Anda di halaman 1dari 11

PEMBELAJARAN REGULASI

KENDIRI
(SELF-REGULATED LEARNING)

Dr. NORLIA BINTI MAT ESA


JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
IPG KAMPUS IPOH
 Regulasi kendiri adalah proses di mana seseorang pelajar
secara kendiri menilai, memantau keadaan semasa dan
membuat penambahbaikan untuk mencapai tahap yang
optima dalam pembelajaran (Zimmerman, 1989).
 SRL merujuk kepada proses, di mana pelajar mengunakan
regulasi kendiri, mengekalkan strategi kognitif, metakognitf
dan tingkahlaku dalam mencapai kejayaan akademik
(Ramdass & Zimmerman, 2011).
 Strategi pembelajaran ini bergantung kepada keupayaan
pelajar merangsang pemikiran mereka sewaktu proses
pembelajaran, mengekalkan pemikiran mereka dalam
tindakan dan emosi bagi mencapai sasaran yang telah
mereka tetapkan (Nota, Soresi & Zimmerman, 2004).
Definisi Pembelajaran Regulasi Kendiri

Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu


proses pembelajaran di mana pelajar:
 menentukan sendiri matlamat pembelajaran
masing-masing
 memilih alat bantu belajar mereka sendiri
 menggunakannya dalam pembelajaran mereka
 mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran
dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan
pemahaman yang lebih mendalam tentang
sesuatu
ELEMEN-ELEMEN PEMBELAJARAN
REGULASI KENDIRI

1. Motivasi kendiri

Mempunyai keinginan untuk menyudahkan


tugasan belajar dengan berkesan.  Pelajar
akan bermotivasi kendiri hanya jika mereka
mempunyai kualiti kendiri (self-efficacy) yang
tinggi berhubung dengan kebolehan mereka
menyudahkan tugasan pembelajaran dengan
jayanya.
2. Menetapkan matlamat

Mengenal pasti kesudahan yang diingini


untuk aktiviti pembelajaran.  Pelajar
regulasi kendiri tahu tentang perkara
yang perlu diselesaikan apabila mereka
belajar atau membaca.
3. Merancang

Mengenal pasti cara yang terbaik untuk


menggunakan masa yang ada bagi tugas
pembelajaran.  Pelajar regulasi kendiri
merancang awal tugasan pembelajaran
dan menggunakan masa mereka dengan
berkesan untuk mencapai matlamat
mereka.
4. Pengawalan tumpuan

Memaksimumkan tumpuan terhadap


tugasan pembelajaran.  Pelajar regulasi
kendiri cuba memokuskan tumpuan
mereka pada isi-isi pelajaran yang ada
dan menghindarkan fikiran dan emosi
mereka daripada tersasar atau tidak
fokus.
5. Aplikasi strategi pembelajaran

Memilih dan menggunakan dengan betul


cara untuk memproses bahan yang
dipelajari. Pelajar regulasi kendiri memilih
strategi belajar yang berbeza bergantung
pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi;
contohnya, cara mereka membaca artikel
majalah berbeza mengikut keadaan iaitu
membaca untuk hiburan atau untuk
peperiksaan.
6. Pemantauan kendiri

Dari semasa ke semasa menyemak untuk


melihat sama ada perkembangan berlaku
untuk mencapai matlamat.  Pelajar regulasi
kendiri sentiasa memantau perkembangan
mereka semasa aktiviti pembelajaran dan
mereka mengubah strategi pembelajaran
atau memodifikasi matlamat mereka jika
perlu.
7. Penilaian kendiri

Menilai hasil terakhir daripada usaha


seseorang.  Pelajar regulasi kendiri
menentukan sama ada apa-apa yang
dipelajari adalah mencukupi untuk
matlamat yang mereka sendiri tetapkan .
Apabila murid-murid adalah pelajar regulasi
kendiri, mereka menetapkan matlamat
akademik yang tinggi untuk diri mereka,
belajar dengan lebih berkesan, dan
mencapai tahap yang tinggi dalam bilik
darjah. 

Anda mungkin juga menyukai