Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan


fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif termasuklah aktiviti
gerak tari yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan
melahirkan perasaan masing-masing. Dalam aktiviti muzikal, pergerakan kreatif adalah
pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu
meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Setiap
pergerakan kreatif, muzik atau permainan yang disediakan untuk kanak-kanak sebenarnya
tidak semestinya daripada alatan yang mahal dan canggih. Muzik dan pergerakan kreatif
boleh dilaksanakan dengan penggunaan alatan muzik, kostum atau alunan muzik.

Untuk tugasan ini, saya sebagai guru telah menyediakan aktiviti muzikal yang
disebut sebagai Jom Ke Sawah Padi. Aktiviti ini menggabungkan konsep ekspresi (mud)
dan konsep irama untuk kelas Tahun 4. Selain itu, aktiviti ini juga melibatkan kemahiran
mendengar, merasai, berimaginasi, menginterpretasi bunyi, bertindak, memberi respon dan
bergerak bagi membantu murid membayangkan maksudnya secara luaran.
2.0 Aktiviti Muzikal & Pergerakan Kreatif

Untuk langkah yang pertama, saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan memperdengarkan lagu Petani. Murid Tahun 4 akan mendengar lagu yang telah
dimainkan dengan teliti. Selepas mendengar lagu tersebut, murid akan menyanyi dan
bergerak mengikut irama lagu dengan mereka pergerakan secara bebas seperti menari,
melompat, berpusing dan kemahiran-kemahiran lain mengikut irama dan tempo lagu.
Seterusnya, murid akan duduk mencangkung atau duduk bersila di tempat sendiri apabila
muzik diberhentikan.

Bagi aktiviti seterusnya, saya akan meminta beberapa orang murid melakukan aksi
iaitu menanam benih padi, menuai padi, membanting padi, menampi padi. Mereka akan
melakukan aksi tersebut sambil bergerak ke pelbagai arah dan tanpa muzik. Ini bertujuan
supaya murid meneroka ruang sekeliling mereka agar berasa lebih bebas dan gembira.
Murid-murid yang lain akan meneka pekerjaan yang dilakukan berdasarkan pergerakan
yang dilakukan. Aktiviti ini akan dilaksanakan dengan bimbingan guru iaitu saya sendiri.

Untuk langkah yang ketiga, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan akan diberikan 2 gelung rotan atau gelung plastic, serta bahan buangan
seperti botol, tin dan sebagainya serta iringan muzik lagu Petani secara instrumental.
Murid akan membuat aksi padi ditiup angin (melibatkan irama dan tempo perlahan
untuk pergerakan lembut), petani menanam padi bergerak ke hadapan dan belakang
(penggunaan ruang), menuai padi bergerak ke kanan dan ke kiri, membanting padi
dan akhir sekali menampi padi sambil sambil berpusing. Murid akan mengakhiri
persembahan dengan gaya bebas. Dari aspek pergerakan kreatif, saya menerapkan
penggunaan ruang semasa bergerak pada langkah ini. Fokus pembelajaran yang ingin saya
terapkan disini pula ialah melakukan aksi dengan mengekspresikan mood riang dan ceria,
bergerak mengikut kreativiti dan mengikut irama.

Untuk langkah yang terakhir, setiap kumpulan akan membuat persembahan


bertemakan pertanian. Saya akan mengagihkan tema pergerakan kepada setiap kumpulan
iaitu menanam padi, menebas rumput, memotong pokok dan mencangkul tanah.
Setiap tema tersebut. Murid akan melakukan persembahan pergerakan kreatif bertema
dengan iringan muzik lagu Petani. Kumpulan yang menerima tepukan paling kuat akan
dinobatkan sebagai juara.
3.0 Kesimpulan

Sebagai rumusannya, pada pendapat saya, aktiviti menyanyi dan bergerak secara kreatif
dalam kumpulan memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi
dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Pengetahuan dan pengalaman yan diperoleh murid
dapat membantu murid untuk meneroka alam sekeliling dan meningkatkan keyakinan diri
murid untuk membuat persebahan di khalayak ramai. Untuk merealisasikan potensi
kurikulum Pendidikan Muzik KSSR, pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka
pelbagai konsep muzik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN

Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan

Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.

Maimunah Osman, (2005). PEMIKIRAN KREATIF. Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN),

Kuala Lumpur.

Rebecca T. Isbell & Shirley C. Raines, (2003). Creativity and the Arts with Young Children.

ROBERT SCHIRRMACHER, (1998). ART AND CREATIVE DEVELOPMENT FOR YOUNG

CHILDREN, Delmar Publishers an internasional Thomsom Publishing Compony.

Robert W. Olson , (1980) . Seni Berfikir Kreatif, P.T Gelora Aksara Pratama.

YEW KAM KEONG, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, Perpustakaan Negara Malaysia,

Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai