Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

Biodata ……………………………………………………………………………………………………….. 2

Penghargaan……………………………………………………………………………………………….. 3

Penulisan Esei………………………………………………………………………………………………4 - 9

Kesimpulan ………………………………………………………………………………………………….. 9

Rujukan ……………………………………………………………………………………………………… 10

1
BIODATA

Nama: Nur Afiqah Binti Mat Asri

No. kad pengenalan: 970822-13-5076

Tarikh Lahir: 22 Ogos 1997

Bangsa: Melayu

Alamat: lot 2294 Taman Haji Yaakub Samba, Kampung Wakaf Lanas, 16800 Pasir Puteh,
Kelantan

No. telefon: 016-6092945

Email: nurafiqah.ikah@gmail.com

Hobi: Baca Novel

Status: Bujang

2
Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan
kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan
kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagu memudahkan
kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk saya.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah subjek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal kagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami ingin
mengucapan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepda kami dalam
menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi soongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian, kami mungkin tidak dapat menyiapkan tugasa ini dengan sempurna seperti
rakan rakan yang lain. Malah, jutaan terimakasih juga kepada rakan rakan seperjuangan yang
sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam
membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilakan dapat menambah
ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyrakat setempat khususnya.

3
Tugasan 2

Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan
sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan
tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Oleh itu
secara keseluruhannya pengurusan bilik darjah boleh ditafsirkan sebagai cara yang digunakan
untuk mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik
darjah bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana
pembelajaran yang mesra iaitu mengurangkan masalah tingkah laku. Selain bertujuan untuk
mengelakkan masalah tingkah laku, pengurusan bilik darjah yang berkesan juga dapat
mewujudkan hubungan intrapersonal antara guru dengan guru dan guru dengan murid.
Semestinya dengan keberkesanan dalam mewujudkan hubungan intrapersonal ini akan
membantu kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Oleh itu guru merupakan individu yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam membuat perancangan yang rapi dalam mengatur strategi dalam mengelola dan
mengawal bilik darjah untuk mewujudkan bilik darjah yang kondusif.

Antara peranan utama guru dalam menguruskan bilik darjah ialah guru hendaklah
berusaha untuk membentuk persekitaran bilik darjah di mana murid akan berasa selamat,
selesa dan seterusnya dapat belajar dengan berkesan. Pengurusan bilik darjah yang teratur,
rapi dan memenuhi kriteria yang dikehendaki ini akan membantu murid mewujudkan kemahiran
baharu seperti keupayaan berinteraksi dan berkerjasama dengan rakan sebaya di dalam bilik
darjah. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi dalam bilik darjah
pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan
yang boleh dilihat dari degi faktor sosial dan emosi serta faktor teknikal (Mak Soon Sang, 2008).

4
Faktor fizikal boleh dikategorikan segala bentuk kemudahan dan peralatan yang
terdapat di sekolah seperti papan hitam, papan kenyataan dan ruang yang selesa. Bilik darjah
yang kondusif hendaklah mempunyai segala kemudahan yang diperlukan oleh murid
termasuklah susunan kerusi dan meja untuk guru dan murid yang mencukupi, almari yang
dihiasi dengan bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan bahan bantu mengajar serta
peralatan sokongan yang dihiasi dengan keceriaan kebersihan. Susunan meja dan kerusi
dalam bilik darjah hendaklah sebaik-baiknya bercirikan susunan kelas abad ke-21 dan memberi
kemudahan kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti berkumpulan dan
berpusatkan murid sewaktu proses pengajaran dan pembalajaran berlangsung. Selain
membantu mereka melakukan diskusi dan perbincangan, susunan meja secara berkumpulan
juga dapat membantu murid dari segi sosial mereka. Hal ini dapat meningkatkan interaksi
intrapersonal antara murid dengan murid sekaligus menghasilkan komunikasi berkesan yang
menjadi komponen asas dalam membentuk `ekosistem’ bilik darjah yang sihat. Selain itu, guru
juga hendaklah merangka organisasi kelas yang ditampal di papan kenyataan kelas seperti
jadual bertugas dan carta organisasi dengan melantik semua ahli di dalam kelas tersebut
memegang jawatan-jawatan yang disenaraikan supaya mereka dapat memupuk sikap
bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian kelas bersama. Di samping itu, guru juga boleh
membuat sudut tambahan di dalam bilik darjah seperti sudut bacaan, sudut rujukan, sudut
matapelajaran, kata-kata motivasi dan kemudahan-kemudahan berasaskan teknologi seperti
kemudahan penggunaan laman web, komputer, CD dan LCD sehingga melahirkan
pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya, akan terjelmalah suasana bilik darjah yang
harmonis, ceria dan semangat kepada murid dan guru kerana timbunlnya perasaan seolah-olah
menjaga rumah sendiri di samping wujudnya semangat saling berkerjasama dan kekitaan
dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Seterusnya, faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara
murid dengan murid dan murid dengan guru khasnya di dalam bilik darjah. Seperti yang kita
tahu, sikap dan latar belakang setiap orang adalah berbeza,-beza, begitu juga dengan murid di
dalam bilik darjah. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pasif, pendiam, pemalu dan tidak
suka bergaul dengan murid yang lain. Oleh itu, guru hendaklah memainkan peranan yang bijak
dengan memberi rangsangan dan galakkan dalam memperkembangkan sosial mereka dengan
menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008).
Antara pendekaan yang boleh guru gunakan adalah seperti melantik mereka menjadi ketua di

5
dalam kumpulan meja atau selalu bertanya soalan kepada mereka untuk memupuk sikap berani
mencuba dalam dri mereka. Pada sesi aktiviti berkumpulan pula, guru boleh melantik mereka
untuk menjadi pembentang di hadapan rakan rakan yang lain.

Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat
guru dan gayanya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya
ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah
dan lucu serta menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan tidak mengamalkan sikap piliih
kasih (Mok Soon Sang,2008). Sejauh mana interaksi antara murid-murid dan murid-guru
berlaku di dalam bilik darjah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan guru dan kaedah
pengelolaan aktiviti pembelajaran. Terdapat tiga jenis kepimpinan guru iaitu autokratik,
demokratik dan laissez-faire. Gaya kepimpinan autokratik iaitu mengawal murid melalui
ganjaran dan hukuman sehingga mewujudkan suasana suasana yang tertekan dan tidak
menarik serta tidak kondusif. Gaya kepimpinan demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab
dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi mengahsilkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Gaya
kepimpinan lasissez-faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran
sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar-kacir dan perhubungan antara guru dan
murid menjadi tidak akrab dan mesra. Berdasarkan gaya kepimpinan ini, guru hendaklah
memilih gaya kepimpinan yang sesuai sewaktu mengendalikan bilik darjah. Seharusnya guru itu
sendiri mempamerkan sikap dan gaya yang mendatangkan aura yang positif serta melahirkan
perasaan selamat dalam kalangan murid sewaktu berada di dalam bilik darjah. Guru juga
hendaklah pandai membezakan di antara sifat tegas dan baran dalam menangani masalah
tingkah laku murid. Guru yang tegas adalah guru yang teguh dengan pendirian dan dihormati
oleh murid manakal guru yang baran adalah guru yang bertindak memarahi murid secara tidak
terkawal sehingga menimbulkan perasaan takut dan gusar dalam diri murid sewaktu berada di
sekolah. Oleh itu adalah penting bagi guru untuk mengawal emosinya terlebih dahulu sebelum
menangani emosi murid sewaktu di dalam bilik darjah.

6
Dalam menghasilkan suasana kelas yang kondusif , amalan budaya penyayang amatlah
penting dalam membentuk perhubungan saling menyayangi dan berkerjasama. Amalan budaya
penyayang juga boleh mempengaruhi faktor sosial, emosi dan fizikal murid dalam membentuk
tingkahlaku yang baik sekiranya amalan ini diterapkan dengan betul. Oleh itu, untuk
menerapkan amalan ini, guru hendaklah membina strategi terlebih dahulu dalam membina
hubungan positif antara guru dan murid. Dalam merangka strategi ini, guru perlu bertindak
selaku ketua pegawai esekutif (ceo) atau ketua yang menjadi ‘role model’ kepada murid terlebih
dahulu. Guru perlulah perhatikan dan perbaiki elemen yang kurang di dalam kelas tersebut
seperti elemen komunikasi bukan lisan. Selain itu, guru juga hendaklah menerima
keindividualan murid dengan memberi peluang kepada diri guru itu sendiri untuk mengenali
murid dengan lebih rapat. Guru juga tidak boleh bersifat pillih kasih dengan melebihkan layanan
kepada murid tertentu sahaja sehingga membuatkan murid yang lain berasa tersisih dan
menjauhkan diri dari guru tersebut. Seharusnya guru itu sendiri perlu melayan semua murid
dengan rasa hormat sepanjang waktu dan sama rata dalam mencurahkan perhatian.

Semestinya dalam membina hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam bilik
darjah ini mempunyai kepentingan dan kebaikannya. Kesan daripada hubungan yang positif ini
akan dapat membantu murid meningkatkan motivasi dan memudahkan murid untuk
mengarahkan proses pembelajaran kendiri kerana murid itu sendiri merasakan seolah-olah dia
mendapat bimbimbingan dan dorongan daripada guru semasa berada di dalam bilik darjah.
Selain itu, kemahiran komunikasi yang dipelajari melalui hubungan guru-murid yang baik
membolehkan murid membina hubungan yang harmoni ketika bersama orang lain dalam
masyarakat. Impak daripada hubungan yang positif ini membolehkan murid mengaplikasikan
apa yang dipelajari daripada guru semasa di sekolah ke luar bilik darjah. Impaknya hubungan
yang baik ini akan lebih membentuk kemenjadian murid dari segi tingkah lakunya bersama
masyarakat. Kebaikan kepada guru itu sendiri ialah apabila murid menunjukkan sikap yang
positif dapat dilihat daripada kawalan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Murid akan lebih senang di kawal dan tidak memberi gangguan kepada proses
pdp. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan motivasi kepada guru untuk mengajar dan
menjalankan aktiviti kepada murid. Kepentingan kepada murid itu sendiri juga tidak terkecuali
apabila murid akan lebih menunjukkan minat untuk belajar dan memberikan kerjasama kepada
guru dalam melancarkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Hubungan yang positif

7
akan melahirkan keharmonian di dalam kelas sekaligus membangkitkan motivasi murid dan
guru untuk membentuk suasana kelas yang kondusif.

Masalah tingkah laku sememangnya tidak dapat dipisahkan sewaktu di dalam bilik
darjah. Guru perlulah merangka pengurusan disiplin yang sesuai dalam memastikan kelancaran
dalam menangani masalah displin dalam kalangan murid. Oleh itu, model yang sesuai dalam
mengatasi masalah ini ialah Model Beyond Discipline Alfie Kohn. Kohn menyatakan bahawa
komuniti bilik darjah ialah sebuah tempat murid-murid berasa disayangi dan menyayangi antara
satu sama lain. Mereka rasa dihargai dan dihormati di mana setiap murid adalah penting antara
satu sama lain dan juga kepada guru (Kohn,2001). Keutamaan bagi Kohn adalah membina bilik
darjah yang penyayang, prihatin dan menyokong murid-murid supaya dapat meneroka topik
atau p&p yang diminati mereka dengan mendalam. Oleh itu dapat kita lihat di sini bahawa
pentingnya peranan guru dalam membentuk budaya bilik darjah yang penyayang dalam
memperbaiki tingkah laku dan masalah disiplin murid.

Sekiranya guru mewujudkan suasana seperti yang disarankan oleh Kohn ini, murid
akan mempunyai rasa kesepunyaan dan saling menyokong antara satu sama lain dan turut
memberikan sepenuh kerjasama kepada guru. Sekiranya kita ingin membentuk disiplin murid
melalui cara paksaan dalam mematuhi semua arahan yang guru berikan , semestinya akan ada
percanggahan antara apa yang guru harapkan murid-murid dapat dengan apa yang telah
dilakukan oleh mereka kepada murid-murid. Penyataan ini juga turut disokong oleh Kohn yang
menyatakan bahawa apabila seseorang guru itu semakin mengawal murid dan cuba membuat
mereka patuh kepada peraturan, maka semakin sukar untuk guru membentuk murid yang
mempunyai nilai moral yang tinggi, mampu berfikir sendiri dan mengambil berat tentang orang
lain serta persekitaran.

8
Antara strategi dan teknik yang boleh guru gunakan dalam membentuk komuniti
pembelajaran ialah yang pertama membina hubungan antara murid dengan guru. Murid akan
bersikap menghormati sekiranya guru juga bersikap menghormati mereka. Murid juga akan
mengambil berat tentang orang lain sekiranya mereka merasakan dirinya diberi perhatian. Oleh
itu, amat penting bagi guru untuk memenuhi keperluan emosi murid supaya murid lebih
cenderung untuk membantu orang lain dan tidak bersikap pentingkan diri. Berikutnya ,
meningkatkan hubungan antara murid. Antara cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan
hubungan sesama mereka adalah melalui kreativiti guru itu sendiri dalam melakukan aktiviti di
dalam bilik darjah seperti aktiviti pembelajaran secara koperatif di mana mereka perlu
membentuk kumpulan dan berkerjasama dalam menyelesaikan tugasan. Melalui aktiviti ini,
murid akan bergaul sesame mereka dan belajar mendegar serta memberi pendapat dalam
kumpulan. Selain itu, mengadakan aktiviti yang melibatkan kelas dan sekolah untuk
membangunkan kesedaran dalam komuniti. Murid perlu diberi peluang untuk berkerjasama
dengan rakan-rakan sekelas bagi mewujudkan semangat berpasukan. Antara aktiviti yang
boleh dilakukan secara bersama ialah lukisan mural, mengadakan majalah kelas, membuat
persembahan atau bersama-sama melakukan kerja kebajikan untuk komuniti luar. Secara
keseluruhannya, Model Beyond Disipline Alfie Kohn ini merupakan model pengurusan disiplin
yang sesuai untuk menangani tingkahlaku masalah pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, kejayaan seorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-
mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,
malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi
guru yang berdedikasi dan disukai murid, guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai
pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif serta penyayang
dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial dan emosi yang telah dibincangkan demi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat
optimum. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilaj ertindak sebagai ‘role model’, murabbi,
mursyid dan dalam masa yang sama fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa
komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan tugas dalam membentuk peribadi

9
Rujukan

Alberto, P.A. Troutman, A. C. (2012). Applied Behaviour Analysis For Teachers,


New Jersey: Pearson Education.

Barnes Bob (2006). The Principal Guide to Primary Classroom Management,


Amerika Syarikat: Paul Chapman Publishing.

Kohn, A. (2001). Beyond Discipline : From Compliance to Community. Upper Saddle River.
NJ: Merill Prentice Hall.

Mak Soon Sang. (2008). Managing Behaviour Problems. UK: Hodder and Stoughton.

Rogayah Mohd Zain. (2017). Implikasi Mengaplikasikan Model Beyond Disciplined Alfie Kohn.
Dipetik pada 22 Julai 2018 daripada http://rujukpendididk.blogspotmy/2013/11
/implikasi-teori- pembelajaran-sosial-albert-bandura.html?m=1

Zul Saidi. (2010). Pengurusan Bilik Darjah Dan Peranan Guru. Diakses pada 28 Julai 2018
Daripada http://zulsophistaidi.blogspot.my/2009/teori-pembelajaran-sosial-
albert-bandura.html

10

Anda mungkin juga menyukai