Anda di halaman 1dari 20

PANDUAN PENGUCAPAN AWAM

BAB 1 : PENGENALAN

1. Berucap di hadapan khalayak / berpidato ialah Salah satu kaedah komunikasi iaitu
komunikasi lisan yang menggunakan anggota komunikasi lisan ( mulut ) dengan
bantuan anggota komunikasi bukan lisan ( seluruh tubuh )

TUJUAN UCAPAN

1. Memberi maklumat ( Ucapan Informatif )

1. Bertujuan memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang


sesuatu konsep / perkara / proses / fenomena / idea / sebagainya.
2. Pendengar akan memperoleh pengetahuan baharu / peningkatan taraf
pengetahuan / pengertian / pemahaman tentang perkara tersebut.
3. Contoh: penerangan tentang pelbagai jenis padi baharu kepada petani /
pembentangan hasil sesuatu penyelidikan kepada penyelidik.

2. Menghibur

1. Biasanya dibuat untuk gembira atau seronok.


2. Dibuat di majlis-majlis keraian. Contoh: majlis makan malam.
3. Pengucap bukannya pelawak tetapi orang yang berpengaruh dalam
sesebuah organisasi.
4. Pengucap kerap kali membawa audiens ke suatu situasi atau kenyataan
yang meriangkan atau melucukan.
5. Pengucap menjauhkan perbincangan isu-isu besar atau kontrovesial.

3. Memujuk ( Ucapan Persuasif )

1. Pengucap merayu/ cuba mempengaruhi pendengar untuk membuat


perubahan dari segi sikap / kepercayaan / tindakan / perlakuan.
2. Contoh: Semua jenis kempen ( kempen politik / social / ekonomi )
3. Kempen politik : ahli politik / pengurus / jurukempen berucap untuk
mempengaruhi pengundi untuk mempercayai kata-katanya dan
mengundinya.
4. Kempen social : juru kempen berucap untuk mempengaruhi audiens agar
mempercayai isu yang diketengahkannya, mengubah sikap dan pandangan
terhadap isu tersebut dan akhir sekali mengambil tindakan menuruti apa
yang di sarankannya.\
5. Kempen ekonomi : berucap untuk mempengaruhi audiensnya agar
mempercayai barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, mengubah
sikap dan pandangan terhadap barang tersebut, dan akhir sekali membeli
atau melanggan produk yang di tawarkan.
4. Memenuhi keperluan majlis khas ( Ucapan Khas / Ucapan Majlis )

1. Disampaikan dalam majlis-majlis khas dengan tujuan tertentu.


2. Contoh : ucapan perasmian / ucapan perpisahan / penganugerahan /
sebagainya.
3. Adakalanya ucapan itu mempunyai lebih daripada satu tujuan.

CARA PENYAMPAIAN UCAPAN

1. Ucapan spontan ( Inpromtu )

1. Disampaikan tanpa sebarang persediaan khusus.


2. Pengucap hanya menyampaikan perkara yang lalu / isu semasa / harapan /
ramalan untuk masa hadapan.
3. Isi ucapan biasanya berdasarkan pengalaman / pengetahuan / kemahiran
yang sedia ada pada seseorang pengucap.
4. Ucapan ini hanya perlu dalam keadaan terdesak.
5. Sebaik-baiknya dielakkan kerana ia boleh menjatuhkan kewibawaan
pengucap.

2. Ucapan yang dihafal

1. Disediakan dengan lengkap terlebih dahulu.


2. Pengucap akan menghafal keseluruhan teks ucapan, perkataan demi
perkataan.
3. Uacapan in sukar dibuat oleh orang yang kurang baik daya ingatannya.
4. Merupakan ucapan yang 'mati' dan sukar untuk diubah suai sekiranya
terdapat perubahan pada situasi / reaksi audiens.
5. Ucapan jeni ini juga hendaklah dielakkan.

3. Ucapan yang dibaca

1. Ucapan yang dibuat melalui pembacan teks / manuskrip


2. Digunakan apabila terdapat fakta / data yang amat penting dan setiap yang
tercatat perlu dibaca kerana mempunyai erti yang tersendiri.
3. Dahulu, pengucap membaca teks ucapan yang tertulis di atas kertas.
Dengan teknologi moden, sejenis alat khas yang dinamakan teleprompter
digunakan untuk menggantikan kertas.
4. Ucapan extemporaneous

1. Dibuat setelah pengucap membuat cukup persediaan.


2. Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis ucapan yang dibincangkan tadi.
3. Pengucap hanya menghafal bahagian-bahagian tertentu dalam ucapan.
4. Ucapan jenis ini lebih baik kerana tidak kaku dan mudah diubah suai
mengikut perubaan situasi.
5. Boleh meningkatkan mesej yang ingin disampaikan.

SIFAT PENGUCAP YANG BERKESAN

1. Berpengetahuan
2. Berkemahiran
3. Berkeyakinan
4. Berkeperibadian dan berpewarakan baik

PRINSIP ASAS PENGUCAPAN AWAM

1. Pengumpulan isi ( Inventic )


2. Penyusunan isi ( Dispositio )
3. Penguasaan isi
4. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai ( Elocutio )
5. Penyampaian ucapan ( Pronuntiatio )

PANDUAN PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN

1. Menangani kegugupan
2. Menganalisis aidiens / majlis / diri sendiri
3. Mengumpul idea / maklumat
4. Mengatur bahan ucapan
5. Merancang pengenalan ucapan
6. Merancang penutup ucapan
7. Membuat latihan berucap
8. Menyampaikan ucapan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MENYAMPAIKAN UCAPAN

1. Penentuan tajuk dan skop ucapan


2. Pencarian isi dan bahan sokngan
3. Penganalisisan audiens
4. Penyusunan ucapan
5. Membuat latihan dan raptai
6. Menyampaikan ucapan
7. Medapatkan maklum balas dan membuat penilaian
BAB 2 : MENANGANI KEGUGUPAN

1. Berpunca daripada perasaan tegang yang dirasakan pada otak.


2. Ketegangan ini disebabkan oleh dua tekanan yang meghantui pemikiran
pengucap.
1. Pengucap tertekan kerana perasaan dan desakan untuk berjaya.
2. Tertekan kerana tidak adanya kepastian atau jaminan beliau akan berjaya
3. Ketegangan pada otak ini akan menyebabkan otak menghantar isyarat kepada
kelenjar adrenal di ginjal. Kelenjar ini pula akan merembeskan hormone
adrenalina.
4. Kehadiran hormon ini meransang pancreas untuk mengeluarkan insulin.
5. Insulin yang terhasil akan bertindak membantu menghuraikan gula dalam
badan menjadi glikogen.
6. Proses penghuraian gula ini menghasilkan tenaga dan haba sebagai hasil
sampingan. Haba yang terjana ini meningkatkan suhu badan (peluh)
7. Tenaga yang terjana tadi disimpan dalam otot menyebabkan anggota tubuh
menggeletar dan sukar dikawal pergerakannya.
8. Pada waktu yang sama lebih darah dan oksigen diperlukan di otak untuk
menyediakan pengucap supaya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.
9. Oleh itu jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah ke otak. Hal
ini menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih kencang. Oksigen pula perlu
disedut dengan lebih pantas, menyebabkan pengucap mencungap.

KAEDAH MENGAWAL KEGUGUPAN

1. Sedarilah bahawa kegugupan ialah perkara normal yang dihadapi oleh


pengucap.
2. Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa
3. Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman
4. Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari
kesilapan
5. Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak
melafazkannya.
6. Buat persediaan yang secukupnya
7. Gunakan kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan
8. Analisis audiens
9. Lakukan senaman kecil
10. Tarik nafas dalam-dalam
11. Pilih audiens yang mesra sebagai tumpuan pada awal bicara
BAB 3 : MENGANALISIS AUDIENS, MAJLIS DAN DIRI SENDIRI

MENGANALISIS AUDIENS

1. Boleh dibuat sekiranya kita telah biasa dan telah sedia mengenali mereka
2. Sekiranya audiens kumpulan baharu bagi kita, maka eloklah kita datang lebih
awal ke tempat tersebut untuk mendapatkan sedikit maklumat.

ANTARA PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN :

1. Ambil tahu perkara yang mereka telah sedia tahu


2. Ambil tahu apakah sikap mereka terhadap bahan ucapan / subjek kita
3. Ambil tahu sikap mereka terhadap kita sebaai pengucap
4. Kenal pasti pekerjaan atau punca pendadpatan mereka
5. Anggarkan status ekonomi mereka
6. Ambil tahu tahap persekolahan mereka
7. Ambil tahu status sosial mereka
8. Adakah audiens kita semuanya lelaki? / semuanya perempuan / atau
bercampur lelaki dan perempuan?
9. Bagaimana dengan peringkat umur audiens kita
10. Apakah saiz audiens kita
11. Ambil kira agama / bangsa serta ideology mereka secara umum.

MENGANALISIS MAJLIS

1. Boleh dibuat dengan menghubungi pihak penganjur / datang sendiri lebih awal
dan mendapatkan maklumat daripada penyelaras / pengerusi majlis.

ANTARA PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN :

1. Apakah tujuan majlis itu diadakan


2. Di mana majlis tersebut akan diadakan
3. Apakah kemudahan yang ada untuk kita gunakan untuk berucap
4. Bila giliran kita berucap
5. Apa pula acara selepas ucapan kita
6. Ambil tahu agenda keseluruhan majlis.

MENGANALISIS DIRI SENDIRI

ANTARA PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN :

1. Adakah pengetahuan kita tentang tajuk yang akan kita perkatakan nanti
mencukupi
2. Cukupkah masa untuk kita bersedia
3. Adakah kita benar-benar berminat dengan bahan atau tajuk ucapan tersebut
4. Adakah audiens akan menerima kita sebagai penguacp yang berpengetahuan
BAB 4 : MENJANA IDEA DAN MENGUMPUL MAKLUMAT

LANGKAH MENJANA IDEA DAN MENGUMPUL MAKLUMAT


LANGKAH - Jangan mula dengan mencari maklumat di perpustakaan.
1 - Catatkan apa-apa sahaja yang tergambar darihal tajuk tersebut.
- Cuba khususkan kepada :
1. Pembuktian atau sokongan kepada hujah atau idea kita
2. Jelaskan maksud idea kita tadi
3. Jadikan idea kita mudah diingati
4. Jadikan ucapan kita lebih menarik; gunakanlah beraneka jenis
maklumat seperti :
(a) Contoh-contoh
(b) Petikan-petikan
(c) Cerita-cerita
(d) Statistik
(e) Definasi
(f) Perbandingan
(g) Alat bantu
LANGKAH - Sekiranya kita rasa masih kekurangan maklumat, rujuklah koleksi
2 maklumat yang boleh kita sediakan sendiri.
- Koleksi maklumat ini boleh terdiri daripada :
1. Nota yang kita buat
2. Potongan artikel daripada akhbar / majalah
3. Koleksi risalah / buletin / brosur
LANGKAH - Sekiranya masih belum berpuas hati, barulah kita rujuk kepada
3 sumber-sumber lain. Ini termasuklah :
1. Membaca buku / jurnal / penerbitan lain yang boleh didapati di
perpustakaan / pusat sumber
2. Melayari laman web
3. Menemu ramah individu berkenaan
4. Membuat kajian persendirian
LANGKAH - Sekiranya sudah mempunyai cukup maklumat secara umum ini,
4 eloklah dilakarkan ruang lingkup topik secara kasar.
- Kaedah yang disarankan ialah kaedah sarang labah-labah.

Punca Siapa terlibat Jenis

Masalah

Kesan Cara atasi Pihak


bertanggungjawab
BAB 5 : MENGATUR BAHAN UCAPAN

1. Bahan / maklumat yang telah dikumpulkan perlu disusun supaya membentuk


sebuah teks ucapan yang lengkap.
2. Struktur / format ucapan ini hendaklah berdasarkan tujuan ucapan itu dibuat.

FORMAT UCAPAN INFORMATIF


1. Pengenalan - Salam dan ucap selamat
- Penghormatan protocol
- Teknik menarik perhatian
- Preview
- Prosedur
2. Badan / Isi - Idea utama
- Pecahan idea
- Bahan sokongan
3. Penutup - Review
- Kenyataan untuk diingati
- Penyudah bicara

FORMAT UCAPAN INFORMATIF

1. Pengenalan ucapan
(a) Salam dan ucap selamat
- Diberi oleh pengucap sebagai pembuka kata.
- Bagi pengucap Beragama Islam, sewajarnyalah mengucapkan salam
sekiranya audiennya juga beragama Islam.
- Bagi yang beragama lain, memadai dengan mengucapkan salam sejahtera
atau seumpanya.

(b) Penghormatan protokol


- Memuatkan sebutan hormat kepada orang-orang tertentu yang biasanya
merupakan jemputan khas dalam sesuatu majlis.
- Maklumat dan penyebutan mestilah tepat.
- Disarankan agar pengucap menulis dan membacanya, bukan menghafal.
- Protokol dalam konteks negara ini terdiri daripada 2 komponen :
1- Kata sapaan – bertujuan memanggil atau menyapa audiens
2- Gelaran
- Dinasihatkan menyemak dahulu dengan Pegawai Protokol jika terdapat
keraguan.

(c) Teknik menarik perhatian


- Kaedah-kaedah untuk memusatkan perhatian audiens kepada kita, sebelum
masuk lebih jauh kepada isi ucapan
(d) Preview
- Menyatakan sepintas lalu apa-apa yang akan kita perkatakan
- Contoh: bilangan idea utama yang akan dibincangkan / idea-idea utama /
skop atau sudut bicara

(e) Prosedur
- Pengucap memberitahu audiens segala peralatan yang akan digunakan
untuk membantu dan memudahkan penyampaiannya.

2. Badan / isi ucapan


(a) Idea utama
- Iaitu isi-isi utama yang akan dibicarakan dengan panjang lebar dalam
ucapan.
- Perlu disusun dengan baik supaya memudahkan pendengar mengikutinya.

(b) Pecahan idea


- Supaya lebih terperinci lagi

(c) Bahan-bahan sokongan


- Terdiri daripada bahan-bahan yang boleh menyokong / memperkukuh idea
utama dan pecahan idea
- Seperti : petikan / statistik / pemerhatian / pengalaman dan sebagainya.
- Boleh juga terdiri daripada bahan untuk hiasan bagi memperindah idea
utama dan pecahan idea : kata-kata lucu / puisi / perumpamaan.

3. Penutup ucapan
(a) Review ucapan
- Rumusan keseluruhan idea / bahagian badan ucapan tadi.
- Isinya hampir serupa dengan preview ucapan, tetapi hanya mengulang
sebut idea-idea utama yang telah dibincangkan tadi.

(b) Kenyataan untuk diingati


- Kata-kata akhir yang pengucap mahu audiens mengingatinya.
- Boleh dilakukan dengan mengulang semula petikan-petikan yang menarik
/ berpantun / sebagainya.
- Fungsinya ialah untuk menanamkan rumusan isi-isi bicara tadi ke dalam
ingatan audiens / meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam fikiran
mereka.

(c) Penyudah bicara


- Merupakan noktah dalam sesebuah penyampaian ucapan.
- Lazim disebut oleh kebanyakan pengucap 'Sekian, terima kasih' untuk
menandakan ucapan telah berakhir.
PEMBAHAGIAN UCAPAN

- Tiada pembahagian khusus untuk sesuatu ucapan.


- Tetapi kelaziman yang dibuat oleh pengucap mahir ialah:

Contoh : 20 minit
Pengenalan 15 peratus 3 minit
Badan / Isi 75 peratus 15 minit
Penutup 10 peratus 2 minit

DI MANAKAH HARUS KITA CATATKAN RANGKA UCAPAN KITA ?

- Cara yang mudah dan selamat : catatkan pada kad-kad nota.


- Seeloknya kad-kad nota bersaiz 7 cm x 12 cm ( 3 inci x 5 inci ) / yang mudah
dipegang sebelah tangan sahaja.
- Hanya rangka ucapan sahaja
- Secara psikologi, sekiranya kita menulis keseluruhan isi ucapan, ini boleh
mengurangkan keyakinan kita pada diri sendiri.
- Mengapa tidak boleh ditulis pada kertas kajang ? kerana ia mungkin sukar
untuk dipegang dengan sebelah tangan.

PENYUSUNAN ISI ATAU MAKLUMAT

1. Susunan masa
- Disusun mengikut perbezaan masa seperti zaman, era, tahun, bulan, hari, jam
dan sebagainya.
2. Susunan ruang
- Disusun berdasarkan wilayah, daerah, kawasan, negeri, negara, zon dan
sebaginya.
3. Susunan tajuk-tajuk kecil / subtajuk
- Disusun mengikut tajuk-tajuk kecil
4. Susunan sebab-musabab
- Disusun berdasarkan sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian diikuti akibat-
akibatnya.
5. Susunan masalah penyelesaian
- Menyatakan masalah-masalah yang timbul dan kemudiannya memberikan
beberapa cara untuk mengatasinya
6. Susunan pro-kontra
- Mustahak bagi menggalakkan audiens berfikir dan mempertimbangkan
sesuatu keadaan.
BILANGAN IDEA UTAMA

- Pakar-pakar pidato berpendapat antara 3 hingga 5 idea utama.


- Walaubagaimanapun, jumlah idea bergantung pada jangka masa yang
diperuntukkan.
- Jika terlalu sedikit, mungkin tidak cukup 'kuat' untuk meyakinkan audiens.
- Jika terlalu banyak, audiens akan berasa bosan atau keliru dan tidak dapat
mengikuti ucapan dengan penuh minat.

PERALIHAN ISI

- Supaya ucapan tidak kelihatan terputus-putus.


- Perlu ada kaitan antara isi terdahulu dengan yang berikutnya
BAB 6 : MERANCANG PENGENALAN UCAPAN

1. Tujuan : untuk menarik minat audiens kepada tajuk yang akan kita perkatakan /
untuk membuat audiens mendengar dengan bijaksana dan mesra
2. Sekiranya tidak menarik, ia boleh membunuh terus keinginan audiens untuk
mengikuti ucapan kita seterusnya.
3. Antara langkah penting dalam bahagian ini ialah:

A. Teknik menarik perhatian

1. Nyatakan fakta-fakta menarik atau unik


2. Berikan statistik
3. Ajukan soalan retorik
4. Berikan kenyataan-kenyataan lucu atau jenaka (sekiranya berbakat )
5. Berikan petikan-petikan daripada sumber yang berwibawa
6. Merujuk majlis
7. Merujuk audiens
8. Merujuk diri sendiri sebagai pengucap
9. Bercerita
10. Menyatakan kejadian-kejadian bersejarah
11. Menekankan kepentingan subjek / tajuk yang akan diperkatakan
12. Penghormatan peribadi ( memuji audiens secara jujur )

B. Preview

- Sebelum membuat preview, kita perlu mengaitkan teknik-teknik yang


menarik perhatian tadi dengan preview.
- Kaitan ini dibuat supaya tidak terputus / membentuk dua pecahan ucapan
yang berasingan
- Preview dibuat untuk memberitahu audiens skop atau dari sudut manakah
sesuatu tajuk itu akan kita bincangkan.
- Lazimnya, perlu memberitahu audiens jumlah idea utama kita.
- Kemudian, menyebut secara ringkas idea-idea utama tersebut

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

1. Penghuraian yang berbelit-belit


- Jangan terlalu panjang / berbelit-belit
- Perkara ini boleh mengelirukan audiens
- Jadikan bahagian ini padat, tepat lagi menarik dan tidak berkecamuk

2. Menyinggung audiens
3. Teknik menarik perhatian yang tidak berkenaan
4. Menengok jam terlalu kerap
5. Menunjukkan ego
BAB 7 : MERANCANG PENUTUP UCAPAN

1. Tujuan: untuk menyediakan audiens supaya berhenti mendengar dengan


bijaksana / mengurangkan tumpuan mendengar.
2. Langkah-langkah berikut perlu diambil dalam penutup ucapan :

A. REVIEW

- Memberitahu audiens bahawa kita telah sampai pada penghujung


bicara dan akan berhenti.
- Diikuti dengan ringkasan dan ulang sebut idea utama

B. KENYATAAN UNTUK DIINGATI

1. Mengulang semula kaedah yang kita gunakan dalam teknik menarik


perhatian.
2. Merujuk kembali kepada tema majlis
3. Membuat rayuan akhir
4. Mengemukakan soalan
5. Membentuk mood
6. Membuat ramalan masa hadapan
7. Memberi cabaran

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

1. Menukar gaya bercakap


2. Mengaku lupa idea
3. Berhenti tiba-tiba
4. Meminta maaf berulang kali
5. Menyalahkan masa
6. Huraian panjang
BAB 8 : MEMBUAT LATIHAN BERUCAP

1. Berapa kalikah kita perlu berlatih ?


- Sehingga puas hati dan tidak melakukan kesilapan lagi.
- 3 hingga 6 latihan sudah memadai
- Jika kurang, mungkin masih banyak kelemahan yang belum terserlah
- Jika lebih, boleh menjadikan 'terlalu yakin'

2. Hafal idea, bukan perkataan


- Perlu menghafal idea utama dan bukannya keseluruhan teks ucapan
- Hafal secara mentally ( dalam hati ) dahulu
- Setelah berjaya mengingati idea tersebut, barulah berlatih dengan
melafazkannya dengan kekuatan suara sebenar.

3. Rujuk kad nota


4. Hayatilah ucapan kita itu
5. Tidak perlu adakan latihan khusus bahasa badan
6. Rakamkan latihan
- Sebaik-baiknya dirakamkan 1 / 2 latihan yang kita buat.
- Rakaman boleh dibuat menggunakan : 1) alat perakam kaset (suara sahaja)
2) alat perakam video (suara/pergerakan)

7. Bagaimana kalau tiada alat perakam ?


- Boleh menggunakan audiens palsu / pseudo audience
- Berlatih di hadapan kawan-kawan / keluarga dan anggaplah mereka ini
sebagai audiens sebenar.
- Minta mereka catatkan / ingatkan segala komen atau kesilapan kita

8. Ukur masa
- Tentukan jangka masa yang diambil untuk setiap latihan.
- Jika terlalu panjang, gugurkan bahagian-bahagian tertentu yang kurang
penting.
- Jika terlalu pendek, tambahkan fakta-fakta yang boleh membantu
penghuraian.

9. Jangan ubah kadar ucapan kerana masa


- Jangan mempercepatkan kadar ucapan sekiranya masa hampir tamat.
- Jangan memperlahankan kadar ucapan sekiranya masa masih banyak
- Berucaplah dengan kadar yang biasa
- Gugurkan bahagian tertentu jika terlalu panjang, tambahkan jika terlalu
pendek.

10. Berlatih guna alat-alat bantu


- Hendaklah dilakukan serentak dengan latihan ucapan, malah hendaklah
diselaraskan dengan ucapan.
BAB 9 : MENYAMPAIKAN UCAPAN

1. Sebaik sahaja nama kita diperkenalkan dan dijemput, bangunlah dengan penuh
yakin dan bersemangat untuk berucap.
2. Berjalanlah dengan penuh bergaya dan bersahaja menghampiri rostrum (jika
ada) / mikrofon (jika ada). Jika kedua-duanya tiada, memadailah berdiri tegak
di hadapan audiens.
3. Rostrum : tempat untuk meletakkan nota, bukannya untuk berpaut.
4. Laraskan ketinggian mikrofon sesuai dengan ketinggian kita.
5. Sebaiknya mikrofon hendaklah berada di bawah paras dagu kita.
6. Jangan ketuk mikrofon dengan jari untuk mencubanya, sebaliknya hembuskan
sedikit bahagian kepala mikrofon tersebut dan dengar bunyinya.
7. Setelah berpuas hati, mulakan ucapan dengan memberikan ucap selamat /
salam kepada audiens.

PANDUAN DALAM PENYAMPAIAN

1. Gunakan gaya tersendiri


- Jangan tiru gaya orang lain

2. Berkeyakinan
- Akan kelihatan lebih jujur dan bersemangat
- Hanya boleh diperoleh sekiranya kita cukup bersedia

3. Jangan gopoh
- Ambil sedikit masa untuk bertenang dan memusatkan fikiran
- 10 – 15 saat sudah mencukupi
- Pandang kea rah semua audiens dan senyumlah sedikit bagi menimbulkan
kemesraan.
- Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan

4. Adakan hubungan (contact) dengan audiens


- Hendaklah seimbang dan bersahaja, jangan fokus pada orang tertentu
sahaja.

5. Jangan memulakan ucapan dengan merujuk nota


6. Bercakaplah dengan audiens
- Kita perlu bercakap dengan mereka, bukan kepada mereka.
- Apa-apa yang dimaksudkan dengan berucap kepada audiens ialah kita
berucap sahaja tanpa mengambil kisah akan reaksi mereka. Ucapan begini
mengurangkan keberkesanan dan tidak mewujudkan komunikasi dua hala.

7. Rujuk nota hanya sekali-sekala


8. Kawal suara
- Amat perlu sewaktu berucap.
- Jangan memulakan ucapan dengan nada suara yang tinggi
- Jangan menggunakan satu nada sahaja sepanjang ucapan.
9. Berdiri tegak
- Berdiri seberapa tegak yang boleh dan jangan membongkok menekan
rostrum / bersandar di sebelah tepinya.

10. Gayakan bahasa badan


- Tujuan : untuk menyokong bahasa lisan supaya lebih difahami dan
berkesan kepada audiens.

11. Jangan gelisah


- Jangan melakukan pergerakan yang tidak bermakna

12. Tunjukkan bahawa kita gemar bercakap


- Jangan tunjukkan macam terpaksa dan terseksa kerana diminta berucap.

13. Sembunyikan kesilapan


- Cuba atasi sendiri kesilapan tanpa meluahkannya kepada audiens

14. Gunakan alat bantu dengan berkesan


- Berfungsi untuk membantu dalam penyampaian
- Menolong penerima memahami penerangan kita
- Bukanlah wajib digunakan, hanya apabila perlu sahaja.

15. Beredarlah dengan yakin


- Beredarlah dengan rasa penuh kemenangan dan berkeyakinan
- Jangan tergesa-gesa / melakukan gaya yang jelik.
- Memadailah berjalan dengan gaya yang bersahaja sambil tersenyum
memandang audiens.
BAB 10 : UCAPAN PERSUASIF

1. Dibuat dengan hasrat untuk mempengaruhi audiens.


2. Ucapan yang dibuat tanpa mengikuti struktur yang betul tidak akan mencapai
hasil yang dihajati
3. Ucapan persuasif : tidak mengandungi preview, prosedur dan review
4. Ucapan ini lebih fokus kepada usaha menerbitkan perubahan kepercayaan,
sikap dan perlakuan.

FORMAT UCAPAN PERSUASIF


4. Pengenalan - Salam dan ucap selamat
- Penghormatan protocol
- Teknik menarik perhatian
5. Badan / Isi - Menyatakan masalah / keperluan
- Saranan penyelesaian masalah / keperluan
- Bayangan kejayaan setelah menerima pakai saranan
6. Penutup - Dorongan audiens menerima pakai saranan
- Kenyataan untuk diingati
- Penyudah bicara

PENGENALAN UCAPAN

1. Menyatakan fakta-fakta yang menarik / unik


2. Memberikan statistik
3. Mengajukan soalan yang mendorongg audiens untuk berfikir
4. Mengutip petikan daripada orang terkenal / kitab / buku / bahan bertulis lain yang
berwibawa
5. Menceritakan pengalaman sendiri sebagai pengucap
6. Bercerita ( benar / fantasi / dongeng )
7. Menyatakan kejadian-kejadian bersejarah
8. Menekankan kepentingan subjek / tajuk yang akan diperkatakan\
9. Penghormatan peribadi ( memuji audiens secara jujur )

BADAN / ISI

- Pengucap perlu memuatkan 3 perkara:

1. Menyatakan masalah / keperluan


2. Saranan jalan penyelesaian / cara mengatasi
3. Bayangan kejayaan / kesan
PENUTUP

- Sangat penting dalam ucapan persuasif


- Pengucap mengutarakan saranan untuk tindakan audiensnya.
- Hendaklah melakukan beberapa perkara berikut dengan penuh teliti :
1. Mendorong audiens menerima guna saranan
- Pengucap cuba meyakinkan audiens betapa mudah dan bergunanya
menerima guna saranan yang telah dikemukakan.
- Audiens hanya akan terdorong untuk menerima saranan jika mudah
diamalkan dan tidak berisiko

2. Kenyataan untuk diingati

(a) Mengulang semula kaedah yang digunakan dalam teknik menarik


perhatian.
(b) merujuk kembali kepada tema majlis
(c) membuat rayuan akhir
(d) mengemukakan soalan
(e) membentuk mood
(f) membuat ramalan masa hadapan
(g) memberi cabaran
BAB 11 : PETUA PENTING DALAM UCAPAN

1. Bahasa badan
- Ialah gerak laku pengucap menggunakan seluruh anggota tubuh badannya
untuk menyokong bahasa lisan yang diucapkan
- Seluruh gerak laku ketika berucap diperhati dan dinilai oleh audiens termasuk
kebersihan diri dan pakaian kita.
- Pengucap perlu berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan majlis.
- Antara anggota badan yang boleh menyokong bahasa lisan ialah:

(a) Kepala
(b) Mimik muka
(c) Mata
(d) Bahu
(e) Tangan dan jari
(f) Anggota lain

2. Pengawalan suara
- Terdapat 5 ciri suara, iaitu :
(a) Kelantangan
- Berkait rapat dengan kekuatan suara

(b) Nada ( intonasi )


- Perlu ada tinggi rendahnya
- Nada tinggi : untuk membuat penekanan sesuatu hujah / perkataan
- Nada rendah : berkesan semasa membuat rayuan
- Bergantung kepada pemilihan perkataan dan keadaan
- Suara yang senada ( monotonous ) boleh menjemukan audiens

(c) Jeda
- Seakan sama dengan tanda koma dalam bahasa tulisan
- Maksudnya : perlu berhenti sekejap pada hujung sesuatu ayat terutama
selepas membuat penekanan.
- Tujuan : untuk memberi peluang kepada audiens berfikir sejenak akan
perkara yang diperkatakan.
- Tidak boleh dibuat terlalu lama kerana boleh memutuskan pengaliran
idea
- Jangan berhenti di tengah ayat kerana boleh menjadikan sesuatu ayat
tergantung dan tidak membawa sebarang makna.

(d) Pengulangan
- Penekanan sesuatu perkara penting boleh dibuat dengan mengulang
sebut satu atau beberapa perkataan dalam sesuatu ayat
(e) Sebutan tepat
- Hendaklah disebut dengan betul dan tepat
- Kesilapan penyebutan boleh menghilangkan maksud sesuatu istilah
- Elakkan daripada mengeluarkan bunyi-bunyi yang tidak bermakna,
seperti : 'ahh..' / 'ehh..'
- Jika terpaksa berhenti seketika untuk berfikir, berhentilah secara diam
- Elakkan daripada menyebut berulang kali perkataan-perkataan yang
tidak bertujuan / tanpa makna tertentu

3. Penggunaan mikrofon

(a) Jarak mikrofon dengan mulut


- Seelok-eloknya dalam anggaran 15-25 cm / sejengkal
- Jika rapat : sebutan akan jadi kurang jelas
- Jika jauh : mungkin mikrofon tidak dapat 'menangkap' suara kita

(b) Laraskan bunyi ( volume )


- Untuk membolehkan audiens mendengar ucapan dengan selesa, tidak
terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
- Datang awal untuk memastikan bunyi suara kita sesuai dengan majlis.

(c) Jenis mikrofon


- Supaya dapat berada pada jarak dan arah yang betul.
- Jenis satu arah : hanya peka dan dapat menangkap suara dalam satu arah
sahaja. Biasanya berbentuk kun ( conical )
- Jenis banyak arah : dapat menangkap suara dari banyak arah ( multi-
directional). Biasanya sempadan arah berbentuk sfera.

(d) Kedudukan mikrofon


- Kedudukan yang paling baik : bawah sedikit dari paras dagu, tidak akan
melindungi muka daripada pandangan audiens.

(e) Belajarlah menggunakan mikrofon


(f) Jangan tanggalkan mikrofon daripada standnya

4. Kaedah menjawab soalan


- Pengucap boleh menghimpun soalan dan mejawab selepas soalan
dikumpulkan / menjawab terus soalan yang di ajukan
- Langkah berikut amat berguna sebagai panduan untuk menjawab soalan :

(a) Dengar soalan dengan teliti


(b) Ulang sebut soalan
(c) Takrifkan istilah sukar
(d) Pecah-pecahkan soalan yang mengandungi banyak bahagian
(e) Menjawab soalan-soalan fakta
(f) Menjawab soalan-soalan pendapat
(g) Kaitkan soalan dengan isi ucapan
(h) Menjawab soalan-soalan yang kontrovesial
(i) Kalau tidak tahu jawapan, bagaimana ?
(j) Beri peluang untuk ramai orang menyoal
(k) Jangan biarkan penyoal berucap
(l) Bantulah penyoal yang tersekat-sekat

Anda mungkin juga menyukai