Anda di halaman 1dari 20

BAB 1 PENGENALAN

Berpidato [m/s 1-12]


 Satu kaedah komunikasi, iaitu komunikasi lisan yang menggunakan anggota
komunikasi lisan dengan bantuan anggota komunikasi bukan lisan.
 Anggota komunikasi lisan: mulut (dalam proses pembentukan suara atau perkataan)
 Anggota komunikasi bukan lisan: seluruh tubuh pengucap seperti mata, kepala,
tangan, badan, nada suara, mimik muka.
 Kepentingan: Untuk menyampaikan buah fikiran dan idea baharu yang bernas untuk
membangunkan masyarakat dan negara.
 Ucapan yang berkesan: Dapat mempengaruhi pendengar dari segi pemahaman,
pengertian, kepercayaan, sikap dan kesediaan mereka untuk bertindak.

Tujuan Ucapan
1. Memberi maklumat
 Jenis: Ucapan Informatif
 Pengucap menerangkan tentang konsep, perkara, proses, fenomena, idea dll.
 Pendengar memperoleh pengetahuan baru, peningkatan taraf pengetahuan,
pengertian atau pemahaman.
2. Menghibur
 Di majlis keraian seperti majlis makan malam.
 Pengucap bukan pelawak tetapi orang yang berpengaruh dalam sesebuah
organisasi, contoh: ketua pegawai eksekutif.
 Pengucap kerap membawa audiens ke situasi dan kenyataan yang meriangkan.
 Pengucap menjauhkan perbincangan mengenai isu-isu besar atau
kontroversial, menyentuh isu yang ringan.
 Audiens berasa ceria setelah berpeluang bersosial.
3. Memujuk
 Jenis: Ucapan Persuasif
 Pengucap merayu atau mempengaruhi pendengar untuk membuat perubahan
dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan atau perlakuan.
- Kempen politik- pengundi mempercayai kata-kata, mengubah sikap
terhadap parti & perjuangan, mengundi calon atau parti. (Pilihan Raya)
- Kempen sosial- audiens mempercayai isu yang diketengahkan, mengubah
sikap dan pandangan terhadap isu tersebut dan menuruti apa yang telah
disarankan. (Kempen Kebersihan, Kempan Keselamatan Jalan Raya,
Kempen Derma Organ dll)
- Kempen ekonomi- Audiens mempercayai barangan atau perkhidmatan
yang ditawarkan, mengubah sikap dan pandangan, dan membeli atau
melanggan produk tersebut.
- Ucapan pemujukan termasuk memotivasikan atau memberikan inspirasi
kepada seseorang untuk bertindak.
4. Memenuhi keperluan majlis khas (boleh lebih daripada satu tujuan)
- Ucapan khas atau ucapan majlis disampaikan atas tujuan tertentu.
- Ucapan perasmian (majlis perasmian), ucapan perpisahan, ucapan
penerimaan anugerah, dll
- Ucapan dalam majlis khas bergantung dengan jenis majlis yang diadakan.
- Pengucap perlu menghiburkan, memberitahu sesuatu idea, memujuk
audiens menerima idea itu.

HanaKacak Page 1
Cara penyampaian ucapan
1. Ucapan spontan (Hendaklah dielakkan)
 Tanpa sebarang persediaan khusus.
 Adakala pengucap tidak dimaklumkan terlebih awal.
 Membicarakan perkara lalu, isu semasa, harapan atau ramalan masa hadapan.
 Isi ucapan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang sedia
ada pada seseorang pengucap.
 Hanya perlu dalam keadaan terdesak
 Boleh menjatuhkan kewibawaan pengucap.
2. Ucapan yang dihafal (Hendaklah dielakkan)
 Disediakan dengan lengkap terlebih dahulu.
 Pengucap menghafal keseluruhan teks ucapan
 Ucapan yang mati dan sukar diubah suai sekiranya terdapat perubahan pada
situasi atau reaksi audiens.
3. Ucapan yang dibaca
 Pembacaan teks atau manuskrip. Ketepatan maksud amat dipentingkan.
 Terdapat fakta dan data, mempunyai erti yang tersendiri.
 Contoh: pembentangan dasar kerajaan, laporan saintifik.
 Agak kaku, sukar diubah suai dengan situasi.
 Teleprompter- sejenis alat khas menggantikan kertas.
4. Ucapan extemporaneous
 Pengucap membuat persediaan yang cukup.
 Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis ucapan.
 Pengucap menghafal bahagian tertentu (petikan atau contoh), mencatat
perkara penting (idea utama dan petikan yang perlukan ketepatan).
 Penyampaian secara spontan tetapi melalui beberapa latihan.
 Tidak kaku, mudah diubahsuai mengikut perubahan situasi.
 Pengucap lebih sensitive kepada keadaan sekitar dan mewujudkan
perhubungan dengan audiens.
 Boleh meningkatkan keberkesanan mesej yang disampaikan.

Sifat Pengucap yang Berkesan


1. Berpengetahuan – Peka kepada isu semasa
2. Berkemahiran – Dapat memilih gaya penyampaian yang sesuai, menarik perhatian
audiens melalui latihan dan pengalaman.
3. Berkeyakinan – Pengetahuan dan latihan atau persediaan. Dapat dinilai melalui
bicara, mimik muka dan gerak-geri pengucap.
4. Berkeperibadian dan berperwatakan baik – Cara berpakaian, berjalan dan bergaul
dalam majlis. Dapat diperoleh melalui latihan dan istiqamah serta berpengalaman.

Prinsip Asas Pengucapan Awam


– Asalnya digariskan oleh Aristotle pada zaman Greek kuno
- Kemudian ditambah dan diperhalusi oleh Cicero dan Quintilian pada zaman Rom.
- Kemudian dikaji dan diubah suai oleh pakar dalam disiplin komunikasi pertuturan.
1. Pengumpulan isi
- Dalam bahasa Greek: Inventic
- Merujuk kepada pencarian maklumat yang sesuai dengan topic.
- Boleh didapati melalui pembacaan, menghadiri majlis ilmu, berdiskusi,
membuat pemerhatian, menonton

HanaKacak Page 2
2. Penyusunan isi / Dispositio
- Merujuk kepada kemahiran menyusun atur isi yang dicari dan membentuk
satu struktur ucapan yang jelas.
- Format berbeza mengikut tujuan ucapan.
- Maklumat dalam ucapan disusun supaya jelas dan mudah diikuti.
- Jelas dari segi pengenalan, badan dan penutup.
3. Penguasaan isi / Memoria
- Pengucap mengingati isi ucapan, cuba menguasai isi bicaranya.
- Benar-benar tahu apa yang diperkatakan dan tidak merujuk penghafalan
perkataan demi perkataan.
- Kelihatan yakin berucap, tahu aturan isi, mudah menghurai isi dan
memberi contoh yang jelas.
- Digalakkan guna kad nota / catatan / alat bantu (transparensi, power point).
4. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai / Elocutio (gaya bahasa)
- Merujuk keterampilan pengucap berbahasa, bercakap guna bahasa audiens.
- Hindari istilah yang sukar / terlalu teknikal / bombastik.
- Jika terpaksa, berikan takrifnya dalam bahasa mudah difahami
menggunakan perumpamaan atau metafora.
5. Penyampaian ucapan / Pronuntiatio
- Bagaimana ucapan dipersembahkan kepada audiens sasaran.
- Perkara penting adalah isi, susunan dan bahasa, gaya penyampaian
pengucap.
- Penyampaian termasuklah pengawalan suara, penggayaan bahasa badan
(gerakan tangan dan mimik muka), penampilan diri, penggunaan alat bantu
atau alat pandang dengar.

Panduan Pengucapan Awam yang Berkesan


1. Menangani kegugupan
2. Menganalisis audiens, majlis dan diri sendiri
3. Mengumpul idea dan maklumat
4. Mengatur bahan ucapan
5. Merancang pengenalan ucapan
6. Merancang penutup ucapan
7. Membuat latihan berucap
8. Menyampaikan ucapan

Tugas dan Tanggungjawab dalam Penyampaian Ucapan (Rajah 1.1)


1. Penentuan tajuk dan skop ucapan
2. Pencarian isi dan bahan sokongan
3. Penganalisian audiens
4. Penyusunan ucapan
5. Membuat latihan dan raptai
6. Menyampaikan ucapan
7. Mendapatkan maklum balas dan membuat penilaian (untuk memperbaiki diri).

HanaKacak Page 3
BAB 2 MENANGANI KEGUGUPAN
Kegugupan [m/s 13-20]
 Lebih ketara pada pengucap yang baharu dan tidak berpengalaman.
 Pengucap kelihatan pucat, berpeluh, kaku, menggeletar.
 Jika dibiarkan akan menghilangkan tumpuan pengucap kepada isi kandungan dan
boleh menggagalkan ucapannya.
 Punca: Perasaan tegang yang dirasakan pada otak.
 Disebabkan:
1. Pengucap tertekan kerana perasaan dan desakan untuk berjaya.
2. Pengucap tertekan kerana tidak ada kepastian atau jaminan beliau akan berjaya.
 Pengucap khuatir usulnya ditolak, saranan tidak diterima, bahasa tidak difahami atau
isi tak dapat diikuti oleh audiens.
 Kesemua individu terlibat dengan persembahan akan alami ketegangan dan tekanan di
otak (bimbang).
 Contoh: Ahli sukan mahu menang dalam pertandingan, tiada jaminan untuk menang.
Penyanyi mahu nyanyian diterima tetapi jaminannya tiada.
Punca
1. Ketegangan Pada Otak (Punca Secara Fisiologikal)
 Kesan:
- Otak hantar isyarat kepada kelenjar adrenal di ginjal.
- Kelenjar merembeskan hormone adrenalina.
- Hormon itu meransang pancreas mengeluarkan insulin.
- Insulin menghuraikan gula dalam badan menjadi glikogen.
- Proses penghuraian gula menghasilkan haba dan tenaga (hasil sampingan)
- Haba terjana meningkatkan suhu badan.
- Reaksi badan ialah dengan mengeluarkan peluh.
- Tenaga terjana disimpan dalam otot.
- Tenaga yang banyak dalam otot menyebabkan badan menggeletar dan
sukar dikawal pergerakannya.
- Lebih darah dan oksigen diperlukan di otak untuk pengucap berada dalam
keadaan siap siaga.
- Jantung terpaksa bekerja keras mengepam darah ke otak.
- Denyutan jantung menjadi lebih kencang dan oksigen perlu disedut lebih
pantas menyebabkan pengucap mencungap.
-

HanaKacak Page 4
2. Punca Psikologikal
Pengucap tidak suka dirinya dinilai audiens.
- Akan berasa resah dan kekok apabila sedar dirinya sedang dinilai.
- Akan cuba elak sebarang kesilapan dan harapkan persembahan yang sempurna.
- Meningkatkan tekanan dan menyebabkan kegugupan.
Pengucap yang Kurang Mahir
 Rasa tidak selesa berucap kerana tidak biasa dengan topik, audiens, suasana berucap.
 Akan mencetuskan tekanan kerana bimbang idea terputus di tengah-tengah
penyampaian, idea tidak diterima atau tidak bersesuaian dengan audiens.
Pengucap yang Memperkatakan Topik yang Kontroversial
 Rasa tertekan dan gugup.
 Merasakan topik tersebut dapat menggugat keselamatan diri atau kerjaya pengucap.
 Topik menyentuh tentang dasar, undang-undang atau sensitiviti sesuatu pihak.
Berucap di hadapan Audiens yang Disegani
 Rasa tertekan kerana mengandaikan individu tersebut menilai isi bicara pengucap.
 Contoh audiens: Ketua terdekat, guru (professor, dekan), suami isteri, ibu bapa.
 Pengucap berasa kekok kerana keupayaan mereka menilai (kepakaran guru,
pembimbing atau ketua terdekat) (keakraban bersama pasangan hidup dan ibu bapa).

Kaedah Mengawal Kegugupan

1.Sedar bahawa kegugupan ialah perkara normal yang dihadapi oleh pengucap.

 Kegugupan adalah sesuatu yang baik.


 Menunjukkan kita ambil berat terhadap audiens da nisi bicara kita.
 Perlu yakin dengan diri sendiri, kegugupan itu fenomena biasa (seperti mengantuk)
 Secara psikologi dapat menghilangkan kerungsingan dan dapat beri lebih tumpuan.

2.Kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa.

 Hindarkan perbuatan negatif yang boleh menggambarkan kegugupan kita.


 Perbuatan menggambarkan kita tidak yakin (menggaru kepala, merenung siling,
memandang lantai dll)

3.Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman.

 Semakin kerap berucap, semakin pandai sembunyikan kegugupan, semakin yakin.


 Rebut peluang untuk berhadapan dengan audiens/ berlatih di hadapan kawan-kawan.

4.Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan mencari kesilapan.

 Audiens mudah memaafkan kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengucap.

5.Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak melafazkannya.

 Fikirkan idea utama dan seterusnya.


 Jangan berhenti berucap dan tumpukan perhatian kepada idea dan isi ucapan yang
telah disusun.

HanaKacak Page 5
6.Buat persediaan yang secukupnya.

 Buat persediaan rapi dari segi pengumpulan bahan ucapan, penyusunan isi, contoh
atau petikan yang berkaitan, peruntukan masa yang diberikan.

7.Gunakan kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.

 Lakukan sebelum mula berucap: bertafakur sejenak, menarik nafas panjang dan
melepaskannya perlahan-lahan, membaca doa.
 Ketenangan dan pemusatan fikiran menjadikan ucapan lebih berkesan.

8.Analisis audiens.

 Dapatkan maklumat penting: siapa akan menjadi audiens.


 Membantu pengucap selaraskan isi, bahasa, contoh dan penyampaian yang sesuai.
 Mudah mendapat anggukan dan persetujuan mereka (tanda penyampaian diterima).
 Dapat meneruskan ucapan dan melupakan keresahan dan tekanan yang tercetus.

9.Lakukan senaman kecil.

 Membakar tenaga berlebihan yang tersimpan di otak.


 Cara: gunakan tenaga melalui pergerakan fizikal tubuh badan.
 Memadai dengan pergerakan kecil (menekan tapak tangan kiri dengan kanan,
menekan kaki ke lantai, menggoyangkan kepala sedikit).
 Lakukannya semasa menunggu giliran secara tersembunyi dan tidak keterlaluan.

10.Tarik nafas dalam-dalam.

 Mengisi semula oksigen yang telah digunakan dalam badan.


 Mengelakkan pengucap daripada mencungap.
 Dapat mengurangkan ketegangan pada anggota tubuh badan.

11.Pilih audiens yang mesra sebagai tumpuan pada awal bicara.

 Tumpukan kepada beberapa orang audiens yang mesra dapat menyejukkan hati.
 Elakkan melihat muka audiens yang serius atau garang kerana akan menambahkan
kegugupan dan punca menggelabah.
 Setelah dapat tangani kegugupan, pengucap digalak seimbangkan pertembungan mata
dengan melihat semua audiens.

HanaKacak Page 6
BAB 3 : menganalisis audiens,
majlis dan diri sendiri
 Kesan Mengabaikan: Ucapan kurang berkesan/ Buah bicara terlalu akademik untuk
difahami audiens/ Terlalu biasa hingga membosankan. [m/s 22-33]
Menganalisis Audiens
 Boleh dibuat sekiranya telah biasa atau telah mengenali mereka.
 Jika belum pernah berucap dihadapan mereka, elok datang lebih awal ke tempat
tersebut dan bergaul dengan mereka untuk dapatkan sedikit maklumat.
 Amalan tersebut akan mewujudkan hubungan dan menambahkan kemesraan antara
pengucap dengan audiens.
Antara Perkara yang Perlu Diperhatikan:
1. Ambil tahu perkara yang mereka telah sedia tahu.
 Tahu sejauh mana audiens mengetahui tentang subjek yang akan diperkatakan.
 Penerangan terperinci boleh mengelirukan sekiranya pengetahuan mereka terlalu
rendah/ tajuk kita merupakan perkara baharu bagi mereka.
 Buat penerangan menyeluruh atau secara am sahaja
 Jika audiens telah faham mengenai tajuk, penerangan asas boleh membosankan.
(Buat penerangan lebih terperinci)
 Jika sesuai, selitkan contoh, petikan atau fakta lain yang berkaitan.
 Tujuan ucapan hanya untuk tambah pengetahuan dan pemahaman sahaja.
2. Ambil tahu sikap mereka terhadap bahan ucapan atau subjek kita.
 Tahu sama ada audiens suka atau tidak dengan tajuk ucapan.
 Kaedah Mencegah Kehamilan: Tajuk yang sensitif dan tidak sesuai disampaikan
di hadapan audiens (bercampur lelaki, perempuan, remaja dan kanak-kanak).
Audiens akan rasa kurang selesa. Sesuai jika terhad kepada wanita sahaja, lelaki
sahaja, atau siswa siswi.
 Jika terpaksa, elakkan kenyataan dan contoh yang terlalu langsung atau boleh
menggugat tumpuan mereka. (Guna imbasan dan kiasan)
 Jika ucapan kurang sesuai, ubah gaya penyampaian dan tajuk yang sama boleh
jadi berkesan walaupun kumpulan sasaran yang sama.
3. Ambil tahu sikap mereka terhadap pengucap.
 Jaga perwatakan dan personaliti untuk kelihatan lebih berwibawa.
 Akan menghapuskan pandangan dan anggapan negatif mereka terhadap kita.
 Jangan keterlaluan kerana boleh timbulkan kebencian audiens terhadap diri kita.
4. Kenal pasti pekerjaan atau punca pendapatan mereka.
 Pekerjaan berkait rapat dengan taraf pelajaran atau pengetahuan seseorang.
 Pemilihan gaya bahasa, contoh yang diberi ada kaitan dengan pekerjaan mereka.
 Misalnya audiens ialah nelayan: contoh yang digunakan – harga ikan, bot, pukat.
 Pemilihan istilah di hadapan petani di kampong berbeza dengan istilah di hadapan
pegawai-pegawai pemasaran syarikat insurans.
5. Anggarkan status ekonomi mereka.
 Status ekonomi membantu kita memilih kenyataan dan contoh yang sesuai.
 Cadangan untuk mendapatkan RM50 tambahan pendapatan di hadapan audiens
yang berpendapatan RM1500 mungkin tidka menarik minat mereka. Bagi
kumpulan berpendapatan RM250, tambahan sejumlah itu mungkin bermakna.

HanaKacak Page 7
6. Ambil tahu tahap persekolahan mereka.
 Penting untuk pemilihan istilah dan pembuktian kenyataan.
 Pengucap moden gemar guna istilah moden yang diserap daripada bahasa Latin
atau Inggeris (optimis, komitmen, lingua franca)
 Mungkin janggal bagi mereka yang kurang terpelajar, biasa bagi audiens
berpelajaran.
 Contoh dan bahan perlu sesuai dan setaraf dengan tahap persekolahan mereka.
 Contoh peristiwa yang berlaku di negara luar kurang sesuai digunakan bagi
mereka yang kurang sensitif kepada berita luar negeri.
7. Ambil tahu status sosial mereka
 Terutama dalam masyarakat luar bandar.
 Individu yang dihormati (golongan tua, penghulu, ketua kampong, penggawa,
imam)
 Perlu menghormati mereka kerana pengaruh mereka kepada audiens amat kuat.
 Libatkan mereka dalam ucapan, jadikan mereka sebagai contoh.
 Amat mudah mendapat sokongan daripada audiens lain yang jadi pengikut
mereka.
8. Adakah audiens semuanya lelaki? Semuanya perempuan? Atau lelaki dan perempuan
 Pilih contoh atau kenyataan yang tidak menyinggung mana-mana pihak.
 Jangan lupa wujudnya jantina ketiga dalam masyarakat kita.
9. Tahu peringkat umur audiens
 Anggarkan umur secara umum.
 Bagi yang berumur, ulang fakta penting atau idea utama secara ringkas amat
membantu untuk elakkan mereka terlupa isi-isi terdahulunya.
 Jika belia remaja, pilih contoh yang digemari, sezaman dengan mereka.
 Jika bercampur tua dan muda, pilih jalan tengan; yang elok didengar oleh orang
tua dan yang menarik bagi orang muda.
10. Tahu saiz audiens
 Merujuk kepada bilangan pendengar.
 Boleh membuat persediaan awal (penggunaan alat bantu atau Alat Pandang
Dengar, APD).
 Maklumat diperoleh dari pihak penganjur.
 Jika saiz audiens besar, tulisan lebih besar supaya boleh dibaca dengan mudah.
 Penggunaan transparensi, slaid, power point dan pelarasan kekuatan bunyi suara
pada mikrofon.
 Jika audiens kecil, mikrofon tidak perlu digunakan.
11. Ambil kira agama, bangsa serta ideologi mereka secara umum
 Isu ini terlalu sensitif.
 Berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar tidak menyinggung mana-mana pihak
atau bercanggah dengan ideologi seseorang.
 Jalan selamat: pilih contoh yang lebih umum tidak sentuh mana-mana pihak.

HanaKacak Page 8
Menganalisis Majlis
 Hubungi pihak penganjur majlis atau datang sendiri lebih awal untuk dapatkan
maklumat daripada penyelaras atau pengerusi majlis.
Antara Perkara yang Perlu Diperhatikan:
1. Apakah tujuan majlis itu diadakan?
 Tujuan majlis boleh dikaitkan dengan ucapan atau menjadi bahan ucapan.
 Jangan sampaikan mesej yang bercanggah dengan tujuan majlis melalui
ucapan.
 Tujuan majlis menentukan jenis ucapan yang akan dibuat (memujuk,
menghibur atau sekadar memberi maklumat sahaja).
 Ambil tahu tema majlis dan kaitkan dalam ucapan.
 Tema majlis disediakan oleh pihak penganjur.
2. Di mana majlis tersebut akan diadakan?
 Keadaan di sekitar majlis boleh dijadikan contoh yang dekat dengan audiens.
 Datang lebih awal dan ambil tahu dimana majlis diadakan.
 Audiens mudah membayangkan contoh tersebut dan hampir dengan diri
mereka.
3. Apakah kemudahan yang ada untuk kita gunakan untuk berucap?
 Adakah rostrum, mikrofon atau alat bantu disediakan?
 Jika ingin membawanya sendiri, adakah punca tenaga elektrik berdekatan
dengan pentas?
 Perkara tersebut perlu diambil kira supaya boleh melicinkan lagi penyampaian
ucapan.
 Datang sendiri lebih awal untuk menguji mikrofon, laraskan ketinggian,
menguji alat bantu yang hendak digunakan.
4. Bila giliran kita berucap?
 Adakah pengucap lain akan berucap sebelum atau selepas kita berucap?
 Apa tajuk serta ucapan tujuan mereka?
 Elakkan isi ucapan kita bertindan dengan pengucap lain terutamanya yang
berucap sebelum giliran kita.
 Jika sama, cuba kaitkan contoh yang berbeza atau guna cara penyampaian
yang berbeza.
 Audiens akan rasa jemu jika lebih dua pengucap membicarakan isi yang sama
dengan gaya yang sama.
5. Apa acara selepas ucapan kita?
 Sikap kurang baik bila tidak mengambil tahu acara yang berikutan dengan
ucapan mereka.
 Perlu tahu acara selepas giliran kita, jika ada sesi soal jawab sekurang-
kurangnya boleh bersedia terlebih dahulu.
 Melalui pengalaman, kita boleh meneka soalan yang akan diajukan oleh
audiens.
 Jika ada sidang akhbar selepas giliran kita, bersedialah dengan fakta tertentu.
6. Ambil tahu agenda keseluruhan majlis.
 Misalnya upacara perasmian, demonstrasi, penyampaian hadiah atau
pertandingan dll.
 Semua ini penting dan boleh dikaitkan dalam ucapan jika perlu.

HanaKacak Page 9
Menganalisis Diri Sendiri
1. Apakah pengetahuan kita tentang tajuk yang akan diperkatakan nanti mencukupi?
 Adakah kita benar-benar faham apa yang ingin disampaikan?
 Adakah kita yakin dengan fakta yang akan dihujahkan?
 Adakah kita pasti akan kesahihan fakta dan data yang akan dikatakan?
 Seluas mana pengetahuan kita tentang isi ucapan nanti?
 Mampukah kita menerangkannya?
 Cukupkah maklumat untuk sokong kenyataan kita?
 Bagaimana dengan contoh atau petikan yang ingin digunakan?
 Bersesuaian atau tidak dengan subjek?
 Sekiranya semua persoalan ini boleh kita jawab, kita sudah bersedia.
 Jika tidak, bekerjalah lebih keras dan carilah maklumat secukupnya.
2. Cukupkah masa untuk kita bersedia?
 Adakah tempoh mengumpul bahan, berlatih dan sebagainya mencukupi?
 Cuba berlatih sedaya upaya dan bersedia secukupnya dalam jangka masa yang
diperuntukkan.
 Jika rasa masa terlalu suntuk untuk membuat persediaan kerana ada tugas
yang lebih utama, maka tolaklah jemputan itu.
 Kegagalan berucap boleh menjatuhkan kredibiliti terutamanya dalam majlis
dan dihadapan audiens tertentu.
 Ramai orang segan nak tolak permintaan untuk berucap tetapi penolakan yang
jujur dan berterus terang adalah cara yang paling selamat.
3. Adakah kita benar-benar berminat dengan bahan atau tajuk ucapan tersebut?
 Daripada minat, timbul kemahuan dan boleh diikhtiarkan jalan.
 Jika berminat dengan tajuk, lebih mudah untuk mengumpul maklumat dan
menghayati ucapan kita.
 Jika tidak minat, cuba hubungi penganjur dan berterus terang.
 Minta mereka menukar tajuk, atau membicarakan tajuk yang sama tetapi dari
sudut yang berbeza.
4. Adakah audiens akan menerima kita sebagai pengucap yang berpengetahuan?
 Ini bergantung pada persediaan keseluruhan ucapan dari segi ucapan,
pemilihan contoh, petikan, statistic yang berkaitan, latihan, penggunaan alat
bantu yang berkesan dan pengurusan masa.
 Jika penyampaian baik dan tiada masalah, audiens akan hormati kita sebagai
seorang pengucap yang mahir.

HanaKacak Page 10
BAB 4 menjana idea dan
mengumpul maklumat [muka surat 35-41]
Langkah Pertama : Jangan mula mencari di perpustakaan. Renungkan sejenak tajuk itu.
Catatkan sahaja apa yang tergambar dari tajuk tersbut. Cuba khususkan kepada:
1. Pembuktian atau sokongan kepada hujah atau idea kita.
 Menyokong dengan memilih petikan atau statistik yang berkaitan daripada
radio, televisyen, perbualan, akhbar atau buku.
2. Jelaskan maksud idea kita
 Membuat sedikit kupasan atau huraian terhadap hujah kita.
3. Jadikan idea-idea kita mudah diingati
 Mengingati rangkai kata tertentu, memahami kaitan antara rangkai kata dalam
pembetukan ayat.
 Rangkaian peristiwa membantu kita mengingati isi serta urutannya.
4. Jadikan ucapan kita lebih menarik
 Fikirkan kenyataan, petikan atau sorotan peristiwa aneh atau istimewa yang
berkaitan dengan idea.
 Boleh menimbulkan minat untuk mendengar dan berfikir mengenainya.
 Tambahkan sedikit kelucuan pada idea ucapan.
 Gunakan aneka jenis maklumat seperti:
- Contoh (Hampir dengan kehidupan audiens, mudah untuk dibayangkan dan difahami)
- Petikan (Daripada orang ternama, pakar bidang, individu yang mempunyai autoriti
dalam sesebuah organisasi, kitab seperti Al Quran, Injil, buku, jurnal, majalah,
akhbar, risalah dll)
- Cerita (Cerita benar, fantasi, fiksyen, dongeng, cerita rakyat yang popular tetapi boleh
ditokok tambah supaya berkait dengan ucapan)
- Statistik (Tidak menggunakan nilai yang tepat kerana sukarkan audiens ikuti ucapan
kita. Daripada 86673 hanya sebut “Hampir 87 ribu orang”, daripada 26.532 sebut
“26.5” sahaja. Angka ringkas memudahkan audiens menerimanya)
- Definisi (Beri definisi untuk istilah yang kompleks dan baharu, huraikan sedikit
supaya tidak disalaherti)
- Perbandingan (Gunakan kiasan dan perumpamaan sekiranya bercakap tentang konsep
yang abstrak. Boleh digunakan untuk menerangkan perkara yang relatif. Umpamanya,
”…perkara ini amat mustahak, sama seperti mustahaknya tongkat kepada si buta…”)
- Alat bantu (Penggunaan powerpoint, transparensi, slaid, model atau gambar)
Langkah Kedua
 Rujuk koleksi maklumat yang boleh disediakan sendiri.
1. Nota selepas menghadiri seminar, kursus atau selepas mengikuti ucapan tertentu.
2. Potongan artikel daripada akhbar atau majalah yang berkenaan sesuatu tajuk.
3. Koleksi risalah, buletin, brosur mengenai sesuatu tajuk daripada agensi pembangunan,
dan pusat-pusat penerangan.
Langkah Ketiga
 Rujuk sumber-sumber lain.
1. Baca buku, jurnal, penerbitan lain yang didapati di perpustakaan atau pusat sumber.
2. Layari laman web yg memberikan maklumat relevan dengan topik yang dibicarakan.
3. Menemu ramah individu yang kita rasakan boleh memberi maklumat yang sahih
untuk ucapan kita.
4. Membuat kajian persendirian secara pemerhatian atau lebih sistematik untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan skop ucapan.
Langkah Keempat

HanaKacak Page 11
 Lakarkan ruang lingkup topik secara kasar.
 Kaedah sarang labah-labah:

- Topik diletakkan ditengah (pusat sarang), idea utama (jejari sarang), pecahan isi (di
idea utama)
- Pilih idea utama untuk difokuskan, boleh pilih semua atau sebahagian sahaja
bergantung kepada had masa yang diperuntukkan.
- Pengucap professional huraikan satu idea utama bersama pecahan isi dalam 10 minit.
Jika ada setengah jam, tiga idea utama akan dihuraikan. Yang selebihnya akan
dimasukkan dalam kertas kerja, nota atau disimpan untuk sesi ucapan lain.

HanaKacak Page 12
BAB 5 mengatur bahan ucapan
*Format ucapan hendaklah berdasarkan tujuan itu dibuat [m/s 42-54]

Format Ucapan Informatif (pengenalan, badan atau isi, penutup)


1. Pengenalan Ucapan
a. Salam dan ucap selamat (pembuka kata)
-Pengucap beragama Islam: memberi salam, Pengucap beragama lain: Ucap salam
sejahtera atau selamat pagi, selamat petang.
b. Penghormatan protokol (kepada orang tertentu: jemputan khas)
-Maklumat dan penyebutan protokol mesti tepat. Disarankan untuk tulis dan
bukan menghafal.
-Terdiri daripada 2 komponen.
1. Sapaan
- Yang Mulia untuk pengerusi majlis
- Yang Amat Berhormat untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri
- Yang Berhormat untuk wakil rakyat, senator, setiausaha kerajaan negeri
- Yang Amat Berbahagia untuk Tun (yang bukan wakil rakyat)
- Yang Arif untuk hakim
- Yang Amat Arif untuk ketua hakim
- Sahibul Samahah untuk mufti atau kadi
- Yang Berusaha untuk ketua jawatankuasa penganjur yang mengelola atau
menjadi tuan rumah kepada sesuatu majlis
- Yang Berbahagia untuk jemputan khas (ketua jabatan, pengarah dll)
- Sapaan umum (Hadirin hadirat yang dihormati, Tuan-tuan dan puan-puan
yang dimuliakan, saudara-saudari yang dikasihi dll)
2. Gelaran
- Tun, Tan Sri, Dato’ Seri, Dato’ Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Amar
(Sarawak), Datuk Wira (Melaka), Dato’ Seri Utama (Negeri Sembilan),
Dato’ Seri Amar Diraja (Terengganu), Dato’ (ada sultan), Datuk (tiada
sultan) dll.
- Toh Puan, Puan Seri, Datin Seri, Datin Paduka, Datin dll.
- Beri perhatian kepada yang membawa dua gelaran (Tan Sri Dato’ Seri)
- Jika majlis diadakan dalam negeri yang mengurniakan darjah tertinggi,
mulakan dengan gelaran tertinggi negeri tersebut terlebih dahulu.
- Contoh, jika dalam negeri Terengganu: YAB Dato’ Seri Amar Diraja Tan
Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad. Jika di luar Terengganu: YAB Tan Sri
Dato’ Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Ahmad

HanaKacak Page 13
- Setiap negeri amalkan sistem protokol yang sedikit berbeza.
- Pengucap dinasihat menyemak dahulu dengan Pegawai Protokol di pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri atau Bahagian Protokol, Jabatan Perdana Menteri jika
ada keraguan.
c. Teknik menarik perhatian
- Untuk memusatkan perhatian audiens sebelum masuk jauh kepada isi ucapan.
d. Preview
- Menyatakan sepintas lalu apa yang akan diperkatakan
- Contoh: bilangan idea utama, skop atau sudut bicara serta ada atau tidak
penggunaan alat bantu dalam penyampaian kita nanti.
e. Prosedur
- Pengucap memberitahu segala peralatan yang akan digunakan untuk
memudahkan penyampaian.
- Memperkenalkan pembantu (jika ada) dan tatacara pembentangan (mengizinkan
soal jawab sewaktu pembentangan atau minta audiens tangguhkan soalan
sehingga selesai ucapan dibuat).

2. Badan atau Isi Ucapan (“Merupakan ucapan yang sebenar” -Pakar)


a. Idea utama
- Idea utama: Faktor. (Akan tertumpu kepada kupasan terperinci mengenai faktor).
- Perlu disusun dengan baik supaya mudah diikuti.
b. Pecahan idea
- Lebih terperinci.
- Contoh: Faktor penyebab keruntuhan akhlak ialah kegagalan pendidikan. Faktor
kegagalan pendidikan boleh dibahagikan kepada kegagalan pendidikan formal di
sekolah dan kegagalan pendidikan tidak formal di rumah.
c. Bahan-bahan sokongan
- Memperkukuhkan idea utama (petikan, statistic, pemerhatian, pengalaman)
- Memperindahkan pecahan idea (kata-kata lucu, puisi dan perumpamaan)

3. Penutup Ucapan
a. Review ucapan
- Rumusan keseluruhan idea atau badan ucapan.
- Isinya hampir serupa dengan preview ucapan tetapi ulang idea utama.
b. Kenyataan untuk diingati (kata akhir pengucap kepada audiens)
- Ulangi petikan yang menarik, berpantun dll.
- Fungsi: untuk menanam rumusan isi bicara dalam ingatan audiens dan
meninggalkan kesan yang lebih mandalam dalam fikiran mereka.
c. Penyudah bicara (noktah sebuah penyampaian)
- Sekian Terima Kasih, Semoga berjaya dan jumpa lagi, Terima kasih, Wabillahi
taufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.t.
Pembahagian Ucapan
 Pengenalan 15%
 Badan atau isi 75%
 Penutup 10%
 Jika ada 20 minit; 3 minit untuk pengenalan, 15 minit untuk isi, 2 minit untuk penutup

HanaKacak Page 14
Dimanakah Harus Kita Catat Rangka Ucapan?
 Mencatat rangka ucapan pada kad-kad nota bersaiz 7cm x 12cm (3inch x 5inch) atau
mudah dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Tangan sebelah lagi boleh
menggayakan ucapan.
 Kandungan: Ringkasan idea-idea utama dan pecahannya, petikan dan data yang
memerlukan ketepatan.
 Jika ada 5 idea utama, maka ada 5 keping kad.
 Kenapa tak boleh tulis keseluruhan isi ucapan?
- Secara psikologi: mengurangkan keyakinan pada diri sendiri, tinggi
keinginan untuk merujuk nota selalu.
- Akan menjadi ucapan jenis membaca (bukan extemporaneous)
 Kenapa tak boleh tulis pada kertas kajang?
- Sukar dipegang sebelah tangan, nipis, mudah terbuai-buai apabila ditiup
angin.
- Menghalang kelancaran ucapan, kelihatan kelam kabut.
 Kalau tidak bawak apa-apa nota?
- Menggelabah dan lebih gugup jika terlupa idea utama.
- Audiens menganggap kita tidak bersedia atau telah menghafal isi ucapan.
 Membawa nota menyebabkan pengucap lebih yakin untuk tidak lupa idea utama dan
ada rujukan jika terlupa.
 Menunjukkan pengucap ada membuat persediaan.

Penyusunan Isi atau Maklumat


1. Susunan masa
- Disusun mengikut perbezaan masa (zaman, era, tahun, bulan, hari, jam dll)
2. Susunan ruang
- Disusun berdasarkan wilayah, daerah, kawasan, negeri, negeara, zon dll.
3. Susunan tajuk-tajuk kecil atau subtajuk
- Disusun mengikut tajuk kecil.
(Faktor sosial, ekonomi, politik, keagamaan dan kepercayaan)
4. Susunan sebab-musabab
- Disusun berdasarkan sebab berlakunya sesuatu kejadian diikuti akibatnya.
5. Susunan masalah penyelesaian
- Menyatakan masalah dan memberi beberapa cara mengatasi.
6. Susunan pro-kontra (ms 52)
- Menggalakkan audiens berfikir dan mempertimbangkan sesuatu keadaan.
- Kaedah penyusunan maklumat digunakan secara berasingan atau gabungan.
- Contoh: kaedah susunan ruang digabung dengan kaedah tajuk kecil, kaedah masa
dengan kaedah ruang dll)

HanaKacak Page 15
Bilangan Idea Utama (Hadkan antara 3 atau 5 sahaja)
 Pakar pidato- antara 3 hingga 5 idea utama dapat membentuk ucapan yang berkesan.
 Jumlah idea utama bergantung kepada jangka masa yang diperuntukkan.
 Jika bilangan idea utama sikit, ucapan tidak kuat untuk meyakinkan dan
mempengaruhi audiens. Audiens anggap pengucap kurang bersedia.
 Jika terlalu banyak idea utama, audiens akan berasa bosan, keliru dan tidak dapat ikuti
ucapan dengan penuh minat. Penyampaian akan terganggu. Sukar untuk buktikan
hujah dengan alasan yang konkrit dalam waktu yang terhad.
Peralihan Isi
 Tujuan: supaya ucapan tidak kelihatan terputus-putus.
 Perlu ada kaitan antara isi terdahulu dengan yang berikutnya.
 Contoh, “Faktor pertama…faktor kedua…faktor ketiga…, dan faktor keempat…”
atau “Mula-mula…, ekoran daripada itu…, seterusnya…” atau “oleh itu…, justeru
itu…” dll.
 Rangkai kata boleh jadi penghubung atau sendi antara idea-idea utama.

HanaKacak Page 16
BAB 6 merancang pengenalan ucapan
*Jika pengenalan tidak menarik, ia akan membunuh keinginan audiens untuk ikuti ucapan.
Sesetengah pendengar menilai ucapan daripada persembahan pengenalannya.

Tujuan: Untuk menarik minat audiens kepada tajuk yang diperkatakan.


Untuk membuat audiens mendengar dengan bijaksana dan mesra.

Teknik Menarik Perhatian [m/s 57-64]

1. Nyatakan fakta menarik atau unik


2. Berikan statistik
3. Ajukan soalan retorik (soalan yang mencabar audiens supaya berfikir, pengucap tidak
perlu meminta audiens untuk menjawab)
4. Berikan kenyataan-kenyataan lucu atau jenaka (jika ada bakat)
5. Berikan petikan daripada sumber yang berwibawa
(Al-Quran, Injil, buku, majalah, jurnal, akhbar, laman web serta kata-kata orang yang
mempunyai kepakaran atau autoriti)
6. Merujuk majlis
7. Merujuk audiens
8. Merujuk diri sendiri sebagai pengucap.
9. Bercerita (Cerita benar, fantasi, dongeng yang menarik perhatian audiens)
10. Menyatakan kejadian bersejarah
11. Menekankan kepentingan subjek atau tajuk yang akan diperkatakan
12. Penghormatan peribadi, iaitu memuji audiens secara jujur

Peralihan ke Preview (Cerita + Preview)

 Mengaitkan teknik menarik perhatian dengan preview supaya tidak terputus atau
membentuk dua pecahan ucapan yang berasingan.

Preview Ucapan

 Untuk memberitahu audiens skop sesuatu tajuk yang dibincangkan.


 Lazimnya memberitahu audiens jumlah idea utama.
 Menyebut secara ringkas idea utama tersebut.
 Menyatakan dari aspek manakah tajuk tersebut akan diulas serta batasannya.
 Nyatakan jika menggunakan powerpoint, transparensi, gambar rajah, carta atau alat
bantu lain.

HanaKacak Page 17
Perkara yang Perlu Dielakkan dalam Bahagian Ini

1. Penghuraian yang berbelit


 Jangan buat huraian terlalu panjang dan berbelit.
 Boleh mengelirukan audiens.
 Jadikan bahagian ini tepat, padat dan tidak berkecamuk dengan keadaan yang
tidak tentu hujung pangkalnya.
2. Menyinggung audiens
 Berhati-hati ketika menarik perhatian audiens.
 Kenyataan terlalu direct boleh menjadi alasan kukuh untuk audiens menolak
ucapan kita.
 Pemilihan perkataan (kamu, awak, aku dan engkau) boleh menyinggung perasaan.
 Pilihlah perkataan yang lebih enak (anda semua, kita, tuan-tuan dan puan-puan,
pakcik-pakcik dan makcik-makcik, saudara-saudari dll)
3. Teknik menarik perhatian yang tidak berkenaan
 Perkaitan yang dibuat akan kelihatan palsu dan tidak berkesan untuk membuat
audiens berfikir mengikut aliran yang dikehendaki.
4. Melihat jam dengan kerap
 Perbuatan ini kurang elok, nampak terburu-buru dan seperti ada perkara lain yang
mustahak.
 Jika sudah bersedia secukupnya termasuklah berlatih beberapa kali, kita tak perlu
bimbang lagi dengan masa.
5. Menunjukkan ego kita
 Sikap suka menunjuk ialah satu penyakit yang berbahaya.
 Audiens boleh mentafsirkan sikap ini daripada gaya kita.
 Berhati-hatilah dan jangan meninggi diri.
 Jangan terlalu merendah diri sehingga hilang keyakinan audiens kepada kita.
 Gunakan gaya yang berpatutan dan boleh diterima.

HanaKacak Page 18
BAB 7 merancang penutup ucapan
Tujuan Penutup: menyediakan audiens supaya berhenti mendengar dengan bijaksana dan
mengurangkan tumpuan mendengar. [m/s 69-74]

Review Ucapan

 Memberitahu audiens bahawa kita telah sampai pada penghujung bicara dan akan
berhenti.
 Diikuti dengan ringkasan dan ulang sebut idea utama.

Kenyataan untuk Diingati (kata-kata akhir)

1. Mengulang semula kaeadah dalam teknik menarik perhatian


 Ulang teknik menarik perhatian audiens semalas pengenalan.
 Kaitkan dengan petikan, cerita, statistik, jenaka dll.
2. Merujuk kembali kepada tema majlis
3. Membuat rayuan akhir
4. Mengemukakan soalan
5. Membentuk mood
6. Membuat ramalan masa hadapan
7. Memberi cabaran

Perkara yang Perlu Dielakkan dalam Bahagian Ini

1. Menukar gaya bercakap


 Sesetengah orang suka merendahkan suara dan menghentikan gerakan tangan
apabila menghadiri penutup ucapan.
 Tindakan ini menjadikan pengucap kelihatan tidak bermaya.
 Semangat serta keseluruhan gaya bercakap perlu dikekalkan sehingga habis.
2. Mengaku lupa idea
 Jangan memberitahu audiens yang kita terlupa idea tersebut kerana
mendedahkan kita kurang bersedia atau kurang mahir.
 Audiens tidak tahu apa idea kita dan tertib susunannya. Jadi tiada sebab untuk
mengaku lupa.
 Jalan selamat: nyatakan idea tersebut sengaja dipendam kerana yakin audiens
mampu untuk fikirkan sendiri.
3. Berhenti tiba-tiba
 Menjadikan ucapan tergantung tanpa rumusan dan tinggalkan audiens dalam
keadaan tertanya-tanya.
 Tanpa rumusan menyebabkan audiens tidak nampak aliran sebenar ucapan
kita.
 Sedikit susulan diperlukan selepas audiens berada di puncak situasi kerana kita
dapat menyalurkan pemikiran mereka mengikut saluran yang betul seterusnya
menjadikan ucapan lebih berkesan.

HanaKacak Page 19
4. Meminta maaf berulang kali
 Tidak perlu meminta maaf kerana berucap bukanlah satu kesalahan melainkan
secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan audiens.
 Jika yakin tidak melakukan kesilapan dan telah berusaha sampaikan ucapan,
maka kita telah menyelesaikan tugas dengan sempurna. Tiada kemaafan yang
perlu dipinta.
5. Menyalahkan masa
 Masa menjadi mangsa pengucap yang tidak berpengalaman.
 Tidak perlu menyatakan ucapan kita terpaksa diberhentikan kerana had masa.
Sepatutnya bersyukur kerana telah diberi masa untuk berucap.
 Jika betul-betul bersedia, maka kita dapat sesuaikan ucapan dengan jangka
masa yang diberi.
6. Huraian panjang
 Huraian semula yang panjang lebar tidak diperlukan.
 Ingatlah bahawa kita sudah hendak berhenti berucap dan bahagian ini hanya
10% daripada keseluruhan isi ucapan.

HanaKacak Page 20

Anda mungkin juga menyukai