Anda di halaman 1dari 32

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Pertama dan pertam sekali saya ingin memanjat kesyukuran kepada Allah swt kerana telah mengurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan dari segi mental dan fizikal kepada saya bagi menjalankan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya dan juga

tanggungjawab saya sebagai pelajar bagi melaksanakan tugasan saya yang telah diamanahkan oleh pensyarah. Keduanya, saya mengucapkan terima kasih buat pensyarah Encik Abu Bakar Bin Osmandiatas bimbingan yang telah diberikan dalam subjek Bahasa Melayu

Komunikatif. Segala penerangan dan tunjuk ajar pensyarah saya ini dapat kami terap dan praktikkan setelah kami menjejakkan kaki ke alam perguruan yang sebenar. Di samping itu, saya ingin memngucapkan ribuan terima kasih kepada bonda saya yang tercinta, Noor Aini Binti Mohd Radzi serta isteri tersayang Fatin Nadia Binti Fadzil kerana tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memberi sokongan dan semangat kepada saya bagi meneruskan cabaran ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sudi bekerjasama dan membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt,dan yang salah itu dari diri saya sendiri.

KOMUNIKASI LISAN: PIDATO

1.0

Pengenalan

Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan satu daripada aspek komunikasi lisan iaitu pidato.

2.0

Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajian ini, pelajar akan: 2.1 2.2 2.3 Memahami maksud pidato. Memahami bentuk-bentuk pidato. Mampu memberikan pidato secara praktikal.

3.0

Senarai Tajuk 3.1 3.2 3.3 Pidato, Tujuan dan Binaan Teks Pidato Kemahiran untuk memulakan pidato Kemahiran mengemukakan pendapat dalam pidato

4.0

Istilah 4.1 Pidato Ucapan yang disampaikan di khalayak ramai.

4.2

Pemidato Orang yang menyampaikan pidato.

4.3

Syarahan Ceramah, pidato, ucapan.

4.4

Pensyarah Orang yang memberikan syarahan.

5.0

Tajuk 5.1 Pidato, Tujuan dan Binaan Teks Pidato 5.1.1 Persembahan Pidato ialah ucapan yang disampaikan di khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan tentang sesuatu tajuk atau persoalan. Aliran komunikasi dalam pidato adalah sehala, iaitu maklumat

disampaikan oleh pemidato kepada pendengar. Tujuan umum pidato adalah untuk meyakinkan pendengar tentang sesuatu perkara.

Apakah tujuan pidato? Tujuan pidato adalah untuk:

a) b) c) d)

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk kepada pendengar. Memaklumkan tentang sesuatu yang baru kepada pendengar. Meyakinkan pendengar tentang pendirian pemidato terhadap sesuatu persoalan. Mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian serius terhadap sesuatu perkara.

Binaan Teks Pidato

Ada lima bahagian utama dalam pidato iaitu pembuka kata, bahagian menarik minat dan membina keyakinan pendengar, bahagian isi, penutup isi, penutup pidato.

a)

Pembuka kata

Pada bahagian ini pemidato memberi penghargaan kepada pihak yang menjemputnya untuk menyampaikan pidato dan juga penghargaan kepada para hadirin yang datang.

b)

Menarik minat dan membina keyakinan pendengar

Ini ialah bahagian permulaan pidato. Pemidato memulakan pidatonya dengan memberi penjelasan tentang tajuk pidato.

c)

Isi

Isi adalah bahagian paling penting dalam pidato. Segala persoalan dikupas dengan sebaik-baiknya dalam bahagian ini.

d)

Penutup kepada isi

Bahagian ini ialah bahagian penutup kepada segala persoalan yang telah dipidatokan tadi. Ini bukanlah penutup pidato, tetapi adalah penutup kepada isi pidato sahaja.

e)

Penutup kepada pidato

Bahagian ini adalah penutup kepada seluruh pidato. Pemidato akan merakamkan penghargaan kepada beberapa pihak termasuk pihak penganjur, jawatankuasa yang terlibat, tetamu keutamaan jika ada, dan juga kepada para hadirin.

5.1.2 Aktiviti Sila sediakan satu format pidato yang bertajuk Fungsi Bahasa Melayu

5.2

Kemahiran untuk memulakan pidato 5.2.1 Persembahan Pidato yang baik perlu dimulakan dengan baik juga. Untuk memberikan pidato yang baik, dua peringkat perlu dilalui iaitu peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan.

a)

Peringkat persediaan Peringkat ini penting kerana persediaan yang mantap akan menjamin

kejayaan atau keberkesanan sesuatu pidato. Sebelum memulakan pidato, pemidato perlu mengetahui dan memahami tujuan dia berpidato. Selain itu, pemidato perlu memberikan keterangan, menyampaikan maklumat, memberi semangat, inspirasi dan cuba mempengaruhi pendengar.

Pemidato juga perlu menganalisis peserta yang datang untuk mendengar pidatonya. Antara perkara tentang pendengar yang perlu diketahui oleh pemidato ialah:

i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

Jenis dan tujuan majlis yang diadakan Kelompok masyarakat manakah yang akan menjadi pendengarnya. Jumlah pendengar sama ada ramai atau sedikit. Minat umum para pendengar tentang sesuatu perkara. Tahap pendidikan para pendengar. Kemungkinan sikap pendengar terhadap pidatonya. Jantina pendengar, atau sama ada perempuan lebih ramai dari lelaki atau sebaliknya.

viii)

Kelompok umur pendengar, sama majoriti remaja, orang dewasa atau warga emas.

Pemidato juga perlu mengumpulkan maklumat yang sesuai mengikut sifat-sifat pendengar dan tujuan majlis tersebut diadakan.Selain dari itu,
6

pemidato perlu mengagak jumlah masa yang diberikan kepadanya untuk menghabiskan pidatonya. Jika aspek masa ini tidak diambil kira, berkemungkinan pemidato tidak sempat menghabiskan pidatonya sebelum masanya.Pemidato juga perlu memeriksa terlebih dahulu tempat dia bakal memberikan pidatonya. Adakah tempat tersebut tertutup atau terbuka, riuh atau senyap, di tempat awam atau di tempat persendirian, serta kemudahankemudahan yang bakal disediakan kepadanya.

b)

Peringkat permulaan ucapan Pada peringkat ini, seseorang pemidato perlu menggunakan kebolehan

yang ada untuk menarik minat pendengar. Antara ciri yang perlu ada pada pemidato untuk menarik minat pendengar secara umumnya adalah seperti berikut:

1)

Memulakan pidato dengan menyapa pendengar atau memberi

salam kepada pendengar mengikut keadaan kelompok utama pendengar yang datang. 2) Memberi kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, tetamu

kehormat, jemputan khas, pihak jawatankuasa yang menganjur program, serta semua para pendengar. 3) Membangkitkan keyakinan pendengar terhadap pidatonya dengan

memberikan fakta-fakta yang memberangsangkan; kenyataan-kenyataan yang provokatif; mencabar minda pendengar dengan mengemukakan soalan-soalan yang jarang mereka dengar atau tahu jawapannya; memberi data atau petikan atau fakta yang mampu menimbulkan kekaguman pendengar.

4)

Menyatakan tajuk pidato dan memperkenalkan idea-idea asas yang

membentuk intipati pidatonya.

5.3

Kemahiran melahirkan pendapat dalam pidato 5.3.1 Persembahan Pendapat atau pandangan dalam sesuatu pidato adalah intipati pidato itu sendiri. Oleh itu kemahiran melahirkan pendapat adalah penting. Ini kerana, pendapat yang baik tetapi tidak dapat dizahirkan dalam pidato, tidak akan sampai kepada pendengar. Terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat dalam soal kemahiran melahirkan pendapat ini.

a)

Pemilihan kata Pemilihan kata yang tepat membolehkan pemidato menyampaikan

pendapat atau pandangannya dengan berkesan. Jangan mengulangi perkataanperkataan yang sama berulang-ulang kali. Jangan gunakan perkataan yang terlalu sukar difahami.

b)

Pemilihan ayat Ayat yang pendek lebih mudah menyampaikan maklumat yang berkesan

dari ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ayat yang terlalu panjang menyukarkan orang ramai untuk memahaminya. Ayat yang berbelit-belit akan menyebabkan orang menjadi keliru. c) Penyusunan fakta Fakta perlu jelas dan tepat. Jangan memberikan sesuatu yang bukan merypakan fakta atau agak-agakan sahaja.
8

d)

Kesepaduan Keseluruhan pidato perlu bersepadu. Ini bermakna, pemidato tidak boleh

lari dari tajuk persoalan. Isu yang disampaikan mestilah mempunyai kaitan di bahagian pengenalan, bahagian isi dan bahagian penutup.

e)

Koheran Koheran bermakna terdapat perkaitan antara semua fakta yang

disampaikan. Pemidato tidak boleh melompat dari satu fakta ke satu fakta yang lain yang bukan dalam skop yang sama.

f)

Pertautan Pertautan bermakna setiap isi yang disampaikan itu mempunyai fakta dan

setiap fakta pula disertakan dengan bukti beserta contoh. Seolah-olah ada pertalian antara contoh dengan bukti, fakta dan isi.

g)

Ringkas dan padat Fakta-fakta yang diberikan perlulah ringkas dan padat. Fakta yang terlalu

umum dan meleret-leret akan mengurangkan kefahaman atau minat pendengar.

Penyampaian Yang Menarik Penyampaian yang menarik akan meningkatkan kualiti pidato dan memudahkan usaha meyakinkan pendengar terhadap tajuk yang cuba diketengahkan dalam pidato tersebut. Antara aspek penting dalam penyampaian yang baik ialah kelancaran, nada dan intonasi, kecekapan berbahasa, dan gaya penyampaian. a) Kelancaran Kelancaran bermakna pemidato menyampaikan pidatonya secara

berterusan tanpa tempoh masa henti yang agak panjang. Tempoh masa henti yang panjang di tengah-tengah pidato akan memberi gambaran seolah-olah pemidato sudah kehabisan idea. Pidato yang lancar dan berterusan akan meningkatkan keyakinan pendengar. Kelancaran juga bermakna pengaliran idea secara berterusan tanpa perlu kerap melihat kepada nota. Lancar tidak bermakna laju. Ini kerana pidato yang terlalu laju akan menimbulkan lebih banyak persoalan kerana pendengar tidak begitu dapat memahami apa yang ingin disampaikan.

b)

Nada dan intonasi Nada dan intonasi iaitu naik turun suara perlu dikawal dan dipelbagaikan

supaya pidato tidak bersifat mendatar dan membosankan. Nada tinggi dan bersemangat adalah untuk menarik perhatian. Nada perlahan dan mendayu ialah apabila ingin merayu dan meminta simpati. Nada sederhana dan mesra apabila memujuk. Nada tinggi dan lantang apabila ingin membakar emosi.

10

c)

Kecekapan berbahasa Kecekapan berbahasa bermakna kemahiran menggunakan istilah yang

tepat dan menguasai tatabahasa yang baik dan ayat-ayat yang tersusun. Bahasa yang tunggang-langgang akan mengelirukan pendengar. Aras bahasa perlulah disesuaikan dengan sifat umum pendengar. Misalnya, jika berpidato di kalangan kaum nelayan, tidak perlulah menggunakan bahasa yang terlalu

bombastik.Unsur-unsur keindahan bahasa perlu diselitkan di sana sini untuk menarik minat pendengar. Misalnya penggunaan pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

d)

Gaya penyampaian Gaya penyampaian atau bahasa badan (body language) adalah aspek

penting dalam pidato. Pemidato yang hanya berdiri tegak laksana tiang telefon tidak akan menarik minat pendengar. Pemidato perlu bijak menggunakan gerak tangan, gerak mata dan gerak badan yang diselaraskan dengan fakta-fakta tertentu dalam pidatonya.Pemidato tidak boleh kaku semasa menyampaikan pidato. Namun aksi yang berlebihan atau keterlaluan juga perlu dihindari. Aksi berlebihan akan kelihatan seperti aksi badut di sarkis.Mimik muka juga perlu dijaga. Pemidato perlu senyum apabila memberi fakta gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila sampai peringkat emosi tinggi. Contohnya, pemidato tidak wajar ketawa gembira apabila menceritakan tentang kesengsaraan masyarakat.

11

Kemahiran Menutup Pidato Dalam pidato, bukan sahaja perlu memberikan pengenalan dan isi yang memberangsangkan, malah pada bahagian penutupnya perlu memberangsangkan juga. a) Membuat rumusan Sebelum menamatkan pidato, pemidato perlu membuat rumusan keseluruhan tentang tajuk pidatonya. Jangan biarkan pendengar membuat rumusan mereka sendiri kerana mereka mungkin tidak langsung membuat rumusan, atau sudah lupa persoalan utama pidato tersebut.

b)

Penegasan semula tajuk Pemidato juga perlu menegaskan semula pendiriannya terhadap tajuk. Ini

bertujuan untuk meyakinkan semula pendengar terhadap isu yang cuba disampaikannya.

c)

Mengakhiri dengan nada lantang Dalam bahagian penutup juga, pemidato perlu menggunakan nada yang

lantang dan meyakinkan. Pemidato juga boleh menggunakan rangkap kata yang puitis, atau memberi pantun semasa mengakhiri pidatonya. Ini akan

meninggalkan impak yang berkekalan kepada pendengar.

d)

Meninggalkan soalan rangsangan Pemidato juga boleh mengakhiri pidatonya dengan meninggalkan satu

soalan rangsangan kepada pendengar. Ini bertujuan untuk mengajak pendengar membuat renungan dan memberi penilaian yang sama.

12

e)

Menyatakan harapan Pemidato juga wajar menyatakan harapannya agar apa yang telah

disampaikannya itu boleh memberi manfaat kepada pendengarnya. f) Ucapan terima kasih dan mohon maaf Selepas itu, pemidato perlu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam majlis pada waktu berkenaan. Akhirnya pemidato memohon maaf kepada para hadirin sekiranya terdapat kesilapan semasa berpidato. 6.0 Ringkasan 6.1 Pidato ialah ucapan yang disampaikan di khalayak ramai untuk

menghuraikan dan menjelaskan tentang sesuatu tajuk atau persoalan. Aliran komunikasi dalam pidato adalah sehala, iaitu maklumat disampaikan oleh pemidato kepada pendengar. Tujuan umum pidato adalah untuk meyakinkan pendengar tentang sesuatu perkara.

6.2

Tujuan pidato adalah untuk: memberi penerangan tentang sesuatu tajuk

kepada pendengar; memaklumkan tentang sesuatu yang baru kepada pendengar; meyakinkan pendengar tentang pendirian pemidato terhadap sesuatu persoalan; mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian serius terhadap sesuatu perkara.

6.3

Ada lima bahagian utama dalam pidato iaitu pembuka kata, bahagian

menarik minat dan membina keyakinan pendengar, bahagian isi, penutup isi, penutup pidato.

13

6.4

Pidato yang baik perlu dimulakan dengan baik juga. Untuk memberikan

pidato yang baik, dua peringkat perlu dilalui iaitu peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan.

6.5

Pendapat atau pandangan dalam sesuatu pidato adalah intipati pidato itu

sendiri. Oleh itu kemahiran melahirkan pendapat adalah penting. Ini kerana, pendapat yang baik tetapi tidak dapat dizahirkan dalam pidato, tidak akan sampai kepada pendengar. Terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat dalam soal kemahiran melahirkan pendapat ini iaitu pemilihan kata, pemilihan ayat, penyusunan fakta, kesepaduan, koheran, pertautan, ringkas dan padat. ADAB BERPIDATO Maksud berpidato:Ucapan yang disampaikan oleh seseorang di kalayak ramai Dalil al-Quran:

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

14

FORMAT PIDATO Menyampaikan pidato secara hikmah Berpakaian kemas bersesuaian dgn kehendak Islam
ADAB BERPIDATO

Isi kandungan sesuai dgn tajuk

Ucapan tidak menyentuh perkara sensitif

Ucapan yg tidak menyentuh peribadi Menggunakan bahasa yg sesuai dan sopan

CIRI-CIRI PIDATO CIRI PIDATO YG BAIK Ucapan tidak terlalu lama sehingga membosankan dan tidak terlalu ringkas sehingga tidak capai maksud Bersandarkan hujjah al-Quran dan hadis serta dimantapkan dgn hujjah akal Disampaikan dgn penuh keyakinan, fasih dan lancar

CIRI PIDATO YG TIDAK BAIK Menggunakan bahasa yg kasar dan kesat Ucapan terlalu lama atau terlalu rengkas Di sampaikan secara emosi Ucapan yg gagap dan tersekat-sekat

15

CARA MENJADI PEMIDATO TERBAIK Pengetahuan o Berpengetahuan luas tentang isi ucapan yg berkaitan Kemahiran berpidato o Mampu mengawal dan menarik perhatian pendengar kpd ucapannya.Boleh diperolehi melalui latihan & pengalaman Keyakinan o Keyakinan terhadap diri sendiri dan isi ucapn berkait persediaan Peribadi Yg Baik o Termasuk cara berpakaian, berjalan & bergaul dalam majlis. dan pengetahuan yang luas rapat dgn

16

TEKS PIDATO
Kebilik mandi membawa baldi, Membasah badan tubuh sasa; Yang manis bernama budi, Yang indah bernama bahasa.

Bismillahhirahmanirrahim,

Alhamdullihahirabbilalamin

wassola

ti

wassalammuala

ashrofil ambiamurrsalim waala alihi wasohbihi ajmain.Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang Dihormati Datuk Mohd Rauhi bin Isa, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para pensyarah, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan ZaBa ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, "Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia. Sebagaimana bervisinya nama dewan yang mulia ini, demikian juga visi yang akan saya tunjuk kepada tuan-tuan betapa bahasa Melayu, sebagaimana bahasa-bahasa lain juga, mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala;
17

Yang buta tidak teraba-raba, Yang pekak tidak tertanya-tanya, Yang kecil tidak terambin-ambin, Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Menurut Kamus Dewan (2006), istilah fungsi bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau peranan. Manakala maksud bahasa pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna dan difahami maknanya, dan digunakan oleh sekelompok masyarakat dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya. Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang akan dijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya sekarang, bagaimanakah bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum? Persoalan inilah akan saya jawab satu persatu dalam wacana, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.

18

Tuan hakim yang bijaksana lagi arif. Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tuantuan dan Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuki oleh penjajah. Setelah tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 Am dan Pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen." Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan oleh semua kaum untuk semua urusan pentadbiran dan perdagangan.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak mahu bahasa Melayu dipinggirkan

19

sebagaimana tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 dan seterusnya dinafikan fungsi sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik oleh Dr. Mahathir Mohamed.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum. Dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian. Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan,
20

kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau perpaduan. Ia memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi politik, agama, perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak kata perpatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, atau berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa, dasar pendidikan negara berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama ada di sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara. Penggunaannya secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana masyarakat Melayu dan
21

bukan Melayu yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu akan mendapat laba yang sama rata, di samping dapat menunjukkan ciri 'keMalaysiaan'. Sehingga kini rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan universiti dalam bahasa Melayu berjaya meraih anugerah hingga peringkat antarabangsa. Malah, ramai rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam negara mahupun syarikat yang beroperasi di luar negara. Beberapa universiti di luar negara seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, Republik Rakyat China dan sebagainya menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-masing. Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan sempurna sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Wacana saya yang kelima, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu adalah bahasa i1mu di Sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Bahasa IImu pula ialah bahasa komunikasi yang bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa i1mu, bahasa Melayu banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang ditulis oleh pakar bidang berkenaan. Salah satu tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah untuk memperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-kursus yang ditawarkan disampai dan dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi. Sehingga kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduan dalam bidang Sains dan teknolog dan sedang berkhidmat di pasaran. Telah sekian ramai doktor perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan khidmat mereka ibarat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pakar pakar yang mendapat pendidikan dari negara Barat. Khidmat mereka pula menetaskan tenaga-tenaga khidmat yang lain.
22

Jauh sebelum itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terserlah dalam bidang keagamaan seperti dalam bidang penyebaran ilmu agama Hindu-Buddha dan kemudian Islam. Tanah Melayu seperti Lembah Bujang misalnya merupakan pusat penyebaran agama Hindu-Buddha ke seluruh dunia. Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa ilmu menyebar ajaran agama Islam. Walaupun agama Islam turut membawa bahasa Arab, namun penyebaran Islam di Asia Tenggara adalah menggunakan bahasa Melayu tulisan Jawi. Fungsi itu ternyata kekal sehingga kini agama Islam tersebar di Asia Tenggara dalam bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti terus berperanan menjana pemikiran dan ilmu-ilmu baharu kepada masyarakat. Jika berlaku kekurangan hendaklah ditambah, jika berlaku kebocoran hendaklah ditampal kerana sudah menjadi kebiasaan tidak semua bahasa adalah lengkap dan sempurna. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan. Istilahnya perlu dilengkapkan. Setiap objek dan konsep dalam pelbagai bidang ilmu hendaklah dilengkapi dengan bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan lagi bahasa Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia Tenggara. Sehingga kini telah banyak istilah dan konsep ilmu diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Misalnya, istilah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi dan sebagainya.

Bahasa Melayu bolah menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa i1mu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan, di mana bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.

23

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. la merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat.

Sebagaimana yang telah ketahui umum bahawa bahasa Melayu, pada zaman penjajahan, telah menjadi bahasa lingua franca di setiap pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura hinggalah ke Brunei. Berdasarkan catatan sejarah pengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan lain di Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi, terbukti bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi seawal kurun yang ke-7 Masihi.

Kini, dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan melalui siaran-siaran radio, televisyen, internet, SMS, e-mail dan lain-lain lagi. Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah sutu keperluan kepada setiap individu dan berkau pada setiap hari. Kini ramai yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan melahirkan pendapat atau perasaan, adalah bukti fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa Melayu, komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik. Ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

24

Justeru, dengan hujah dan huraian keenam-enam fungsi bahasa Melayu itu tadi, konklusinya di sini ialah pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memartabatkan lagi bahasa ibunda kita sendiri. Yang kedua, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa utama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahana perpaduan bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita.

Seterusnya yang keempat, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi wahana penyebaran i1mu di semua peringkat institusi pendidikan, dan sebagai lambang bahasa pengantar untuk memberi dan menimba ilmu sejagat. Rumusan seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat membina keintelektualan bangsa kerana keupayaannya menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Dan yang terakhir, bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, menjadi lambang pertuturan semua golongan masyarakat sama ada yang tinggal desa atau di kota, mahupun golongan kaya ataupun golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat.

Hadirin dan hadirat sekalian. Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat bahasa dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

25

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan, mulut, kepala dan mata. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun;

Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan; Alang-alang bahasa dijulang, Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

26

LAMPIRAN

27

Lampiran B1

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus


28

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN

: NOOR HAKIMI BIN MOHAMAD NOR : : 1 PPISMP BM 1 SEMESTER : 1

: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF (BMK 1101 K)

PENSYARAH PEMBIMBING : EN. ABU BAKAR BIN OSMAN

TARIKH

PERKARA YANG CATATAN DIBINCANGKAN Mendapat tugasan daripada pensyarah. Kemudian, pensyarah subjek ini iaitu En. Abu Bakar Bin Osman memberi taklimat dan penerangan mengenai tugasan.

T/TANGAN

Berbincang dengan menegenai tugasan ini

rakan

Berbincang semula.

dengan

rakan

29

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN


Bil. 1. Perkara Yang Dilakukan Tarikh Ulasan Mendapat tugasan daripada pensyarah subjek 17-2-2012 ini En Abu Bakar Bin Osman Memahami dengan lebih mendalam 20-2-2012

2. 3.

Mencari dan mengumpul maklumat mengenai 21-2-2012 tugasan Berbincang dengan rakan 21-2-2012

4.

5.

Membuat kerangka penyelesaian tugasan.

23-2-2012

6.

Berbincang dengan rakan semula mengenai 24-2-2012 kesesuaian penggunaan bahan manipulatif

7.

Menaip maklumat tugasan

yang berkaitan

dengan 25-2-2012

8.

Tugasan selesai disiapkan.

4-3-2012

9.

Tugasan dihantar kepada pensyarah

5-3-2012

30

Borang Maklum Balas Tugasan Nama Pelajar : NOOR HAKIMI BIN MOHAMAD NOR Angka Giliran Pelajar : Tajuk Tugasan : FUNGSI-FUNGSI BAHASA DI MALAYSIA DAN PERKARA 152PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Pensyarah : EN ABU BAKAR BIN OSMAN Subjek/ Kursus : BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF Tarikh Hantar 5-3-2012 Tarikh Diterima (diisi oleh pensyarah) :

Pengakuan Pelajar
Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru (Peperiksaan, Penilaian Dan Pensijilan) 1999. Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _______________________ ( NOOR HAKIMI BIN MOHAMAD NOR )

Tarikh :

TAHAP PENCAPAIAN KRITERIA PENTAKSIRAN Cemerlang Baik Memuaskan


Kurang memuaskan

Lemah

1. Kandungan / Coverage and Content

2. Perbincangan Kritikal dan Reflektif / Critical and Reflective Discussion 3. Persembahan / Presentation 4. Organisasi / Organisation 5. Bahasa / Language

6. Rujukan dan Bahan-bahan Sokongan

7. Nilai-nilai Keguruan

*Markah tercatat tertakluk kepada kelulusan JKPPIPG/Senat Kekuatan:

MARKAH

Aspek yang boleh diperbaiki:

31

Nama Pemeriksa :

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Tandatangan pelajar:

Tarikh:

32

Anda mungkin juga menyukai