Anda di halaman 1dari 14

PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |1

DAFTAR KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………..…..….3

2.0 ANALISIS UCAPAN………………………………….………………………………..…..……4

2.1 CIRI PENGUCAPAN AWAM………………………………………………………..4-6

2.2 BAHASA DALAM PENGUCAPAN AWAM………………………………………...7-9

2.3 KEBERKESANAN PERSEMBAHAN…………………………………………....10-12

2.4 HUJAH YANG DIKEMUKAKAN………………………………………………….13-14

3.0 KESIMPULAN……………………………………………………………………………….....14

4.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………………....14
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |2

Buah kuini di tebing sana,

Ambil sebiji diberi tamu;

Esei diberi tugasan terlaksana,

Untuk berkongsi segala ilmu.

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat dan kurnia
dariNya yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Encik Suhasni bin Dollah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya dorongan dan semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan
tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang menjadi kesilapan saya. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka dengan memberikan
penerangan yang jelas.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terimalah serangkap pantun dari
saya,

Pohon kedada daunnya lebar,

Duduk bersila di bawah bayangnya;

Setelah tugasan sudah dihantar,

Harapan agar sempurna semuanya.


PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |3

1.0 PENGENALAN

Pengucapan merupakan suatu kaedah berkomunikasi secara lisan. Pengucapan awam pula
merujuk kepada ucapan yang disampaikan kepada sekumpulan pendengar dalam situasi yang
terancang, melibatkan tempat, masa, isu atau topik yang hendak disampaikan kepada
pendengar. Di dalam buku Panduan Pengucapan Awam tulisan Abdul Mua’ti Ahmad dan Zamri
Ahmad (2010) ada tercatat bahawa pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi
verbal dan bukan verbal. Hal ini dibuktikan apabila setiap pengucapan awam yang disampaikan
oleh pengucap perlu melibatkan lontaran suara serta penyampaian yang perlu melibatkan
pergerakan yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej kepada penerima. Beliau juga
menegaskan bahawa pengucapan awam kebiasaannya perlu melalui empat ciri utama
pengucapan awam iaitu perucap, bahan ucapan, audiens dan situasi persembahan.

Dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan pada kali ini, saya telah menganalisis
sebuah ucapan tokoh pemimpin di Malaysia yang diucapkan secara langsung melalui aplikasi
‘Youtube’. Tokoh pemimpin yang telah saya pilih ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia yang berucap semasa Majlis Sambutan Hari Malaysia tahun 2019 yang
diadakan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, baru-baru ini.
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |4

2.0 ANALISIS UCAPAN


Analisis ucapan perlu dianalisis melalui beberapa kriteria menurut soalan tugasan yang
dikemukakan. Melalui tugasan ini, saya telah memperincikan analisis ucapan Tun Dr Mahathir
bin Mohamad menerusi empat kriteria utama untuk menganalisis ucapan, iaitu ciri pengucapan
awam, bahasa dalam pengucapan awam, keberkesanan persembahan dan hujah yang
dikemukakan, seperti yang dipaparkan dalam rajah infografik di bawah.

2.1 Ciri Pengucapan 2.2 Bahasa dalam


Awam Pengucapan Awam
Kriteria Analisis
Ucapan
2.3 Keberkesanan 2.4 Hujah yang
Persembahan Dikemukakan

Rajah 1 : Kriteria Analisis Ucapan

2.1 CIRI PENGUCAPAN AWAM


Antara kriteria yang telah saya tekankan melalui analisis ucapan bagi ucapan Tun Dr Mahathir
bin Mohamad ini ialah ciri pengucapan awam. Ciri pengucapan awam ini amat penting dan
perlu difahami serta dikuasai oleh pengucap dalam usaha untuk menyampaikan sebuah ucapan
yang baik dan teratur. Oleh itu, saya telah menganalisis ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad
berdasarkan beberapa elemen yang terdapat dalam ciri pengucapan awam. Rajah infografik di
bawah menunjukkan elemen-elemen yang telah saya analisis berdasarkan ciri pengucapan
awam serta isi-isi penting bagi elemen-elemen tersebut.
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |5

a
lu
k
o
sp
e
R
M
B
rd/y
m
n
iSP
jA
e aklu
R
M
a las
B
n s/
o
sp
m
Salu iu
ed
M /
P en

ran
m
ya m
ai
p
d ien
u
A
es ej
M
s

Rajah 2 : Elemen-elemen dalam Ciri Pengucapan Awam

Penyampai
Menurut Abdul Mu’ati Ahmad dan Zamri Ahmad (2010), penyampai adalah sebagai sumber
maklumat. seseorang pengucap hendaklah mempunyai kredibiliti, karisma dan juga imej.
Setelah saya menganalisis ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad, saya mendapati bahawa
beliau menepati elemen pertama dalam ciri pengucapan awam iaitu penyampai sebagai sumber
maklumat. Sebagai contoh, beliau telah menerangkan mengenai matlamat pemilihan tema
sambutan Hari Malaysia 2019 iaitu Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dalam ucapan beliau
pada minit yang ke 7.54. Beliau juga telah memberikan hujah-hujah yang bernas sepanjang
beliau menyampaikan ucapan, seperti kepentingan mengekalkan perpaduan, sejarah
pembetukan Malaysia, ancaman-ancaman dalam mengekalkan perpaduan, serta usaha-usaha
yang dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan perpaduan negara. Ini jelas menunjukkan
bahawa Tun Dr Mahathir telah berjaya bertindak sebagai penyampai yang menyampaikan
maklumat, dan merupakan sumber maklumat dalam majlis tersebut.

Audiens
Audiens pula merupakan pendengar kepada ucapan yang disampaikan oleh pengucap. Untuk
ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang telah saya analisis ini, saya mendapati bahawa
audiens majlis ini terdiri daripada golongan dewasa. Audiens merupakan hadirin yang hadir bagi
menjayakan majlis Sambutan Hari Malaysia 2019 yang bertempat di Stadium Perpaduan Petra
Jaya, Kuching, Sarawak.
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |6

Mesej
Mesej ialah perkara yang disampaikan dalam sesebuah ucapan. Dalam konteks ucapan Tun Dr
Mahathir bin Mohamad yang telah saya analisis ini, jelas menunjukkan bahawa beliau
mempunyai mesej-mesej penting yang disampaikan di dalam ucapan tersebut. Sebagai contoh,
beliau menegaskan objektif dan matlamat ucapan beliau pada minit yang ke 2.30. Selain itu,
beliau juga menyampaikan beberapa mesej dalam kandungan ucapan beliau secara
keseluruhannya. Ini menunjukkan bahawa ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad ini
mempunyai mesej-mesej yang telah disampaikan secara terus kepada audiens di dalam majlis
tersebut.

Saluran/Medium
Elemen seterusnya yang dapat saya analisis melalui ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad
dalam aspek ciri pengucapan awam ialah saluran/medium. Saluran/medium ialah ruang untuk
pengirim menyampaikan mesej, contohnya telefon, radio atau televisyen. Untuk ucapan yang
telah saya analisis ini, saya mendapati bahawa ucapan ini bukan sahaja dilaksanakan secara
langsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, Sarawak, malahan ucapan ini juga telah
ditayangkan melalui saluran televisyen Astro Awani. Ucapan ini juga boleh diakses dan ditonton
di laman web Astro Awani, serta media sosial Astro Awani menggunakan aplikasi Youtube,
Google dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa elemen saluran/medium wujud bagi
ucapan ini.

Respons/Maklum Balas
Respons/maklum balas merupakan elemen terakhir yang saya gunakan untuk menganalisis
ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad ini melalui aspek ciri pengucapan awam. Setelah saya
selidik, saya telah mengenal pasti bahawa respons/maklum balas ialah sesuatu yang diberikan
oleh audiens sebagai tanda mereka mendengar dengan aktif mengenai sesuatu pengucapan
awam. Memandangkan beliau berucap dalam sebuah majlis yang formal, saya mendapati
bahawa respons/maklum balas daripada audiens wujud, namun secara bukan lisan sahaja.
Audiens memberikan respons dengan bertepuk tangan, sebagai contoh, mereka bertepuk
tangan setelah Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengemukakan penyataan yang memberi impak
kepada mereka pada minit ke 4.57 melalui ucapan tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa
respons atau maklum balas audiens wujud sebagai komponen penting dalam ciri pengucapan
awam yang berkesan.
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |7

2.2 BAHASA DALAM PENGUCAPAN AWAM


Kriteria kedua yang telah saya perincikan ialah bahasa dalam pengucapan awam. Sebagai
seorang pengucap yang baik, seseorang perlulah menyampaikan ucapan dengan
menggunakan bahasa yang sesuai (Maimunah Haji Omar, 1993). Menerusi aspek bahasa ini,
terdapat beberapa elemen yang boleh saya perincikan semasa menganalisis ucapan oleh Tun
Dr Mahathir bin Mohamad sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia 2019 baru-baru ini. Rajah
infografik di bawah menunjukkan elemen-elemen di dalam aspek bahasa dalam pengucapan
awam yang telah saya spesifikasikan dengan lebih jelas dalam analisis ucapan yang saya

E le m e n d a la m a s p e k b a h a s a
laksanakan.

Bahasa
rasmi/tidak rasmi

Gaya bahasa

Laras bahasa

Protokol

Wacana

Bahasa badan

Rajah 3 : Elemen dalam Aspek Bahasa dalam Pengucapan Awam

Bahasa rasmi/tidak rasmi


Antara elemen dalam bahasa yang dapat saya analisis melalui ucapan Tun Dr Mahathir bin
Mohamad ialah bahasa rasmi/tidak rasmi. Setelah dikaji, beliau menggunakan bahasa rasmi
yang juga merupakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat dua
istilah bahasa Inggeris yang beliau telah nyatakan di dalam ucapan tersebut, iaitu Malaysia,
Truly Asia (minit ke 5.24) dan Unity in Diversity (minit ke 5.50). Istilah-istilah bahasa Inggeris
yang digunakan ini mudah difahami oleh audiens yang sememangnya berlatarkan rakyat yang
berada dalam lingkungan umur dewasa. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa beliau menggunakan
bahasa rasmi dalam ucapannya yang telah saya analisis.
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |8

Gaya bahasa
Gaya bahasa juga merupakan elemen penting dalam aspek bahasa dalam sesebuah
pengucapan awam. Ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang telah saya analisis ini telah
menggunakan gaya bahasa yang positif, bersahaja dan tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan
melalui gaya pengucapan beliau yang tidak terlalu mengikut emosi mahupun terlalu bersifat
politikal. Sebagai contoh, beliau hanya memfokuskan ucapan beliau terhadap matlamat
sambutan Hari Malaysia, penerangan pemilihan tema dan slogan sempena sambutan Hari
Malaysia 2019 dan kepentingan mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Beliau juga
menerangkan usaha-usaha kerajaan dalam mengekalkan perpaduan negara, seterusnya beliau
menyeru kepada audiens untuk bersama-sama berganding bahu dalam mengekalkan
perpaduan antara kaum di negara ini. Setelah menganalisis ucapan beliau, jelaslah bahawa
gaya bahasa yang digunakan ialah gaya bahasa yang positif, bersahaja dan tersendiri.

Laras bahasa
Setiap pengucapan awam mempunyai laras bahasa yang tersendiri, bergantung kepada tema
sesuatu majlis atau situasi yang dihadapi. Dalam konteks ucapan Tun Dr Mahathir bin
Mohamad sempena sambutan Hari Malaysia 2019 yang telah saya analisis, saya telah
mengenal pasti bahawa laras bahasa yang digunakan oleh beliau ialah laras bahasa biasa
formal. Laras bahasa biasa dapat dilihat apabila tiada konteks yang spesifik mengenai sesuatu
bidang ilmu. Laras bahasa biasa juga dapat dilihat apabila pengucap hanya menggunakan
bahasa yang mudah difahami, sama seperti penggunaan bahasa dalam perbualan harian.
Struktur ayat yang digunakan juga mudah, ringkas, dan padat. Laras bahasa biasa formal pula
kebiasaannya digunakan dalam majlis-majlis formal. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa laras
bahasa yang digunakan oleh beliau ialah laras bahasa biasa formal.

Protokol
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meletakkan protokol pada tempatnya semasa
menyampaikan ucapan. Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah memulakan ucapan dengan
menyatakan kata alu-aluan dan salutasi kepada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah,
menteri-menteri serta hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa
beliau mementingkan protokol dalam ucapannya.
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |9

Wacana
Elemen seterusnya dalam aspek bahasa yang telah saya analisis melalui ucapan Tun Dr
Mahathir bin Mohamad ialah wacana. Asmah (1980) mendefinisikan wacana sebagai unit
bahasa yang melebihi batasan ayat. Setelah diperhatikan, wacana yang beliau gunakan dalam
ucapan tersebut sangat tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Hal ini dapat
dijelaskan lagi melalui penyusunan isi-isi penting yang disusuli dengan bukti-bukti yang
menyokong hujah-hujah tersebut dapat disampaikan dengan baik oleh beliau. Oleh itu, jelaslah
di sini bahawa ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad mempunyai wacana yang tersusun dan
jelas.

Bahasa badan
Bahasa badan merupakan elemen terakhir yang akan saya terangkan berdasarkan analisis
saya terhadap ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berdasarkan aspek bahasa dalam
pengucapan awam. Bahasa badan yang digunakan oleh beliau sangat terkawal dan tidak
keterlaluan. Memandangkan ucapan tersebut disampaikan dalam sebuah majlis rasmi, jadi
bahasa badan yang digunakan sangat terkawal dan tidak keterlaluan. Hal ini dapat dibuktikan
apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad hanya menggerakkan kepala dan anak matanya semasa
sedang menyampaikan ucapan.
P E N G U C A P A N A W A M ( P A W K 3 0 8 3 ) | 10

2.3 KEBERKESANAN PERSEMBAHAN


Keberkesanan persembahan ialah kriteria ketiga yang telah saya gunakan untuk menganalisis
ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Aspek persembahan merupakan intipati utama kepada
proses pengucapan awam secara amnya (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2001). Oleh itu,
saya telah menganalisis keberkesanan persembahan pengucapan awam iaitu ucapan yang
disampaikan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad ini kepada beberapa elemen. Rajah di bawah
menunjukkan elemen-elemen yang telah saya gunakan sebagai spesifikasi analisis dalam
aspek keberkesanan persembahan.

Membuat
kesimpulan
Membentangkan
kandungan
Memperkenalkan
topik

Persembahan yang
berkesan

Penggunaan alat
bantu yang sesuai

Rajah 4 : Elemen-elemen Analisis Ucapan dalam Aspek Keberkesanan Persembahan

Penggunaan alat bantu yang sesuai


Semasa ucapannya, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menggunakan alat bantu yang
sesuai, iaitu rostrum dan mikrofon. Beliau tidak perlu menggunakan alat bantu seperti skrin
layar mahupun pemancar LCD untuk membentangkan apa yang diucapkan. Ini adalah kerana
ucapan beliau adalah di dalam sebuah majlis rasmi iaitu majlis sempena sambutan Hari
Malaysia 2019. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu yang sesuai sangat
penting dalam menjamin keberkesanan ucapan dan persembahan pengucapan awam yang
disampaikan oleh penyampai.
P E N G U C A P A N A W A M ( P A W K 3 0 8 3 ) | 11

Persembahan yang berkesan


Elemen persembahan yang berkesan dapat dianalisis melalui kejelasan suara, keyakinan diri
pengucap semasa berucap serta keterampilan diri seseorang pengucap semasa
menyampaikan ucapan. Apa yang saya dapat lihat melalui analisis ucapan Tun Dr Mahathir bin
Mohamad, beliau menggunakan suara yang jelas, serta mempunyai intonasi suara yang
sederhana. Ini membantu audiens untuk memahami dan memberikan perhatian kepada beliau
semasa beliau sedang berucap.
Selain itu, beliau juga dilihat sangat yakin semasa berucap, saya menjangkakan ini
disebabkan oleh pengalaman beliau yang meluas dalam bidang kepemimpinan dan juga
pengucapan awam telah membantu beliau untuk sentiasa yakin dalam menyampaikan ucapan.
Akhir sekali, keterampilan diri beliau sangat memainkan peranan dalam menarik minat dan
perhatian audiens untuk kekal mendengar ucapan yang disampaikan. Tidak dapat disangkal
lagi, beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti dalam memberikan hujah
kenegaraan, memandangkan beliau ialah Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua dalam
hidupnya. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa elemen persembahan yang berkesan dapat saya
analisis melalui ucapan beliau.

Memperkenalkan topik, membentangkan kandungan, dan membuat kesimpulan


Untuk tiga elemen terakhir dalam aspek keberkesanan persembahan yang dapat saya rungkai
di sini, saya telah menggabungkan penerangan ketiga-tiga elemen tersebut menjadi satu. Jika
dilihat, ketiga-tiga elemen ini mewakili penyusunan isi ucapan dengan baik (Supyan Hussin &
Azhar Jaludin, 2003). Setelah dianalisis, ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang telah saya
analisis mempunyai penyusunan isi kandungan yang sangat teratur. Beliau menyusun ucapan
tersebut dengan memperkenalkan topik, kemudiannya membentangkan beberapa kandungan
serta bukti yang menyokong setiap hujah yang diutarakan, kemudian diakhiri dengan membuat
kesimpulan.
Rajah infografik di bawah menunjukkan penyusunan idea-idea penting Tun Dr Mahathir
bin Mohamad dalam ucapannya yang telah saya analisis dengan teliti.
P E N G U C A P A N A W A M ( P A W K 3 0 8 3 ) | 12

Rajah 5 : Susunan Isi Ucapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad sempena sambutan Hari Malaysia
2019
P E N G U C A P A N A W A M ( P A W K 3 0 8 3 ) | 13

2.4 HUJAH YANG DIKEMUKAKAN


Kriteria terakhir yang telah saya gunakan untuk menganalisis ucapan Tun Dr Mahathir bin
Mohamad ialah hujah yang dikemukakan. Rajah di bawah menunjukkan antara elemen hujah
yang dikemukakan yang telah saya analisis melalui ucapan beliau.

Menepa
ti tema
majlis

Isi hujah
yang
tersusun
Penggunaan
perkataan yang
sesuai

Rajah 6 : Elemen Hujah yang Dikemukakan dalam Ucapan yang Dianalisis

Secara keseluruhannya, hujah-hujah yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir bin


Mohamad sangat menepati tema majlis. Jika kita rujuk Rajah 5 yang telah saya paparkan
sebelum ini, jelaslah di sini bahawa ucapan beliau sememangnya berlandaskan tema majlis
iaitu sambutan Hari Malaysia. Beliau menekankan perkara-perkara yang secara langsung
berkait dengan sambutan Hari Malaysia, sebagai contoh, beliau menerangkan mengenai
sejarah pembentukan Malaysia, kepentingan mengekalkan perpaduan negara, ancaman yang
diterima negara dalam usaha untuk mengekalkan perpaduan, penerangan mengenai pemilihan
tema dan slogan sambutan Hari Malaysia, serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan
perpaduan negara. Ini jelas menunjukkan bahawa hujah-hujah yang dikemukakan beliau
menepati tema majlis.
Selain itu, aspek hujah-hujah yang dikemukakan juga dapat dilihat melalui isi hujah
yang tersusun. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, isi-isi hujah yang dikemukakan
oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad sangat tersusun, dan diikuti dengan bukti-bukti yang
menyokong hujah-hujah tersebut. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa hujah yang dikemukakan
oleh beliau mempunyai isi yang tersusun.
P E N G U C A P A N A W A M ( P A W K 3 0 8 3 ) | 14

Akhir sekali, hujah-hujah yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad
mempunyai elemen penggunaan perkataan-perkataan yang betul. Hal ini dapat dibuktikan
melalui penggunaan perkataan-perkataan yang sesuai bagi menggambarkan dengan lebih
terperinci tentang sesuatu perkara yang ingin disampaikan telah dibuat di dalam ucapan beliau.
Walaupun ada perkataan bahasa Inggeris yang digunakan bagi merujuk kepada sesuatu istilah,
da nada beberapa perkataan bahasa Melayu yang bersifat akademik dan berada pada laras
yang tinggi, namun ianya difahami oleh audiens yang sememangnya berlatarkan warga dewasa
dan berilmu, yang terdiri dalam kalangan menteri-menteri dan mereka yang berkenamaan.

3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, terdapat banyak pengetahuan baharu yang diperolehi semasa
melakukan analisis pengucapan awam seorang tokoh pemimpin negara yang berpengalaman
luas dalam bidang kepemimpinan. Di samping melakukan analisis, saya juga dapat meneliti
cara pengucapan yang menarik serta mempelajari teknik yang dipraktikkan oleh Tun Dr
Mahathir bin Mohamad semasa memberi ucapan.

4.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2001. Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh. Kuala Lumpur:
PTS Publications Sdn. Bhd.
Abdul Mu’ati Ahmad & Zamri Ahmad. (2010). Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 1980. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maimunah Haji Omar. (1993). Bahasa, Format penulisan & Tatacara Penyampaian Ceramah,
Ucapan dan Taklimat. Shah Alam: Institut Teknologi MARA.
Supyan Hussin & Azhar Jaludin. (2003). Kecemerlangan dalam pengucapan awam . Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

[youtube]. (2019, September 16). Mahathir Mohamad: Ucapan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad sempena Hari Malaysia 2019. [Fail Video]. Diakses daripada
https://www.youtube.com/watch?v=Y7DBsIGaLoU

Anda mungkin juga menyukai