Anda di halaman 1dari 9

Menjadi Pengucap Yang Berjaya

• Kemahiran atau bakat pengucapan umum


bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama
seseorang da’i (pendakwah) sebaliknya
kemahiran dan bakat pengucapan umum itu
perlu dipelajari, diasah, dan dibentuk melalui
proses pembelajaran dan pengalaman.
• Bagi seseorang penceramah yang terlibat dengan
amal-amal Islami khususnya perlulah
mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam
pengucapan umum bagi memudahkan ia
menyampaikan da’wah dengan lebih berkesan.
Sifat-sifat pengucap berkesan

• Berpengetahuan (knowledgeable)
• Berkemahiran (skillful)
• Berkeyakinan (confident)
• Peka kepada reaksi audiens
• Peka kepada perubahan situasi
• Berkeperibadian baik (integrity)
• Berperawakan baik (personality)
• Minat dan motivasi diri.
– Mesti mempunyai minat untuk menjadi speaker.
– Mempunyai motivasi diri untuk membuat
persembahan terbaik.
• Kredibiliti
– Berkemampuan dan mempunyai kebolehan,
keinginan untuk menjadi speaker yang baik.
• Membuat perancangan dan persediaan.
– Speaker harus bersedia sebelum membuat
persembahan.
– Persediaan dari segi :
• Majlis
• Objektif pengucapan awam
• Pengumpulan bahan-bahan
• Rangka ucapan
• Menulis ucapan
CIRI2 PENCERAMAH HEBAT
Syarat- syarat yang perlu ada pada penceramah :
• Para penceramah hendaklah membulatkan niatnya kepada
Allah semata-mata. InsyaAllah dengan ini ia akan
menimbulkan rasa kesungguhan dan perasaan
tanggungjawab dalam diri da’i untuk menyampaikan risalah
yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.
• Seorang penceramah hendaklah menjadi model kepada
orang ramai dengan mengamalkan segala yang
diperkatakan. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai
orang-orang yang beriman, mengapakah kamu
mengatakan sesuatu yang kamu tidak perbuatnya? Amat
besar kebencian di sisi Allah kerana kamu mengatkan
sesuatu yang tidak kamu perbuat (As-Saff. 2-3).
• Penceramah janganlah berputus asa apabila risalah yang
disampaikannya mendapat tentangan atau cemuhan.
Malahan, penceramah hendaklah beristiqamah dan
meneruskan perjuangannya yang suci.
• Apabila memberi ceramah para penceramah hendaklah
memahami dan mampu menguasai topik atau risalah yang
hendak disampaikan.
• Penceramah juga perlu ingat bahawa sesuatu penyampaian
yang baik itu tidak semestinya meninggalkan kesan yang
baik dalam diri mad’u (hadirin/pendengar) tanpa keizinan
dan petunjuk daripada Allah. Firman Allah SWT (yang
bermaksud): Dia Allah memberi hidayah (petunjuk kepada
siapa yang dikehendakinya ke jalan yang lurus. (AI-
Baqarah:142)
• Penceramah perlu memahami bahawa kredibiliti
atau kewibawaan diri seseorang penceramah
bukanlah berdasarkan nilaian penceramah itu
sendiri, tetapi kredibilitinya adalah berdasarkan
nilaian para hadirin. Oleh itu penceramah
hendaklah mempunyai sikap tawadhu’ dan tidak
memandang rendah terhadap hadirin.
Penceramah tidak harus merasa ujub, bongkak,
sombong, dan hidung tinggi biarpun penceramah
itu mempunyal pangkat, kuasa, harta, ijazah,
ilmu, atau kebolehan bercakap di khalayak ramai.
Tiga faktor yang boleh mempengaruhi persepsi hadirin
terhadap kredibiliti atau kewibawaan penceramah ialah
:
1. Personaliti dan perwatakan yang menarik (ethos)
– kelihatan kemas
– kelihatan peramah atau sedia mendengar
– cara berjalan dan berinteraksi yang sopan dan tidak
sombong, menepati masa
– arif dalarn bab yang dibicarakan/disampaikan
2. Kemampuan membentuk dan mengawal emosi
hadirin (pathos)
– menghargai kehadiran pendengar
– menjaga kebajikan hadirin ketika berceramah
– mampu menguasai hadirin khususnya apabila hadirin
datang secara sukarela boleh mengawal perasaan hadirin
3. Pengolahan bahasa yang baik dalam
penyampaian (logos)
– bahasa yang kemas, menarik dan mudah difahami
oleh hadirin
– bahasa yang peramah
– bahasa yang sesuai dengan hadirin
– kandungan yang berasaskan fakta dan ilmu serta
contoh-contoh yang jelas

Anda mungkin juga menyukai