Anda di halaman 1dari 2

MELODI Dalam sesebuah karya muzik, melodi menjadi nyawa karya tersebut.

Tanpa melodi tidak mungkin wujudnya sebuah lagu. Pada melodilah tempat segala cerita diceritakan dan disitulah letaknya suara penyanyi, nafas, lirik, tenaga dan attitude lagu secara keseluruhannya. Elemen-elemen lain bertindak sebagai penyokong cerita, sama pentingnya tetapi keutamaan yang berbeza.

Pada umumnya kita memahami melodi itu dalam bentuk yang dinyanyikan oleh penyanyi dan berlirik. Namun ada kalanya melodi ini hanya bersifat bunyi-bunyian sahaja atau dengan maksud lain ialah komposisi. Bagi nyanyian berlirik yang digubah semula menjadi melodi bunyi semata-mata, namanya ialah instrumental. Bagaimana hendak membezakan antara melodinya dengan elemen lainnya? Melodi boleh berdiri dengan sendiri tanpa irama, tempo tertentu atau lain-lain elemen. Tetapi elemen-elemen seperti ritma, tempo tidak akan sanggup berdiri sepertimana berdirinya melodi. Buktinya, kita boleh bersiul bersahaja tanpa bantuan sebarang instrumen lain, masih boleh berhibur, sedangkan untuk mendapatkan elemen selain dari melodi, kita harus mempunyai instrumen setidak-tidaknya bertepuk tangan atau memetik jari dan ia juga terikat pada disiplin-disiplin tertentu iaitu masa.

Penciptaan dan pengolahan melodi merupakan proses utama dalam penghasilan sesebuah karya. Ia memberi kesan terus kepada penghasilan lirik, tempo, mood dan seterusnya kepada gubahan muzik secara keseluruhannya. Jadi, apabila proses utama ini tidak disokong oleh kesedaran intelek yang jelas, maka keseluruhan karya akan turut kabur bentuk dan arahnya. Melodi memberi lebih nilai pada lirik, lirik tanpa nada akan tawar makna dan nilainya. Ia merupakan sense yang menjadi alat, samaada sesuatu melodi itu sesuai, disenangi atau tidak dikalangan umum. Maka, proses utama ini sangat kritikal jika kita sedar tentang nilai intelek pada insan komposer dan kerjanya.

DINAMIK

Dinamik adalah lanturan dang red muzik kuat dan perlahan. Peringkat dinamik seiring dihuraikan daripada emosi. Dinamik yang menggambarkan mood yang beremosi adalah lebih berbentuk semulajadi.

Dinamik yang berbentuk kuat merangkumi vigor turmoil, konflik, volor atau march. Dinamik berbentuk ataupun lebih lembut lebih ke arah ketenangan, kecintaan dan lagu kanak-kanak yang berbentuk perlahan. Dinamik yang tersasar memberi kesan yang tidak efektif dan tidak logik untuk emosi seseorang. . Dinamik merupakan salah satu faktor di dalam pengulangan, variasi dan proses yang bertentangan di dalam muzik yang mana menyumbang pada pembentukan melodi itu sendiri dan kepada emosi di dalam muzik. Dinamik harus ada flow dan direction.

Bunyi boleh dibentuk melalui pitch, duration, amplitude dan timbre. Empat perkara inilah yang menjadi elemen bunyi yang bisa digunapakai oleh manusia dalam hidupnya. Untuk membentuk bunyi perlu pendengaran yang tajam dan kehalusan idea muzik. Di sinilah titik perbezaan antara bunyi mesin dan bunyi dari sentuhan manusia iaitu sentuhan dengan rasa.

Satu bunyi dari satu not ( tidak kira tinggi atau rendah ) yang mengikut dinamik iaitu dari senyap dan berkembang kuat dan menguncup kembali akan memberi kesan perasaan turun dan naik secara tersusun dan kemas. Pujukkan ini memberi memotivasikan pendengar menghayati keindahan mahupun kisah dalam sebuah karangan muzik.

Anda mungkin juga menyukai