Anda di halaman 1dari 18

BAB 6

ETIKA
PENGUCAPAN
AWAM
PERSPEKTIF
ISLAM
1. PENCERAMAH (DA’I)
• Hendaklah membulatkan niatnya
kepada Allah semata-mata.
• Menjadi model dengan mengamalkan
segala yang diperkatakan.
• Tidak berputus asa mendapat
tentangan atau cemuhan.
• Hendaklah beristiqamah dan
meneruskan perjuangannya yang suci.
• Perlu memahami dan mampu
menguasai topik yang hendak
disampaikan.
• Penyampaian yang baik tidak
semestinya meninggalkan kesan yang
baik dalam diri mad’u
(hadirin/pendengar) tanpa keizinan
dan petunjuk daripada Allah.
2. HADIRIN (MAD’U)
• Meneliti latar belakang hadirin /
pendengar (audience analysis)
• Tujuan analisa untuk :-
a) mengetahui sifat, sikap dan tahap
kemampuan hadirin dan
kecenderungan ahli masyarakat
setempat dengan membuat analisa
demografik contohnya umur, jantina,
bekerja atau belajar, orang bandar
atau orang kampung, Muslim atau
bukan Muslim dan asal-usul hadirin.
b) Mendapat laporan atau maklumbalas
mengenai pandangan hadirin terhadap
topik yang ingin disampaikan.
c) Tahu untuk menangani hadirin yang
”terpaksa” dan hadirin sukarela
mendengar ucapan.
• Tiga faktor yang boleh mempengaruhi
persepsi hadirin terhadap kredibiliti
atau kewibawaan penceramah ialah :

a. Personaliti dan perwatakan yang


menarik (ethos)

 kelihatan kemas
 kelihatan peramah atau sedia
mendengar
 cara berjalan dan berinteraksi
yang sopan dan tidak sombong
dan menepati masa
 arif dalam bab yang
dibicarakan/disampaikan
b. Kemampuan membentuk dan
mengawal emosi hadirin
(pathos)

menghargai kehadiran
pendengar
menjaga kebajikan
hadirin ketika
berceramah
mampu menguasai
hadirin khusus apabila
hadirin datang secara
sukarela dan boleh
mengawal perasaan
hadirin
c. Pengolahan bahasa yang
baik dalam penyampaian (logos)

 bahasa yang kemas, menarik


dan mudah difahami oleh
hadirin
 bahasa yang peramah
 bahasa yang sesuai dengan
hadirin
 penggunaan retorik dan logik
yang sesuai dengan hadirin
 kandungan yang berasaskan
fakta dan ilmu serta contoh-
contoh yang jelas
3. TOPIK (MAUDHU’ )
• Topik’ dipilih berdasarkan
kepada penilaian situasi semasa,
kesesuaian tempat, kepentingan
hadirin, tahap mentaliti hadirin.
• Rujukannya diambil daripada AI-
Quran, Hadith, buku-buku yang
ditulis oleh ulama, statistik
akhbar, majalah, ceramah-
ceramah, kertas-kertas kerja
dan laporan-laporan dari
simposium dan seminar.
• Setiap kenyataan disokong
dengan ayat-ayat AI-Quran,
hadith-hadith yang sahih, kisah
para sahabat, pendapat para
ulama dan pengalaman para
4. JENIS PENYAMPAIAN
• Berbentuk penerangan atau
mendidik seperti kuliah ilmu atau
kuliah umum.
• Dibuat dalam bentuk impromptu dan
bersahaja dengan menggunakan
nota atau buku atau kitab sebagai
panduan.
• Elakkan dari penyampaian
berbentuk ucapan spontan atau
ucapan hafalan atau membaca
manuskrip semata-mata.
• Penyampaian dalam bentuk
perbincangan seperti usrah,
simposium, seminar, forum, halaqah,
muzakarah.
• Penyampaian yang berbentuk
syarahan umum seperti Khutbah
Jumaat, ceramah umum dan
5. CARA
PENYAMPAIAN

A. Penyediaan: rangka
penyampaian
B. Bahasa atau
lisan (verbal)
C. Gaya atau bukan
lisan (nonverbal)
D. Peralatan alat-
bantu (audio-visual
aids)
A. Penyediaan: mukaddimah, isi
kandungan topik, penutup

Muqaddimah:

• Mulakan memberi salam; diikuti


dengan puji-pujian kepada Allah,
selawat atas nabi, menyatakan
kesyukuran kepada Allah, dan
memohon petunjuk; disusuli
dengan alu-aluan kepada tetamu,
tuan rumah, pengajur, dan para
hadhirin dengan mengikut
tertibnya.
• Menjalinkan perhubungan yang
baik antara hadirin dengan topik
atau isu yang disampaikan. Hargai
kehadiran hadirin.
Isi kandungan
• Topik’ mengandungi risalah yang
ingin disampaikan dan dibincangkan
dengan panjang lebar.

Penutup: (Tujuan)
• Membuat kesimpulan terhadap apa
yang disampaikan.
• Mengingatkan hadirin mengenai isi-
isi penting yang telah disampaikan.
• Menutup dengan memohon
keampunan; yang baik dan benar
itu dari Allah, manakala yang salah
adalah dari diri sendiri. Mohon
maaf sekiranya terkasar bahasa.
Memohon petujuk dan rahmat dari
Allah untuk diri sendiri dan hadirin
seluruhnya serta memberi salam.
B. Bahasa atau lisan (verbal)
• Menggunakan bahasa perantaraan
yang mudah difahami oleh hadirin
atau sesuatu kaum.
• Menggunakan istilah yang jelas
dan mudah difahami, yang tidak
mengelirukan atau meragukan
dalam makna yang dibawanya.
• Menghindarkan dari daripada
menggunakan perkataan-
perkataan yang boleh
menimbulkan takabbur dalam diri
penceramah.
• Menghindarkan dari daripada
menggunakan perkataan-
perkataan yang membawa erti
paksaan, hinaan, ancaman,
gertakan atau menunjukkan
C. Gaya atau bukan lisan (non-
verbal)
• Gaya dan cara penyampaian yang
bijak akan menolong hadirin
(pendengar) memahami risalah yang
ingin disampaikan. Penyampaian yang
baik harus disertai dengan emosi
serta semangat yang tinggi. Ini
dapat dilakukan melalui:
a) Gaya pergerakan anggota badan
b) Pergerakan yang semula jadi
c) Memek muka atau air muka
d) Temuan mata
e) Penggunaan ruang yang sesuai
f) Suara yang jelas, mudah di dengar
dan tidak satu nada
g) Kelancaran
h) Pakaian yang sesuai
D. Alat-bantu (visual aids)
• Alat pembesar suara dan sistem
P.A. yang baik perlu disediakan
bagi sesuatu ceramah yang
melibatkan hadirin yang ramai dan
di tempat yang luas.
• Penceramah juga digalakkan
menggunakan peralatan alat-bantu
seperti papan hitam/putih, poster,
slide, video, projector, komputer,
kertas edaran, LCD, dan
seumpamanyanya bersesuaian
dengan topik atau isu, tempat,
hadirin, dan suasana.
• Kesemua peralatan hendaklah diuji
dahulu sebelum memulakan
ceramah atau penyampaian untuk
memastikan ianya berfungsi
dengan baik
6. GANGGUAN
• Tumpuan hadirin kepada
ceramah atau syarahan yang
diberikan boleh terjeas apabila
berlaku gangguan. Gangguan ini
boleh dibahagikan kepada 2:
dalaman dan luaran.

a) dalaman:
gementar (nervous), hilang
point/idea, risau/bimbang
b) luaran: suasana yang bising,
papan hitam yang kotor, baju
terkena tumpahan air kopi,
orang melintas, bunyi muzik,
pakaian yang tidak kemas, dan
penggunaan perkataan seperti
7. INTERAKSI SOAL JAWAB
• Kebiasaannya interaksi dengan
hadirin atau penonton hanya
berlaku dalam kuliah, diskusi, dan
forum dan jarang berlaku dalam
syarahan atau ceramah umum.
• Beberapa perkara di bawah perlu
diberi perhatian:

a) pastikan penceramah mendengar


soalan, komen, atau ulasan
hadirin dengan jelas
b) kumpulkan soalan jika masa
terhad kerana ini niemudahkan
penceramah merumuskan banyak
perkara dan memberi
maklumbalas secara menyeluruh
c) catitkan soalan, komen,
reaksi atau ulasan supaya
memudahkan penceramah
untuk memberi maklumbalas
satu-persatu.
d) penceramah tidak perlu
memberi reaksi kepada
semua komen atau ulasan
tetapi penceramah perlu
menjawab persoalan yang
dikemukakan.
e) penceramah tidak perlu
segan untuk mengaku tiada
pengetahuan atau tiada
jawapan kepada persoalan
yang dikemukakan.
8. KESIMPULAN
• Penceramah perlu memahami bahawa
kemahiran pengucapan umum adalah
sesuatu yang boleh dipelajari dan perlu
dibentuk serta dimatapkan agar
penyampaiannya memberi kesan kepada
pendengar atau hadirin.
• Oleh kerana masa penyampaian agak
terhad, maka penceramah haruslah
membuat persediaan awal dengan
melaksanakan beberapa perkara yang
disebutkan di atas supaya pengucapan
umum itu akan meninggalkan sesuatu
yang bermakna kepada sesuatu majlis.
• Akhir sekali, walaubagaimana hebat
sekalipun penyampaian pengucapan
umum yang diberikan, hanya Allah
sahajalah yang dapat memberi
petunjuk dan hidayah kepada para
hadirin.

Anda mungkin juga menyukai