), kedatangan Agama Islam ke Nusantara membawa


bersama Seni dan Kebudayaan Arab yang menarik hati masyarakat Islam khususnya pada
keindahan lagu-lagu Arab yang didengar dan diterima melalui bacaan Al-Quran dan alunan
lagu Qasidah Tawasyih, Ibtihal dan nasyid serta selawat dari nuzum syair marhaban dalam
memuji dan mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad. Lagu Arab tersebut dibawa
secara langsung oleh pendakwah Arab yang datang ke Nusantara untuk mengembangkan
Islam. Masyarakat Islam di Tanah Melayu telah menjadikan nasyid Tawasyih, Qasidah
Majrur dan bacaan Rawi berzanji dan Marhaban sebagai satu kesenian dalam setiap Majlis
Perkahwinan, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Berkhatan, Majlis Menyambut Kelahiran Bayi
dan Majlis Menyambut Maulidur Rasul. Malaysia turut menerima perkembangan nasyid
secara serius pada sekitar tahun 70-80 an. Sehingga berjaya melahirkan kumpulan nasyid
yang merakamkan album seperti kumpulan nasyid Al-Jawaher yang terkenal dengan nasyid
seperti Assalamuaikum, Kembara di Tanah Gersang, Mohon Pada-Nya dan sujud pada-Nya.
Selain itu terdapat juga artis-artis yang merakamkan lagu nasyid secara solo seperti Ahmadi
Hassan.

9
Menurut Nordianah (2010), kecenderungan masyarakat pada hari ini yang gemarkan
kepada hiburan perlu dipandu dengan pengisian yang betul dan tepat dalam mengharungi arus
hedonism yang terus berleluasa. Meneliti perkara ini, nasyid dilihat amat signifikan
berperanan sebagai hiburan alternatif yang juga boleh mengajak manusia kepada kebaikan.
Prof Dr Ismail al-Faruqi mengatakan, tidak ramai umat Islam yang menyedari akan betapa
pentingnya seni suara dan muzik sebagai suatu bentuk seni yang mengungkapkan pandangan
alam (world view) Islam dan tentang kemesraan yang terdapat diantara seni tampak dan seni
dengar (visual and aural arts) di dalam kebudayaan Islam. Begitu juga tidak ramai yang sedar
tentang pentingnya seni dengar digunakan untuk tujuan-tujuan sosial dan dakwah.

Menurut Nordianah (2010), sehubungan dengan itu nasyid yang merupakan salah satu
cabang ilmu handasat al-Aswat (seni suara) dan seni dengar yang telah berkembang dengan
pesatnya di Nusantara telah menjadi medium dakwah khususnya dalam penghasilan lirik lagu
yang mengandungi nilai dalam mendidik masyarakat agar memperteguhkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah, ketaatan kepada Rasulullah S.A.W, menginsafi kebesaran Allah,
mengajak manusia menjadikan Sunnah sebagai panduan dan meletakkan kebenaran sebagai
pedoman serta kebaikan dan keindahan wasilah dalam mencapai matlamat keredhaan Allah.
Nasyid juga telah menjadi medium melestarikan dakwah secara berhikmah, ini selaras
dengan maksud Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 135:
“ Serulah kepada jalan Tuhan-Mu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah dengan cara yang baik.”

Menurut Nordianah (2010), hikmah boleh ditafsirkan dengan kata-kata yang lembut,
tidak dilakukan secara paksaan dan tidak terkecuali daripada menggunakan kata-kata berseni
dan lagu yang meruntun jiwa, yang boleh memberikan kesan mendalam kepada jiwa
manusia. Malahan, bantahan dan kritikan sekalipun boleh disampaikan dalam bentuk seni, ini
amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu yang turut menghasilkan syair dan
pantun bagi tujuan kritikan tajam.\Nasyid juga turut mengajak manusia untuk berzikir kepada
Allah S.W.T di mana unsur-unsur zikir dan doa turut menghiasi seni nasyid, disamping
dijadikan sebagai kaedah yang boleh membantu memudahkan hafalan Asmaul Husna, nama-
nama nabi, sifat-sifat Allah dan Rasul-Nya, dan nama-nama surah yang terdapat dalam Al-
Quran. Seni ini juga telah dijadikan sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

10
Menurut Nordianah (2010), Nasyid dan Marhaban, telah menjadi aktiviti alternatif
sebahagian remaja Islam masa kini, khususnya dalam mengimarahkan masjid dan surau serta
mengisi pelbagai aktiviti hidup dengan perkara yang bermanfaat. Ini dapatkan mengelakkan
remaja dari terjebak ke dalam aktiviti gejala sosial yang kian berleluasa. Nasyid juga telah
menjadi medium penyebaran dakwah dalam dunia penyiaran, di mana lagu nasyid telah
menjadi salah satu bentuk seni hiburan yang disiarkan di kaca televisyen dan radio,
Rancangan Nasyid Minggu (NMI) dan Nasyid TV ini yang diterbitkan oleh Bahagian Media
Elektronik dan Penyiaran JAKIM menjadi satu pendekatan kepada muda-mudi untuk
memilih hiburan yang lebih baik dan bermanfaat. Radio IKIM FM, radio SALAM FM,radio
NASYID FM juga turut menjadi siaran hiburan pilihan sebahagian remaja Islam masakini.
Perjalanan seni nasyid nusantara tidak terlepas dari tuntutan dan tanggungjawab berdakwah
pada jalan Allah. Adalah menjadi tanggungjawab ahli seni untuk terus mengajak manusia
kepada kebaikan dengan tidak melupakan etika dan akhlak Islam yang perlu menjadi pakaian
diri sepanjang masa agar nasyid mampu menjadi agen yang mengajak manusia kepada amar
ma’ruf dan nahi mungkar.

KESIMPULAN

Proses Islamisasi masyarakat alam Melayu telah menyaksikan perubahan-perubahan


dari sudut kebudayaan dan tata cara hidup masyarakat Melayu merangkumi aspek ilmu
pengetahuan. Perubahan dalam aspek ilmu pengetahuan telah dijalankan secara berperingkat
apabila kemajuan ilmu pengetahuan berkaitan agama Islam semakin meningkat. Kedatangan
Islam juga telah mengubah fikiran masyarakat Melayu ke arah pemikiran yang bersifat ilmiah
dan saintifik serta menidakkan pegangan sebelumnya yang lebih menumpukan kepada unsur
khayalan dan tahyul. Sejak agama Islam diterima oleh masyarakat alam Melayu, maka
penyebaran dakwah agama Islam dan perkembangan ilmu pengetahuan serta pendidikan
Islam telah dikembangkan oleh para ulama dan pendakwah Islam. Seluruh anggota
masyarakat termasuk raja-raja dan para kerabat, para pembesar serta rakyat jelata telah
diperkenalkan dengan ilmu pengetahuan Islam. Usaha ini telah mengubah persepsi dan
pemikiran masyarakat Melayu terhadap kebudayaan, nilai-nilai agama dan ilmu pengetahuan
kepada lebih Islamik berbanding zaman dahulu. Dengan kegiatan pendidikan dan dakwah,
Islam telah dapat merubah pandangan masyarakat Melayu terhadap pegangan budaya, agama
dan keilmuan. Contohnya, raja-raja Melaka seperti Sultan Mansur Syah, Sultan Iskandar

11
Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah yang mencintai ilmu serta memandang tinggi para
ulama, nilai ilmu pengetahuan, dan kitab-kitab.

RUJUKAN

Noriati (2005). Nilai Kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Diakses
pada 1/7/2021 melalui
file:///C:/Users/hp/Downloads/KESANTUNAN_MASYARAKAT_MELAYU.pdf

Mayhuddin (2010). Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Di Pusat


Serenti Tiang Dua, Melaka. Diakses pada 1/7/2021 melalui
http://eprints.utm.my/id/eprint/11859/1/Penyalahgunaan_Dadah_Di_Kalangan_Pelajar.pdf

Nordianah (2010). SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI NUSANTARA. Diakses


pada 1/7/2021 melalui
https://www.facebook.com/SahabatNasyidDanIkimFmWinswan/posts/sejarah-
perkembangan-nasyid-di-nusantaranasyid-merupakan-cabang-seni-yang-bersen/
432254983462244/

Hafiz (2012). Memperkasakan Jati Diri Melayu-Muslim Menerusi Pendidikan Islam Dalam
Pengajaran Akhlak. Diakses pada 1/7/2021 melalui
http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%2023-36.pdf

Atira (2015). Unsur Islam Yang Dalam Kebudayaan Dan Tamadun Melayu. Diakses pada
1/7/2021 melalui file:///C:/Users/hp/Downloads/
Unsur_Islam_Yang_Dalam_Kebudayaan_Dan_Tamadun_Melayu..pdf

12
TUGASAN 2: ONLINE CLASS PARTICIPATION (10%)

13
14
15

Anda mungkin juga menyukai