Anda di halaman 1dari 16

UICW 6023 (SECTION 04)

PHILOSOPHY OF SCIENCE AND CIVILISATION

Perkahwinan campur: Dari Perspektif Agama dan Masyarakat

ASSOC. PROF. DR. AMINUDDIN RUSKAM

DISEDIAKAN OLEH:
LING SHEAU JING
ASMIDA BINTI KAMARUDIN

MSC142035
MSC143016

1.0 Pengenalan

Perkahwinan merupakan suatu syariat dalam kehidupan manusia kerana perkahwinan,


membina keluarga dan masyarakat. Perkahwinan dapat menghalalkan hubungan atau pergaulan
hidup manusia sebagai suami isteri dan seterusnya membentuk keluarga yang bahagia dan
harmoni. Melalui perkahwinan jugalah perbuatan maksiat dapat dikurangkan dan menjadi suatu
bentuk ibadah kerana melaksanakan salah satu perintah agama. Ini dibuktikan dalam surah Annisaa ayat 3,

Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain, dua,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil dia antara isteri-isteri
kamu, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Definisi perkahwinan menurut islam adalah suatu ikatan atau akad yang menghalalkan
pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong menolong di antara seorang lelaki dan
perempuan yang di antara keduanya bukan mahram. Ia merupakan perikatan yang sah antara
lelaki dan perempuan yang menjadi suami isteri. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud,

wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu,(mempunyai belanja serta


keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan
memejamkan matanya(terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya
dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi
benteng. (Riwayat Muslim)

Manakala perkataan campur membawa maksud bergaul dalam suatu kumpulan.


Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa
dan warganegara. Perkahwinan campur sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak gereja
Khatolik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik.
Perkahwinan yang menyatukan dua insan dari latar belakang dan golongan berbeza dari segi
agama atau bangsa juga dipanggil eksogami. Manakala perkahwinan endogami melibatkan
perkahwinan individu yang mempunyai persamaan dari segi kaum dan agama. Perkahwinan
campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dari
Negara China dengan Sultan Mansur Shah dari Kesultanan Melayu Melaka.

Perkahwinan campur dilihat sebagai sesuatu yang positif dari segi mengikis perasaan
perkauman dan lebih terbuka terhadap perbezaan antara kaum. Manfaat sebegitu amat diperlukan
di negara kita yang mempunyai majoriti masyarakat yang berbilang kaum dan berlainan nilainilai budaya. Masyarakat yang harmoni dan bersatu padu diperlukan oleh sesebuah negara
kerana perpaduan adalah paksi untuk kejayaan dan tonggak kestabilan negara. Perpaduan juga
merupakan kunci kepada pembangunan negara dalam menuju wawasan 2020.

Malaysia

mempunyai komposisi etnik yang berbeza dengan 91.8% adalah warganegara dan 8.2% bukan
warganegara dengan kumpulan etnik bumiputra sebanyak 67.4%, cina sebanyak 24.6%, india
sebanyak 7.3% dan lain-lain sebanyak 0.7%. carta di bawah menunjukkan taburan peratusan
penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia pada tahun 2010 (Portal Rasmi Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2010).

Taburan peratusan penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia pada tahun 2010
80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
Peratusan

40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
0.00%

bumiputera

cina

india

lain-lain

Carta 1.1: Taburan Peratusan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik di Malaysia pada
2010

Perkahwinan campur terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perkahwinan antara kaum,
antara agama dan antara negara. Perkahwinan antara kaum melibatkan dua individu yang
berlainan kaum, perkahwinan antara agama pula melibatkan dua individu yang berlainan agama
dan perkahwinan antara negara pula melibatkan dua individu yang berlainan kewarganegaraan.
Perkahwinan campur juga bukan lah sesuatu yang asing dalam kehidupan masa kini dan tidak
mendapat tentangan dalam islam asalkan syarat-syarat dalam islam dipatuhi.

2.0 Objektif

Dalam laporan ini, perkahwinan campur antara agama akan dipertengahkan dengan lebih jelas
dari segi undang-undang di Malaysia. Antara objektif kajian adalah:
i.

Membincangkan isu perkahwinan campur dari sudut agama islam dan prosedur memeluk

ii.

agama islam sebelum berkahwin,


Mengenal pasti perkaitan perkahwinan campur dalam kesepaduan hubungan antara kaum

iii.

dalam masyarakat di Malaysia dan


Mengupas kesan positif dan negatif perkahwinan campur dan cabaran yang dihadapi
dalam perkahwinan campur

3.0 Isu Perkahwinan Campur dari Sudut Agama Islam


Ajaran islam tidak membenarkan perkahwinan yang melibatkan individu yang berlainan
agama. Sebagai contoh, perkahwinan antara seorang penganut islam dan penganut Buddha. Ini
amat bertentangan dengan syarak dan perkahwinan sebegini tidak akan diiktiraf dan harus segera
difaraqkan atau dibubarkan. Islam tidak melarang perkahwinan campur asalkan ianya menurut
kehendak syarak, seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 221.

Janganlah kamu menikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya


perempuan yang mukmin lebih baik dari perempuan yang musyrik, walaupun dia menarik hati
kalian. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang yang musyrik dengan perempuanperempuan mukmin sebelum mereka beriman. Sesungguhnya orang yang mukmin lebih baik dari
orang yang musyrik, walaupun dia menarik hati kalian. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan
Allah mengajak ke syurga dan keampunan dan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat Nya
kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran darinya.

Peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984,


Seksyen 7 menyatakan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Persekutuan harus mengikut
peruntukan di dalam akta dan diakad nikahkan menurut hukum syarak. Merujuk pula pada
Seksyen 10 akta yang sama, tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang yang
bukan islam kecuali seseorang kitabiyah.

Ahli kitabiyah bermaksud seorang perempuan

keturunan Bani Yaqub atau seorang perempuan nasrani keturunan orang nasrani sebelum Nabi
Muhammad menjadi Rasul atau seorang perempuan Yahudi keturunan orang Yahudi sebelum
Nabi Isa menjadi Rasul ( Islam, M. Z., 2014). Dalam surah Al-Maidah ayat 5 ada menyatakan,

dihalalkan bagimu menikahi perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari perempuanperempuan yang beriman di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, apabila kamu

membayar mas kahwin mereka untuk menikahinya dengan tidak bermaksud untuk berzina dan
bukan untuk dijadikan perempuan simpanan.

Secara jelas ia menyatakan yang lelaki islam dibolehkan berkahwin dengan perempuanperempuan ahli kitab yang baik kerana lelaki menguasai urusan rumah tangga. Allah SWT
membezakan bukan islam dari golongan-golongan ahli kitab dengan bukan islam dari golongangolongan musyrik. Orang- orang bukan islam yang terdiri daripada ahli kitab mempunyai
kepercayaan agama yang tidak terlalu besar perbezaan nya dengan kepercayaan agama islam. Ini
kerana ahli kitab adalah penganut agama yang diberikan kitab injil, taurat dan zabur sebelum
turunnya kitab suci Al-Quran.

3.1

Prosedur Memeluk Agama Islam Sebelum Berkahwin

Golongan penganut agama lain selain islam hendaklah memeluk agama islam untuk
membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman Islam Malaysia
dan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan khidmat bantuan dalam soal
pemahaman tentang agama Islam dan bimbingan untuk menjadi muslim yang baik. Menurut
prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor, seseorang yang hendak memeluk
agama islam hendaklah terus ke Bahagian Pembangunan Insan di pejabat agama islam daerah
yang berhampiran dengan membawa kad pengenalan, dua orang saksi lelaki yang beragama
islam dan membawa empat keping gambar berukuran passport. Selepas mengucapkan dua
kalimah syahadah, beliau hendaklah hadir ke Kursus Intensif Saudara Kita (asas) dan hadir ke
kelas pengajian Fardhu Ain yang dianjurkan oleh pejabat agama islam daerah tersebut.
Kemudian hendaklah membuat pindaan butiran pengenalan diri dalam kad pengenalan di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).

Pemohon yang hendak berkahwin hendaklah hadir ke kaunter JPN atau Pejabat
Perwakilan Malaysia di luar Negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
Pemohon yang bukan warganegara hendaklah bermastautin di daerah perkahwinan selama temph
7 hari sebelum membuat permohonan di pejabat JPN yang berkenaan dan upacara kahwin
hendaklah dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi 6 bulan daripada tarikh perkahwinan.
Pemohon hendaklah membawa dokumen sokongan seperti kad pengenalan, passport bagi bukan
warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh ketibaan di Malaysia. Pemohon
juga mesti membawa satu keeping gambar berukuran 32mm x 38mm) berlatar belakang biru dan
jika pemohon bertaraf duda atau janda, hendaklah mengemukakan Dekri Nisi Mutlak. Sekiranya
pemohon bertaraf duda atau balu hendaklah mengemukakan sijil kematian pasangan. Pemohon
bukan warganegara juga dikehendaki mengemukakan surat pengesahan taraf perkahwinan dari
Negara pemohon yang telah diendorskan oleh pihak kedutaan Malaysia di Negara pemohon atau
kedutaan Negara pemohon di Malaysia, seterusnya disahkan oleh bahagian Konsular,
Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Agama sangat penting di dalam sesebuah institusi perkahwinan. Oleh itu pasangan yang
beragama islam hendaklah sentiasa membimbing pasangan nya yang mualaf supaya keislaman
terus terpelihara, mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan secara tidak langsung
melahirkan keluarga yang harmoni dan bahagia (Rizki, F.,S., 2011).

4.0 Perkaitan perkahwinan campur dalam kesepaduan hubungan antara kaum dalam
masyarakat di Malaysia

Perkahwinan campur adalah permulaan budaya baru untuk sesebuah keluarga. Ini kerana
keluarga antara pasangan masing-masing akan mempelajari dan menghormati pegangan dan adat
sesuatu kaum lain dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan kehidupan seseorang ahli
keluarga mereka. Sebagai contoh, apabila orang india berkahwin dengan orang cina sudah tentu
pemahaman tentang budaya yang berlainan dapat difahami dengan jelas disebabkan sudah ada
pertalian perkahwinan (Idrus, et.al.,2011).

Kedua dua keluarga pasangan juga dapat mengenali, memahami dan menghormati
budaya masing-masing dan secara tidak langsung dapat menjalin dan mengekalkan jaringan
social dengan keluarga dan masyarakat. Rohana yusof, 2010 menyatakan bahawa keluarga
memainkan peranan yang penting untuk pembentukan sesebuah masyarakat kerana keluarga
merupakan aset untuk meneruskan kebudayaan dalam sesebuah masyarakat. Perkahwinan antara
dua kaum yang berbeza akan melahirkan budaya baru dan permulaan kepada sesuatu kehidupan
baru dalam erti kata lain membina sesebuah masyarakat.

Menurut Haji Ishak Saat, 2009, perkahwinan campur melahirkan beberapa etnik baru
contohnya etnik Cina Peranakan yang lebih dikenali dengan masyarakat Baba dan Nyonya,
masyarakat chite, masyarakat portugis, masyarakat Begus, masyarakat Syed dan sebagainya.
proses integrasi dalam sesebuah budaya berlaku dan mewujudkan beberapa ciri baru dalam
amalan budaya mereka tanpa menghilangkan ciri-ciri asal budaya mereka (Osman, 1981)
Kerjasama dan tolak ansur antara kaum mampu melahirkan suasana harmoni dalam kalangan
rakyat di Malaysia.

Perkahwinan campur dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum dan mengukuhkan


semangat perpaduan. Perpaduan adalah satu proses untuk menyatukan anggota masyarakat
melalui ideologi negara supaya anggota masyarakat tersebut dapat membina satu identiti
bersama dalam memacu kestabilan negara. Kerajaan telah berusaha memupuk semangat
perpaduan dalam membina kesejahteraan negara kita. Apabila perpaduan kaum dapat dicapai,
kemajuan Negara juga dapat ditingkatkan dan dikekalkan. Malah, salah satu daripada dasar-dasar
kerajaan dalam membentuk perpaduan adalah perpaduan boleh dicapai dengan perkahwinan
campur. Perkahwinan campur merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan etnik dan dalam
kotenks 1 Malaysia, ia adalah langkah yang positif kerana perkahwinan campur semakin
meningkat dari tahun ke tahun.

Perkahwinan campur amat digalakkan di negara kita untuk membuang perasaan prejudis
antara kaum dan agama, seterusnya dapat mewujudkan negara yang mempunyai rakyat yang
bersatu padu, aman dan harmoni.

5.0

Kesan Positif dan Negatif Perkahwinan Campur dan Cabaran yang


Dihadapi dalam Perkahwinan Campur

5.1 Kesan Positif kepada Perkahwinan Campur

Perkahwinan campur antara dua pihak yang berbeza agama dapat menyebarkan ajaran
islam dengan mensyariatkan bukan muslim wajib memeluk islam untuk berkahwin dengan
seorang muslim. Bagi muslim hendaklah dipastikan keislaman nya terpelihara untuk
membimbing pasangan yang baru memeluk islam. Keluarga pasangan yang berkahwin campur
ini berpeluang berkenalan dan bermesra di antara satu sama lain bertepatan dengan hikmah Allah
SWT mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dan kaum. Perkahwinan campur adalah
peluang untk memahami dan mempelajari nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap kahwin
sebagaimana firman ALLAH SWT;

wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya.
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Zuriat yang terhasil daripada gen pasangan dari perkahwinan campur ini mempunyai
perkembangan fizikal dan mental yang lebih baik. Kajian saintifik mengatakan bahawa generasi
yang genius lahir daripada perkahwinan campur. Selain itu, anak yang terhasil kahwin campur
ini akan lebih terdedah dengan beberapa budaya dan mereka boleh mahir berkomunikasi dalam
tiga atau empat bahasa termasuk bahasa ibunda mereka. Anak-anak ini juga dapat didedahkan

dengan kepelbagaian adat dan budaya dan meningkat semangat kemasyarakat dalam diri mereka.
Dengan cara ini perpaduan antara masyarakat majmuk akan ditingkatkan dan dikekalkan demi
kesejahteraan dan keharmonian negara.

Perkahwinan campur juga dapat menggalakkan kesepaduan dan mengeratkan hubungan


antara kaum di Malaysia. Ia juga dapat mengikis perasaan perkauman dan saling bergantung
sesama kaum.

5.2 Kesan Negatif Perkahwinan Campur

Walaupun perkahwinan campur sering dilihat sebagai sesuatu yang positif namun ia tidak
terlepas dari pasang surut rumahtangga. Ini kerana pertembungan adat, budaya dan bahasa yang
berbeza sentiasa menjadi sebab kegagalan rumahtangga (Loy, T.C., 2011). Masalah menjadi
lebih serius jika pasangan itu tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam dan
tidak mahu bertolak ansur antara satu sama lain. Perkahwinan antara kaum yang berbeza patut
dijadikan peluang untuk mempelajari adat daripada setiap kaum dan bukan untuk menghapuskan
identiti kaum tersebut. Setiap kaum haruslah menghormati dan memahami setiap kelebihan dan
kekurangan yang dimiliki oleh kaum lain. Sesebuah kaum itu hendaklah tidak menganggap
kaum itu lebih mulia dari kaum lain hanya kerana faktor keturunan semata-mata, bertepatan
dengan sabda Nabi Muhammad SAW,

Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah, tiada
kelebihan orang arab ke atas orang yang bukan arab atau yang berkulit merah ke atas yang
berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.
(Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi, dinilai hasan oleh Al-Albani).

Salah satu sebab lain keretakkan rumahtangga adalah seseorang itu sukar untuk
mengubah persepsi dan kepercayaan yang sudah lama sebati dalam diri. Kepercayaan yang
sudah lama diamalkan dan sudah sebati dalam kehidupan seseorang itu menyebabkan ia sukar
untuk membiasakan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang penganut agama lain. Sebagai
contoh, jika seseorang itu sudah biasa melakukan amalan yang selama ini diamalkan contohnya
seperti meminum arak, berjudi dan bergaul bebas, ia menjadi sukar untuk melepaskan amalan
tersebut. Masalah ini dapat diatasi jika pasangan membantu dengan mengajar berkenaan ilmu
agama dan hendaklah membantu pasangan yang baru memeluk islam untuk tidak terjerumus
kepada kepercayaan dan fahaman lama.

Begitu juga dengan sikap prejudis terhadap kaum lain. terhadap kaum lain. Jika kaum
melayu sering dilabel sebagai seorang yang malas dan tidak berusaha, persepsi ini akan terus
kekal dalam diri keluarga pasangan yang berlainan kaum dan menyebabkan keluarga itu terusmenerus berprasangka buruk terhadap pasangan kepada anak mereka. Secara tidak langsung ia
merosakkan hubungan sesama keluarga seterusnya mempengaruhi untuk gagal dalam
rumahtangga. Perkara ini sering terjadi terutama nya jika keluarga menghalang perkahwinan
tersebut dari mula lagi.

Hala tuju anak pasangan yang sudah bercerai juga menjadi kebimbangan kerana setelah
bercerai, hak penjagaan anak akan pergi kepada ibu kerana ibu adalah orang yang paling berhak
untuk menjaga anak kecil semasa dalam perkahwinan dan selepas penceraian, menurut seksyen
82, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah. Hal ini akan terus menjadi masalah jika
akidah isteri yang baru memeluk islam ini goyah dan tidak meyakinkan.

Tekanan dari pihak sekeliling juga menyumbang kepada keruntuhan perkahwinan dan
kembali kepada agama lama. Masyarakat juga menjadi penyebab dengan pandangan yang
tertutup mengenai perkahwinan campur. Pihak berkuasa haruslah mengadakan aktiviti dan

menyediakan saluran-saluran bantuan untuk membantu pasangan yang baru memeluk islam
untuk tetap teguh dengan agama dan perkahwinan.

6.0 Kesimpulan

Secara kesimpulan nya, perkahwinan campur mempunyak banyak impak positif yang
boleh dipupuk dalam mengharungi hidup bersama dan membina keluarga yang sakinah dan
berteraskan islam. Perkahwinan campur merupakan kaedah yang tepat untuk menyebarkan islam
dan meluaskan ajaran islam bertepatan dengan tugas kita sebagai khalifah iaitu harus
menyampaikan ajaran islam (Noor, A.,M., 2011). Perkahwinan antara kaum haruslah dijadikan
kesempatan untuk memahami nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum agar hubungan
kesatupaduan ini akan terus terpelihara. Perkahwinan campur dapat mengeratkan hubungan
sesama kaum dan menghapuskan sikap prejudis antara kaum.

Rujukan:

1. Al-Quran
2. Fitri Sri Rizki, 2011. Perkawinan Campuran Cina-Melayu di Kalimantan Barat,
Universitas Tanjungpura, Pontianak, Indonesia.
3. Johnben Teik-Cheok Loy, 2011, A Grounded Theory of Malaysian Chinese Family Firm,
University of Minnesota.
4. Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, (2010) Galakkan Perkahwinan Campur
Untuk Keharmonian Kaum, Minda Tajdid, Retrieved Nov 30,2014, from
http://drmaza.com/home/?p=1294
5. Noor, A.,M., (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam di Tanah Melayu. Jurnal AlTamaddun, 29-50.
6. Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, Sumber Statistik Rasmi Malaysia, Laporan
Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, 2010, Retrieved Nov 28, 2014, From
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?
option=com_content&view=article&id=1215%3Apopulation-distribution-and-basicdemographic-characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-2010updated-2972011&catid=130%3Apopulation-distribution-and-basic-demographic-

characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia2010&Itemid=154&lang=bm
7. Gill, S.,S., 2001, Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah, Sari 19, 189-203
8. Dr Haji Ishak bin Saat, 2009, Sejarah Panjang Hubungan Malaysia-China, Universiti
Sains Malaysia.
9. Osman, S. 1981, Perkahwinan Antara Etnik: Satu Kajian di Bandar Melaka, Akademika
10. Rohana Yusof. (2010). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai