Anda di halaman 1dari 16

1.

Proposal
1.1. Pengenalan
1.2. Pernyataan Masalah
1.3. Persoalan Kajian
1.4. Objektif Kajian
1.5. Metodologi Kajian
1.6. Skop dan Limitasi Kajian
1.7. Kajian Literatur
1.8. Definisi Operasi Kajian
1.9. Hipotesis/Definisi Istilah
1.10 Signifikan Kajian
1.11 Kesimpulan
PROPOSAL

1.1 PENGENALAN

Sebagai umat Islam dan individu muslim,seseorang seharusnya teguh dan sempurna
kesemua rukun Iman dan Islam dari segi teori apatalah lagi praktikal namun ia hanya
menjadi separuh angan-angan apabila masyarakat yang menganut Islam sendiri kurang
kefahaman berkenaan dengan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT.”Hudud”
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,2017 ialah batasan atau peraturan atau hukum
yang ditetapkan oleh Pencipta yang tidak boleh diubah suai seperti murtad,zina dan
sebagainya.Syariat yang ingin ditegakkan ini sering diancam dari pelbagai sudut dan
kurangnya penerimaan masyarakat terhadap Hudud kerana telah didoktrin dan dikhabar
oleh beberapa negara bahawa melaksanakannya adalah kurang tepat atau kurang sesuai
dengan zaman ini malah digambarkan hudud itu menzalimi manusia,kejam,tidak
berperikemanusiaan,adil dan sebagainya untuk terus menggalakkan masyarakat
menganuti fahaman untuk menolak hukum Allah SWT(MAIS,2015). Disebabkan
itu,masih ramai individu muslim tidak menghayati syariat yang telah Nabi S.A.W
korbankan darah dan titik peluhnya sebaliknya menyalahkan hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kenapa kefahaman ini difokuskan kepada mahasiswa?
Kerana mahasiswa ada pemimpin dan tonggak masa depan.

Hudud ini bukan sahaja penting dalam mentarbiahi individu dari segi nafsu dan
pemikiran rasional manusia,bahkan mampu meminimumkan kes yang tidak diingini
seperti di negara Islam yang sudah terbukti kesannya dengan melaksanakan hudud.
Dengan peluang yang ada,pengkaji mengambil langkah untuk menghasilkan kajian yang
boleh dijadikan panduan dan membentuk kefahaman masyarakat mengenai hudud dan
keberkatannya sebelum melaksanakannya secara menyeluruh.
1.2 PERNYATAAN MASALAH

Millennia ini terdapat ribuan kes yang tidak terjangkau dek akal dari aspek jenayah
yang rekodkan di Malaysia walhal Malaysia merupakan negara Islam yang sinonim
dengan agama yang menjaga kehormatan dan keamanan.Namun begitu, masih ramai
individu muslim yang kurang cakna mengenai hudud dan bersikap acuh tidak acuh
dengan hukuman yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-quran.Disini penulis
ingin menjelaskan dengan lebih mendalam tentang Undang-Undang Islam yang
terbahagi kepada tiga hukuman utama. Ianya meliputi hudud,qisas dan diyat serta
Takzir.Hudud merangkumi tujuh perkara iaitu zina,qazaf,hirabah,mencuri,minum
arak,bughat dan murtad.Maksud qazaf bermaksud menunduh orang lain berzina,hirabah
adalah merompak dan bughat adalah penderhaka kepada pemerintah(MAIS,2015)

Dicatatkan sepanjang Januari hingga September tahun 2018 iaitu di negeri Johor ,744
lelaki dan 756 wanita disabitkan kesalahan berkhalwat dan berzina dan disimpulkan dari
kes itu, 561 lelaki dan 548 wanita didapati bersalah kerana berkhalwat dan 183 lelaki
dan 208 wanita melakukan persetubuhan luar nikah serta menjadi jenayah syariah
paling tinggi di negeri Johor. Dalam kesalahan perkara lain untuk jangka masa yang
sama,merendahkan dan menghina pihak berkuasa agama adalah 21 kes, menjual
makanan dan minuman di bulan Ramadhan secara haram adalah 87 kes , berjudi adalah
98 kes dan 2 kes liwat, 21 perbuatan kurang sopan di khalayak umum dan 2 perbuatan
bersedia untuk bersetubuh secara haram direkodkan.Di Kuala Lumpur,jenayah ragut
dan saman adalah 1010 kes dan pada 2016,keseluruhan indeks adalah sebanyak 15,785
kes

Kes jenayah yang berlaku di Malaysia telah menunjukkan bukti, walaupun ada pihak
berkuasa yang membanteras jenayah di Malaysia tetapi masih tinggi kadar jenayah yang
berlaku pada setiap tahun dan saban hari seolah-olah tiada jalan penyelesaian yang
boleh dilakukan . Di Brunei telah mencatatkan pada 2017,148 kes jenayah syariah dam
pada 2016 adalah sebanyak 259 kes dan telah dijumlahnya keseluruhan penurunan
adalah 57 peratus pada tahun lepas.Kes anak tidak saf taraf pula mencatatkan dari tahun
2001 hingga 2012,hanya sebanyak 121 anak tidak sah taraf didaftarkan.Pada
2010,terdapat 27 kes anak tidak saf taraf dilahirkan ,2011 pada 20 kes, dan pada 2012
hanya sebanyak 9 kes.

Ini bermakna negara Islam yang telah melaksanakan hudud iaitu Brunei telah
membuktikan dengan penguatkuasaan Undang-Undang Syariah,jenayah-jenayah yang
berlaku di seluruh dunia mampu diturunkan kadarnya dengan begitu hebat sekali
sehinggakan masyarakat berasa selamat di negara yang mereka diami di Brunei.
Seperti yang tertulis dalam surah Al-Maidah ayat 45 :

成೴成녈ᢓ宔 ೴成녈ᢓ Lj Àɯ 宔 LjÀɯ Lj ǦÌ̄Lj̄ 宔 LjǦÌ̄Lj̄ Lj ¯ Lj ᢓ̄宔 Lj̄ Lj ᢓ̄ Lj 䀀̄䀀䖧ᢓ宔 Lj䀀̄䀀䖧ᢓ ÀLj⺁ Lj ÌǨ Ƕ̄ Ì̄LjÌLjȈ Lj䖧¯䀀 Lj䀀 Lj Lj
LjÀ ᢓ Êᢓ Ƕ LjǮÊLjᢓ ÈLjǨ Lj¾Ljȯ䀀ÌLj⺁ Lj Ƕ̄ÉLj̄ Lj̄ ¯೴Lj⩸Lj Ljᢓ ¨LjÈ Lj Lj Lj䀀Ǩ ⺁ Lj¼ċLjƾLjÈ ¯೴Lj LjǨ ´ Ljƾ Lj¬ ¯ǂ Lj

Maksudnya: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa
jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan
hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka
hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya,
maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Jelas ayat di atas,jika dilaksanakan hukuman sedemikian yang sesuai untuk seluruh
alam,sudah pasti kurang jenayah di atas muka bumi yang dilakukan oleh individu tidak
bermoral yang hanya berbekalkan nafsu serakah untuk ditempiaskan kepada golongan
yang lebih lemah.

Justeru, kajian yang dijalankan oleh penulis adalah untuk memahamkan dan memberi
bukti kepada mahasiswa dan pelajar khususnya dengan melaksanakan perintah dan
syariat Allah, jenayah yang berlaku yang dicatatkan secara tinggi di Malaysia dapat
dikurangkan malah boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
1.3 PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah tahap kefahaman pelajar berkenaan hudud?


2. Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap hudud?
3. Adakah pelajar faham keseluruhan jenayah hudud iaitu
zina,qazaf,mencuri,hirabah,minum arak,menderhaka kepada pemerintah dan murtad?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah terbagi kepada tiga iaitu:


1. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar usas terhadap hudud
2. Menganalisis penerimaan pelajar terhadap hudud.
3. Mengkaji kefahaman pelajar berkaitan keseluruhan jenayah hudud.
1.5 METODOLOGI KAJIAN
Maksud metodologi kajian yang telah diulas oleh Kamus Dewan Edisi Keempat,2017
ialah sistem yang di dalamnya ada prinsip atau kaedah yang digunakan untuk mencapai
sesuatu matlamat.Ia dilakukan dengan cara yang sangat teliti dan cermat untuk
mendapatkan data dan analisis bagi penyelidikan yang dijalankan untuk subjek
tertentu(Hornby,1985).

Kajian lapangan yang dilakukan ialah pergi ke tempat responden dan menganalisis
secara berhadapan ataupun memberi soal selidik kepada orang yang ditemuramah(Siti
Syafinaz,2019).Kajian yang dijayakan ini adalah untuk mencapai objektif yang telah
dirangka dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti reka bentuk
kajian,pengumpulan data,kebolehan percayaan dan kaedah penganalisian.

Untuk mencapai tahap objektif yang baik lagi memuaskan, penelitian yang mantap
harus diberi perhatian secara optimum tanpa menjejaskan aspek-aspek lain seperti
pembolehubah,hipotesis dan sebagainya.

1.6 SKOP DAN LIMITASI KAJIAN

Kajian yang dilakukan adalah terhadap pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa di


Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) iaitu pelajar diploma dan degree dari semester
satu hingga ke semester akhir. Dan seramai (kuantiti) responden di temu ramah.

Isu
Isu yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah berkaitan dengan kefahaman mahasiswa
kampus terhadap hukum Hudud. Dengan ini, pengkaji mahu menyelidik kedua-dua
pemboleh ubah ini saling berkaitan di antara satu dengan yang lain.
Masa

Kajian ini dijalankan pada tarikh 4 Mac 2019 sehingga 13 Mei 2019
Lokasi
Kajian ini bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah(USAS) dan melibatkan pelajar
USAS di sekitar kawasan kampus. Pengkaji telah memberi borang soal selidik kepada
mahasiswa kampus seramai 50 orang sahaja secara rambang. Ini adalah kerana untuk
mengkaji kefahaman pelajar dari pelbagai latar belakang dan sudut adakah pelajar
benar-benar faham mengenai hudud.

1.7 KAJIAN LITERATUR

Berdasarkan tesis Kesesuaian Perlaksaan Undang-Undang Hudud Di Malaysia yang


dikarang oleh Dr.Muhammad Fathi Yusof,penulis tesis mengkaji keadaan masyarakat di
Malaysia yang berbilang kaum dan pelbagai anutan agama serta kefahaman mereka mengenai
hudud. Penulis mendedahkan bahawa pada awal kerajaan Melayu telah dilaksanakan hukum
hudud kepada masyarakat dan ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu
pada tarikh 22 Februari 1303 Masihi iaitu pada hari Jumaat. Penulis juga meluahkan setelah
British bertapak di Tanah Melayu,sedikit demi sedikit perlaksaan syariah dikikis dan
dimasukkan unsur-unsur undang Barat yang bertapiskan hukuman semata-mata dan tidak
melibatkan iman,ibadah atau akidah. Undang-undang harini mengandungi lebih 760 akta dan
beribu-ribu undang-undang kecil serta bermacam peraturan. Maka ia bukanlah alasan untuk
tidak melaksanakan hudud jika rakyat tidak memahami undang-undang syariah secara
keseluruhan malah salah satu sebab untuk mengislah masyarakat selari dengan ajaran Islam.
Hujahnya adalah kerana akta yang ada di Malaysia saja terdapat ramai yang tidak memahami isi
kandungannya namun tetap dilaksanakan undang-undang sivil yang bersifat kejam dan
memalukan si penjenayah.Tegasnya lagi,konsep dan falsafah undang-undang Islam lebih mudah
difahami dan jelas manakala undang-undang barat bersifat berubah ikut zaman,akal dan
kehendak masyarakat setempat.Sebagai contohnya, dahulu homoseksual dianggap satu jenayah
tetapi kini tidak lagi malah diangkat menjadi satu amalan yang sah perkahwinannya dan
diamalkan di negara-negara Barat.
Tajuk tesis yang kedua ialah Hudud Perlaksaan Hukuman Allah yang dikarang oleh
Ibnu ‘Umar (‘Affan bin ‘Umar Al Bughory,S.Kom,M.H). Penulis tesis ini mengupas secara
ringkas berkenaan dengan hukuman hudud disertai dengan dalil al-Quran dan Sunnah.
Penulis menyatakan apabila seorang penjenayah melakukan sesuatu dosa jenayah dan
dihukum di atas jenayahnya,maka dosa-dosanya telah diampunkan.

Seterusnya ialah buku yang ditulis oleh MAIS(Majlis Agama Islam Selangor) yang
bertajuk Hudud Satu Penjelasan,2015. Penulis menukilkan bahawa hudud dipropaganda
supaya dapat menakutkan umat Islam diseluruh dunia dan masyarakat bukan Islam untuk
menolak dan menundakan perlaksaanaan hudud kerana ianya bersifat kejam dan melanggar
hak asasi manusia.Kemudian, diterangkan dengan lebih mendalam berkenaan tujuh jenayah
yang berada di bawah hukuman hudud dengan lebih spesifik dan mendalam iaitu
zina,qazaf,minum arak,mencuri,bughat dan murtad . Hukuman yang akan dikenakan di
dalam jenayah tersebut juga dikupas secara terperinci dan mudah difahami untuk rujukan
semua lapisan masyarakat dan didedahkan perlaksaan hudud di antara negara-negara yang
mengamalkannya iaitu Brunei,Arab Saudi,Pakistan dan negara-negara lain iaitu
Libya,Afghanistan dan yang paling islamik iaitu Somalia. Penulis juga menerangkan
kekurangan yang terdapat di dalam hudud yang dilaksanakan disana kerana terdapat
diskriminasi diantara jantina yang berlaku untuk menjatuhkan maruah dan pihak lain.

Tajuk bahan bacaan yang keempat adalah Surat Terbuka Hudud Kepada Masyarakat
yang ditulis oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.Tuan Guru
memberitahu bahawa masyarakat hanya ibarat pandai berkata perkataan ‘Siyasah
syariah,Maqasid Syariah dan sebagainya’ tetapi tidak tahu apakah maksud sebenar
disebalik istilah itu dan memberi perbezaan di antara Siyasah,Maqasid,Fiqh Aulawiyat dan
maslahah. Tuan Guru juga menulis bahawa maslahah mempunyai tiga tingkatan iaitu
Mu’atabarah,Mulghah atau Maslahah Mursalah dan perlu dibentangkan beberapa kali pada
khalayak umum di pelbagai forum,seminar dan dialog sebelum dibentangkan di DUN
Negeri. Oleh itu masyarakat perlulah hadam, dengar dahulu sebelum memberi pelbagai
spesikulasi berkenaan sesuatu tanpa selidik.
Tajuk bacaan yang kelima adalah Masalah Hudud Di Malaysia yang dikarang Zahirul
Khairul pada 2016. Penulis memberitahu bahawa masalah hudud tidak dapat dilaksanakan di
Malaysia adalah disebabkan oleh tiada kesatuan dikalangan masyarakat dan golongan orang
bukan islam turut tidak dikecualikan dari hukuman. Ini adalah kerana penulis berpendapat tidak
selari hukuman diantara orang islam dan orang bukan islam yang melakukan jenayah . Sebagai
contoh, jika yang berzina itu adalah Muslim yang sudah berkahwin dan bukan Muslim,maka
yang direjam sehingga mati adalah orang islam dan bukan muslim pula hanya dipenjarakan.
Begitu juga dengan jenayah harta jika berlaku kerjasama di antara orang islam dan orang bukan
islam. Maka,yang dicadangkan adalah undang-undang sivil hendaklah diselaraskan dan hampir
kepada hukuman hudud. Ini dapat mengubah persepsi masyarakat dari segi persamaan hukuman.
Bukan itu saja,rata-rata ahli kabinet pula kebanyakkannya bukan Islam dan pasti tidak bersetuju
dengan cadangan itu. Malah, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan
pemilihan pula berdasarkan parti politik ,tetapi perlu dititik beratkan berkenaan dengan
keperibadian seseorang. Undang-undang prosedur dan dalam perbicaraan kes hudud
memerlukan keterangan yang mendalam dan tidak boleh dilakukan begitu saja tanpa soal selidik.
Walaupun begitu tiada halangan muktamad dilakukan samada dari pengubalan undang-undang
atau perlaksaannya.

Kemudian, dari keratan akhbar ,Utusan Malaysia bertajuk Masalah Perlaksaan Hudud di
Malaysia,2015 pula diceritakan seorang wanita seksi yang barang berharga iaitu laptopnya
hilang di dalam kereta lesap dicuri dan kemudian bertanyakan kepada ustaz bilakah hukuman
hudud hendak dilaksanakan. Maka, disimpulkan disini rata-rata rakyat malaysia tidak kisah jika
hudud dilaksanakan. Enakmen Kanun Jenayah Syariah diluluskan di Kelantan tetapi tidak dapat
dilaksanakan kerana bercanggah dengan undang-undang Sivil dan kesalahan-kesalahan
sesetengahnya diletakkan di bawah Persekutuan Kerajaan. Jika hukuman hudud hendak
dilakukan,haruslah melalui proses dengan mendapat kebenaran Parlimen. Andai kata hukuman
hudud diterima dan dilulus dibahagian parlimen,orang bukan Islam tidak terlepas dari hukuman
ini kerana hukuman haruslah sama rata dikalangan masyarakat. Nasharuddin ,bekas Timbalan
President PAS membicarakan bahawa punca ketakukan kepada hudud adalah disebabkan orang
Islam yang tidak mempromosikannnya dengan betul dan tidak diterangkan bahawa hudud lebih
ringan berbanding hukuman sivil yang menyebat pesalah sehingga terkeluar isi punggung.
Bukan itu saja,rata-rata masyarakat tidak memahami sepenuhnya dan hanya mendengar persepsi
tanpa memahami konteks sebenar apa itu hudud kerana jika ada syubhah,sudah pasti
undang-undang hudud tidak dapat dilakukan.
Bacaan yang ketujuh pula adalah berkenaan dengan Hudud Mahasiswa Optimis oleh
Safwan Salim. Penulis menyatakan bahawa sepanjang masa hudud dibahaskan samaada di
dalam nada hipokrit-retorik yang menjurus ke arah politik ataupun dari segi perbahasan ilmiah.
Namun begitu, kefahaman kepada masyarakat mesti dilangsungkan dan ia juga harus dari
masyarakat yang terdidik baik ,mempercayai Tuhan dan mempunyai kualiti-kualiti sebagai
individu Muslim yang sejati. Hudud tidak berdiri sendiri namun berdiri dengan syariat-syariat
yang lain dibawahnya seperti maqasid syariah. Fitnah dan khabar yang digempar gempurkan
bahawa hudud bersifat barbaric,mengerikan dan menyiksakan ini perlu dihadapi dengan solusi
yang baik . Seolah-olah pada penulis, berita tersebut memberi kefahaman kepada masyarakat
bahawa hudud dilaksanakan tanpa disoal. Penulis memberitahu bahawa Dr. Asri Zainal Abidin
menyatakan hudud tidak membongkarkan yang sulit tetapi hanya menyelesaikan apa yang
nampak sahaja. Maka ini bermaksud semuanya memerlukan pembuktian yang benar lagi
sahih.Akan tetapi ada sesetengah individu yang memang tidak suka melihat syariat ditegakkan
malah bertepuk tangan apabila hudud didiamkan. Dr.Zulkifli al Bakri menyatakan bahawa
hudud adalah sebuah pencegahan dan pentarbiah kepada umat untuk mendidik dan memberi
keinsafan sesuai dengan kemuliaan sebagai khalifah yang diciptakan Allah . Ini memberi makna
bahawa hukuman sivil sangat melampui hukuman hudud,melampui keraguan yang belum tentu
benarnya kemudian terus ditahan dan dihukum tanpa usul periksa. Namun begitu, ada hukuman
yang masih dalam perbahasan di antara ulamak-ulamak kontemporari. Sebagai contoh ada
kemungkinan zina yang berlaku adalah diluar kerelaan individu yang mengandung dan mazhab
syafi’i akan dirujuk dan jika ianya bercanggah dengan dengan mazhab syafi’i dan masyarakat
awam maka mazhab lain pula yang akan diteliti.

Bacaan yang kelapan ialah Hudud dan Hikmahnya yang ditulis oleh Nyoman Galang.
Penulis menerangkan dengan lebih mendalam setiap hukuman dari zina,qisas sehinggalah ke
bughat. Penulis juga menerangkan secara terperinci apa itu zina dan sebagainya untuk
memahamkan lagi pembaca dan mengulas dengan lebih mendalam tentang hikmah dijalankan
hudud .Dengan ini pembaca lebih nampak kesan jangka panjang kenapa perlunya hukuman
hukuman ini dijalankan agar dapat mendidik umat mentaati Allah dan mengelakkan perkara
yang meragut nyawa seperti maqasid syariah dan sebagainya.
Tesis yang kesembilan adalah bertajuk Perkembangan dan Cabaran Pelaksanaan
Undang-Undang Hudud Di Malaysia dikarang oleh Mohd.Nasran Mohamad,Zuliza Mohd
Kusrin, Nurhafilah Musa,Anwar Fakhri Omar dan Mohd Zamro Muda. Penulis menceritakan
pada awal zaman telah menunjukkan undang-undang Islam diterima di Tanah Melayu tetapi
setelah kedatangan British dan dijajah ,ini telah menyebabkan kedudukan Islam tergugat.
Setelah kemerdekaan, undang-undang Islam hanya dihadkan di peringkat negeri sahaja dan
undang-undang sivil di naik tarafkan dan diguna pakai untuk setiap jenayah yang
berkaitan.Namun kajian mendapati hudud masih mendapat sokongan bukan Islam.Pengkaji
menceritakan bahawa dari zaman Parameswara lagi dan berlaku pemelukan agama Islam,rakyat
sentiasa akur dengan Raja. Penjajahan dari Portugis, Belanda dan Jepun tidak menganggu
sistem Islam tetapi penjajahan British ke atas negeri Melayu telah mengubah taraf
undang-undang Islam .Disini dinyatakan agama anak akan berubah mengikut penukaran status
agama kedua ibu bapanya jika berada di bawah umur. Ini bermakna penukaran agama
merupakan satu isu yang tegang untuk dibincangkan kerana dikatakan sebagai hak asasi
individu tetapi mahkamah syariah tetap mempunyai kuasa untuk menentukan seseorang itu
murtad atau sebaliknya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan Penulis juga menyatakan
bahawa kajian telah dilakukan di tiga tempat mengenai pandangan orang bukan Islam terhadap
hudud dan rata-rata bukan Islam ada yang menyokong dan tiada masalah dengan hudud. Setelah
di beri kefahaman di Negeri Kelantan,berlaku peningkatan kefahaman berkenaan dengan hudud.
Akhir sekali,disebabkan Perlembagaan Persekutuan memberi keistimewaan kepada agama
Islam dan menghormati kebebasan beragama maka dua mahkamah ditubuhkan .

Bahan bacaan yang kesepuluh adalah Isu Hudud dalam Demokrasi yang ditulis oleh Kalam
Putih pula menyatakan bahawa melaksanakan hudud adalah seperti kewajipan dalam rukun
Islam namun perlulah dilakukan bernegara dan bukan dalam kelompak kecil-kecilan atau secara
berindividu.Disebabkan sistem demokrasi yang ada di Malaysia,adalah sukar untuk menerapkan
hudud secara sempurna. Sebagai contoh adalah mustahil untuk menanam sebuah pokok epal di
negeri Kelantan. Penulis menyuarakan bahawa undang-undanglah yang mengubah persekitaran
dan alasan suasana tidak kondusif itu adalah khayalan semata-mata. Alasan kedua pula ialah
rakyat tidak mengetahui hudud maka ianya tidak dapat dilakukan adalah tidak releven kerana
rakyat hanya perlu mengetahui zina,minum arak dan sebagainya adalah haram. Ini adalah cara
halus lagi ilmiah yang dipertahankan untuk tidak dilaksanakan hukuman hudud secara moden.
Bahkan pula rakyat langsung tidak memahami undang-undang Common Law tetapi tetap
dijalankan hukumannya. Penulis juga menyatakan bagi orang yang mempertahankan hudud
tetapi tenggelam dan timbul berkali-kali haruslah muhasabah diri kerana mempertahankan Islam
adalah wajib dan hudud hanya boleh ditegakkan di dalam negara Islam sahaja.
1.8 DEFINISI OPERASI
1.Hukuman Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman terhadap kesalahan-kesalahan tertentu yang dilakukan seperti
mencuri, merompak, zina, menuduh zina, minum arak dan murtad. Hukuman hudud adalah
hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Manusia tidak berhak menolak atau
memindanya jauh sekali dari mengingkarinya, jika mereka beriman kepada Allah s.w.t. Manusia
adalah khalifah Allah yang berkewajipan melaksanakan amanah Allah itu dengan
sebaik-baiknya. (Harun Din. 1978 : 6)

2.Pelajar
Penuntut ilmu yang terdiri dari pelbagai kaum berbangsa Melayu ,beragama Islam dan berumur
dari remaja sehingga dewasa.

3.Perlaksanaan
Satu proses untuk melakukan sesuatu kerja atau aktiviti dalam mencapai sesuatu objektif.
Perlaksanaan perlu dilakukan untuk mencapai satu capaian yang bagus dan baik.

1.9 DEFINISI ISTILAH

1) Zina
Dari segi bahasa, zina itu adalah memasukkan alat sulit seorang lelaki ke dalam alat
sulit perempuan yang mendatangkan syahwat,di dalam persetubuhan yang haram
dan tidak terikat oleh hubungan yang sah

2) Qadhaf (menuduh zina)


Qadhaf secara bahasa adalah melempar dengan batu atau yang seangkatan
dengannya. Melempar tuduhan zina kepada seorang yang dikenal baik secara
terang-terangan.

3) Meminum khamr
Dari segi bahasa khamr mempunyai maksud merosakkan akal. Berbeza pula
dari menurut istilah, khamr adalah segala jenis minuman atau yang lainnya yang
memabukkan dan menghilangkan warasnya aakal.
4) Mencuri
Dari segi bahasa mencuri adalah mengambil harta atau lainnya secara tersorok.

5) Bughat (Pemberontakan)
Di dalam pengertian syara’ adalah orang-orang yang menentang atau
memberontak pemimpin Islam yang sah

6) Hirabah
Ini bermaksud mengambil harta orang lain dengan kekerasan atau menggunakan
ancaman atau senjata dan kadang diikuti dengan pembunuhan

7) Murtad
Bermaksud berpaling dari agama asal iaitu Islam ke arah anutan lain.

1.10 SIGNIFIKAN KAJIAN


Kajian ini menyumbang kepada kajian ilmiah berkenaan dengan kefahaman hudud
di kalangan pelajar universiti yang bakal menjadi pendokong negara di masa akan
datang. Gambaran sebenar menunjukkan masih ramai pelajar yang tidak cakna atau
mahu ambil tahu berkenaan dengan hukum islam khususnya hudud yang Wajib
dilaksanakan dek didodoikan arus semasa dan hedonisma yang menimpa anak muda
hari ini. Bukan itu sahaja, rata-rata pelajar tidak ambil serius akan perkara yang
mengukuhkan keimanan mereka dan hanya menjalani kehidupan harian tanpa
melengkapi tujuan sebenar dan memahami tugas khalifah yakni individu yang
digalaskan tanggungjawab untuk mewarnai kehidupan dengan Islam secara menyeluruh.

Oleh itu diharapkan kajian ini dapat membuka sedikit sebanyak mata masyarakat
bahawa pentingnya kefahaman agama yang dididik dari kecil sehingga dewasa.Tanpa
kefahaman yang kukuh, ramai yang boleh terpesong dari aqidah yang sebenar dan ini
merosakkan institusi Islam yang dibina dari kecil.
1.11 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kefahaman agama mestilah dibina dari institusi keluarga yang bersih dan
baik kefahamanya. Kajian menunjukkan berapa ramai pengabaian Islam di dalam institusi
keluarga sehingga berlaku penceraian yang tinggi di Malaysia. Bukan itu sahaja, kefahaman dan
kewajipan sebagai orang islam dipandang remeh oleh kebanyakkan pihak umpama ianya tidak
pernah penting dan boleh diabaikan kerana agama sudah ‘ketinggalan’ zaman. Jika belajar
agama, masyarakat akan menggelarnya sebagai jumud dan pura pura jadi baik sedangkan
menuntut ilmu adalah fardhu ain yang menjadi kewajipan setiap individu. Ini menunjukkan
berapa ramai anak-anak muda,remaja,golongan dewasa yang diserang pemikiran oleh
kerajaan,media semasa dan sebagainya ikut anasir-anasir yang menular untuk merosakkan jati
diri muslim setiap individu.Harini walaupun ramai yang Islam,tetapi tidak memahami langsung
apakah itu islam ,mengagung-agungkan budaya sekular dan barat kerana dimainkan media
massa bahawa yang moden lagi canggih itu adalah trend semasa sedangkan aqidah umat Islam
harus diselamatkan dari semua segi. Solusinya, semua harus menuntut ilmu sehingga khatam
kitabnya,diajarkan disekolah-sekolah biasa tentang undang-undang syariah,kepentingan dan
hikmahnya agar keharmonian masyarakat terjamin dan dapat menurukan kadar jenayah yang
semakin membimbangkan.. Muslim pula haruslah mempromosikan Islam dan mengamalkan
Islam dalam diri masing-masing. Islam tidak akan tertegak jika individu pun tidak menegakkan
Islam didalam dirinya apatah lagi mengimpikan daulah islamiyah.

Anda mungkin juga menyukai