Anda di halaman 1dari 55

CABARAN GLOBALISASI DALAM MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: NAJWA BINTI ABDUL HAKIM NUR ATIQAH BINTI SAUPI

satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini

EKONOMI
Dalam

globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara .

Perspektif

ini

dapat

dilihat

melalui

tiga

tahap.

Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah. Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara. Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.

Teknologi

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi.

Antara

bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer. Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal, statistik dan berasaskan komputer. Kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer.

Kebudayaan

merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.

Terdapat

beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi. Budaya Makan Budaya Fesyen Budaya Kerja Budaya Muzik dan Hiburan Budaya Bahasa

Membina Personaliti Rakyat yang berjiwa Merdeka

AGAMA BAHASA BUDAYA DAN NILAI JATI DIRI

Memiliki

iltizam keagamaan yang kuat adalah antara prasyarat utama bagi membolehkan seseorang memiliki personaliti berjiwa Malaysia. Hal ini akan mencegah penganiayaan kepada orang lain kerana setiap agama sentiasa menyeru untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Oleh

hal yang demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik

Di

Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah dimaktubkan sebagai bahasa rasmi. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Kedudukan

dan taraf bahasa kebangsaan terkandung dalam : a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan b) Akta bahasa kebangsaan 1963 c) Akta Pendidikan
Dengan bahasa ini maka lahirlah ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa yang melambangkan martabat dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia.

Seluruh

rakyat Malaysia perlu menghayati dasar kebudayaan kebangsaan yang telah digubal berteraskan semangat kerjasama dan persefahaman antara kaum. Kepelbagaian yang wujud tidak seharusnya menjadi kekangan untuk berinteraksi dan memahami antara satu sama lain. Ada banyak persamaan yang boleh dijadikan landasan bagi memungkinkan masyarakat berkongsi bukan sahaja dari segi nilai malahan dari segi amalan dan tatacara kehidupan.

Jati diri ialah rangkuman segala nilai,budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum. Kita sering mendengar jati diri bangsa kita kian luntur. Selalunya kelunturan ini dirujuk kepada watak, cara hidup dan penampilan seseorang. Kalaulah dia seorang Melayu-Islam tetapi tidak lagi mempamerkan cara hidup, cara bertindak dan perwatakan malah berfikir sebagai orang melayu maka orang ini dikatakan hilang jati diri keMelayuaan dan keIslamannya.

Membina Jalinan Harmoni Hubungan Interetnik dan Intraetnik

Hubungan

interetnik merujuk kepada hubungan antara satu etnik dengan etnik yang lain.

1. PERINGKAT NASIONAL - Pada peringkat nasional, cabaran utama yang sering dihadapi adalah sejauh mana dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negara ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan, setia kawan dan keharmoniaan kaum di Malaysia?

2. PERINGKAT GLOBAL
- Cabaran pada peringkat global dapat dilihat daripada banyaknya pergolakan yang berlaku di negara-negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai etnik.

Ketegangan

hubungan kaum yang berlaku di Afrika (seperti di Rwanda dan Burundi), Eropah Timur ( Bosnia Hezergovina), Indonesia (Ambon) dan ditempat lain membuka mata kita bahawa konflik kaum boleh tercetus dan berlaku pada bila-bila masa atas sesuatu sebab.

Cabaran

besar yang dihadapi adalah apabila adanya pihak yang mengambil kesempatan dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengalaman negara lain dalam soal menguruskan hubungan antara kaum.

Hubungan

Intraetnik merujuk kepada hubungan antara sesama etnik atau satu keturunan.

CABARAN PENGARUH LUARAN a) POLITIK ANTARABANGSA - Ketegangan etnik yang berlaku di Balkan dan Eropah Barat, Konflik di Sierra Leone, Bosnia dan Kosovo semuanya menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Perhatian dunia telah memberikan satu dimensi baharu kepada proses perhubungan kaum abad 21
i.

Apakah

kesan Politik antarabangsa terhadap hubungan etnik? Kesannya adalah pihak berkuasa perlu bersikap lebih telus, adil dan saksama dalam menangani masalah perhubungan kaum di negara masing-masing.

Antara

contoh yang dapat dilihat adalah berakhirnya rejim aparteid di Afrika Selatan yang mengamalkan diskriminasi kaum berasaskan warna kulit.

b) IDEOLOGI - Ideologi sering digunakan sebagai alat yang cukup ampuh dalam menggembleng tenaga dan mendapatkan sokongan dalam sesuatu misi atau perjuangan.

Nasionalisme

pada peringkat yang lebih ekstrem boleh mendorong kepada semangat perkauman sempit atau cauvinisme dan rasisme. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka kestabilan sosial dan keharmonian dalam masyarakat yang bersifat plural itu akan berada dalam keadaan yang gawat.

c) EKSTREMISME - Ekstremisme atau sikap melampau dalam apa jua keadaan pun amat jarang memberikan kesan positif. Lazimnya membawa kepada kemudaratan.

Dalam

konteks hubungan kaum sikap pelampau ini perlu dijauhi. Hal ini kerana ketegangan amat mudah berlaku antara kaum berlainan sekiranya sebelah pihak telah mendapat pihak yang sebelah lagi melakukan perbuatan yang melampau. Contohnya 13 Mei 1969

d) GLOBALISASI - Proses globalisasi sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia. Akan tetapi yang menjadikannya satu cabaran besar kepada umat manusia kini adalah kerana adanya pihak-pihak yang tertentu yang mengambil kesempatan daripada perkembangan ini dan mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil, khususnya dalam konteks hubungan antara negara.

ii.

CABARAN DALAMAN Malaysia banyak menghadapi cabaran termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan ras.

Dari segi sosioekonomi, jurang antara kaya dan miskin, jurang antara bandar dan luar bandar masih menjadi isu yang diperdebatkan dan memerlukan penyelesaian.
Dari segi agama, memanglah rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan keturunan, tetapi hal ini tidak boleh menjadi halangan untuk mewujudkan perpaduan kaum.

iii. CABARAN PSIKOLOGI a) Persepsi Persepsi bermaksud tanggapan. Dalam konteks hubungan etnik, persepsi yang salah terhadap sesuatu etnik yang lain boleh memberikan kesan atau memudaratkan keharmonian.

b) Prejudis - Prejudis atau prasangka merupakan elemen yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam hubungan kaum. - Konflik timbul dengan adanya sikap prejudis yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati antara satu etnik dengan etnik yang lain.

c) Diskriminasi - Diskriminasi boleh difahami sebagai lanjutan daripada sikap prasangka terhadap kaum yang lain. - Dalam negara yang berbilang kaum seperti malaysia, Sesuatu tindakan yang boleh mengarah kepada diskriminasi akan memberikan kesan negatif dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak harmoni.

d) Stereotaip - Stereotaip ialah pernyataan-pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu yang bersarang dalam kotak pemikiran manusia. - Memiliki pandangan serong atau memiliki pandangan tertentu tentang sifat-sifat negatif sesuatu kaum amat suakr untuk bertindak secara objektif.

- Menghilangkan pemikiran dan sikap stereotaip yang mungkin ada pada sesuatu kaum terhadap kaum lain juga merupakan cabaran besar yang perlu ditangani oleh masyarakat Malaysia.

e) Etnosentrisme - Etnosentrisme merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya dan nilai etnik lain. - Inilah cabaran besar untuk mengikis sikap dan pemikiran yang bersifat etnosentrisme dan menggantikannya dengan sikap dan pemikiran yang lebih positif.

Menangani hubungan etnik di Malaysia Pasca Kemerdekaan (Peristiwa Ketegangan Kaum)

Politik

perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.

a. Perbezaan pekerjaan. b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk.

a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain. b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.

Perbezaan

& pertentangan nilai di antara

etnik. - Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan.

Cabaran

globalisasi. - Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat.

Pengaruh

Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.