Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN DEFINISI

Kahwin = perikatan yang sah antara lelaki dan perempuan menjadi suami isteri
Campur = bergaul dalam satu kumpulan
Kahwin campur = perkahwinan antara dua orang yang berlainan bangsa dan agama
Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan
berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical.

HASIL KAJIAN KESAN POSITIF PERKAHWINAN CAMPUR


1. Saling mengenali adat istiadat atau pola perilaku keluarga yang satu lagi.
2. Pertemuan dua keluarga, menyatunya dua karakter, menyesuaikan dua budaya,
3.
4.
5.
6.

tradisi, adat istiadat, latarbelakang keluarga


Mewujudkan suatu pemikiran baru tentang garis keturunan baru
Dapat menonjolkan adat istiadat masing masing
Penyebaran agama Islam telah dilakukan melalui perkahwinan
Proses menyemai benih baru bagi melahirkan generasi campuran baru

RUMUSAN SEJARAH
Di Malaysia, sebagian besar pernikahan antara etnik adalah antara Cina dan India.
Keturunan dari pernikahan tersebut secara tidak formal dikenal sebagai "Chindian".
Namun pemerintah Malaysia hanya mengklasifikasikan mereka dengan etnik utama
mereka. Disebabkan sebagian besar dari pernikahan melibatkan pengantin India dan
Cina, majoriti Chindians di Malaysia biasanya diklasifikasikan sebagai "India" oleh
pemerintah Malaysia. Manakala, orang Melayu yang majoritinya Muslim, pembatasan
hukum dalam perkahwinan campur antara agama yang berbeza membuatkan ia kurang
umum bagi mereka untuk menikah dengan kaum India, yang majoritinya adalah Hindu,
atau orang Cina, yang majoritinya beragama Buddha dan Tao. Walaubagaimanapun,
orang Arab di Malaysia memperisterikan orang Melayu, kerana agamanya yang sama.
Perkahwinan campur sememangnya merupakan wadah kesepaduan kaum di Malaysia.
https://prezi.com/xee4cxezj-77/he-perkahwinan-campur/

GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN


KAUM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan
antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan
interaksi harmoni antara budaya dan kaum. Kahwin campur ataupun kahwin rentas kaum
adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan
cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya
berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh
mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan
nilai-nilai yang berikut;

1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar


menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan
yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif
yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat
resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya
pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa
seorang cina menjadi melayu atau melayu menjadi cina selepas perkahwinan adalah
tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.

3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilainilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu,
setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas
melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di
antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
(Surah al-Hujurat: 13).

4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam
berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan
nama keluarga seperti menukar nama bapa adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam.
Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah kesempitan pemikiran
setempat yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian
kaum dan agama.
5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia
dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w
Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah!
Tiada kelebihan orang arab ke atas ajam (yang bukan arab), atau ajam ke atas arab, atau
yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang
berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh alAlbani).
Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum
terhadap kaum yang lain.
Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara
kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan
hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan
yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.

http://drmaza.com/home/?p=1294

Asri: Beri insentif pada pasangan kahwin campur

29 Nov 2010, 10:44 pagi

29 Nov 2010, 10:54 pagi

Bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencadangkan perkahwinan
dijadikan antara faktor bagi mendekatkan hubungan antara kaum yang berbeza
di negara ini.

Sehubungan itu, katanya golongan yang berpengaruh dan kerajaan hendaklah


menggalakkan perkhwinan campur termasuk memberikan insentif tertentu
kepada pasangan yang berkahwin rentas kaum berkenaan.
Menurutnya, sejarah telah membuktikan perkahwinan telah menjadi faktor
perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum.
Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan
nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak
mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik.
Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang
tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang
Cina menjadi Melayu atau Melayu menjadi Cina selepas perkahwinan adalah
tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum, katanya dalam
satu kenyataan.
Menurut Asri, bagi yang beragama Islam, hendaklah dipastikan keislaman
mereka terpelihara. Bahkan individu berkenaan wajar menunjukkan contoh
pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya kerana sikap dan teladan
yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut
Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka
atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama bapa adalah sesuatu
yang tidak diajar oleh Islam.
Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah kesempitan
pemikiran setempat yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara
penghalang keharmonian kaum dan agama, katanya.
Bekas mufti Perlis itu juga berkata perkahwinan antara kaum patut dijadikan
kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap
kaum dan bukan bertujuan menghapuskan identiti kaum berkenaan.
Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan
kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman:

(maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari


lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
(Surah al-Hujurat: 13).
Katanya lagi, perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa
sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan
semata-mata.
Sabda Nabi SAW Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa
kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas Ajam (yang
bukan Arab), atau Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang
berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan
ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani),
katanya.
Menurutnya, jika hal-hal itu, dihayati, perkahwinan campur boleh membantu
mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.
http://www.malaysiakini.com/news/149436
1.0 Pengenalan
Perkahwinan campur merupakan sebuah penyatuan yang terdiri dari berlainan bangsa atau
kaum yang berlainan agama atau berlainan warganegara. Proses ini disifatkan sebagai
penyatuan dua golongan insan yang berbeza sama ada agama atau bangsa. Dalam kehidupan
masyarakat setiap orang mempunyai hak untuk bergaul dan berkawan serta berkenalan dengan
siapa sahaja, begitu juga kepelbagaian bangsa yang masuk ke Malaysia pada hari ini telah
memberikan satu kesan khusus terhadap sistem perkahwinan campur di negara ini, keadaan ini
boleh mendorong ke arah untuk berkenalan dengan bangsa lain yang masuk ke Malaysia justeru
tidak mustahil adanya kemungkinan untuk mereka saling jatuh cinta sehingga terjadinya
perkahwinan campur.
Perkahwinan campur dapat diibaratkan sebagai sebuah permulaan budaya baru dari sebuah
keluarga. Dapat dihuraikan bahawa perkahwinan antara dua kaum atau dua keturunan yang
berbeza ras akan melahirkan sebuah budaya baru, paling tidak ianya akan terjadi sebuah proses
asimilasi secara fizik antara dua kebudayaan atau dua ras kerana pada konsep perkahwinan
campur ialah penyatuan dua insan dari dua keluarga berbeza.
Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan
hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur
Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat
majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga

kini. Agama Islam sendiri, tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah
perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan dalam ayat alquran.
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah mengetahui faktor-faktor perkahwinan campur, mengenal pasti implikasi
(kebaikan dan keburukan) perkahwinan campur terhadap individu dan masyarakat dan mengkaji
pandangan masyarakat terhadap perkahwinan campur.
2.0 Sorotan Literatur
Perkahwinan campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan
sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian. Namun, pada hari ini,
perkataan kahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang
mempunyai agama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin campur
boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara
negara dan kahwin campur antara agama. Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu
yang berlainan kaum. Sebagai contoh, seorang lelaki melayu berkahwin dengan seorang
perempuan Cina. Perkahwinan campur antara agama melibatkan dua individu yang menganut
agama yang berbeza, sebagai contoh, seseorang yang beragama Islam berkahwin
dengan individu beragama Buddha.
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya dalam
kalangan kaum Cina yang terdapat di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba
atau Peranakan kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya
mereka terhadap suasana sosiobudaya di persekitaran mereka pada zaman silam iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku antara kaum-kaum Cina dan Melayu adalah punca utama
mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba. Dari segi anutan,
kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai
yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular dalam kalangan remaja.
Kahwin campur di Malaysia telah lama dipraktikkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada kurun ke-15 Kesultanan
Melayu Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan diplomatik dengan China dan
maharaja Yongle telah menghadiahi puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri sultan. Hang Li Po
datang ke Tanah Melayu bersama dengan Laksamana Cheng Ho dan 500 pengiring perempuan.
Pengiring puteri menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin dengan pengawai Sultan Mansur
Shah. Maka, hasil kahwin campur antara kaum Melayu dan kaum Cina pada masa itu dikenali
sebagai baba-nyonya.
Perkahwinan campur telah banyak terjadi di negara kita dalam berbagai-bagai tingkatan
masyarakat. Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya perkahwinan campur selain dari cinta
terhadap pasangan. Antaranya, ekonomi, transportasi, globalisasi informasi, pendidikan,
kecanggihan teknologi, ekonomi dan masih banyak lagi. Berdasarkan kajian terdahulu yang
dilakukan, jalur perkenalan yang membawa pasangan berbeza kewarganegaraan berkahwin
antara lain adalah perkenalan melalui internet, teman kerja, berkenalan semasa berhibur,
bekas teman sekolah atau kuliah dan sahabat pena. Ada beberapa orang yang telah berkahwin
campur disebabkan cara hidup orang Islam di negara kita. Mereka mengatakan bahawa mereka
tertarik dengan budaya orang Islam kerana didedahkan dengan suasana sebegitu sejak dari kecil
lagi.
Pada dasarnya Islam tidak melarang perkahwinan seumpama ini jika sekiranya pasangan
tersebut sudah memeluk Islam. Pasangan berpeluang untuk berkenalan antara satu sama lain.

Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan seluruh keluarga yang terlibat sama dan ini
bertepatan dengan hikmah atau tujuan Allah mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak
dan kaum. Perkahwinan campur antara dua pihak berlainan agama secara tidak langsung
merupakan satu cara untuk menyebarkan ajaran Islam. Dalam konteks kahwin
campur di negara seperti Malaysia, kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti
ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut
perlu menitikberatkan nilai-nilai yang berikut. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya
terpelihara, bahkan pasangan wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik
kepada pasangannya kerana sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salah faham
pasangannya terhadap Islam. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak
bersifat untuk menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum.
Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan untuk memahami dan mempelajari nilainilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum tersebut. Dengan
itu, setiap kaum akan hormat-menghormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang
dimiliki lantas melaksanakan firman Allah (maksudnya), Wahai manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu perbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13)
Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung
dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga
seperti menukar nama bapa adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas
Islam menegah hal tersebut. Justeru, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan
budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain. Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur
boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum.
Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia meninggalkan impak bukan sahaja
terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung tetapi juga terhadap masyarakat sekeliling
dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat daripada dua sudut iaitu
sudut positif dan sudut negatif.
2.1 Kesan postif perkahwinan campur
Secara individu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat dapat mengetahui dan mempelajari
bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat seperti bersekedudukan juga dapat
dikurangkan. Dari aspek masyarakat pula, kahwin campur dapat menyebarkan dakwah
keagamaan, misalnya agama Islam. Hal ini kerana, apabila seseorang yang bukan Muslim ingin
berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam.
Dengan itu, ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada bukan Muslim tersebut dengan
harapan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah swt. Secara tidak langsung, anak-anak
yang lahir dari hasil perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi, generasi yang lahir
dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya
lain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih berkualiti
dari segi fizikal dan mental. Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan
dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Di samping itu, ekonomi juga dapat dijana
melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan.
2.2 Kesan negatif perkahwinan campur
Secara idealnya, perkahwinan campur dapat memupuk persefahaman antara pelbagai kaum
namun realitinya konflik kadang-kadang terjadi sekiranya pasangan tidak dapat
mengadaptasi perbezaan budaya, ditambah pula dengan tiadanya tolak ansur antara kedua-dua
belah pihak. Pegangan agama juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing
yang lebih terbuka. Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan
dan ahli keluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah, khususnya bagi kita umat Islam.

Dari aspek masyarakat, akan wujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh
sikap etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain. Tambahan lagi, jika terdapat halangan
keluarga, yang mana keluarga pasangan tidak mahu pasangan bertukar agama. Contohnya,
hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam masyarakat Melayu justeru, mereka
lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam kelompok mereka sendiri. Mereka juga
khuatir jika anak-anak mahu berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Mereka tidak
mahu anak-anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain dan yang paling membimbangkan
mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut agama lain.
Antara risiko lain yang mungkin dihadapi juga adalah peningkatan kadar penceraian dan masalah
sosial. Rata-rata beranggapan perkahwinan yang dibina oleh dua individu berlainan bangsa tidak
akan bertahan lama kerana mempunyai latar belakang, cara hidup, budaya dan agama yang
berbeza. Selain itu, masyarakat sering membuat andaian perkahwinan campur sering
berakhir dengan perceraian sedangkan hanya dinilai daripada sudut perbezaan yang dilihat pada
pandangan mata kasar sahaja.
Menurut kajian, masalah yang timbul dalam perkahwinan campur ini terhad kepada kes
membabitkan pertukaran agama. Dalam kebanyakan kes, keluarga sering membantah jika
perkahwinan itu memerlukan anak mereka menukar agama dan nama kerana ia dikhuatiri akan
memutuskan ikatan kekeluargaan yang terjalin. Berbeza pula dengan perkahwinan campur di
Sabah dan Sarawak yang lebih bersifat mesra dan cara pemikiran mereka jauh lebih terbuka
sekali gus menjamin keharmonian rumah tangga.
Antara langkah yang boleh diambil untuk menjaga keharmonian dalam perkahwinan
adalah setiap pasangan hendaklah menerapkan sikap toleransi supaya dapat mengelakkan
masalah yang serius daripada timbul walaupun agak sukar untuk mengubah cara hidup atau
kepercayaan yang sudah sebati dalam diri seseorang sejak kecil lagi. Selain itu, pasangan
tersebut harus mempunyai sifat tolak ansur, memahami antara satu sama lain dan saling
menghormati kerana kemungkinan bahtera perkahwinan akan menuju kehancuran jika pasangan
tersebut tidak memiliki sifat-sifat tersebut.
Tambahan pula, mereka tidak boleh dipaksa dan didesak untuk menerima budaya baru kerana
proses ini memerlukan masa serta tidak mengharapkan perubahan yang drastik
daripada pasangan. Malahan, masyarakat dan ahli keluarga mestilah mempunyai fikiran terbuka
mengenai perkahwinan campur dan tidak sepatutnya berfikiran bahawa perkahwinan ini bersifat
sementara. Keluarga hendaklah menjadi penasihat pada mereka yang ingin berkahwin dengan
pasangannya yang datang daripada keluarga berlainan.
5.0 Kesimpulan
Gagasan pembinaan negara bangsa menjadi sangat penting ketika isu-isu perkauman mulai
bergema di negara ini akibat pergeseran politik dalam negara kerana agenda pembinaan negara
bangsa ini menjadi penting kerana negara ini mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Di
Malaysia setiap kaum masih mempunyai persepsi negatif dan prejudis terhadap kaum yang lain
lantaran sikap dan pengetahuan yang tidak menyeluruh tentang budaya dan aspirasi kaum lain
menjadikan masyarakat sering dipisahkan oleh perbezaan pendapat, perbezaan perspektif,
kepentingan ekonomi dan perbezaan kebudayaan yang mana akan menghalang proses
penyatuan bangsa agak tergendala.
Justeru, sebagai salah satu langkah ke hadapan dalam rangka mencapai matlamat perpaduan
dan integrasi kaum sebagai usaha untuk menjayakan agenda pembinaan negara bangsa,
galakan kea rah proses perkahwinan campur sebagai salah satu cara untuk melahirkan
semangat dan kefahaman terhadap budaya serta adat sesuatu kaum boleh difikirkan. Sikap
prejudis terhadap kaum lain sedikit demi sedikit akan pupus apabila mereka disatukan dalam
sebuah rumah tangga yang harmoni kerana penyatuan dua insan boleh menyatukan pula dua
keluarga berlainan kaum. Situasi ini mungkin agak sukar untuk dicapai seandainya semua pihak

belum dapat menerima secara terbuka tentang kebaikan perkahwinan campur sebagai salah satu
usaha pembinaan negara bangsa.
Pihak kerajaan, agensi agensi kekeluargaan, badan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan
boleh memberikan insentif serta galakan kepada mana-mana pasangan yang akan mendirikan
rumah tangga dalam bentuk perkahwinan campur. Peranan institusi agama, pertubuhan bukan
kerajaan, intitusi sosial lainnya amat diharapkan dalam rangka merangsang pertumbuhan minda
bagi mengubah persepsi agar perkahwinan campur dapat dikembangkan sebagai salah satu
jambatan untuk membina negara bangsa.

http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/04/perkahwinan-campur-antara-kaummelayu.html
http://www.nurfarinaabdullah.com/2012/03/perkhawinan-campur-dan-pembinaannegara.html

Anda mungkin juga menyukai