Anda di halaman 1dari 2

ULASAN ARTIKEL Manusia diciptakan Allah S.W.T.

dalam berbagai-bagai bangsa dan puak untuk manusia itu saling bekenal-kenalan di antara satu sama lain. Oleh itu ada baik dan buruknya apabila kita berkahwin dengan bangsa asing ini. Semua manusia sama sahaja, cuma sikap dan penghayatan terhadap ajaran agama Islam itulah yang menyebabkan kita dapat hidup dengan aman dan bahagia.Di antara kebaikan kahwin campur ini ialah kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan kelurga lain berbangsa asing , kaum kelurga dan kerabat kita semakin besar, kita dapat menguasai bahasanya, mempelajari budayanya, kita dapat berdakwah kepada kelurganya agar dapat menerima Islam sebagai cara hidup yang paling baik sekali dan kalau kita dapat anak, anak tersebut mewarisi gens kedua-dua bangsa(rupanya cantik).Keburukannya ialah apabila berlaku perceraian ia akan kembali murtad dan anak akan menjadi mangsa perebutan di anatara ibu dan ayahnya.Dibimbangi anak tersebut akan mengikut agama ibu yang kembali kepada agama asalnya. Ini akan merugikan Islam, kerana kita tidak dapat mengekalkannya sebagai seorang Islam hingga ke akhir hayat. Menurut kajian, kejayaan dalam gerbang perkahwinan ini merangkumi hanya 3 dari 10.dan menurut menteri penerangan ,komunikasi dan budaya iaitu Datuk Seri Rais Yatim berkata , kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur, hanya tiga saja yang berjaya.Dan ini bererti perkahwinan campur bukan sebuah perkahwinan yang dianggap mudah,hal ini kerana setiap pasangan mempunyai budaya dan cara hidup masing-masing,dan ianya ditambah dengan jurang perbezaan agama bagi seseorang yg baru memeluk agama islam. Jika kita lihat senario hari ini, perkahwinan campur adalah satu tekanan besar terhadap pasangan serta keluarga masing-masing dan memerlukan sikap toleransi semua pihak yang terbabit, bukan hanya suami dan isteri berkenaan saja. Oleh itu, kahwin campur mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.Hal ini dapat kita lihat melalui kes penceraian di antara aktres maya Karin dengan bekas suaminye iaitu Steven David Shorthose atau Muhammad Ali, 41, dari Itali.Justeru kita boleh lihat punca peceraian tersebut adalah disebabkan faktor budaya,agama serta cara seseorang itu dibesarkan di sesuatu tempat.Sebagai seorang pasangan suami isteri mereka wajib memberi tunjuk ajar agama yang betul terhadap pasangan mereka yang baru memeluk agama islam.Dalam erti kata pengajaran agama islam itu wajib diterapakan di dalam kehidupan pasangan mualaf baru mereka. Selain itu ape yg kite boleh lihat perkahwinan campur ini lebih dierti pakai sebagai , perkahwinan kepada 'asmara pendek', maknanya apabila sudah melalui satu tempoh singkat, masing-masing akan menyorot balik tuntutan budaya dan agama pada sudut khalayak di mana dia dilahirkan,"ini bermaksud setiap perkahwinan campur itu tidak mengikut hukum agama yang sebenar,kerana ianya hanya berlandas kan nafsu serta niat yang tidak jelas,hal ini juga merupakan faktor penceraian bagi mereka yang berumah tangga,. Di samping itu perkahwinan campur ini juga sering dikaitkan untk mendapatkan taraf kerakyatan bagi sesebuah Negara seperti Negara kita Malaysia,kebanyakkan

mereka cuba untuk mempergunakan perkahwinan campur sebagai jalan pintas untuk mendapat taraf kerakyatan Negara kita.Namun yang demikian,,untuk mendapatkan taraf kerakyatan Negara kita bukanye sesuatu perkara yang mudah, dalam soal ini ia adalah lebih mudah jika melibatkan wanita yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia berbanding sebaliknya. ''Ini disebabkan taraf kewarganegaraan dalam Seksyen 16 dan 17 Perlembagaan Persekutuan adalah terasas pada pertimbangan kebapaan dan bukannya keibuan.Oleh itu perkara ini amat khuatir bagi lelaki rakyat Malaysia yang kebanyakannya berkahwin campur dengan rakyat luar Negara,kerana ianya boleh mengundang kepada penceraian kerana wanita tersebut mungkin hanya berniat untk mendapatkan status kerakyatan,dan hal ini boleh mengundang kepada isu yang lebih besar selain daripada penceraian. Bagi mengelakkan perkahwinan campur ini dari disalah erti,setiap pasangan yang berkahwin campur perlulah mengetahui dan memahami konteks perkahwinan campur dalam hukum islam.Di samping pemahamam tentang konteks perkahwinan campur,kite perlu juga memahami gerbang keagamaan dalam perkahwinan campur.hal ini boleh kita lihat jika seorang lelaki yang beragama islam mengahwini seorang mualaf yang asalnye dari agama kristian,jika lelaki itu tidak mengerti ajaran agama islam bagaimana die hendak memberi tunjuk ajar dalam hal-hal keagamaan terhadap pasangan mualafnyer,jadi di situ kita dapat lihat bahawa hubung kait pengahtuan agama dalam perkahwinan campur amat penting bagi mengelakkan keretakkan rumah tangga..

Anda mungkin juga menyukai