Anda di halaman 1dari 6

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK-PENULISAN ESEI Skala Deskriptor

Amat Kandungan Cemerlang Menunujukkan pengetahuan yang sangat luas menyeluruh dan terkini. Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 90-100 Perbincangan kritikal dan Reflektif Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan. Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukkan keupayaan membincangkan penyelidikan terkini yang berkaitan. Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan.

Organisasi Organisasi maklumat yang cemerlang. Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan cemerlang.

Bahasa Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian. Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan. Ejaan betul. Sebutan jelas dan betul.

Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang sangat luas daripada pelbagai sumber. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.

Kandungan Cemerlang 80-89 Menunjukkan pengetahuan yang menyeluruh dan terkini. Liputan yang cukup, konsisten dan memenuhi keperluan tugasan.

Perbincangan kritikal dan Reflektif Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan. Hujah disokong dengan bukti yang sesuai dan menunjukkan adanya keupayaan membincangkan penyelidikan. Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik.

Organisasi Organisasi maklumat yang baik. Struktur dan perkembangan idea jelas secara keseluruhan walaupun terdapat kekurangan pada beberapa bahagian. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan baik.

Bahasa Lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian. Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan. Sedikit kesilapan ejaan. Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh bahasa lain/loghat.

Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang luas daripada pelbagai sumber. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.

Kandungan Kepujian 65-79 Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan. Memenuhi kriteria kandungan tetapi terdapat bahagian yang tidak jelas.

Perbincangan kritikal dan Reflektif Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan. Cuba membuat hujahan dan cuba membincangkan penyelidikan tetapi kurang sesuai pada beberapa bahagian. Wujud elemen perbincangan kritis pada beberapa bahagian, ada menunjukkan keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan.

Organisasi Organisasi maklumat yang memuaskan. Struktur dan tetapi kurang jelas. Sebahagian isi sahaja dalam sesuatu bahagian yang dikaitkan dengan bahagian lain. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan memuaskan.

Bahasa Agak lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian. Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian. Kesalahan ejaan ketara. Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain/loghat ketara.

. Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang memuaskan. Hasil penulisan menjurus dan mengikuti Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang memuaskan.

Kandungan Lulus 50-64 Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang terhad. Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan kritikal dan Reflektif Perbincangan menunjukkan pemahaman konseptual yang terhad. Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan. Perbincangan terhad, kurang kritis, kurang keupayaan menganalisis dan mensintisis. Kurang mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi Organisasi maklumat yang kurang memuaskan. Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas. Pengurusan dan pelaksanaan aktiviti yang kurang memuaskan.

Bahasa Keseluruhan kurang lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sering kali terdapat sebutan yang salah. .

Kemahiran Merujuk Hanya beberapa rujukan yang relevan. Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang terhad.

Kandungan Gagal 0-49 Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang sangat terhad. Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan kritikal dan Reflektif Jelas menunjukkan tiada pemahaman konsep. Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan. Perbincangan sangat terhad, tidak kritis, tiada keupayaan menganalisis dan mensintisis. Kurang mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi Organisasi maklumat yang lemah. Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas. Gagal mengurus dan melaksanakan aktiviti.

Bahasa Keseluruhan tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang amat terhad. Sering kali penyampaian difahami. Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sebahagian besar sebutan salah. .

Kemahiran Merujuk Kurang atau hampir tiada rujukan. Tiada menepati Publication Manual of the American Psycological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Kurang atau hampir tiada bahan sokongan.

Anda mungkin juga menyukai