Anda di halaman 1dari 7

Pendahuluan

Penulisan aktiviti muzikal ini adalah bersesuaian dengan murid tahun 5 yang dijalankan
selama satu jam di dalam kelas yang melibatkan 20 hingga 30 orang murid. Aktiviti muzikal
ini menekankan aspek pengalaman muzikal iaitu murid memainkan alat perkusi dengan
ekspresi yang sesuai berdasarkan skor mengikut tempo (DSKP Dunia Muzik Tahun 5,
2012). Standard kandungan yang diambil adalah 1.2 Memainkan alat perkusi dan standard
pembelajarannya adalah 1.2.1 Memainkan corak irama berdasarkan skor dan 1.2.4
Mengamalkan nilai murni semasa aktiviti memainkan alat perkusi. Konsep yang digunakan
adalah irama dan tajuk bagi aktiviti muzikal ini adalah nyanyian dan permainan alat perkusi.

Antara objektif aktiviti muzikal ini adalah murid dapat bermain kastenet, tamborin dan
kayu tik tok dan membuat pergerakan dengan betul mengikut corak irama skor perkusi.
Pengetahuan sedia ada murid dalam perancangan aktiviti ini adalah murid pernah
menyanyikan lagu Edelweiss dan murid pernah memegang dan bermain kastanet dan
tamborin. Nilai yang diterapkan adalah seperti berdisiplin, mengikut arahan, keyakinan diri
dan berkerjasama.

Penulisan Aktiviti Muzikal

Aktiviti muzikal ini dimulakan dengan nyanyian lagu Edelweiss. Guru memainkan lagu
Edelweiss dengan menggunakan kibod. Murid akan menyanyikan lagu diiringi oleh muzik
secara beramai-ramai. Murid hendaklah menyanyikan lagu Edelweiss secara beramai-ramai
dengan sebutan, intonasi dan pernafasan yang betul kerana murid pernah menyanyikan
lagu ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Guru mempamerkan lirik lagu
(rujuk lampiran) Edelweiss dengan menggunakan LCD dan komputer. Dalam masa yang
sama, guru menerangkan beberapa elemen konsep muzik seperti ekspresi, harmoni dan
irama yang terdapat dalam lagu ini.

Selepas selesai sesi nyanyian, guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu
menepuk tangan menhikut pola irama mengikut skor alat perkusi (rujuk lampiran). Guru
menerangkan dan meminta murid menepuk pola irama mengikut tepukan guru lakukan
berdasarkan skor perkusi. Dalam aktiviti ini, murid menepuk irama menggunakan kiraan
‘one, two, three, four’. Selepas aktiviti menepuk tangan, murid diberikan alat perkusi iaitu
kastenet, tamborin dan kayu tik tok. Murid menggunakan alat perkusi tersebut untuk
mengikut corak irama berdasarkan skor perkusi yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh:-

1
Kastenet- kiraan detik satu, dua, tiga, empat
Tamborin- kiraan detik dsatu, dua, tiga, empat
Kayu tik tok- kiraan detik satu, dua, tiga, empat

Dalam perlaksanaan aktiviti ini, nilai yang dapat diterapkan adalah keyakinan diri,
bekerjasama dan mematuhi arahan

Langkah seterusnya adalah memainkan alat perkusi mengikut skor lagu dan
menggabungkan alat permainan dengan pergerakan. Guru memaparkan skor lagu perkusi
Edelweiss yang lengkap beserta simbol dan pergerakan yang akan dilakukan (rujuk
lampiran). Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut alat perkusi yang dimainkan.

Alat perkusi

Kumpulan 1- Kastenet dan simbol

Kumpulan 2- Tamborin dan simbol

Kumpulan 3- Kayu Tik Tok dan simbol

Pergerakan

i. Berjalan ke kiri

Ii. Berjalan ke kanan

Selepas itu, guru membimbing murid-murid untuk melakukan pergerakan sambil


bermain alat perkusi berdasarkan skor lagu yang diberikan. Dalam aktiviti ini, guru
menggunakan strategi pembelajaran masteri dimana yang memerlukan murid-murid untuk
menguasai sendiri sesuatu perkara yang diajar oleh guru (Norialti A Rashid, 2017). Murid
diberikan masa selama 10 minit untuk melakukan pergerakan.

Setelah murid sudah mahir melakukan pergerakan sambil bermain alat perkusi,
murid dikehendaki untuk memainkan alat perkusi mengikut tempo yang betul. Aktiviti ini

2
memerlukan bimbingan guru. Seterusnya, murid dikehendaki untuk memainkan alat perkusi
mengikut tempo yang betul sambil membuat pergerakan secara terkawal mengikut skor
lagu. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru dapat mengenal pasti kecerdasan pelbagai yang
terdapat dalam diri murid mereka. Contohnya kecerdasan pelbagai muzik, ruang dan
kinestatik. Murid-murid akan menggunakan ruang di sekeliling mereka secara maksimum
dalam aktiviti yang dijalankan ini.

Langkah yang terakhir adalah murid-murid akan melakukan persembahan nyanyian


sambil memainkan alat perkusi dan melakukan pergerakan mudah. Aktiviti ini dijalankan
secara berkumpulan dimana terdapat enam murid memainkan ketiga-tiga alat perkusi.
Antara nilai yang boleh diterapkan semasa persembahan ini adalah membina keyakinan diri
dan memupuk kerjasama melakukan aktiviti kumpulan.

Penutup

Secara kesimpulannya, aktiviti muzikal ini dapat mencapai objektif iaitu murid dapat
memainkan kastenet, tamborin dan kayu tik tok dan membuat pergerakan dengan betul
mengikut corak irama skor perkusi. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru adalah
pembelajaran masteri, pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Selain itu,
konsep muzik boleh diperkukuhkan melalui aktiviti muzikal ini seperti irama, dinamik, dan
tempo.

Rujukan

DSKP Dunia Muzik Tahun 5. (2012). DSKP Dunia Muzik Tahun 5. Kuala Lumpur: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

Norialti A Rashid. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

3
4
5
6
7

Anda mungkin juga menyukai