Anda di halaman 1dari 24

Berucap di khalayak atau berpidato

adalah satu kaedah komunikasi, bantuan


anggota-anggota komunikasi bukan lisan.
manakala anggota- anggota komunikasi
bukan lisan ialah seluruh tubuh pengucap
seperti mata, kepala, tangan, badan, nada
suara dan juga mimik muka.
ingat ! ucapan yang berkesan dapat
mengubah pendengar dari segi
pemahaman, kepercayaan, sikap dan
kesediaan mereka untuk bertindak.
Tujuan Ucapan
Ucapan boleh dikelaskan sebagai :
memberitahu atau menerangkan sesuatu
konsep, perkara, proses, fenomena, idea
Pendengar akan memperoleh pengetahuan
baharutaraf pengetahuan, pengertian
atau pemahaman
1. Menghibur

-Dibuat untuk pendengar bergembira


atau berseronok. Ucapan jenis ini
biasanya dibuat pada majlis keraian.
1. Memujuk
Pengucap merayu atau cuba mempengaruhi
pendengar untuk mengghasilkan perubahan
dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan.
Sering kali digunakan oleh ahli politik
untuk mempengaruhi pengundi, atau
peguam untuk mempengaruhi para juri,
jurujual untuk menarik pelanggan dan
pendakwah untuk untuk mengubah
kumpulan sasaran
Jenis Ucapan
Ucapan boleh dibezakan mengikut cara ia
disampaikan, iaitu :
1. Ucapan impromtu
Disampaikan secara sepontan, tanpa
sebarang perdsediaan khusus. Pengucap
hanya membicarakan perkara yang lalu, isu-
isu semasa dan harapan atau ramalan masa
hadapan. Isi nya berdasarkan pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran yang telah
sedia ada pada seseorang pengucap.
Ucapan yang dihafal

Ucapan jenis ini disediakan dengan


lengkap terlebih dahulu. Kemudian
pengucap akan menghafal keseluruhan
teks ucapan tersebut, perkataan demi
perkataan. Ucpan jenis ini sukar dibuat
terutam bagi orang yang daya ingatannya
kurang baik. Ini kerana ucapan jenis ini
sukar diubahsuai sekiranya terdapat
perubahan situasi atau reaksi audiens.
Ucapan yang dibaca daripada teks

Ucapan jenis ini lebih merupakan pembacaan


manuskrip atau teks. Biasanya digunakan
apabila terdapat fakta dan data yang amat
mustahak dan setiap apa yang tercatat
perlu dibaca kerana mempunyai erti yang
tersendiri.
Ucapan dengan cukup persediaan
(extamporaneous)
Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis ucapan
tadi. Pengucap hanya menghafal bahagian-
bahagian tertentu ucapan (misalnya, petikan
atau contoh) dan mencatat perkara-perkara
mustahak sahaja seperti idea utama dan
petikan yang memerlukan ketepatan. Ucapan
jenis ini adalah yang paling baik kerana tidak
kaku dan mudah diubahsuai mengikut situasi.
Sifat-sifat pengucap yang berkesan

Beberapa sifat positif yang perlu ada pada


seseorang pengucap untuk menjadikan
ucapannya lebih berkesan ialah :
berpengetahuan luas tentang isi
ucapannya, terutama perkara-perkara
yang ada kaitannya dengan idea-idea
utama yang diucapkannya.
perlu peka kepada isu-isu semasa yang
mungkin boleh dijadikan contoh untuk
menyokong hujah-hujahnya.
.Berkemahiran berucap

Seseorang pengucap yang berkesan


seharusnya berkeupayaan untuk
mengawal dan menarik perhatian
audiens. Kemahiran begini hanya boleh
diperolehi melalui latihan dan
pengalaman. Pengucap yang mahir akan
memilih pendekatan dan cara
penyampaian yang bersesuaian dengan
audiens.
Berkeyakinan

Keberkesanan sesuatu ucapan


bergantung juga pada keyakinan
pengucap pada dirinya sendiri serta isi
bicaranya. Keyakinan terhadap diri
sendiri dan isi ucapan berkait rapat
dengan pengetahuan dan latihan atau
persediaan. Keyakinan bukanlah perkara
mudah dan bukan juga perkara yang
boleh dibuat-buat.
Berkeperibadian dan perwatakan
baik

Kedua-dua faktor ini juga turut


menghasilkan keberkesanan ucapan
seseorang itu. Lazimnya audiens bukan
sahaja menilai ucapan, bahkan siapa
yang berucap dan sifat peribadi
pengucap tersebut. Ini termasuklah
cara pengucap itu berpakaian, berjalan
dan bergaul dalam majlis dan
sebagainya.
Daripada kesemua sifat pengucap yang
baik yang dinyatakan, kita dapat
perhatikan bahawa tidak satupun
daripada sifat tersebut lahir
bersamanya. Dalam erti kata lain sifat-
sifat ini bukanlah sifat-sifat keturunan
atau baka, sebaliknya merupakan sifat-
sifat perolehan. Jadi sesiapa sahaja
boleh memperoleh sifat-sifat yang baik
itu melalui latihan dan pengalaman.
Kaedah Mengawal Kegugupan
Geajala kegugupan ini bukanlah satu
penyakit yang berterusan dan tidak boleh
diatasi. Ia boleh dikawal dengan kaedah
yang berikut :
1. Sedarilah bahawa kegugupan adalah
perkara normal yang dihadapi oleh
pengucap.
pengucap yang normal sama ada
berpengalaman atau tidak, juga merasa
gugup semasa mula berucap. Inilah
realitinya. Ini bermakna kita mengambil
berat tentang audiens dan isi pengucapan
kita.
Sebenarnya kita kelihatan lebih
berkeyakinan daripada apa yang kita
rasa.

Memang benar, keyakinan tidak boleh


dibuat-buat dan pendengar mudah menilai
sama ada kita yakin atau tidak dengan
pengucapan kita. Walau bagaimanapun kita
perlu sedar bahawa keyakinan adalah
perkara dalaman yang tidak seratus
peratus dapat dibaca oleh audiens
melainkan kita sendiri yang menggambarkan
kita tidak yakin untuk berhujah.
Kegugupan boleh dikurangkan dengan
pengalaman

Tidak dapat dinafikan bahawa hanya


pengalaman dapat mengurangkan
kegugupan keparas yang optimum,
semakin kerap seseorang itu berucap
semakin pandailah dia
menyembunyikan kegugupannya dan
semakin yakinlah dia berucap. Jadi
jika ada peluang untuk berucap di
kalangan kawan-kawan lakukan kerana
ini akan memberi pengalaman.
Audiens hadir untuk mendengar ucapan
yang berkesan, bukan untuk mencari
kesilapan kita.

Kita harus ingat bahawa sebenarnya tiada


audiens yang mengharapkan kegagalan
ucapan kita. Tujuan mereka datang ialah
untuk mendengar ucapan dan buah bicra
kita. Jadi sampaikan buah bicara kita
sebaik mungkin dan jangan kecewakan
mereka.
Tumpukan lebih perhatian kepada isi
ucapan daripada cara hendak
melafazkannya.

Apabila kita merasa gugup, fikirkan apakah


idea-idea utama seterusnya yang telah kita
gariskan untuk diucapkan. Jangan sesekali
berhenti berucap dan menumpukan fikiran
kepada gaya sesuatu isi itu hendak
dilafazkan.Ini boleh menjadikan kita gugup.
.Buat persiapan yang secukupnya.

Inilah satu cara yang paling berkesan


untuk mengawal gugup. Ramai yang
bersetuju bahawa kegugupan berlaku
kerana kurangnya persediaan. Oleh itu
sebelum berucap buatlah persediaan yang
rapi dari segi isi, penyusunan isi, contoh-
contoh atau petikan yang berkait dengan
subjek dan juga peruntukan masda yang
diberikan kepada kita. Jangan lupa
berlatih.
.Gunakan kaedah memusatkan tumpuan
fikiran kepada ucapan.

Sebelum mula berucap bertafakur


sejenak, menarik nafas panjang dan
melepaskannya perlahan-lahan atau
membaca sepotong doa. Ramai orang
berpendapat bahawa ketenangan dan
pemusatan fikiran perlu dan boleh
menjadikan ucapan laebih berkesan
berbanding dengan berucap secara
tergopoh- gapah dan dengan fikiran yang
berkecamuk.
.Analisis Audiens

Dapatkan maklumat penting tentang


siapa yang akan menjadi audiens kita
pada hari pembentangan. Ini akan
memudahkan kita menyelaraskan isi,
bahasa , contoh, isu dan penyampaian
agar sesuai dengan tahap mereka dan
apa yang mereka harapkan.
.Gunakan kaedah memusatkan tumpuan
fikiran kepada ucapan.

Sebelum mula berucap bertafakur


sejenak, menarik nafas panjang dan
melepaskannya perlahan-lahan atau
membaca sepotong doa. Ramai orang
berpendapat bahawa ketenangan dan
pemusatan fikiran perlu dan boleh
menjadikan ucapan laebih berkesan
berbanding dengan berucap secara
tergopoh- gapah dan dengan fikiran yang
berkecamuk.
.Gunakan kaedah memusatkan tumpuan
fikiran kepada ucapan.

Sebelum mula berucap bertafakur


sejenak, menarik nafas panjang dan
melepaskannya perlahan-lahan atau
membaca sepotong doa. Ramai orang
berpendapat bahawa ketenangan dan
pemusatan fikiran perlu dan boleh
menjadikan ucapan laebih berkesan
berbanding dengan berucap secara
tergopoh- gapah dan dengan fikiran yang
berkecamuk.

Anda mungkin juga menyukai