Anda di halaman 1dari 12

Teknik Pengucapan Umum

1) Persediaan Diri
a- Ilmu.
b- Keyakinan.
c- Susunan kandungan bertulis.
d- Penghayatan kandungan yang dirancang.
e- Mengetahui latar belakang umum pendengar.
f- Mengetahui tahap formality majlis.
g- Mengetahui ruangan waktu yang diberikan.
h- Mengetahui bentuk majlis (forum, seminar, ceramah umum, ceramah masjid,
khutbah, ceramah motivasi, ceramah surau di kampung-kampung, ceramah
di TV& Radio, Demonstrasi Umum depan Kedutaan Amerika dll )
i- Menguatkan dalaman anda.
1. j- Perlu banyak membaca dan mendengar ceramah dari penceramah
profesional yang digemari.
2) Persembahan
Unsur Bantuan Persekitaran.
Tempat ceramah (kerusi, meja, rostrum)
Kedudukan penceramah dari peserta.
Pakaian (cincin, warna pakaian, jenis pakaian, kebersihan, bau-bauan).
Lampu dan kipas.

Tertib Ceramah
Tahap Satu
Pandang dahi pendengar atau lontarkan pandangan anda ke belakang tanpa
fokus kepada mana-mana individu.
Tarik nafas panjang dan rehatkan minda dan hati.
Ikhlaskan niatkan dan doa dalam hati agar dipermudahkan Allah SWT dalam
menyampaikan mesej Islam
Yakinkan diri bahawa Allah akan membantu anda hingga tahap yang terbaik.
Sematkan dalam diri untuk mempersembahkan persemabahan isi yang
terbaikbuat sungguh-sungguh, bukan sambil lewa..
Muqaddimah Basmalah, pujian kepada Allah SWT dan Selawat ke atas
Rasul SAW.
Elok jika mulakan dengan ayat atau hadith.
Aluan individu terpilih ( Pengerusi, Presiden, Exco, pendengar).
Sebut tajuk ceramah yang ditaklifkan kepada anda.
j. Pastikan nada suara rendah dan sederhana di tahap ini.
Tahap Dua
Sebut fokus utama atau isi utama ceramah anda.
Mula rancakkan nada suara, tapi sekiranya anda dapati perasaan
terutamanya apabila anda rasa gementar.
Jika gementar tidak hilang, kurangkan sedikit formality ucapan anda, kepada
ucapan kurang rasmi atau ajukan persoalan ringkas pada pendengar tanpa
mengharap jawapan.
Boleh guna atau campur dialek negeri anda jika anda merasa teramat sukar
untuk berbahas fusha Melayu. Tetapi jangan sampai tahap boleh
menggelihatikan pendengar yang bukan dari negeri anda.
Mula masuk topik dengan memberikan takrifan ringkas, boleh juga masuk
topik dengan melontarkan persoalan-persoalan yang ingin anda jawap dalam
ceramah kepada pendengar.
f. Jika ada dalil, bawakan dalil beserta terjemahan, pastikan anda lancar dalil
ini dan anda boleh memahami terjemahannya.
Tahap Tiga
Anda kini sedang di pertengahan ceramah. Pastikan anda melihat respond
pendengar semasa mendengar ceramah anda.
Cari pendengar yang kelihatan berminat dan memberikan respond baik
semasa mendengar ceramah anda. Kerana dia boleh menaikkan semangat
anda untuk meneruskan ceramah dengan baik.
Jika terdapat pendengar yang tidur. Anda boleh melakuakn perkara berikut :-
Ajukan soalan kepada orang sebelah si tidur (ini jika majlis kurng rasmi)
Naikkan suara dan nadanya dengan semangat.
Ubah intonasi ceramah kepada cakap pasar.
Dari masa ke semasa, bayangkan anda juga seorang pendengar ceramah
anda. Lalu cuba sedaya upaya hayati cermaha anda. Jika masih gagal,
berhenti sekitar 3 saat dari bercakap, mulakan degnan nada lain dan cuba
menikam hati pendengar dengan ajuan soalan yang tidak perlu dijawab.
Timbulkan rasa dalam diri pendengar dengan bantuan intonasi dan memek
wajah.
Pastikan anda lancar dalam majoriti dalil yang anda sebutkan. Jika anda
lupa, ajukan kepada pendegar untuk menyambungnya. Jangan malu
menyatakan anda lupa sepenuhnya.
Anda boleh selitkan antara isi-isi yang berat dan jenaka ringan, samada
secara spontan ataupun terancang. Boleh juga cerita-cerita peribadi (yang
berkaitan) samada betul-betul berlaku mahupun hanya rekaan semata.
Amat baik jika anda mempunyai dalil-dalil qawl dari para sahabat atau
tabien untuk mempelabagaikan ramuan rencah dalil-dalil selain al-Quran
dan Al-hadith.
Juga amat baik jika anda mampu menghafal kisah-kisah ringkas silam yang
boleh menarik minat.

Tahap Empat (akhir)
Apabila anda hampir tamat, jangan terganggu sangat dengan mesej kecil
dari penganjur mengatakan masa dah cukup atau tinggal 5 minit lagi. Jika
terganggu, fokus isi anda akan terganggu.
Yang penting, pilih beberapa dalil yang paling hampir dengan isu dan
boleh menyentuh pendengar.
Jika tidak bersedia dengan dalil terakhir, pastikan anda punyai kalam
terakhir yang mampu menusuk qalbu pendengar. Tidak semestinya ia
dirancang sebelum ceramah, malah amat mungkin anda mampu
menentukan kalam terahkir ini hasil melihat respond pendengar.
Tutup majlis dengan memohon maaf kiranya gagal penuhi target
penganjur, dan akhirnya dengan istighfar biasa.

PENGUCAPAN AWAM
Analisis audiens

Dalam proses komunikasi khususnya pengucapan awam, audiens dianggap sebagai
penerima. Terdapat pelbagai jenis audiens dalam satu-satu masa, antaranya ialah:

-syok sendiri
-dengar apa yang hendak didengar
-cetek pengetahuan
-kaki bangkang
-menilai dengan tergesa-gesa
-dengar dengan lisan sahaja
-pura-pura dengar
-kaki salin
-mudah diganggu
-aktif dan proaktif

Untuk mengenali audiens, perucap boleh mendapatkan maklumat melalui:

-Bertanya secara langsung kepada audiens
-Maklumat daripada organisasi tempat kerja
-Merujuk laporan yang lepas-lepas
-Bertanya kepada pegawai yang mengendalikan kursus atau latihan untuk audiens
-Melalui pemerhatian

Aspek-aspek yang boleh diambil kira semasa mengenali latar belakang audiens ialah:

-umur
-gender
-asal-usul
-pekerjaan
-status sosial
-pendidikan
-etnik
-pegangan agama

Sikap audiens terhadap topik

Perucap harus sentiasa menyesuaikan kandungan ucapan dengan sikap audiens
terhadap diri dan topik yang akan disampaikan. Audiens mungkin mempunyai sikap
yang positif, neutral atau negatif terhadap perucap dan topik.

1. Audiens yang ada sikap positif

-gunakan tarikan berasaskan emosi untuk mengukuhkan sokongan.
-nilai-nilai utama ialah perpaduan, kemanusiaan, keperluan asas, emosi asas seperti
takut, kasihan, sayang dan benci.
-cuba dapatkan komitmen secara umum dan berikan alternatif khusus untuk bertindak.

2. Audiens yang ada sikap neutral

-tumpukan pada faktor-faktor yang dapat menarik minat audiens seperti perkaitan
maklumat dengan keadaan tempatan dan masalah audiens seterusnya membentuk
perasaan simpati, empati dan keinsafan mengenai situasi yang dihadapi oleh audiens.
-nyatakan dan jelaskan pegangan dan pandangan kepada audiens. Maklumat yang
dapat menaikkan kredibiliti perucap juga perlu disampaikan dengan kemungkinan
pegangan dan pandangan tadi dapat dijadikan contoh atau teladan.
-belai dengan kaedah psikologi dan gabungkan faktor-faktor tarikan yang berasaskan
logik dan emosi untuk memenangi hati audiens.

3. Audiens yang ada sikap negatif

-matlamat yang sederhana dan munasabah mengenai penyampaian.
-sampaikan maklumat dan fakta-fakta seberapa adil dengan mengenengahkan
seberapa banyak titik persamaan sama ada pegangan, pandangan atau pendapat.
-tumpuan khusus kepada pembentukan kredibiliti perucap dengan anggapan bahawa
audiens harus nampak jelas kejujuran, kelayakan, kemahiran, kewibawaan dan boleh
dipercayai terhadap perucap.

Prinsip komunikasi lisan

Wujudkan kemesraan di awal setiap perhubungan yang dijalin. Kemesraan
menghasilkan rasa selesa an seronok di pihak perucap dan audiens.

Hindar dan ketepikan halangan fizikal dan psikologikal semasa berinteraksi. Halangan
fizikal ialah benda-benda atau jarak yang memisahkan perucap dan audiens. Halangan
psikologikal ialah aspek-aspek yang mana pemikiran mempengaruhi tanggapan dan
menyukarkan penjalinan hubungan yang berkesan. Sedar bahawa setiap manusia
dahagakan belaian sama ada fizikal ataupun psikologikal.

1. Belaian fizikal

-jJarak yang sesuai dan mesra
-jabat tangan dengan erat sambil memandang ke muka dan berikan senyuman
-memegang dan menepuk bahu
-memandang dengan bermakna bila bercakap atau mendengar

2. Belaian psikologikal

-berikan pujian yang jujur
-mulakan perbualan dengan sesuatu yang positif dan menyenangkan
-anggap setiap persoalan atau permasalahan orang lain sebagai penting
-berikan perhatian yang sepenuhnya

Bercakap "Dengan" dan bukannya "Kepada' audiens.

1. Dengan

-nada berbual
-wujud kesamarataan antara perucap dan audiens
-nampak kemesraan
-kurang atau tidak formal
-persembahan dua hala
-banyak gunakan 'kita'

2. Kepada

-nada berucap atau mengarah
-wWujud jurang di antara perucap dan audiens
-kurang mesra
-penyampaian yang formal
-persembahan satu hala
-banyak menggunakan 'saya'

Kaedah berhubung dengan orang lain mencerminkan sahsiah perucap. Audines akan
lebih yakin dan mempercayai perucap apabila dapat berinteraksi dengan yakin dan
berkesan. Oleh itu, perucap harus mempunyai kemahiran untuk berinteraksi dengan
biak dan berkesan agar dapat menggambarkan kewibawaan yang positif dan
meyakinkan.

Cara mengekalkan minat audiens

Minat audiens terhadap ucapan bergantung kepada rangsangan yang diterima. Di
antara kaedah mengekal dan menambah minat audiens ialah:

a. Unsur kegiatan atau pergerakan dalam persembahan. Ianya boleh jadi dalam bentuk
fizikal, pemerihalan atau psikologikal.

b. Persembahan yang berdarakan realiti. Isi penyampaian perlu dikaitkan dengan realiti
hidup sebenar yang dialami oleh audiens, bukannya bercorak hipotetikal atau teoritikal.

c. Ambil kira faktor kedekatan (proximity). Beri penekanan pada perkara atau isu yang
hampir dengan audiens seperti kesihatan, anak-anak, isteri, rumah, harta dan hobi.

d. Menyelitkan unsur kelaziman (familiarity). Unsur kelaziman ialah perkara-perkara
yang dikenali atau mudah difahami oleh audiens. Perucap yang bijak akan memberi
penjelasan secara mudah konsep yang sukar dan kompleks.

e. Menggunakan unsur kelainan (novelty) seperti penggunaan alat bantu mengajar
(ABM), cara persembahan yang menarik, contoh dan ilustrasi yang unik serta ceria
yang memberi kesedaran dan cabaran.

f. Ada unsur 'suspen' yang menyebabkan pendengar tertanya-tanya dan mendengar
dengan teliti hingga ke akhir ucapan.

g. Memasukkan unsur konflik yang dapat merangsang selera audiens seperti
pertelagahan, pergeseran, berita angin dan isu-isu semasa.

h. Menyelitkan unsur-unsur lucu dan menggembirakan tetapi tidaklah mengganggu
objektif penyampaian.

i. Menekankan keperluan audiens melalui komunikasi dua hala seperti bertanyakan
soalan, minta pendapat dan idea, mengemukakan ulasan dan minta penjelasan.

j. Mengekalkan dinamisme dalam persembahan dengan memasukkan unsur-unsur
emosi yang dapat menaikkan semangat audiens.

k. Merangsang seberapa kerap idea audiens iaitu deria rasa, sentuh, hidu, penglihatan
dan pendengaran.

Sembilan teknik melibatkan pendengar

Drama

-semasa sesi pembukaan seperti masalah, cerita atau soalan.
-unsur-unsur dramatik seperti berhenti sejenak, mengbah nada suara dan emosi.

Komunikasi mata

-pandang semua pendengar dengan teliti (3-6 saat)
-nilai minat pendengar melalui persetujuan, bosan atau bermasalah

Pergerakan

-gunakan sepenuhnya ruang untuk bergerak
-sentiasa bergerak ke arah audiens terutama di awal dan akhir persembahan

Alat bantu mengajar (ABM)

-guna pelbagai alat bantu mengajar seperti overhead projektor, carta, flipchart
-libatkan penglibatan audiens serta merta

Menyoal

-retorik - soalan-soalan mudah tanpa perlukan jawapan
- contoh: Berapa ramai anak muda yang menjadi mangsa bila pengedar dadah
dibiarkan bebas?

Permainan

-bermain untuk bermesra dengan audiens dan juga beri hadiah kepada yang berjaya.

Timbulkan minat

-gunakan contoh, cerita dan silap mata

Demonstrasi

-untuk tunjuk setiap langkah secara terperinci bagi menambahkan kefahaman audines

Humor

-mulai ucapan dengan sesuatu yang menarik minat dan jenaka yang tidak keterlaluan.

Persembahan berkesan

Ada sempat strategi yang boleh digunakan oleh perucap bagi meningkatkan
keberkesanan ketika membuat persembahan di hadapan khalayak.

1. Strategi kaedah komunikasi

Penyampaian maklumat boleh dijalankan secara interpersonal, kumpulan kecil,
kumpulan besar atau umum (mass). Setiap kaedah mempunyai keistimewaan,
kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ada masanya kita menggunakan satu atau
dua kaedah sekali gus. Lazimnya kita mungkin dapat mengawal keadaan dan
membolehkan kita membuat pilihan tentang kaedah komunikasi yang hendak
digunakan.

2. Strategi matlamat komunikasi

Matlamat yang gagal dan tidak jelas membentuk kegagalan kegiatan komunikasi.
Perucap wajar membentuk objektif utama komunikasi sama ada hendak mengajar,
memberi penerangan, nasihat, peringatan, membujuk, mengerak, menyedar,
mengubah tingkah laku dan sebagainya.

3. Strategi peranan dalam komunikasi

Dalam proses komunikasi, perucap mungkin berperanan sebagai fasilitator, guru,
penasihat, kawan, doktor atau pakar. Komunikator yang baik sering terpaksa
memainkan beberapa peranan semasa berinteraksi dan yang penting, apakah peranan
yang ingin dimainkan dalam proses komunikasi tersebut? Tegasnya, perucap harus
berupaya untuk bertukar peranan iaitu cekap dan fleksibel.

4. Strategi retorika dalam komunikasi

a) Strategi idea

-pemilihan ideologi dan pendirian (keras, sederhana atau lembut)

b) Strategi perhubungan

- cari titik persamaan di antara perucap dan audiens
- tahap persamaan mempengaruhi tarikan interpersonal dan pihak-pihak yang
berinteraksi
- perucap perlu mempunyai sifat empati yang tinggi

c) Strategi bentuk

- lebih kepada penysunan kandungan maklumat yang hendak disampaikan.
- susunan maklumat dibuat mengikut:

Urutan masa (kronologi)
Geografi (ruang, kawasan, daerah, negeri)
Sebab, akibat dan kesan
Masalah dan kaedah penyelesaian
Umum khusus (deduktif)
Khusus umum (induktif)
Pro dan kontra
Topik demi topik
Mudah-kompleks

d) Strategi bahasa

-bahasa perlu sesuai dengan ciri-ciri audiens
-penggunaan bahasa yang tidak sesuai boleh menyebabkan audiens menutup pintu
mental daripada mendengar
-contoh: bahasa daerah, bahasa Inggeris atau istilah yang kompleks

Menyampaikan ucapan

Manuskrip

-Baca terus dripada teks
-Perkataan demi perkataan
-Memerlukan ketepatan bahasa, ayat dan masa
-Tujuan:

Merakam
Mantapkan kenyatan-kenyataan umum
Sediakan salinan kepada pihak media
Memilih penggunaan bahasa yang tepat
Menepati masa
Sebagai dokumen
Contoh: khutbah, laporan daripada penyelia, perutusan

Hafal

-Jarang digunakan
-Biasanya ringkas dan mudah (10-15 minit)
-Ingat mesej penting bukannya perkataan demi perkataan
-Contoh: ceramah, sesi penerangan
-Kelebihannya ialah dapat tumpu pada gerakan
-Kelemahannya ialah risiko terlupa dan tidak bebas mengeluarkan idea sendiri

Impromptu

-Spontan (tanpa persediaan)
-Tidak perlu yang sempurna, cukup sekadar beberapa perkataan seperti memberi
ulasan, pendapat dan pandangan
-Kelebihannya ialah ucapan yang mudah, ringkas, lebih ikhlas, tidak perlu persediaan
yang rapi dan dapat baiki kemahiran berucap

Extemporaneous

-Ada persediaan dan perancangan
-Menggunakan nota ringkas dan rangka kasar ucapan (outline)
-Kelebihannya:

Boleh mengawal bahasa, topik dan masa
Boleh membuat sebarang perubahan semasa ucapan disampaikan
Boleh disesuaikan dengan pelbagai keadaan
Bebas membentuk kontak mata dan pergerakan
Spontan dan secara langsung

Pengawalan suara

1. Volume

-Pastikan sesuai dengan suasana sekitar, zaiz dan tahap kebisingan

Terlalu kuat -------- memekak
Terlalu perlahan ---tidak difahami

2. Pitch

-Nada tinggi dan rendah
Terlalu cepat --- pitch tingi
Terlalu perlahan --- pitch rendah
-Tentukan watak perucap seperti serius, sedih, suka, marah atau main-main
-Boleh dipelbagaikan

3. Kelajuan (Rate)

-Setiap masyarakat mempunyai kelajuan bercakap yang berbeza-beza

Amerika Syarikat ------- 120-150 ppm
Jepun ---------------------- 180 ppm
Cina ------------------------ 160 ppm

-Lambat ---- penerangan untuk perkara yang kompleks dan sukar difahami
-Cepat ------ maklumat umum
-Bergantung kepada:

Mood
Komposisi audiens (sedikit atau ramai)
Persekitaran (panas, sejuk, hujan)
Tokoh-tokoh: Franklin Roosevelt (110 ppm)
J.F Keneddy (180 ppm)
Martin l. King (92-145 ppm)

4. Henti (Pause)

-Masa untuk berhenti, meneruskan ucapan, tarikh dan hembus nafas
-Memerlukan latihan dan kemahiran bercakap
-Elakkan bunyi 'eh...uh...er...a..'

Anda mungkin juga menyukai