Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN Istilah psikologi berasal daripada dua istilah, iaitu psyche, yang mengikut Arsitotle sebagai intipati kehidupan,

dan dalam bahasa seharian dikatakan sebagai jiwa, dan logos, yang dirujuk sebagai ilmu atau sains. William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental (Bruno 1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang beransur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Dengan mudah psikologi bererti sains atau ilmu yang mengkaji jiwa. Namun demikian konsep psikologi sekarang adalah lebih khusus, iaitu didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental.Daripada definisi di atas kita dapati konsep psikologi mengandungi tiga kata kunci iaitu sains, tingkah laku, dan proses mental. Psikologi dianggap sebagai satu sains kerana ilmu psikologi cuba memahami manusia dengan mengkaji manusia melalui pemerhatian. Tingkah laku pula adalah merujuk kepada semua tindakan manusia (tingkah laku) yang ketara (dapat dilihat dengan mata kasar), seperti menangis, berjalan, makan, menulis atau apa saja tingkah laku yang dapat dilihat. Manakala proses mental merupakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam pemikiran kita, dimana secara biologisnya proses ini berlaku di dalam otak kita. Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia. Kadangkala kajian-kajian ke atas binatang juga dilakukan, seperti melihat kesan dadah ke atas tingkah laku seekor tikus. Kajian ini perlu kerana ia tidak boleh dilakukan ke atas manusia. Walaubagaimanapun, semua kajian tersebut mempunyai darjah signifikan yang tinggi ke atas penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Tugas manusia pula ialah untuk memahami sedikit sebanyak tentang dirinya sendiri, mengetahui jenis-jenis proses dan perasaan-perasaan yang dialami serta menghayati dengan cara keseluruhan.

Psikologi pendidikan pula menjurus kepada berkenaan tingkah laku dan pemikiran pelajar yang berkaitan dengan cara belajar dan mengajar di sekolah. Selain daripada itu, psikologi sosial dalam pendidikan menitik beratkan konsep memahami tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membuat ramalan tingkah laku gantian yang dijangkakan berjaya mengawal tngkah laku itu.

Individu yang berpengetahuan baik dalam disiplin psikologi sering dikaitkan dengan mempunyai perwatakan dan peribadi sempurna. Personaliti sempurna ini dapat membantu mereka membentuk pelajar-pelajar supaya dapat mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan seharian. Para pelajar digalakkan bergaul, menghargai hak, dan kebolehan orang lain serta menunjukkan semangat kesefahaman, hormat menghormati, kerjasama dan toleransi antara rakan-rakannya. Selain itu, psikologi pendidikan dapat membentuk keyakinan diri bekenaan keupayaan fizikal dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang positif.

TUGASAN 1 Latar belakang permainan congkak. Congkak merupakan permainan rakyat yang sudah lama berkembang di kawasan perkampungan melayu dan dipanggil dengan sebutan yang berbeza-beza. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau, permainan congkak masih di kenali sebangai congkak, di Filipina di kenali sebagai sungka, di Srilanka disebut cangka, manakala di daerah-daerah kepulauan jawa menamakan permainan congkak ini dengan gelaran congklak Terdapat perbezaan nama dari segi tempat, namun corak dan konsep permainan masih menggunakan tunjang dan prinsip yang sama.Sebagai makluman, permainan congkak berasal dari Timur Tengah dan tersebar di Asia Tenggara terutamanya kerajaan melayu Melaka. Ini terjadi ekoran daripada dunia perdangan yang pesat membangun ketika itu. Permainan ini berkembang pada masa kesultanan Melaka pada abad ke-15, di mana permainan congkak ini hanya dimainkan di kalangan keluarga istana sahaja. Dalam sejarahnya, permainan congkak ini mula terkenal di daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18 Masihi. Pada awalnya, permainan congkak hanya dimainkan di kalangan kerabat istana dan bangsawan. Selain kerabat istana, congkak juga dimainkan oleh rakyat biasa juga tetapi terbatas kepada kepada kelompok sosial tertentu sahaja seperti kelompok nelayan dan petani sahaja. Permainan congkak ini merupakan permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu yang berlobang atau lubang yang dibuat di atas tanah. Manakala buahnya pula yang biasanya menggunakan biji getah, dan biji guli sebagai bahan utama yang dipanggil sebagai biji congkak. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak juga biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kapala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papannya pula diukir dengan pelbagai ukiran melayu. Lubang congkak adalah sebesar 9sm, manakala kedalamannya pula adalah sedalam 7sm. Sekiranya permainan congkak di mainkan di atas tanah, lubang haruslah digali dan kemudian tempurung kelapa diletakkan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Harus diingatkan, lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain dan disebut sebagai kampung. Pada penghujung kampung tersebut, terdapat sebuah lubang besar yang dalam dan dinamakan sebagai rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak yang sering digunakan adalah lima, tujuh, atau sembilan sebaris. Manakala kampung-kampung ini haruslah diisi dengan buah congkak mengikut jumlah bilangan yang sama banyak.

lubang kecil(kampung)

lubang besar(rumah)

Gambar 1 : congkak

APLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DALAM PERMAINAN CONGKAK 1.KAITAN TEORI HUMANISME DENGAN PERMAINAN CONGKAK Guru haruslah memberi peluang kepada murid-muridnya untuk cuba sendiri bagaimana untuk melaksanakan permainan tersebut. Pada masa yang sama perbuatan ini dapat mendorong kanak-kanak yang belajar congkak untuk mencuba dengan sedaya upaya untuk menguasai permainan tersebut. Hal ini adalah adalah berpunca daripada keinginan mereka untuk bersaing dengan kawan yang bermain bersama mereka dalam harapan mereka dapat berjaya dalam permainan yang seterusnya. Hasilnya, kanak-kanak akan menguasai kemahiran yang baru secara tidak langsung melalui usaha sendiri tanpa bantuan dari kawannya. Perkara-perkara yang disebutkan di atas haruslah sentiasa diberikan pertimbangan oleh guru semasa mereka menjalankan aktiviti P&P kerana keadaan ini sangat dekat dengan teori humanisme. Guru yang mengajar congkak menggunakan teori humanisme juga banyak membantu murid-muridnya dalam mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah bagi seseorang kanak-kanak.Selain daripada itu, kemahiran pergerakan tangan yang baru juga boleh wujud semasa bermain congkak apabila toeri Humanisme dipraktikkan untuk mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan seseorang kanak-kanak. Teori Humanisme mengatakan seseorang kanak-kanak akan mengetahui cara belajar yang bijak jauh lebih senang daripada cara belajar yang tekun.. Sebaliknya, mereka akan meneliti contoh teknik yang ditunjukkan oleh kawan yang lebih mahir daripada mereka, sebagai contohnya, guru ataupun ibu bapa. Semasa guru mengajar congkak, guru harus memastikan murid-murid berada dalam keadaan yang selesa. Keadaan kelas haruslah bebas daripada unsur gangguan yang dapat

mengganggu murid daripada belajar congkak dengan berkesannya. Hal ini disebabkan kerana teori humanisme mengatakan bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih baik apabila mereka berada dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti keselamatan dari segi fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila dua persekitaran yang berbeza disediakan bagi kanak-kanak untuk bermain congkak. Satu adalah selamat dan bebas daripada gangguan luar seperti gangguan bunyi dan suhu persekitaran juga selesa bagi kanakkanak. Jelas kelihatan, kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik dan selesa, bebas dari ancaman keselamatan akan mendapat prestasi permainan yang lebih baik. Karl Rogers juga berpendapat bahawa kanak-kanak yang berada dalam keadaan yang tenang akan bertindak dan belajar dengan lebih berkesan. Dalam keadaan itu, individu yang ada potensi dalam bermain konda-kondi akan berkembang dengan lebih baik juga. Permainan congkak bukanlah satu permainan yang dapat dikuasai oleh perbincangan teori sahaja, malah praktikal yang tepat haruslah dijalankan. Kanak-kanak haruslah bermain congkak dengan benar dan bukannya dengar pada teori permainan congkak oleh guru sematamatanya. Hal ini dikatakan belajar melalui proses membuat. Guru perlu memastikan kanakkanak berada dalam keadaan yang paling baik untuk menjalankan permainan congkak., Abraham Maslow menggalakkan supaya keperluan fisiologi pelajar haruslah sentiasa dipenuhi. Sebagai contohnya, kanak-kanak kenyang ataupun sebaliknya, kanak-kanak mempunyai masa rehat dan pengudaraan bilik darjah yang baik ataupun sebaliknya. Faktor-faktor ini juga merupakan unsur yang dapat mempengaruhi keberkesanan kanak-kanak dalam belajar serta menguasai kemahiran bermain congkak.

KAITAN TEORI BEHAVIORISME DALAM PERMAINAN KONDA-KONDI 1. APLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE Congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang memberikan faedah atau manfaat kepada pemainnya. Hal ini demikian kerana, sambil bermain bersama rakan-rakan, secara tidak langsung kemahiran berfikir seseorang kanak-kanak diasah melalui permainan ini. Seterusnya, permainan congkak melibatkan penggunaan kemahiran berfikir untuk menewaskan pihak lawan. Cubaan demi cubaan dan beberapa strategi perlu diaplikasikan untuk menewaskan pihak lawan. Proses mencuba pelbagai strategi amat bertepatan dengan Teori Pembelajaran Thorndike. Teori tersebut menggalakkan proses cuba dan jaya. Dalam

permainan congkak, pemain-pemain akan mencuba pelbagai gerakan untuk memenangi permainan tersebut. Jika strategi yang dilaksanakan tersebut tidak sesuai dan tidak berjaya, mereka boleh mencuba teknik dan strategi baru untuk memenangi permainan congkak tersebut. Seterusnya, setelah mencuba dan mengaplikasi beberapa strategi, kanak-kanak pastinya akan pandai dan lebih mahir untuk bermain congkak. Hal ini menunjukkan bahawa proses cuba dan jaya yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Thorndike merupakan salah satu kaedah untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti congkak. Pengulangan dan penggunaan beberapa strategi dalam usaha mengalahkan pihak lawan dalam permainan congkak juga berkait rapat Hukum Latihan yang dianjurkan oleh Thorndike. Strategi-strategi yang pelbagai dan teknik yang dilaksanakan berulang kali dalam permainan congkak akan membolehkan seseorang pemain menguasai permainan dengan lebih baik. Hal ini demikian kerana, wujudnya pengukuhan dalam strategi yang digunakan. Akan tetapi, sekiranya permainan ini lama ditinggalkan dan jarang dimainkan, seseorang kanakkanak tersebut akan lupa teknik-teknik dan cara bermain congkak dengan baik. Hal ini disebabkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) yang semakin lemah akibat tiada pengulangan dalam permainan tersebut. Oleh itu, pengulangan dan latihan yang kerap amat penting jika seseorang itu ingin menguasai permainan congkak dengan baik.

KAITAN TEORI KOGNITIF DALAM PERMAINAN CONGKAK 1.APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BRUNER Teori seterusnya yang diaplikasikan dalam permainan congkak ialah Teori

Pembelajaran Penemuan Bruner. Dalam hal ini, seorang guru yang hendak mengajar permainan congkak kepada kanak-kanak akan memberitahu atau memaklkumkan kepada mereka terlebih dahulu. Oleh itu, apabila murid-murid pulang ke rumah, pasti ada antara mereka akan mencari bahan-bahan daripada buku, internet atau televisyen untuk mengenali permainan congkak. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut meneroka dan mencari dengan usaha mereka sendiri. Konsep ini digelar Teori Pembelajaran Penemuan Bruner. Permainan congkak juga melibatkan proses pengiraan. Proses tersebut pastinya membantu meningkatkan kemahiran kognitif dan intelek seseorang kanak-kanak. Ketika permainan berlangsung, kanak-kanak yang terlibat akan mengira biji atau buah yang akan dimasukkan ke dalam kampung dan mengira biji atau buah yang berada di dalam rumah. Di

samping itu, sebelum memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu biji atau buah iaitu berjumlah 49 biji bagi setiap pemain. Proses pengiraan biji ini secara tidak langsung membantu kanak-kanak mengukuhkan kemahiran mengira atau aritmetik dan mengembangkan lagi pemikiran logikal matematik seseorang individu. Perkembangan dari segi intelek seperti yang dinyatakan di atas mempunyai perkaitan dengan Teori Pembelajaran Bruner. Bruner telah membuat satu pernyataan iaitu pembelajaran berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Enaktif ialah berasaskan perlakuan. Dalam hal ini, seseorang individu itu terlibat sendiri dalam permainan congkak. Individu tersebut merasai dan menimba sendiri pengalam bermain congkak. Daripada segi ikonik atau imejan pula, individu yang bermain congkak akan melihat sendiri bagaimana alatan yang digunakan, cara bermain dan strategi-strategi yang digunakan dalam permainan tersebut. Seterusnya, simbolik bermaksud berasaskan bahasa. Dalam permainan congkak, kedua-dua individu yang terlibat kadang kala akan berkomunikasi. Interaksi melalui percakapan tersebut termasuk dalam kategori simbolik. Selain itu, pemain congkak juga dapat menimba pengalaman secara memegang dan memanipulasi objek maujud. Di samping itu, pengiraan mental juga dilakukan untuk mencana strategi dan mengira jumlah buah ketika bermain. Tuntasnya, ketigatiga kategori yang dianjurkan oleh Bruner dapat diamalkan dalam permainan congkak. Hal ini jelas menunjukkan bahawa congkak merupakan permainan yang mampu membantu meningkatkan kemahiran daripada segi emosi, sosial dan intelek.

2.APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL Teori ini adalah berkaitan dengan set induksi atau pengenalan permainan congkak oleh guru kepada murid-murid. Pertama sekali, guru pastinya akan bersedia dengan segala ilmu mengenai permainan congkak dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) sebelum memulakan kelas. Persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum mengajar permainan congkak kepada kanak-kanak ini amat bertepatan dengan Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel. Teori ini menekankan guru-guru supaya merancang aktiviti pengajaran terlebih dahulu sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP). Seterusnya, teori ini juga akan membantu kanak-kanak untuk menggabungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada dalam minda kanak-kanak. Teori ini juga dikenali sebagai reception learning dalam bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai