Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

SARJANA MUDA PENTADBIRAN (KEPUJIAN) PERNIAGAAN

PERBANKAN ISLAM (BA249)

TUGASAN BERKUMPULAN

PENGHAYATAN DAN PERADABAN II (CTU554)

TAJUK:

KEPENTINGAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN


DI MALAYSIA

NAME STUDENT ID

MUHAMMAD ADIB BIN YAACOB 2020878178


MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MOHAMAD HUSSEIN 2020621704
ALIF IMAN BIN MOHD NIZAM 2020827992
FAKHRURRADZY ADAM BIN TAUPEK HAMIDI 2020482914

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN NORAINI BINTI ISMAIL

TARIKH HANTAR:

9 JUN 2022
Pendahuluan

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada
Kolonialisme yang mutlak.(MASYARAKAT MAJMUK TERBENTUK SEJAK AWAL ABAD
KE-19 – MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA, n.d.)

Dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah


Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara
kekukuhan ekonomi dan kestabian politik. Hal ini menyumbang kepada etika dan peradaban
yg mempamerkan sesuatu masyarakat itu untuk dimanipulasikan dalam hidupan seharian
kerana Malaysia mempunyai keunikan kaum tersendiri.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, etika didefinisikan sebagai prinsip moral atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan manusia .(Carian
Umum, n.d.) Selain itu, Peradaban adalah Sistem dan tahap perkembangan sosial
sesuatubangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju
dalam kebudayaan tertentu bermaksud memiliki peradaban yang tinggi. Konsep etika dan
peradaban menjadi tunjang keadaan Malaysia sekarang sejurus menolak lupa peristiwa 13
Mei 1969 yang mengakibatkan pertumpahan darah sesama kaum di Malaysia.(Peristiwa 13
Mei: Pengajaran Perlunya Masyarakat Bersatu Padu, n.d.) Oleh itu, etika dan peradaban
penting untuk manusia bersemangat hidup secara kukuh dan harmoni tanpa mengira kaum
dan latar belakang masing-masing.

Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah menjalankan sebuah penyelidikan yang
bertajuk kepentingan etika dan peradaban dalam pemupukan perpaduan di Malaysia. Kami
memilih tajuk ini kerana pentingnya etika dan peradaban dalam kehidupan seharian untuk
dipraktikkan semua masyarakat kerana keharmonian menjamin kesejahteraan sesuatu
penduduk langsung dapat berkongsi cara mengamalkannya.
KEPENTINGAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN
DI MALAYSIA

1.Merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat

Umum kita mengetahui bahawa aspek etika dan peradaban menjadi tunjang sahsiah
seseorang individu itu. Memang tidak dinafikan sentimen ini menilai keperibadian yang
berwibawa sejurus melahirkan impak positif pada persekitaran. Kepentingan etika dan
peradaban dapat mendekatkan hubungan sesama masyarakat setempat tidak kira pelbagai
kaum, bangsa mahupun agama di Malaysia. Masyarakat yang harmoni adalah masyarakat
yang mementingkan kesantunan dalam diri. Hal ini berkait dengan kata-kata orang dahulu,
“Seseorang yang beradab tapi tidak berilmu itu lebih baik dibandingkan yang berilmu tapi
tidak beradab. Kalau kehebatan manusia diukur hanya melalui ilmunya tanpa etika adabnya
dalam menyampaikan ilmu, maka lebih baik kagum dengan iblis kerana iblis lebih tinggi
ilmunya daripada manusia. Iblis dikenali berilmu tanpa beradab.” Begitulah sebahagian
petikan yang menerangkan betapa pentingnya adab dalam jati diri seseorang.

Selain itu, hubungan yang erat dapat diimplikasikan ketika kunjung mengunjung
rumah saudara ketika perayaan di mana etika dan peradaban dinilai pada sebuah keluarga itu.
Sebagai contoh, tuan rumah yang menerima kunjungan perlu berpakaian sopan, menyediakan
juadah mengikut kemampuan dan memberi layanan terbaik seperti membersihkan dahulu
tempat untuk diduduki tetamu. Perkara ini menunjukkan bahawa tuan rumah bersedia dalam
semua aspek untuk menerima tetamu. Berbalik kepada orang yang menziarahi juga harus
menetapkan sahsiah etika dan peradaban ketika mengunjung ke rumah orang.

Berkunjung mengikut masa yang sesuai, masuk ke dalam rumah setelah dijemput dan
elakkan diri memandang liar ke arah peralatan di dalam rumah(ADAB MENERIMA
TETAMU | Guru Pendidikan Islam, n.d.).Ibu bapa yang membawa anak-anak juga harus
memantau pergerakan mereka semasa di rumah orang agar tiada berlaku kerosakan mahupun
kemalangan yang tidak diinginkan. Jika tiada benda negatif yang berlaku semasa ziarah-
menziarahi, ia pasti membuatkan tuan rumah terbuka hati menerima kunjungan yang
seterusnya. Etika ini mampu disematkan diri dalam kedua-dua pihak agar tiada salah paham
yang berlaku dan mampu mengelakkan pertelingkahan yang merosakkan hubungan
pemupukan perpaduan sesama masyarakat.

Tidak dilupakan, ketika bersembang sesama sendiri, ia merupakan cerminan sikap


seseorang itu terhadap kata yang dilontarkan kerana hati yang baik menghasilkan kata-kata
yang baik. Hujah ini boleh dijadikan contoh daripada baginda Rasullah S.A.W, dimana
keperibadian beliau menjadi ikutan umatnya ketika ini seperti bermanis muka ketika
bercakap dan senyum apabila bertemu orang. Etika dan peradaban yang mulia ini wajib
diterapkan dalam pemupukan perpaduan di Malaysia agar hubungan sesama masyarakat
dapat dieratkan.

2. Menjadi Contoh Rujukan Kepada Negara Luar

Malaysia masih gagah berdiri sebagai negara contoh hubungan kaum yang harmoni
berbanding negara lain yang sentiasa bergolak walaupun tidak terdiri daripada rakyat
berbilang bangsa. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian
budaya, bangsa dan agama. Hubungan harmoni yang menerapkan etika dan peradaban yang
terpuji serta terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan perpaduan
negara.Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan
satu keistimewaan dan juga daya tarikan rujukan kehidupan terhadap negara luar.

Perkara ini diperkuatkan lagi apabila musim perayaan di Malaysia sama ada Hari raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Hari Thaipusam disambut seluruh rakyat di negara ini.
Pemberian cuti dua hari mahupun seminggu di Malaysia merupakan inisiatif pihak kerajaan
untuk bertolak ansur terhadap rakyat di Malaysia bagi mengunjungi sanak saudara yang jauh.
Hal ini menjadi etika yang efektif pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam komuniti
persekitaran. Suasana balik kampung ini selalu mencuri tumpuan media dan langsung boleh
menjadi buah mulut kepada pelancong asing yang berkongsi suasana di Malaysia mahupun di
luar negara. Keeratan masyarakat yang menziarahi sesama sendiri menjadi aspek keakraban
yang melahirkan adab kunjung-mengunjungi yang sangat bermakna.

Selain itu, konsep 1Malaysia yang dipuji seluruh negara iaitu berasaskan prinsip
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan
harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.(EKSPRESI22 – EKSPRESI 22, n.d.) Secara umumnya, perasaan
prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah
suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana cara menangani isu ini secara berhemah agar
kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. Di
kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah
membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial
dan juga politik negara berkenaan. Pergolakan kaum kadang kala dapat menggugat
kedaulatan negara.

Mengambil contoh negara jiran terdekat di Thailand, perselisihan agama Islam


pelbagai bangsa di sana menjadi ancaman kerana kurang kesepakatan bertolak ansur kerajaan
dan rakyat dalam menangani isu ini. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana
Malaysia telah membuktikan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama menjadi senario
pemupukan perpaduan yang utuh jika etika dan peradaban diselaraskan dengan pemikiran
bermodal kelas pertama seperti yang diuar-uarkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Abdullah Ahmad badawi.

3. Memupuk Sikap Toleransi Untuk Mencapai Keharmonian kaum.

Etika diletakkan sebagai satu tonggak utama yang setaraf dengan agama dan adat oleh
tamadun-tamadun yang terbina di awal peradaban manusia. Etika dan peradaban penting
dalam perpaduan negara kerana ianya mampu memupuk sikap toleransi dan keharmonian
kaum dalam diri masyarakat. Pengedaran maklumat melalui media sosial yang wujud telah
menunjukkan bahawa masalah perkauman merupakan isu yang berat dan mampu
meruntuhkan perpaduan negara. Contohnya, pada 14 Mei 2022, penembakan beramai-
ramai berlaku di pasar raya Tops Friendly Markets di Buffalo, New York, Amerika Syarikat.
Sepuluh orang terbunuh, dan tiga yang lain tercedera. (Whitlock et al., 2022).Mangsa yang
terlibat adalah orang Afrika-Amerika, manakala penembaknya ialah orang Caucasian. Oleh
sebab itu, sikap toleransi yang dipupuk melalui etika dan peradaban mampu menjurus kearah
keharmonian di antara kaum agar perpaduan negara terjamin. Janganlah kita mengikut jejak
langkah negara luar yang mengalami masalah jenayah dan konflik akibat daripada tiadanya
keharmonian kaum.

Anak-anak terutamanya perlu diberikan pendedahan berkenaan etika dan peradaban


daripada ibu bapa agar konsep toleransi dan keharmonian kaum dapat disemai dalam jiwa
mereka daripada kecil lagi, bak kata pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Perbezaan kaum, bangsa dan agama tidak sepatutnya menjadi batu sempadan
untuk kita mencapai keharmonian kaum. Sikap toleransi boleh dipraktikkan dalam kehidupan
harian kita seperti memberi makanan kepada jiran-jiran, membuat aktiviti bergotong-royong
dan menubuhkan Persatuan Jiran Tetangga untuk memastikan keselamatan kejiranan terjamin
tanpa mengira bangsa dan agama. Kita dapat lihat bahawa negara kita mempunyai ikatan
yang kuat diantara semua kaum walaupun belum sempurna.

Etika dan peradaban perlu sering ditonjolkan agar keharmonian kaum dapat
dinormalisasikan. Contohnya, Gambar-gambar yang viral di media sosial menunjukkan
Shahir Razali yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) mendukung seorang
wanita warga emas berbangsa Cina dan Mastura Maznor pula yang berada di sisinya
kelihatan memegang ‘walker’ mak cik tersebut. Perbuatan seperti ini sudah pasti akan
memberi pengaruh positif kepada pemupukan perpaduan negara. Hubungan yang baik dalam
masyarakat yang berbilang bangsa hanya mampu terbina sekiranya konsep etika telah
disemai tanpa dirosakkan oleh pihak yang mengambil kesempatan demi kepentingan
peribadi. Sekiranya semua bangsa di Malaysia dapat bertolak ansur diantara satu sama lain,
pastinya kesedaran yang terbina akan dapat dijadikan sebagai salah satu kerangka yang akan
mengukuhkan perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan lagi, ianya amat penting untuk
masyarakat membina generasi yang memahami konsep etika dan mencapai peradaban untuk
mewujudkan keharmonian kaum.

4. Melahirkan masyarakat yang berhati mulia.

Etika boleh didefinisikan sebagai amalan baik atau prinsip dipraktikkan dalam
kehidupan seharian. Etika begitu luas cabang pengertiannya sehingga merangkumi bidang
pendidikan, perniagaan, hubungan kemasyarakatan dan hubungan antarabangsa.(Tinta Minda
BERNAMA - Pentingnya Etika Dan Susila, n.d.). Setelah ditelusuri maksud etika yang telah
disimpulkan oleh Prof Madya Ts Dr. Jessica Ong Hai Liaw, jelas bahawa kepentingan etika
yang seterusnya ialah dapat melahirkan masyarakat yang berhati mulia. Aturan hidup yang
baik dan selari dengan moral kemanusiaan pasti dapat membina jalan kearah perpaduan
nasional. Masyarakat yang mulia ialah masyarakat yang dapat menggunakan bakat mereka
sepenuhnya dan menyumbang kepada negara dengan cara yang positif. Hal ini juga penting
kerana orang ramai yang mempunyai nilai etika akan dapat membuat pilihan yang baik.
Mempunyai hati mulia bermakna kita sanggup mempertahankan perkara yang betul walaupun
sukar.

Masyarakat yang berhati mulia akan dapat memberi impak positif kepada keadaan
negara. Negara kita akan dipandang mulia oleh negara luar, dan dijadikan rujukan oleh
generasi akan datang. Selain itu, kadar jenayah akan pasti berkurangan dan sekaligus
menjadikan negara kita lebih aman dan makmur. Pada masa kini, terdapat banyak cara untuk
memupuk hati yang mulia dalam kalangan penduduk. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu
menggalas tanggungjawab dalam mengajar pelajar konsep etika dan mempunyai semangat
kemasyarakatan. Pelajar harus diajar untuk menganggap orang lain sama dan mempunyai
pemahaman untuk budaya yang berbeza. Di samping itu, kanak-kanak harus digalakkan
untuk kembali berjasa kepada masyarakat dan negara. Perkara ini boleh dilakukan dengan
menyertai acara amal atau dengan melakukan kerja sukarela. Dengan mengajar pelajar
konsep etika dan kepentingan semangat kemasyarakatan, kita secara tidak langsung
membantu mereka memupuk semangat patriotisme dan patriotisme yang kuat dalam diri.
(Harmonikan Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum, n.d.) Di samping itu, dengan
menggalakkan mereka berjasa kembali kepada masyarakat, kami membantu mewujudkan
masyarakat yang lebih bersatu padu. Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada
semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama.

Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi
nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat. Seperti yang ditulis oleh Enizahura Abdul
Aziz, perpaduan negara akan lahir sekiranya masyarakat dapat menerima perbezaan masing-
masing dan mempunyai hati mulia yang dapat menghormati cara hidup bangsa dan agama
lain. Oleh itu, masyarakat perlu berusaha bersama-sama dalam membina peradaban dan
hidup beretika. Kita harus menyedari bahawa perpaduan negara hanya dapat dipupuk
sekiranya rakyat menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.

5. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin

Etika dan peradaban penting dalam pemupukan perpaduan kerana ianya dapat
mewujudkan masyarakat yang berdisiplin. Disiplin bermaksud kepatuhan kepada peraturan
yg telah ditetapkan (Carian Umum, n.d.). Seseorang yang mempunyai etika dan peradaban
akan sentiasa berdisiplin kerana nilai yang ada pada diri mereka melatih mereka untuk tidak
melanggar peraturan.

Adalah penting bagi seseorang untuk mempunyai sifat berdisiplin bagi melakukan
sesuatu dalam kehidupan. Sebagai contoh, pada zaman ini, terdapat pelbagai isu sosial di
kalangan remaja seperti gejala rempit, dadah, pembuangan bayi dan sebagainya. Dari situ,
kita dapat melihat etika penting dalam mendidik remaja menjadi seorang yang berdisiplin
dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini juga menunjukkan nilai-nilai moral seperti
tanggungjawab, hormat-menghormati dan lain-lain perlu diterapkan dalam diri golongan
muda. Oleh itu, remaja perlu dididik oleh ibu bapa atau guru tentang nilai-nilai etika dan
peradaban sejak kecil lagi.

Tanpa disiplin, masyarakat akan berpecah belah, melakukan sesuatu perkara tanpa
berfikir kesannya dan banyak lagi. Contoh yang dapat dilihat bagi remaja sekolah ialah
kesalahan ponteng sekolah, tingkah laku kurang sopan dan vandalisme. Hal ini terjadi
disebabkan nilai etika dan peradaban tidak ada dalam diri mereka. Pihak-pihak yang
bertanggungjawab harus menanamkan nilai etika dan peradaban ke dalam diri mereka agar
kesannya mereka menjadi masyarkat yang berdisiplin. Sebagai contoh, pihak sekolah akan
merekodkan amalan baik pelajar. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS),
Datuk Pkharuddin Ghazali mengatakan sistem merekod amalan baik itu dilihat berjaya
mengatasi masalah disiplin, sekali gus menambah minat pelajar ke sekolah. Ianya merupakan
antara kaedah psikologi terbalik bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik. Apabila pelajar
baik, mereka tidak akan terbabit masalah disiplin dan salah laku jenayah, seterusnya
memanfaatkan diri untuk masyarakat (Rahim, 2019).

Kesimpulannya, apabila masyarakat berdisiplin, perpaduan antara rakyat Malaysia


dapat dicapai. Masyarkat yang berdisiplin mudah mendengar kata dan berbincang. Tidak
akan melakukan perkara yang buruk dan tercela. Tetapi untuk mendidik masyarakat supaya
berdisiplin agar perpaduan dapat dicapai, haruslah dididik dari kecil. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud Mendidik anak biarlah sejak mereka
kecil lagi (Melentur buluh biarlah Dari rebungnya, n.d.). Hal ini supaya nilai yang diajar itu
sudah tersemat dalam diri mereka.

6. Mengukuhkan dan membangunkan ekonomi negara.

Pada era globalisasi ini, Malaysia merupakan negara yang maju. Hal ini terjadi kerana
masyarakat Malaysia menghayati nilai etika dan peradaban. Etika dan peradaban adalah
berkadar terus dengan ekonomi, iaitu individu dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya
maka dia mencapai tahap peningkatan diri. Namun dalam pandangan Islam terdapat
perbezaan, akhlak (etika) adalah intipati kerohanian yang diterjemahkan dalam bentuk
berikut perlakuan yang baik kerana ilmu Allah. Etika dan peradaban penting untuk
memajukan negara kerana dengan adanya nilai-nilai ini masyarakat menjadi lebih maju,
aman, damai dan harmonis. Negara Malaysia juga akan maju dan memiliki profil tinggi di
dunia internasional.

Selama negara dapat mempertahankan praktik etika tingkat tinggi, inilah saatnya negara akan
terus bergerak maju dan berkembang. Sejarah telah membuktikan hal ini. Beberapa
peradaban besar yang pernah mengukir namanya akhirnya runtuh dan menghilang, seperti
peradaban Babilonia di Irak, Mesir, Roma, Abbasiyah dan Umayyah, Melaka, dan lain-lain,
kerana para pemimpin dan pakar masyarakat mereka tidak lagi beretika.

Selain itu, kepentingan etika dan peradaban dalam pemupukan perpaduan di Malaysia
dapat mengukuhkan dan membangunakan ekonomi negara dengan menarik minat pelancong-
pelancong asing ke Malaysia. Kesannya negara semakin maju. Hal ini kerana, apabila
masyarakat menunjukkan sifat yang beretika serta peradaban yang mengikut zaman yang
menjadikan mereka bersatu padu, pelancong asing akan tertarik dengan keunikan serta
budaya rakyat Malaysia yang akhirnya membuatkan mereka ingin datang dan mengenali
Malaysia dengan lebih lagi.

Salah satu contoh bagaimana etika dan peradaban dapat mengukuh serta memajukan
ekonomi negara ialah pekerja perkhidmatan awam. Mereka merupakan individu-individu
wakil kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Dalam konteks ini, jika pegawai kerajaan tidak
beretika, sudah pasti akan berlaku rasuah, penyalah gunaan kuasa dan sebagainya yang
mengakibatkan ketidakharmonian negara, pemecah belahan organisasi dan lain-lain. Di
jabatan kerajaan, etika perkhidmatan awam menjadi keutamaan. Ini kerana, pegawai kerajaan
haruslah seseorang yang mempunyai etika yang tinggi seperti seorang yang cekap, bersih,
amanah, berintegriti, menepati masa dan berakauntabiliti serta mampu melahirkan organisasi
yang bertanggungjawab dan kesannya mereka akan dipercayai rakyat. Rakyat tidak akan
teragak-agak untuk menggunakan khidmat mereka.

7. Menguatkan semangat patriotik dan kesepaduan sosial di kalangan masyarakat

Patriotisme sangat penting bagi seluruh masyarakat. Ekspresi sesuatu perasaan itu
amatlah penting, tetapi juga amat penting bagi warga kita untuk menghargai apa yang terjadi.
Patriotisme bukan hanya semangat atau perasaan, itu juga sesuatu yang besar yang
melibatkan pertanyaan tentang kepercayaan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian,
kemandirian, identiti, dan kedaulatan. Jika etika dan peradaban masyarakat kita sangat baik,
nescayalah semangat patriotik di kalangan masyarakat akan semakin kuat dan kukuh. (KU
HASNAN KU HALIM, 2020)

Usaha untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat kita sangatlah penting untuk
memupuk semangat patriotik. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat
yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum dan tidak bersikap
sombong. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan
pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni
antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang
perkembangan sektor pelancongan negara. (DR, 2014)

Jika tiada usaha yang diambil oleh mana-mana pihak untuk membantu memantapkan
etika dan peradaban di kalangan rakyat Malaysia, nescayalah semangat patriotik di kalangan
generasi muda akan semakin hilang dan akan mendatangkan pelbagai masalah

Kesepaduan sosial adalah faktor yang sangat penting dalam menjaga perdamaian dan
keharmonian dalam suatu komuniti bagi sesebuah negara. Usaha untuk memiliki masyarakat
yang cemerlang, pemerintahan mesti berfungsi dengan sangat baik. Tanpa pemerintah yang
yang berintegriti dan berupaya untuk menyelesaikan konflik, masyarakat akan diganggu oleh
ketidakstabilan. Sebahagian besar negara kita telah berjaya berkembang dengan fokusnya
untuk kesepaduan sosial di kalangan rakyat, yang penting bagi kebijakan pembangunan
mereka. Bangsa dapat maju dengan rasa identiti kolektif yang kuat, bergantung pada rasa
saling menghormati, toleransi dan kepercayaan.

Dalam proses menghubungkan masyarakat secara keseluruhan sebuah negara


sehingga semua anggota masyarakat dapat membentuk menjadi satu satu. Memiliki identiti
dan nilai bersama, serta perasaan cinta dan bangga ke atas negara kita yang tercinta
(Semangat Patriotisme Perlu Diterapkan Kepada Generasi Muda: Japlin | Daily Express
Online - Sabah’s Leading News Portal, n.d.)

8. Membentuk keperibadian diri

Mempraktikkan etika yang sopan telah terbukti dapat membantu membina


keperibadian diri seseorang yang baik. Peribadi diri ialah sikap ataupun sahsiah seseorang itu
yang mecerminkan sikap sebenar dirinya dan juga wataknya.
Walaupun terdapat banyak definisi keperibadian, kebanyakan memberi tumpuan
kepada corak tingkah laku dan ciri yang dapat membantu meramalkan dan menjelaskan
tingkah laku seseorang. Penjelasan untuk keperibadian boleh memberi tumpuan kepada
pelbagai pengaruh, dari penjelasan genetik untuk sifat keperibadian kepada peranan alam
sekitar dan pengalaman dalam membentuk keperibadian individu.

Faktor alam sekitar yang boleh memainkan peranan dalam perkembangan dan ekspresi
keperibadian termasuk perkara-perkara seperti keibubapaan dan kebudayaan. Bagaimana
kanak-kanak dibesarkan boleh bergantung kepada keperibadian individu. Etika dan
peradaban juga turut menjadi salah satu factor dalam memainkan peranan untuk keperibadian
diri seseorang dan melahirkan sesorang yang berakhlak mulia

Seseorang rakyat itu mestilah berakhlak baik dan mulia jika ingin melakukan sesuatu
perkara di dalam kehidupan. Pada era globalisasi ini, kitab oleh lihat pelbagai isu dan
masalah baru yang muncul seperti masalah sosial di kalangan remaja sekarang contohnya
masalah berkaitan salah guna dadah, merempit pada waktu malam dan lumba haram,
membuang bayi dan sebagainya. Apabila kita melihat masalah-masalah seperti ini, kita dapat
membuat konklusi bahawa moral, etika dan peradaban amatlah untuk sesebuah masyarakat
bagi mendidik remaja mud akita mempunyai akhlak yang baik dan mulia ketika membuat
sesuatu keputusan jika mahukan keputusan yang lebih baik. Ini terbukti bahawa nilai moral
dan etika yang baik perlu diterapkan di kalangan remaja muda seperti sifat hormat-
menghormati, bertanggungjawab, berdisiplin dan banyak lagi sikap positif. Golongan muda
seperti remaja perlu dididik sejak awal umur oleh ibu bapa atau guru mereka tentang etika
yang baik dan nilai-nilai moral dalam kehidupan. Pembentukan akhlak sangatlah penting
dalam hidup seseorang bagi mendapatkan sesebuah masyarakat yang harmoni. (Karangan
Tentang Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja, n.d.)

Etika yang cemerlang, peradaban dan nilai moral yang baik dalam masyarakat kita
sangatlah penting untuk dipupuk, disuburkan dan diterap bagi membolehkan peradan
manusia itu berkekalan. Sesebuah masyarakat itu boleh mencapai hidup yang tenang dan
harmoni jika semua rakyat mempunyai dan mengamalkan nilai yang baik. Etika adalah
sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh oleh sesuatu masyarakat kerana ia
mempengaruhi tingkahlaku sesebuah masyarakat itu sama ada buruk ataupun baik. Perkara
yang amat penting untuk mendapatkan keamanan serta mencapai keharmonian adalah setiap
rakyat di sesebuah masyarakat tersebut perlulah mematuhi segala undang-undang dan
peraturan yang ditubuhkan di komuniti tersebut.

Antara undang-undang masyarakat yang penting berkaitan nilai murni dan etika yang
baik adalah berdikari, hormat-menghormati, kasih-sayang, kebersihan dan kerjasama. Mahu
diambilkan contoh, di negara Malaysia, kita mempunyai kaum yang pelbagai. Penerapan
nilai-nilai murni ini semua telah berjaya menyatukan rakyat kita yang pelbagai kaum seperti
India, Cina dan Melayu. Setiap perbezaan budaya bagi setiap kaum ini tidaklah menjadi satu
permasalahan bagi rakyat kita kerana setiap kaum tersebut memounya nilai positif yang
tersendiri. Kita juga perlulah menghormati agama, adat dan budaya yang berbeza itu kerana
itu adalah salah satu faktor kukuh negara kita menjadi sesebuah negara yang hebat di mata
dunia.

Perdana Menteri kita yang terdahulu, Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah
memperkenalkan konsep 1 Malaysia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam
diri masyarakat kita. Nilai-nilai murni diusahakan untuk disemat ke dalam konsep 1 Malaysia
agar masyarakat menjadi lebih progresif dan berjaya menjadi pemangkin negara kita semakin
ke hadapan untuk mencapai status negara maju. Oleh itu, etika yang baik dan peradaban
amatlah penting dalam masyarakat kita sekarang ini untuk menjadi panduan golongan rakyat
muda agar dapat mencapai hidup yang aman dan harmoni.(LUKMAN GANU:
KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA, n.d.)

Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial

Pada asasnya, bertanggungjawab secara sosial bermakna mengakui bahawa pilihan


atau pembuatan keputusan dan tingkahlaku seseorang memberi kesan kepada alam
persekitaran dimana ia tinggal. .Keputusan yang diambil sebagai individu, pekerja, majikan,
rakyat, profesional bahkan ahli politik memberi impak kepada persekitaran di sekeliling
mereka, sama ada persekitaran sosial atau persekitaran fizikal. (PERANAN ETIKA DAN
PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL, n.d.)Tanggungjawab
sosial adalah kerangka etika dan ketamadunan yang meletakkan semua pihak, baik organisasi
atau individu, mempunyai kewajiban untuk bertindak bagi kepentingan masyarakat secara
keseluruhan. Sehubungan itu, tanggungjawab sosial adalah kewajiban setiap individu untuk
memelihara keseimbangan antara pekerjaan, ekonomi dan ekosistem. tinggal. Keputusan
yang diambil sebagai individu, pekerja, majikan, rakyat, profesional bahkan ahli politik
memberi impak kepada persekitaran di sekeliling mereka, sama ada persekitaran sosial atau
persekitaran fizikal.

Tanggungjawab sosial adalah kerangka etika dan ketamadunan yang meletakkan


semua pihak, baik organisasi atau individu, mempunyai kewajiban untuk bertindak bagi
kepentingan masyarakat secara keseluruhan. Sehubungan itu, tanggungjawab sosial adalah
kewajiban setiap individu untuk memelihara keseimbangan antara pekerjaan, ekonomi dan
ekosistem. Tanggungjawab sosial adalah sebahagian daripada etika kerana individu
bertanggungjawab untuk memenuhi tugas kewarganegaraan mereka iaitu setiap pemikiran
dan tindakan individu mesti memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di negara tersebut.
Individu sebagai warga yang bertanggungjawab sentiasa mengutamakan kepentingan
masyarakatnya atau negaranya. Secara global, manusia juga mempunyai tanggungjawab ke
atas kesejahteraan sosial bagi seluruh penduduk dunia. Hanya dengan cara ini, wujudnya
keseimbangan antara peranan warga dan peranan negara dalam memastikan keharmonian dan
kesejahteran sosial dapat dikekalkan. (Tanggungjawab Sosial Adalah Keputusan Yang
Diambil Sebagai Individu Perkerja | Course Hero, n.d.)

Keseimbangan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan kebajikan


masyarakat yang adil dan pemeliharaan alam sekitar yang mampan. Jika keseimbangan ini
dikekalkan, maka tanggungjawab sosial akan dicapai.(MOHD AYOP ABD RAZID, 2014)
Dalam peradaban Islam, tanggungjawab sosial boleh dikaitkan kepada konsep Ihsan atau
kebaikan. Ihsan menggabungkan semua kebaikan antara muraqabah iaitu merasa diawasi
seseorang hamba daripada Tuhannya atau ekspresi penghambaan terhadap Allah dan berbuat
baik sesama manusia. Kewajiban bersikap ihsan mencakupi semua keadaan dan dimensi
kehidupan. Ihsan dapat dibahagi dua iaitu pertama, membantu dan mensejahterakan orang
lain dan kedua, memperbaiki perbuatan dan amalan. Amalan ihsan ini perlulah dimulai
dengan diri sendiri, kemudian barulah kepada orang lain. Pada asasnya seseorang itu memulai
bersikap ihsan kepada diri sendiri, kemudian kepada keluarganya, jirannya dan masyarakat
umum. Bahkan seseorang diperintahkan juga bersikap ihsan kepada tumbuh-tumbuhan,
binatang dan benda-benda .Islam menganjurkan setiap umatnya berbuat ihsan kepada sesiapa
pun dan apapun selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w: ‘Sesungguhnya Allah mewajibkan
kepada kamu untuk berbuat baik pada setiap perkara…’ (HR Muslim).
Dalam peradaban Islam terkenal dengan kisah para sahabat Rasulullah s.a.w yang
sanggup menderma untuk kebajikan dan manfaat masyarakat serta perjuangan Islam. Saidina
Abu Bakar merupakan di antara sahabat Rasulullah s.a.w yang banyak menderma. Beliau
juga merupakan orang yang banyak membantu baginda dari segala sudut sehinggakan
baginda menjadikannya teman setia serta saudara baginda. Sahabat nabi yang lain sangat
dermawan di antaranya Abdur Rahmân bin Auf yang terkenal dengan sifat dermawan dan
pemurah hingga pernah menjual tanahnya berharga 40 ribu dinar, kemudian membahagikan
wang tersebut kepada para fakir miskin, malah pernah menyedekahkan separuh daripada
hartanya.(MOHD FAIZ OTHMAN, 2017) Terdapat nama lain yang dermawan seperti Zubair
bin Awwam, Uthman bin Affan, Thalhah bin ‘Ubaydillah, dan Sa’ad bin Abi Waqqash.

PENUTUP

Kesimpulannya, perpaduan dalam kalangan masyarakat merupakan titik utama untuk


memajukan ekonomi negara. Jika tidak ada perpaduan, permusuhan akan berlaku yang
menyebabkan semangat perkauman yang kesannya generasi sekarang dan yang akan datang
menghadapi kesukaran untuk berkerja dan berkhidmat di sector ekonomi negara kerana
masalah perkauman. Oleh sebab itu nilai etika dan peradaban amat penting. Kita tidak mahu
tragedi-tragedi buruk yang berlaku di masa dahulu berlaku lagi seperti krisis ekonomi dan
kewangan yang berlaku pada tahun 1997 (Sulaiman, 2018). Harus kita belajar dari sejarah
agar sejarah tidak akan berulang.
Rujukan

ADAB MENERIMA TETAMU | Guru Pendidikan Islam. (n.d.). Retrieved June 4, 2022, from
http://gurupislam.blogspot.com/2010/04/adab-menerima-tetamu.html
Carian Umum. (n.d.). Retrieved from Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM:
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=disiplin
Carian Umum. (n.d.). Retrieved June 4, 2022, from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?
keyword=etika
DR, A. Z. S. A. S. (2014, September 18). Semangat patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar
simbolik. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/6611/semangat-patriotisme-
perlu-dijiwai-bukan-sekadar-simbolik
EKSPRESI22 – EKSPRESI 22. (n.d.). Retrieved June 4, 2022, from
https://ekspresii22blog.wordpress.com/author/ekspresii22blog/
Harmonikan hubungan masyarakat pelbagai kaum. (n.d.). Retrieved June 5, 2022, from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-
hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum
Karangan Tentang Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja. (n.d.). Retrieved June 5, 2022,
from http://naqeeuddin18.blogspot.com/2017/08/karangan-tentang-masalah-sosial-
dalam.html
KU HASNAN KU HALIM. (2020, August 31). Patriotisme bukan sekadar semangat. 31
OGOS 2020.
https://www.sinarharian.com.my/article/99031/KHAS/Pendapat/Patriotisme-bukan-
sekadar-semangat
LUKMAN GANU: KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA. (n.d.). Retrieved June 5, 2022,
from http://lukmanganu.blogspot.com/2014/02/kepentingan-moral-dan-etika.html
MASYARAKAT MAJMUK TERBENTUK SEJAK AWAL ABAD KE-19 – MENDAULATKAN
MARTABAT BANGSA. (n.d.). Retrieved June 4, 2022, from
https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/
masyarakat-majmuk-terbentuk-sejak-awal-abad-ke-19/
Melentur buluh biarlah Dari rebungnya. (n.d.). Retrieved from MAKSUD PERIBAHASA
Kamus Peribahasa & Simpulan Bahasa Melayu:
https://maksudperibahasa.com/melentur-buluh-biarlah-dari-rebungnya/
MOHD AYOP ABD RAZID. (2014, December 17). Keseimbangan pembangunan, alam
sekitar perlu diutama.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/12/23675/keseimbangan-pembangunan-
alam-sekitar-perlu-diutama
MOHD FAIZ OTHMAN. (2017, March 22). Keutuhan iman sahabat Rasulullah.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/03/262726/keutuhan-iman-
sahabat-rasulullah
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB
SOSIAL. (n.d.). Retrieved June 5, 2022, from
https://coggle.it/diagram/YAvswiRZwVeG5TIM/t/peranan-etika-dan-peradaban-
mendokong-tanggungjawab-sosial
Peristiwa 13 Mei: Pengajaran perlunya masyarakat bersatu padu. (n.d.). Retrieved June 4,
2022, from https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-
13-Mei-Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu
Rahim, R. N. (18 Februari, 2019). Retrieved from BH Online:
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kes-disiplin-
babit-pelajar-tahun-lalu
Semangat patriotisme perlu diterapkan kepada generasi muda: Japlin | Daily Express Online
- Sabah’s Leading News Portal. (n.d.). Retrieved June 5, 2022, from
http://www.dailyexpress.com.my/news/139111/semangat-patriotisme-perlu-
diterapkan-kepada-generasi-muda-japlin/
Sulaiman, S. (4 October, 2018). Meninjau kembali krisis kewangan 1997. Retrieved from
Minda Rakyat: https://www.mindarakyat.net/2018/10/meninjau-kembali-krisis-
kewangan-1997.html
Tanggungjawab sosial adalah keputusan yang diambil sebagai individu perkerja | Course
Hero. (n.d.). Retrieved June 5, 2022, from
https://www.coursehero.com/file/p4qa383/Tanggungjawab-sosial-adalah-keputusan-
yang-diambil-sebagai-individu-perkerja/
Tinta Minda BERNAMA - Pentingnya Etika dan Susila. (n.d.). Retrieved June 5, 2022, from
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1867009
Whitlock, C., Willman, D., & Horton, A. (2022). Massacre suspect said he modified
Bushmaster rifle to hold more ammunition. The Washington Post.
https://www.washingtonpost.com/investigations/2022/05/15/buffalo-shooting-gun-
bought-bushmaster/

Anda mungkin juga menyukai