Anda di halaman 1dari 15

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.

RAHIM]

690818-12-5936

Pengenalan Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi di antara seseorang pengucap dengan sekumpulan pendengar, yang melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Mesej lisan adalah mesej yang terkandung dalam ucapannya dan kefahaman pendengar bergantung kepada cara dan kaedah penyampaiannya, manakala mesej bukan lisan adalah perkara-perkara yang dapat dilihat serta dirasakan oleh pendengar semasa pengucap menyampaikan ucapannya. Pengucapan awam melibatkan satu kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran, latihan, pengalaman dan kombinasi kesemuanya termasuk kekerapan perlakuan. Semakin banyak pengucapan awam yang dilakukan semakin bertambah khazanah pengalaman yang diperolehi dan ianya merupakan satu proses perkembangan pembangunan diri yang efektif. Berdasarkan konsep di atas, pengucapan awam dapat didefinisikan sebagai impresi kelakuan komunikasi yang sesuai serta berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat dikenalpasti melalui ucapan yang bersesuaian dengan situasi dan juga berjaya mencapai matlamat yang digariskan. Pengucapan awam juga merupakan satu aktiviti pembelajaran dan kemahiran yang cuba untuk menzahirkan pengetahuan bentuk amali. Pengucapan awam dikenali juga sebagai proses Sains Minda yang dikaitkan dengan tatacara dan teknik penyampaian yang bertujuan untuk menterjemahkan perasaan yang jitu dan ikhlas dengan taakulan kuasa kendiri dizahirkan dalam ucapan yang bersahaja. Teknik penyampaian juga merupakan aspek yang penting dalam pengucapan awam kerana kesilapan menggunakan teknik berucap yang betul akan menyebabkan mesej yang cuba hendak disampaikan gagal menemui matlamatnya. Banyak aspek yang terangkum dalam teknik pengucapan awam ini seperti kawalan nada suara, mimik muka dan penggunaan bahasa yang betul selain beberapa teknik yang lain. Pengucapan awam yang baik bertujuan untuk membolehkan berlakunya perpindahan idea dan perasaan yang lebih berkesan daripada penyampai kepada pendengar. Kebolehan berkomunikasi sebegini merupakan satu kekuatan kepada pemiliknya kerana ia berkeupayaan mempengaruhi pemikiran, kepercayaan serta tingkahlaku pendengar ke arah yang dihasratkan oleh penyampai.

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

ELEMEN-ELEMEN DALAM PENYEDIAAN PENGUCAPAN AWAM Dalam segala urusan harian, manusia menghabiskan lebih 70% daripada masanya dengan berkomunikasi. Disedari atau tidak, kita menggunakan semua pancaindera yang ada untuk berkomunikasi dengan alam sekitar dan orang-orang yang berada di sekeliling kita. Proses ini melibatkan tujuh ciri utama yang menjadi elemen penting dalam pengucapan awam iaitu pengucap, pendengar, situasi, mesej, saluran, maklumbalas dan gangguan. Berdasarkan elemen-eleman yang terdapat dalam pengucapan awam, maka bagi menghasilkan pengucapan awam yang berkesan seseorang penyampai harus membuat persediaan yang rapi dan terancang. Peringkat yang paling penting dalam pengucapan awam adalah proses penyediaan kerana dalam proses ini semua kerja-kerja yang berkaitan dengan mencari, mengumpul bahan, mengolah, merangka dan menulis ucapan bermula. Persediaan yang rapi menjamin persembahan yang berkualiti. Oleh itu, kerja-kerja harus teratur agar mudah dilaksanakan seperti pembahagian proses iaitu: i. ii. iii. iv. Proses perancangan Proses persediaan awal Proses pertengahan Proses akhir.

Dalam membuat perancangan, beberapa elemen perlu dititikberatkan seperti: a. Topik/tajuk b. Tujuan c. Khalayak d. Masa e. Alat Bantuan Visual

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

A. Topik Pemilihan topik adalah menjadi keutamaan kerana topik yang dipilih akan menentukan perjalanan persembahan. Dalam pemilihan topik, terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan seperti topik khusus yang diberikan, topik pilihan sendiri atau topik khusus yang menyentuh sesuatu subjek. Apabila pengucap diminta untuk menyampaikan ucapan dan tajuk tertentu diberikan, adalah mudah bagi seseorang pengucap untuk membuat persiapan kerana tajuk ucapan telahpun ditetapkan. Selalunya tajuk yang diberikan itu adalah mengenai perkara yang diketahui dan berpengetahuan tentangnya. Sekiranya tajuk yang diberikan adalah sesuatu yang baru bagi seseorang pengucap dan sukar untuk mendapatkan maklumat mengenainya, adalah digalakkan pengucap tidak menerima tawaran tersebut kerana adalah sukar menyampaikan sesuatu perkara yang bukan dalam kepakaran seseorang pengucap. Walaupun seseorang pengucap itu mahir berpidato, tetapi jika ia tidak mahir dalam subjek yang disampaikannya, persembahannya akan terganggu disebabkan rasa gusar yang bangkit dari rasa ketidakyakinan tentang perkara yang disampaikan. Berucap mengenai perkara yang diketahui akan menampakkan keyakinan dan kelancaran persembahan ucapan yang disampaikan, contohnya jika pengucap itu mahir dalam pengurusan kewangan dia pasti boleh menghuraikan dengan jelas dan terperinci tajuk tersebut berbanding jika dia diminta berucap mengenai politik. Sangat berbeza situasinya apabila pilihan diberikan dalam membuat persembahan ucapan. Keadaan ini adalah yang terbaik kerana pengucap berpeluang memilih perkara yang hendak disampaikan. Topik yang dipilih biasanya ialah perkara yang dikuasai dan berpengalaman luas tentangnya. Melalui pilihan tersebut, kerja-kerja penyediaan menjadi lebih mudah kerana bahan-bahan asas sememangnya ada dalam fikiran dan kerja-kerja seterusnya hanyalah mengurus bahan-bahan dan mengatur fakta yang hendak disampaikan. Proses penyediaan pula tidak memakan masa yang panjang tetapi hanya menggunakan pendekatan berpandukan kepada analisis pendengar yang akan dibincangkan dalam subjek nanti. Menyampaikan ucapan dalam topik khusus biasanya berpandukan kepada kehendak pihak yang menjemput untuk membuat ucapan. Berpandukan kepada matlamat itu, maka kerjakerja penyelidikan awal perlu dibuat supaya bahan-bahan dan fakta yang akan dipersembahkan 3

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

menjurus ke arah matlamat yang hendak dicapai. Topik bentuk ini selalunya berbentuk ceramah motivasi atau penerangan yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan atau

menyampaikan sesuatu maklumat tertentu. Kerja-kerja penyelidikan dan penyediaan bahan lebih mudah kerana tumpuan terhad kepada subjek yang hendak disampaiakan sahaja.

B. Tujuan Setelah seseorang pengucap memperolehi tajuk ucapan, elemen seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah tujuan. Dalam penyampaian ucapan, tujuan ucapan adalah elemen yang menjadi persoalan utama kerana berdasarkan tujuan inilah seseorang pengucap akan mencari isi penting bagi tajuk ucapannya dan mengembangkannya dalam ucapan kelak. Pada umumnya, terdapat pelbagai tujuan dalam pengucapan awam tetapi kebiasaannya pengucapan awam mempunyai empat tujuan utama yang dominan iaitu; a. memaklumkan b. mempengaruhi c. memberi inspirasi d. menghibur Elemen tujuan dalam pengucapan awam dapat dilihat menerusi tujuan utama dan tujuan khusus. Tujuan Umum Tujuan umum adalah salah satu daripada empat tujuan iaitu memaklumkan, mempengaruhi, memberi inspirasi ataupun menghibur. Sungguhpun sesuatu ucapan itu boleh mengandungi lebih daripada satu tujuan, namun begitu salah satu daripada tujuan itu perlu difokuskan sebagai tujuan utama. Ini amat penting bagi memastikan pendengar dapat memahami maksud yang disampaikan.

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

Tujuan Khusus Tujuan khusus hendaklah berasaskan kepada tujuan umum serta ditambah dengan maksud yang lebih khusus. Contohnya, jika tujuan umum ialah untuk mempengaruhi atau meyakinkan pendengar bahawa dadah patut diharamkan, faktor tentang bahaya-bahaya penagihan dan akibat jangka panjangnya perlu diketengahkan sebagai bukti peneguhan. Dalam subjek ini, tujuan khusus pengucap ialah untuk mempengaruhi ibu bapa supaya dapat memberikan pendidikan tentang bahaya penagihan di kalangan remaja terutamanya anak-anak di bawah jagaan mereka. Sekiranya subjek ini dipilih, pengucap lebih mudah menyampaikan mesejnya jika bantuan alat visual, gambar-gambar, kenyataan akhbar dan lain-lain bahan bercetak diedarkan semasa ucapan disampaikan. Pendekatan ini amat efektif dan untuk menambah kesannya kepada pendengar, tujuan ucapan itu perlu diulang di pertengahan dan pada akhir ucapan. Walaupun dalam pengucapan awam terdapat lebih dari satu tujuan, namun demikian pengucap harus memfokuskan satu tujuan utama. Contohnya, jika ucapan untuk mempengaruhi hadirin supaya menyertai persatuan, tidak boleh tidak pengucap perlu memaklumkan kepada hadirin matlamat persatuan tersebut. Dalam keadaan begini, tujuan mempengaruhi harus menjadi tumpuan dalam penyampaian. Kombinasi lebih dari tiga tujuan dalam sesuatu ucapan agak kurang sesuai kerana pendengar mungkin keliru dengan tujuan pengucap. C. Khalayak Tanpa khalayak atau pendengar, sesuatu pengucapan itu tidak berfungsi. Khayalak merupakan salah satu elemen yang perlu diberi perhatian sebelum membuat sesuatu pengucapan. Apabila seseorang dijemput memberi ucapan, pengucap itu perlu tahu siapa yang menjadi audiensnya kerana berucap tanpa mengambil kira sasaran maka ucapan itu tidak menepati tujuan dan mesej yang disampaikan. Contohnya jika pengucap itu dijemput memberi ucapan motivasi kepada pelajar, pengucap itu harus tahu sasaran motivasi tersebut, sama ada golongan pelajar sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas atau peringkat universiti. Sasaran sesuatu pengucapan penting kerana, bermula dari mengetahui siapa yang mendengar ucapan itu, pengucap boleh menyusun kaedah pengucapan, bahan dan alat bantuan visual dalam pengucapannya nanti. 5

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

Mengetahui siapa pendengar ucapan itu juga penting kerana, pengucap boleh membuat persediaan penggunaan laras bahasa dan protokol dalam pengucapannya. Contohnya jika majlis tersebut dihadiri oleh tetamu kenamaan yang memiliki gelaran dan panggilan hormat tertentu. Kesilapan menyebut panggilan hormat yang setaraf dengan kedudukan yang sepatutnya akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan tetamu, terutama tetamu kenamaan.

D. Masa Seseorang pengucap juga perlu tahu peruntukan masa yang diberikan kepadanya dalam penyampaian ucapan tersebut. Mengetahui tempoh masa berucap, pengucap boleh menyediakan ucapan yang seiring dengan masa yang diberi tanpa terlepas tujuan utama ucapan tersebut. Seseorang pengucap harus bersedia dan peka dengan masa yang diberi kerana penggunaan masa yang tidak berdisiplin akan menghampakan dan menyebabkan pendengar kecewa dan resah. Peruntukan masa dalam berucap perlu digunakan sepenuhnya kerana penggunaan masa yang singkat membayangkan si penyampai tidak bersedia dalam persembahannya serta ketandusan idea. Penggunaan masa yang berlebihan pula akan menjemukan pendengar dan boleh menimbulkan keresahan di kalangan mereka, tambahan lagi jika selepas itu masih ada program yang akan berlangsung. Kegagalan pengucap menggunakan masa dengan betul boeh mendatangkan kesan gangguan perjalanan program tersebut. Oleh yang demikian, amat penting seseorang pengucap membuat persediaan ucapan yang selaras dengan peruntukan masa yang diberikan agar pengucapannya nanti tidak tersasar dari segi penggunaan masa dan ini boleh mengakibatkan ucapannya kurang berkualiti. Selain daripada penggunaan masa yang diperuntukan, pengucap juga harus membuat persediaan dengan melihat masa berlangsungnya program tersebut. Masa ketibaan ke sesuatu majlis pengucapan awam amat perlu diperhatikan. Ketibaan pengucap yang terlalu awal akan menimbulkan keresahan kepada penganjur dan kemungkinan juga pengucap akan menjadi resah melihatkan bilangan audiens yang terlalu sedikit atau di luar jangkaan. Ketibaan yang lewat dari jangka masa yang ditetapkan pula akan banyak menimbulkan keresahan dan kegelisahan kepada pengucap itu sendiri. Pihak penganjur pula akan lebih resah kerana pengucap jemputan tidak hadir pada masa yang ditentukan. Oleh yang demikian, mematuhi 6

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

masa yang ditetapkan adalah amat perlu diberi perhatian kerana ianya dapat memberi masa untuk membuat persiapan akhir sebelum berucap dan berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang audiens. Sehubungan dengan itu, pengucap perlu bijak mengatur masa dan menggariskan elemen ini sebagai persediaan awal dalam membuat persembahan pengucapan awam. E. Alat Bantuan Visual Alat bantuan visual adalah alat yang digunakan dalam ucapan atau ceramah di mana ia membolehkan audiens melihat di samping mendengar ucapan yang disampaikan. Terdapat dua nilai penting dalam elemen alat bantuan visual. Elemen yang pertama ialah alat audio visual digunakan untuk memberi penerangan, penekanan atau peneguhan terhadap perkataan, gambarajah dan idea dalam sesuatu ucapan. Manakala elemen yang kedua pula ialah ia memberi kesinambungan dalam ucapan dan keyakinan diri kepada pengucap. Sebelum menyampaikan pengucapan awam, pengucap harus membuat perancangan dengan menentukan apakah alat bantuan visual yang digunakan, iaitu sama ada memerlukan alatan tersebut ataupun tidak. Persediaan awal dalam penentuan penggunaan alat bantuan visual ini sangat membantu pengucap menyediakan ucapan yang berkesan. Bahan edaran semasa program pengucapan awam berlangsung juga perlu dirancang, dipilih dan disediakan dengan teliti. Pengucap juga perlu berhubung dengan penganjur tentang alat yang dipilih agar penganjur bersedia menyediakan perlatan tersebut, contohnya seperti projeksi komputer. Jika pengucap tidak menggunakan sebarang alat bantuan visual tetapi bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri, situasi itu juga lebih baik. Tingkah laku dan pakaian pengucap boleh mengukuhkan lagi ucapannya. Oleh yang demikian, penentuan awal dalam penggunaan alat bantuan visual amat penting kerana ia akan melibatkan keyakinan dan keberkesaan persembahan pengucap.

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

Walau bagaimanapun, proses penyediaan akan lebih mudah jika pengucap dapat menyediakan dan menjawab persoalan-persoalan berikut: a. Apakah matlamat ucapan yang hendak disampaikan? b. Di manakah boleh memperolehi maklumat mengenai subjek yang hendak disampaikan? c. Bagaimanakah maklumat dan data yang diperolehi diolah bersesuaian dengan matlamat ucapan yang disampaikan? d. Apakah pendekatan yang akan digunakan sesuai dengan pendengar? e. Adakah alat bantuan audio-visual boleh dan sesuai digunakan bagi membantu persembahan yang akan dibuat? f. Apakah yang boleh saya tumpukan dalam penggunaan bahasa dalam persembahan yang akan disampaikan? g. Apakah yang menjadi tumpuan saya semasa membuat latihan kelak?

Persoalan-persoalan di atas adalah sebagai panduan dalam memudahkan seseorang pengucap membuat persiapan pada peringkat permulaan pada peringkat perancangan awal. Tidak dinafikan mungkin terdapat beberapa perkara lain yang boleh dipersoalkan tetapi untuk membuat persediaan awal, jawapan kepada persoalan yang dikemukakan itu sangat membantu dan memadai untuk membuat persiapan yang sewajarnya. Persoalan-persoalan ini berkaitan dengan semua perkara yang perlu diketahui bermula dari peringkat pemilihan topik, mengenalpasti dan menganalisis pendengar, membuat persiapan, penyelidikan, latihan dan mengenalpasti matlamat sebelum sesorang pengucap itu menyampaikan ucapannya.

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

PERSEDIAAN AWAL Selepas membuat perancangan terhadap sesuatu pengucapan awam, perkara kedua yang perlu dilakukan ialah membuat persediaan awal. Persediaan awal dapat menjamin perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dan proses seterusnya dapat dibuat dengan lebih sistematik. Semasa proses persediaan awal beberapa langkah perlu diambil agar persediaan lebih menampakkan hasil yang baik. Antara langkah dalam proses ini adalah membuat penyelidikan, menyediakan draf awal dan mencari bahan tambahan. Membuat Penyelidikan Kerja-kerja awal selepas pemilihan topik ialah membuat penyelidikan bagi mendapatkan informasi, maklumat dan data mengenai subjek yang telah ditentukan. Kerja penyelidikan ini boleh berpandukan kepada mendapatkan data-data primer dan sekunder. Ianya boleh dikumpulkan daripada semua sumber yang berkaitan dan semakan dari bahan-bahan tersedia di perpustakaan, internet atau lain-lain sumber. Kaji selidik juga boleh dibuat melalui temuduga dan perbualan dalam perbincangan yang diadakan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Data-data yang diperolehi perlu dikumpul sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak atau gambar-gambar. Pada peringkat ini data tidak perlu disusun lagi tetapi hanya mengumpul semua data yang diperolehi.

Menyediakan Draf Awal Dalam menyedikan draf awal, apa yang perlu dilakukan ialah membahagi-bahagikan data yang dikumpul mengikut struktur yang telah ditetapkan. Data dan maklumat yang hendak digunakan dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu bahagian pendahuluan, isi kandungan dan penutup. Melaui pembahagian ini, kerja-kerja merangka draf ucapan menjadi mudah kerana data-data telah siap diasing-asingkan. Tugas seterusnya ialah memulakan kerja-kerja mengumpul maklumat yang perlu di bahagian isi kandungan ucapan. Kerja merangka draf perlu dimulakan di bahagian isi kandungan kerana ia merupakan 80% daripada keseluruhan bahagian ucapan.

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

Selepas membuat draf bahagian isi kandungan, kerja seterusnya ialah merangka dan menyusun bahagian pendahuluan yang hanya merupakan 10% dari keseluruhan ucapan. Faktafakta yang dikumpul di bahagian isi kandungan boleh dipetik dan diulas sebagai pemula ucapan untuk menarik perhatian pendengar. Selesai di bahagian pendahuluan, kerja merangka bahagian penutup ucapan yang merupakan 10% dari keseluruhan ucapan pula dibuat. Kerja-kerja di bahagian ini menjadi lebih mudah kerana ia adalah bahagian yang merumuskan isi kandungan ucapan. Kandungannya boleh dikutip dari bahagian isi kandungan yang penting, diulas semula dengan penekanan yang tertentu kepada fakta dan contoh-contoh yang telah disampaikan. Kegagalan membuat penutupan yang baik lagi sempurna akan menjadikan ucapan seolah-olah tergantung atau tidak sampai kepada matlamat yang sebenarnya kerana rumusan yang tepat memberi impak yang efektif.

Mencari Bahan Tambahan Selepas semua kerja-kerja penulisan selesai dibuat, kita perlu membaca semula tulisan itu dengan tiga tujuan , iaitu: Menyemak semula kandungan ucapan dan menentukan ianya tidak tersasar dari tajuk yang diberikan, Mempastikan pendekatan permulaan yang dibuat sesuai dengan pendengar, Bahagian penutup ucapan merangkumi rumusan yang menyeluruh dan fakta penting diulang dengan penekaan tertentu. Adalah dicadangkan supaya selepas semua kerja-kerja yang dinyatakan di atas selesai dibuat, data-data yang telah disusun itu dirujuk kepada mereka yang berpengetahuan atau mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang hendak disampaikan. Rujukan itu bukan sahaja membantu memperbaiki persembahan yang akan dibuat tetapi juga akan dapat menambah atau memperbaiki apa sahaja kekurangan yang terdapat dalam persembahan ucapan yang bakal disampaikan. Data-data tambahan ini adalah perlu kerana data tersebut akan memberikan idea tambahan kepada dan kemungkinan dapat memperbaiki idea yang sedia ada atau menambahbaikkan persembahan yang bakal disampaikan kelak. 10

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

PROSES PERTENGAHAN
Menyusun Isi Kandungan Setelah semua data yang terkumpul disemak dan dianalisis serta disusun semula, barulah kerja-kerja penulisan ucapan dibuat. Untuk penulisan ini, perlu mengikut disiplin yang telah diaturkan dalam draf awal mengikut susunan penyampaian yang akan dibuat. Elakkan mengubah idea utama dalam menulis ini, kerana perbuatan itu akan menyebabkan bukan sahaja membuang masa tetapi juga membazirkan kerja-kerja penyelidikan awal yang dibuat. Teruskan dengan menulis mengikut susunan yang telah ditetapkan, berpandukan kepada isi kandungan dan susunan jalan cerita yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang pertama kali melakukannya lebih baik membuat penulisan yang berasingan bagi setiap bahagian dengan mengasingkan bahagian permulaan, isi kandungan dan penutup. Ini perlu dilakukan kerana ianya akan memudahkan kerja-kerja membuat rujukan semula kepada pakar, membuat semakan, tambahan idea dan fakta, menulis semula dan yang pentingnya memberikan tumpuan kepada setiap bahagiaan. Menulis Semula Selepas semua semakan dibuat, kerja-kerja penulisan semula perlu dilakukan dan penulisan ini dibuat mengikut susunan yang sebenar. Pendekatan penulisan ini perlu dipatuhi untuk mempastikan kesinambungan fakta yang hendak disampaikan. Perlu diingat bahawa dalam menulis, bahasa yang ditulis ialah bahasa percakapan yang disampaikan. Bahasa penulisan berbeza dengan bahasa pertuturan. Tulis bahasa pertuturan dalam skrip yang dibuat. Ini akan memudahkan dalam menghafal data dan fakta. Kerja-kerja penulisan mengikut sistem ini juga akan membantu hafalan fakta dan memudahkan kerja-kerja dalam peringkat latihan penyampaian nanti. Untuk membantu mengingati bahan tambahan dalam penyampaian, pengucap boleh membuat catatan dalam penulisan itu sebarang data atau visual yang hendak ditunjukkan yang membantu dalam persembahan nanti. Tanda-tanda seperti kurungan ( ), berbintang * atau tanda palang / boleh digunakan. Tanda-tanda ini kelak akan mebantu pengucap mengingat tempat-tempat di mana perlu berhenti seketika dalam penyampaian untuk menunjukkan visual atau data yang boleh memberi impak tambahan atau memperkukuhkan apa yang disampaikan dalam ucapan tersebut. 11

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

Menyusun Bahan Visual Semasa menulis semula kandungan ucapan, terdapat tanda-tanda tertentu yang digunakan bagi memudahkan pengucap menyusun bahan visual yang akan digunakan. Bahan-bahan visual yang akan digunakan sebaik-baiknya ditandakan mengikut susunan nombor. Ia akan memudahkan pengucap mendapatkannya semasa diperlukan. Sekiranya ini tidak dilakukan kemungkinan pengucap menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya semasa diperlukan. Ada ketikanya bahan yang dicari tidak ditemui, pengucap akan kelihatan gugup dan gelisah dalam persembahan. Tanda-tanda yang dibuat haruslah besar dan jelas supaya mudah dilihat. Contohnya, tanda yang dibuat di atas transparensi, tanda atau nombor susunan sebaiknya dibuat data rangka transparensi tersebut dan disusun mengikut urutan. Sekiranya ada bahan-bahan lain yang hendak digunakan, seperti keratan akhbar contohnya, keratan itu boleh dibesarkan cetakannya agar mudah dilihat bila ditunjukkan kepada pendengar atau disalinkan ke dalam bentuk transparensi untuk ditayangkan. Sebarang maklumat atau fakta penting boleh diwarnakan untuk memudahkan kita menjelaskan fakta yang dinyatakan. Latihan Awal Setelah ucapan disediakan, ianya perlu dibaca semula beberapa kali sehingga pengucap berpuashati dengan apa yang dilakukan. Semakan semula atau rujukan boleh dibuat kepada mereka yang boleh membantu atau mereka yang pakar. Setelah dibaca beberapa kali barulah latihan awal dibuat. Latihan ini dilakukan sendiri dengan bercakap sambil membaca skrip yang dibuat. Adalah lebih baik jika latihan ini diperhatikan oleh seseorang yang berpengalaman, kerana beliau boleh memberi komen tertentu. Latihan ini perlu dilakukan kerana ianya bukan sahaja membantu pengucap menghafal fakta yang hendak disampaikan tetapi juga kita dapat mengesan mana-mana bahagian ucapan yang kurang menarik atau bahagian yang memerlukan fakta tambahan sebagai sokongan kepada fakta yang sedia ada. Penggunaan masa juga dapat dikesan dari latihan awal ini dan hasilnya nanti akan dapat membuat penyesuaian masa di mana perlu.

12

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

PROSES AKHIR Persiapan Akhir Setelah semua persiapan awal dibuat barulah pengucap memasuki proses akhir menyediakan ucapan yang bernas. Setelah diulangbaca beberapa kali pengucap pasti akan dapat mengingat banyak fakta di dalam ucapan yang hendak disampaikan itu. Tugas seterusnya ialah mendapatkan kad bergaris dan kemudian pindahkan maklumat-maklumat yang mengandungi idea-idea penting sahaja ke dalam kad-kad peringatan tersebut. Gunakan perkataan-perkataan yang penting sahaja untuk mengukuhkan ingatan. Sekiranya sebarang kata-kata hikmat atau petikan digunakan, ianya perlu ditulis sepenuhnya. Dari segi strukturnya, pembahagian utama seperti bahagian pengenalan atau pendahuluan, isi kandungan dan penutup ucapan mesti dikekalkan. Sebaiknya asingkan setiap bahagian kepada kad-kad yang tertentu sahaja bagi memudahkan sebarang catatan dibuat di atas kad berkenaan. Pakaian Dan Penampilan Diri Setelah semua tugasan untuk persembahan selesai dilakukan, pengucap harus memberikan perhatian kepada persiapan diri dan pakaian yang hendak digunakan semasa hari sebenar persembahan ucapan itu kelak. Pakaian dan penampilan diri harus diberikan perhatian serius kerana pakaian menggambarkan serta melambangkan keperibadian si pemakai. Pakaian yang dipakai boleh membantu persembahan yang akan dibuat kerana penampilan diri yang baik dengan pakaian yang sesuai dapat meninkatkan tahap penerimaan di kalangan para pendengar. Pakaian yang sesuai yang dimaksudkan disini ialah pekaian yang bertepatan dengan majlis yang dihadiri contohnya, di mana dan lokasi majlis pengucapan akan diadakan serta siapa pendengar membantu pengucap membuat persiapan pakaian dan penampilan diri yang sesuai. Contohnya satu majlis penerangan yang diadakan di peringkat mukim dan kampung yang dihadiri oleh orang-orang kampung, adalah sesuai jika pengucap menggenakan pakaian pejabat harian seperti baju berlengan panjang dengan tali leher, memakai bush-jackket atau pakaian rasmi. Pakaian lounge suit lengkap dikatakan kurang sesuai dan boleh disalahtafsirkan oleh penonton sebagai cuba menunjuk-nunjuk.

13

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

KESIMPULAN Pengucapan awam yang baik bertujuan untuk membolehkan berlakunya perpindahan idea dan perasaan secara yang lebih berkesan daripada pengucap kepada pendengar. Kebolehan berkomunikasi merupakan satu kekuatan kepada pemiliknya kerana ia berkeupayaan mempengaruhi pemikiran, kepercayaan serta tingkahlaku pendengar ke arah yang dihasratkan oleh pengucap. Oleh yang demikian, kemahiran dalam pengucapan awam adalah merupakan satu kemahiran yang boleh diperolehi melalui latihan formal yang tertentu yang melibatkan teori dan amali. Latihan dan perancangan awal sangat membantu pengucap dalam persembahannya. Kita mungkin boleh mengatakan ianya mudah kerana bukan kita yang terlibat sebagai pengucap. Terdapat insiden yang berlaku di mana pengucap tidak dapat bertutur dengan baik di hadapan pendengar. Hal seperti ini terjadi apabila kurangnya persediaan pengucap itu sendiri, kerana apabila seseorang kurang melakukan persediaan, maka secara tidak langsung keyakinan pada diri sendiri akan turut berkurang. Ringkasnya, pengucapan awam amat mustahak dalam kehidupan ini. Pengucap juga menghadapi cabaran membuat ucapan kepada kepelbagaian khalayak audiens yang memberi kesan kepada hampir semua aspek proses komunikasi seperti sistem kepercayaan, nilai, simbol serta tingkahlaku. Pengucapan awam boleh menjadi satu aktiviti pembelajaran yang memberikan peluang untuk mempelajari bagaimanakah untuk meningkatkan kecekapan pengucapan awam, ilmu yang diperlukan bagi pengucapan awam yang baik dan juga kemahiran menterjemahkan ilmu dalam bentuk amalan sebenar. Bagi menghasilkan pengucapan awam yang lebih berkesan, selain daripada membuat perancangan dan beberapa persediaan awal, adalah lebih baik jika pengucap itu bersedia untuk mengatasi gangguan dalam persembahannya. Gangguan utama yang wujud datang dari dalaman pengucap itu sendiri, maka sangat wajar seseorang pengucap mengambil perhatian seperti membuat persiapan diri dari segi mental dan psikologi, datang awal ke majlis, banyakkan bertenang, pandang terus kepada audiens, menanamkan semangat keyakinan dan tidak bercakap terlalu laju. Elemen-elemen ini apabila dipraktikkan pasti boleh menjadikan persembahan pengucap lebih berkesan yang tentunya akan menambah keyakinannya untuk menyampaikan pengucapan awam yang lain pada masa akan datang.

14

[MARY@NURIAH BINTI SALIKAT@ABD.RAHIM]

690818-12-5936

BIBLIOGRAFI 1. Abdul Muati @ Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Donald H. Weiss, 1990. Bagaimana Membuat Pidato atau Presentasi Yang Efektif. Amacom Jakarta. 3. http://www.scribd.com 4. Maimunah Osman, 2000. Pengucapan Awam Yang Berkesan. Kuala Lumpur:INTAN. 5. Maimunah Haji Omar, 1994. Bahasa, Format Penulisan & Tatacara Penyampaian Ceramah, Ucapan dan Taklimat. Shah Alam:ITM 6. Sallehuddin Bin Hj. Mohd Nor, Jalaludin Bin Hj Mohd Nor, Ishak Bin Hj Abd. Rahman, 2003. Pengucapan Awam. Thomson Learning Asia Pte Ltd. 7. www.thomsonlearningasia.com

15

Anda mungkin juga menyukai