Anda di halaman 1dari 5

PERSEDIAAN UTAMA SEBELUM MEMULAKAN UCAPAN

Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri
pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling
hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea
dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, bagi memastikan para
pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu
mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari
teknik pengucapan awam yang berkesan.
Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan
oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan
takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia,
semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak
awam. Menguasai kemahiran pengucapan awam adalah amat penting untuk memastikan ucapan,
pembentangan atau penyampaian sesuatu kerja dilaksanakan dengan berkesan dan efektif.
Biasanya pengucapan awam terdiri dari kalangan penceramah, pakar motivasi, wakil
syarikat, panel jemputan, juruacara majlis dan orang politik.Dianggap sebagai wakil sesebuah
organisasi, syarikat atau badan yang membentangkan sesuatu topik, usul atau ucapan dengan
yakin, tegas, berani dan bijak memberi tindak balas berkomunikasi dihadapan peserta yang
hadir.Bertujuan untuk menyampaikan sesuatu, memberitahu, mendidik, mempengaruhi,
mendengar pertanyaan dan menjawab dengan penuh yakin.
Untuk melakukan pengucapan awam, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Perlu tahu
apa yang ingin disampaikan secara terperinci dan persediaan yang cukup.Cara berkomunikasi
hendaklah bersahaja dan tidak membosankan. Berani, bijak dan yakin menjawab soalan yang
diajukan kembali kepada anda.
Pada masa yang sama Pengacara Majlis yang hebat akan membantu perjalanan majlis
berjalan dengan lancar dan sukses. Program ini akan menyentuh kaedah-kaedah pengucapan awam
yang efektif dan strategi-strategi serta tips untuk menjadi Pengacara Majlis yang hebat.
Pengucapan awam ialah ucapan didefinisikan sebagai satu bentuk saluran komunikasi pertuturan
dan merupakan jenis karangan berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan
penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk menyampaikan mesej kepada umum
melalui pemberi ucapan tersebut sahaja.
Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea
secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu
kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu. Selain itu maksud pengucapan
awam ialah Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua
individu.Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang konsisten
untuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai kemahiran ini dengan baik.

Sebelum memulakan ucapan dan melontarkan idea yang ingin disampaikan didalam setiap
ucapan, seharusnya kita melakukan perancangan terlebih dahulu dalam pengenalan diri ketika
menyampaikan ucapan. Hal ini amat penting, kerana setiap tujuan utama pengenalan diri ketika
memulakan ucapan adalah untuk memastikan topik yang dibincangkan menarik minat audiens
untuk mendengar dengan lebih lanjut. Setelah menarik minat mereka, kita perlu memberi mereka
peluang ntuk mendengar dengan bijaksana dan menilai isi yang disampaikan agar matlamat utama
itu juga sampai dengan baik.

Dalam pada masa itu, kemesraan semasa memperkenalkan diri sebelum memulakan
ucapan turut menjadi pegangan utama. Kemesraan antara pengucap dan audiens akan lebih
menarik minat mereka mendengar dengan lebih baik, dalam masa yang sama mereka juga akan
mampu untuk melahirkan rasa minat dengan secara tidak langsung akan memberi pengucap
semangat untuk memulakan ucapan dengan berkesan.

Antara perkara utama sebelum memulakan uncapan adalah memberi salam dan ucapan
sejahtera kepada penonton. Di dalam ucapan salam atau salam sejahtera terdapat doa yang mampu
memberi perasaan hormat antara audiens kepada pengucap, dalam pada masa yang sama ia turut
membantu pengucap untuk membuka langkah awal sebelum bersuara memulakan ucapan.

Tahukah anda bahawa, terdapat beberapa teknik yang baik untuk memastikan pengenalan
diri sebelum memulakan ucapan itu menarik dan tidak membosankan ? ya, terdapat beberapa
teknik antaranya ialah ceritakan fakta yang menarik, unik dan sebarang statistik yang memberi
ruang untuk audiends berfikir dan rasa ingin tahu lebih mendalam. Pertanyaan yang ada kena
mengena dengan topik yang anda akan bentangkan. Pertanyaan yang membuatkan hadirin berfikir
dan teruja hendak mengetahui jawapannya.
Contoh mulakan ucapan dengan pertanyaan,“Tahukah tuan puan, untuk membuatkan
hadirin terpaku dengan ucapan tuan puan, ada hormon yang tuan puan perlu keluarkan daripada
otak hadirin. Apakah hormon itu?” Adakah soalan ini membuatkan anda terpaku dan menunggu
jawapannya?
Mulakan ucapan dengan cerita, teknik ini adalah teknik yang sangat hebat. Semua orang
suka mendengar cerita. Dari kanak-kanak sehinggalah oang tua. Cuba lihat dalam sosial media.
Apatah lagi cerita berbentuk gosip. Otak manusia memang dicipta suka mendengar cerita. Cerita
sedih, erita gembira atau cerita berkaitan dengan diri mereka. Mereka mungkin datang untuk
mendengar atau mengetahui cerita anda yang mungkin ada persamaan dengan mereka. Bila
anda berjaya mengawal hadirin dengan cerita, tumpuan akan menjadi milik anda. Di sinilah
ucapan anda akan memukau hadirin. Anda boleh cerita apa-apa yang berkaitan dengan anda untuk
menyerlahkan lagi isi kandungan ucapan anda.

Contoh mulakan ucapan dengan cerita, “pada tahun 2014, saya bertemu dengan seorang
pakar memberi ucapan yang hebat. Saya memang suka mendengar ucapan beliau. Hari ini saya
berpeluang berjumpa dengan beliau.Apa yang beliau beritahu saya tentang pengucapan awam
telah membuat saya berubah 360 darjah. Beliau memberitahu saya satu perkara yang membuatkan
saya terkejut. Beliau memberitahu saya ….” Itu adalah contohnya. Ayat terakhir anda akan
menyebabkan hadirin akan menunggu-nunggu untuk mengetahui selanjutnya. Oleh itu secara
ringkasnya ada tiga teknik untuk mulakan ucapan memukau.

Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap dahulu
dalam pentas minda anda.'Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak
anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda
lhat,dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini
hanya untuk menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara
automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai
Penerimaan diri. katakan khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan merasakan yang
terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Fokus pada ucapan anda bukan pada
kelemahan anda.Katakan : Apa sahaja yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka dan aku
akan baiki dari masa ke semasa. Aku seronok dengan pengalaman baru yang aku lalui.Aku suka
dengan diriku dan aku suka dengan khalayak yang mendengar ucapan ku. Aku hargai mereka.Aku
sayangi mereka.

Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood
emosi anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang
bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira, unggul dan
sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif akan juga turut dirasai oleh
khalayak anda.

Pandangan pertama (first impression)- Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang
sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda.
Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi khalayak anda
perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya
dapt diwujudkan keserasian Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah
dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15% isi 70% dan penutup 15%.
Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. Terima ia
seadanya dan beritahu pada diri : khalayak ku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku
akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan
dan lepaskan dengan perasaan debarku hilang bersama hembusan nafasku.Katakan ;Aku sedah
benar-benar bersedia dengan ucapan ini.
Sulamkan ucapan anda dengan jenaka. Pastikan anda tidak berucap seperti menaburkan
peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang ,jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata anda
berserta dengan ruh, jiwa,emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh
dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda 'HIDUP'.Gunakan
pergerakan tangan ,kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan
menjelaskan maksud ucapan anda.

Hubungan mata(eye contact)- Dalam perhimpunan khalayak yang ramai hubungan mata
anda fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan pada bahagian tengah
kemudian khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan diikuti khalayak penjuru kanan di
belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagiang
tengah. Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata anda akan 'mengikat' khalayak anda untuk
mendengar dan melihat anda dengan penuh minat

Perkenalan latar belakang budaya kita adalah salah satu cara untuk menarik perhatian
audien ketika ingin memperkenalkan diri kepada khalayak. Adakah ianya menarik ? ya,
semestinya menarik kerana kehidupan kita didunia ini mempunyai pelbagai latarbelakang dan
campuran manusia. Sebagai contoh, kita mempunyai pelbagai budaya dan bahasa maka selitkan
didalam setiap permulaan ucapan seperti mengambil atau mencuba dialek masyarakat setempat
ketika memperkenalkan diri. Selain dari itu, kaitkan perkenalan diri dihadapan khalayak dengan
apoay yang telah kita lalui sepanjang kehidupan kita.
Semasa pembukaan ucapan, jangan terlalu gopoh. Fikir dengan teliti sebelum anda mula
bercakap. Penggunaan bahasa yang mudah difahami. Suara dan intonasi hendaklah tidak
mendatar, harus lancar, jelas dan terang.Tumpuan penonton adalah tepat kearah anda, jadi hindari
perasaan takut, tidak yakin dan jangan takut dengan suasana senyap. Gunakan keadaan itu sebagai
senjata dimana penonton akan tertanya-tanya apa yang anda akan katakan seterusnya.
Berhubung dengan penonton anda dengan menggunakan isyarat badan dan mata.Berfikir
secara positif dan tegas dalam menyuarakan sesuatu tanpa teragak-agak. Lakukan secara
berperingkat-peringkat supaya audien mendapat mesej atau maklumat yang disampaikan.
Dalam pada itu, konsep mentor atau inspirasi didalam kehidupan kita turut boleh
dimasukkan kedalam ucapan perkenalan diri. Siapa insan yang kita pernah menginspirasikan diri
untuk jadi seperti beliau, inspirasi itu datang daripada siapa. Itu adalah contoh persoalan yang
boleh diceritakan kepada audien sebelum memulakan ucapan. Tekankan penceritaan yang menarik
disebabkan apakah kita menginspirasikan insan-insan tersebut dalam kehidupan kita, maka
selitkan setiap penceritaan tersebut didalam permulaan ucapan.

Seterusnya, ceritakan pengalaman yang pernah kita lalui dizaman kanak-kanak, remaja dan
dewasa agar penceritaan itu memberi impak positif dalam permulaan perkenalan diri dan dalam
masa yang sama menarik minat audiens dan pendengar untuk memberi perhatian yang lebih
apabila kita memperkenalkan diri. Pengalaman-pengalaman itu sama ada negatif atau positif akan
membuka ruang kepada audien untuk mengetahui lebih lanjut dan lebih perhatian kepada apa yang
akan disampaikan untuk isi seterusnya. Kebanyakan daripada kita akan melalui pengalaman yang
manis mahupun pahit dalam kehidupan maka, penceritaan itu akan membuka ruang dan minda
audien dalam mendengar isi yang disampaikan ketika perkenalan diri.

Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda
kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda. Alat
bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya
tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung,pen marker, sistem
audio, laptop dan lcd dengan menggunakan power point atau sebagainya.
Namun begitu, terdapat juga penyampai yang cuba mengetengahkan apa yang dilalui pada
masa lalu dengan apa yang telah berlaku pada ketika ini. Kerjaya atau apa yang dilakukan pada
hari ini telah merubah gaya hidup seseorang itu. Penceritaan sebegini mampu mendedahkan
audien kepada latarbelakang penyampai dengan baik sekaligus, hubungan antara pendengar dan
penyampai akan bertambah erat dan mudah untuk penyampai menyampaikan isi untuk point
berikutnya. Kadangkala, penyampaian yang baik turut menceritakan bagaimana cara untuk kita
mengapai matlamat dan apakah usaha yang dilakukan hingga sampai ke tempoh dan saat kejayaan
pada hari ini.
Seterusnya, sebelum memulakan ucapan adalah lebih baik untuk peyampai memulakan
dengan ucapan kesejahteraan diamana ia merupakan satu doa kepada diri dan juga audien yang
bakal mendengar. Penyampai juga boleh mengulang kembali kerat atau patah kata kesejahteraan
yang disampaikan oleh MC dalam mengemudi majlis.

Persediaan adalah perkara yang sangat penting dalam memulakan proses perkenalan diri
dan ucapan pembukaan. Perasaan gementar boleh dihilangkan dengan hanya persediaan yang
mencukupi dan mampu menyerap segala tekanan bila berada dihadapan pentas besar. Rasa yakin
dan berani akan memimpin anda untuk menyampaikan ucapan dengan jayanya. Jika keyakinan
diri kurang, maka sedikit sebanyak permulaan ucapan akan sedikit kelam kabut. Perasaan yang
tidak tenang dan bercelaru akan menyebabkan suara akan sukar keluar dan situasi akan menjadi
cemas dan tertekan.

Ramai orang akan gementar bila memulakan ucapan, namun begitu ia akan dapat diatasi
dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan cara masing-masing. Adakalanya cara yang
digunakan orang lain tidak sesuai dengan kita, dan sebaliknya. Pokok pangkalnya, kita yang
mengetahui kaedah yang paling sesuai. Antara cara dan kaedah yang paling sesuai adalah
membuat persediaan yang rapi dan secukupnya sebelum memulakan ucapan dan memperkenalkan
diri. Carilah seberapa banyak pengalaman yang boleh ditimba untuk menjadikan kita biasa untuk
bercakap dihadapan khalayak umum.

Dalam usaha untuk mencapai sesuatu pengucapan awam yang berkesan, persediaan yang
secukupnya perlu dilakukan. Tidak bergunalah ucapan jika matlamat utamanya iaitu sampai
kepada audien dapat dicapai. Pemilihan tajuk yang sesuai turut menjadi titik tolak kepada
permulaan ucapan dan isi ucapan yang baik. Ucapan yang baik adalah bila mana isi ucapan itu
dapat disampaikan kepada audiens dengan jelas dan teliti agar ilmu dan idea itu dapat disampaikan
tanpa ada sebarang sekatan maklumat yang ingin disampaikan.

Bagi memulakan ucapan yang baik juga, personaliti dan kekemasan semasa penyampaian
dilakukan adalah salah satu cara untuk overcome diri sendiri ketika berada diatas pentas. Terdapat
sesetengah penyampai turut menggunakan teknik mencuri masa uadiens dengan melihat audiens
dengan wajah yang ramah dan senyuman yang diukirkan’ untuk membina hubungan dengan
audiens supaya lebih selesa semasa sesi penyampaian.

Oleh itu, permulaan ucapan dan perkenalan diri merupakan aspek yang sangat penting. Ini
adalah penanda aras sebelum memulakan ucapan, permulaan yang baik akan menghasilkan
respons yang baik daripada audiens sekaligus akan mebina hubungan yang baik dalam
menyampaikan maklumat kepada audiens dengan lebih berkesan dan mencapai matlamat
penyampaian.

Anda mungkin juga menyukai