Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR BAHRU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

NAMA : NUR ELYA MAISARAH BINTI MAZLAN

ANGKA GILIRAN : 20018122340085

NO. K/P : 990920-03-5982

AMBILAN : JUN 2018

OPSYEN : 3 PISMP SAINS2 (SK)

KOD KURSUS : EDUP3053

TUGASAN : PENULISAN ESEI

TAJUK : PENGGUNAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN


BAHAN MULTIMEDIA E-PEMBELAJARAN BERASASKAN
REKA BENTUK ADDIE

NAMA PENSYARAH : PUAN SHUFIANAH PUTERI BINTI YUSOF


1.0 Pengenalan Projek e-Pembelajaran Pernafasan Manusia

Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam dunia pendidikan pada
hari ini sangat diutamakan sebagai pemangkin perkembangan dunia pendidikan. Menurut
Saifulnizan (2018), dengan mengunakan perisian atau aplikasi (software) dan juga
perkakasan atau gajet (hardware) ICT sebagai peralatan teknologi pendidikan maka
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat disampaikan untuk meningkatkan keberkesanan
dan kecekapan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kini terdapat banyak aplikasi
ICT yang dapat membantu memudahkan tugas seharian warga pendidik untuk
menyampaikan ilmu seperti eXe-Learning yang telah digunakan semasa menjayakan projek
e-Pembelajaran ini. Pendidikan Sains juga tidak lagi bosan dengan adanya projek e-
Pembelajaran ini.

2.0 Matlamat

Matlamat utama penghasilan projek e-Pembelajaran Proses Pernafasan Manusia ini


adalah untuk:

 Mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan interaktif


 Membantu pelajar menguasai konsep tarik dan hembus nafas dengan lebih efektif
 Memupuk nilai ketekunan dan semangat ingin belajar di kalangan murid

3.0 Model Reka Bentuk ADDIE

Model ADDIE telah digunakan sebagai model reka bentuk pengajaran untuk
pembinaan projek e-Pembelajaran Proses Pernafasan Manusia ini. Menurut Wang dan Hsu
(2008), model ADDIE merupakan merupakan model rekabentuk yang diasaskan oleh Rosset
pada tahun 1987 dan berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan apa jua strategi
pembelajaran. Penyampaian sesuatu rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran itu
akan menjadi lebih efektif dan efisien apabila merujuk model ini.Terdapat lima fasa dalam
model ini fasa Analysis (Analisis), Design (Rekabentuk), Development (Pembangunan),
Implementation (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian) seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.0.
Rajah 1.0 Fasa dalam Model ADDIE

3.1 Analysis (Analisis)

Fasa pertama dalam model ADDIE ini adalah fasa analisis. Sebelum memulakan
projek e-pembelajaran ini, analisis telah dijalankan. Fasa ini penting untuk mengenal pasti
masalah dan mencari punca serta menyelesaikannya (Davis,2013). Murid sasaran adalah
murid tahun 4 sekolah rendah. Masalah pembelajaran yang sering dihadapi adalah murid
bosan dan mudah mengantuk dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sehala dan
tradisional yang masih lagi menggunakan “chalk and talk”. Murid juga mempunyai masalah
capaian internet untuk mengakses bahan pembelajaran sendiri. Walau bagaimanapun,
projek e-Pembelajaran ini boleh diakses tanpa memerlukan capaian internet. Oleh itu, murid
boleh belajar menggunakan projek e-Pembelajaran ini pada bila-bila sahaja dan di mana
sahaja walaupun tiada kemudahan kemudahan internet.

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) telah dirujuk untuk


menentukan objektif pembelajaran yang akan dicapai. Sains Tahun 4 Bab 3 iaitu subtajuk
proses pernafasan manusia telah dipilih. Subtajuk ini berada di bawah tajuk Proses Hidup
Manusia Bab3. Kesemua Standard Pembelajaran dalam Rajah 2.0 dari 3.1.1 hingga ke
3.1.5 dipilih sebagai merangkumi objektif pembelajaran bagi projek ini. Topik ini dipilih
kerana murid sukar untuk memahami dan membayang proses hidup manusia yang berlaku
tanpa gambaran dengan bantuan teknologi ICT seperti yang digunakan dalam projek ini.
Rajah 2.0 Standard Pembelajaran Sains Tahun 4 Bab 3

Murid memerlukan satu alat bantu mengajar seperti e-Pembelajaran ini di mana pelajar
boleh mengakses nota, info tambahan, kuiz dan sebagainya di hujung jari sahaja tanpa
bantuan guru. Hal ini sesuai dengan konsep konstruktivisme yang PdP berlaku berpusatkan
murid (Mat, Azliza dan Lilia, 2012). Guru hanya perlu memantau supaya PdP berlaku dan
bertindak sebagai fasilitator. Pembelajaran itu akan berlaku oleh murid itu sendiri.

Selepas mengenal pasti tajuk yang ingin dipilih, pengetahuan sedia ada murid juga
dianalisis. DSKP Tahun 4 akan ditinjau terlebih dahulu apakah pengetahuan sedia ada
mereka yang berkaitan topik ini. Murid telah pun mengetahui bahawa mereka sentiasa
melakukan proses pernafasan pada setiap masa untuk kekal hidup. Persekitaran
pembelajaran turut dianalisis sama ada PdP Sains dilakukan di kelas sahaja atau di Makmal
Sains juga. Hal ini untuk mengetahui sama ada murid diberi peluang atau tidak untuk
meneroka dan mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Selain itu, halangan daripada pihak atasan untuk membeli alat bantu mengajar juga turut
dianalisis sama ada harganya yang mahal menyebabkan pihak pengurusan sekolah tidak
setuju untuk membelinya. Tetapi, dengan adanya projek ini. Kos tidak diperlukan langsung
untuk membinanya. Peranti elektronik untuk menggunakan projek ini sahaja yang perlu
digunakan, iaitu seperti komputer yang telah dibekalkan oleh kerajaan dan boleh digunakan
secara percuma di dalam makmal komputer. Sekiranya sekolah tidak mempunyai makmal
komputer, pakej pembelajaran yang dibina ini boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar di
dalam kelas dengan hanya menggunakan LCD projektor bagi PdP berlangsung. Bahan e-
Pembelajaran ini disampaikan dalam pelbagai unsur multimedia yang terdiri daripada grafik,
video, audio, animasi, dan teks (ruj). Hal ini untuk menarik minat murid untuk belajar.
Seterusnya, garis masa ditentukan dengan menggunakan Carta Gantt seperti dalam jadual
1.0 menunjukkan perancangan masa bagi pembuatan pakej e-Pembelajaran ini.

Perancanga Jun Jun Jun


n
M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Analisis
Reka
Bentuk
Penghasilan
Pelaksanaa
n
Penilaian
Jadual 1.0 Carta Gantt Projek e-Pembelajaran

3.2 Design (Reka Bentuk)

Menurut Davis (2013), fasa reka bentuk berlakunya proses yang sistematik untuk
menentukan matlamat pembelajaran. Pada fasa reka bentuk, papan cerita terperinci dan
prototaip akan dibuat. Selain itu, pereka juga akan menentukan rupa, reka bentuk grafik,
antara muka pengguna dan kandungan. Sembilan halaman menu utama telah direka bagi
antara muka yang setiap satunya mengandungi kandungan multimedia yang pelbagai
seperti dalam rajah 3.0 di bawah
Rajah 3.0 Papan Cerita
Rajah 4.0 di bawah menunjukkan Use Case Diagram yang digunakan untuk
menunjukkan apa yang murid boleh lakukan dan dapat semasa menggunakan pakej
pembelajaran dan juga apa yang pembangun projek boleh lakukan.

Mempelajari
Sains dengan
cara menarik

Membaca
infografik yang
mudah Pembangun Projek
Murid difahami

Bermain game Kemaskini


Membaca nota untuk projek
yang disertakan merehatkan
audio minda
penerangan

Memastikan projek dalam


Menjawab kuiz sambil
keadaan stabil
mendengar lagu
Dapat melihat video pembakar semangat
untuk gambaran proses untuk belajar
3.3 Development (Pembangunan)
pernafasan lebih jelas

Rajah 4.0 Case Diagram


Fasa yang seterusnya adalah fasa membangunkan papan antara muka projek ini.
Segala isi kandungan, bahan dan rujukan yang telah dirancang dalam fasa reka bentuk
akan dimasukkan ke dalam paparan skrin e-Pembelajaran ini. Tema bagi eXe ini adalah
custom design di mana saya menetapkan sendiri corak yang mampu menarik perhatian
murid yang menggunakannya. Arahan bagi setiap paparan diletakkan supaya pengguna
lebih mudah untuk mengakses dan menggunakan e-pembelajaran ini. Audio juga diletakkan
pada halaman yang bersesuaian seperti kuiz supaya murid santai menjawab kuiz.
4.0 Implementation (Pelaksanaan)

Semasa pelaksanaan, pembangun projek akan mensasarkan sekumpulan pelajar


Tahun 4 untuk dilaksanakan penggunaan projek ini. Semasa menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Jerok, projek ini telah dibawa
untuk diuji dan diaplikasikan di sekolah. Pembangun projek telah menggunakan e-
Pembelajaran Proses Pernafasan Manusia ini semasa PdP Sains Tahun 4. PdP dilakukan di
bilik maya sekolah tersebut memandang sekolah ini tidak mempunyai makmal komputer.
Bilik maya ini hanya terdapat ‘chrome-book’ sahaja di mana ia tidak boleh menerima bahan
luar dan menyimpan di dalamnya kerana ia tidak mempunyai disk. Oleh hal yang demikian,
pembangun projek telah memanfaatkan sepenuhnya peralatan ruang yang terdapat dalam
bilik maya tersebut. LCD projektor yang hanya 1 sahaja terdapat di sekolah itu iaitu di bilik
maya tersebut telah digunakan bagi menayangkan bahan serta isi kandungan yang terdapat
dalam projek. Aktiviti PdP Sains dapat dijalankan dengan lebih menarik apabila
menggunakan projek ini sebagai alat bantu mengajar seperti dalam rajah 6.0.

Rajah 6.0: Pembangun Projek e-Pembelajaran mengaplikasikan bahan dalam e-


Pembelajaran semasa PdP berlangsung

Walau bagaimanapun, beberapa orang pelajar telah dibawa ke perpustakaan


semasa waktu rehat untuk diberikan peluang dan pengalaman mengakses sendiri projek e-
Pembelajaran ini dengan menggunakan komputer riba pembangun projek seperti yang
dapat dilihat dalam rajah 7.0.
Rajah 7.0: Murid menggunakan e-Pembelajaran di bilik guru.

Seterusnya, pembangun projek juga telah mengimplementasikan projek kepada


guru. Guru-guru turut tidak melepaskan peluang untuk menerokai projek ini. Kesemua guru
Sains yang terdapat di sekolah juga turut mencuba untuk mengakses projek ini seperti
dalam rajah 8.0.

Rajah 8.0: Guru Sains yang mencuba e-Pembelajaran


Semasa melaksanakan PBS, terdapat satu program di sekolah yang turut dihadiri
oleh jawatankuasa PIBG. Oleh itu, ibu bapa turut diberikan pengalaman menggunakan e-
Pembelajaran ini seperti dalam rajah 9.0.

Rajah 9.0 Ibu bapa turut menggunakannya

Rakan di IPG juga turut mencuba menggunakan e-Pembelajaran ini seperti dalam
rajah 10.0.

Rajah 10.0 Rakan belajar pembangun projek


5.0 Evaluation (Penilaian)

Fasa penilaian merupakan fasa yang terakhir dalam model ini untuk mengukur
keberkesanan dan kecekapan arahan. Penilaian ini boleh dilakukan di dalam fasa, antara
fasa dan selepas fasa pelaksanaan. Terdapat dua jenis penilaian yang bersifat formatif dan
summatif. Menurut Black dan William (2009), penilaian formatif dinilai semasa proses
sedang berlangsung dan antara fasa. Ini bertujuan memperbaiki arahan sebelum langkah
akhir dilaksanakan. Manakala, penilaian sumatif pula dilakukan selepas langkah terakhir
dilaksanakan. Ini bertujuan untuk menilai keberkesanan keseluruhan arahan. Projek e-
Pembelajaran ini menggunakan penilaian sumatif kerana setelah siap melaksanakan
kesemua fasa barulah penilaian dilakukan. Penilaian sumatif telah dilakukan terhadap 10
responden yang terdiri daripada guru, rakan, dan ibu bapa dengan menggunakan perisian
google form yang dilakukan atas talian https://forms.gle/i1SM5SxyNfUv9erL7. Seterusnya,
penilaian ini turut dilaksanakan terhadap 10 murid dengan mengedarkan borang secara
manual seperti dalam rajah di bawah.
4.0 Kesimpulan

Penggunaan e-Pembelajaran Proses Pernafasan Manusia ini banyak mendapat


maklum balas yang positif dalam kalangan murid, guru, rakan dan juga ibu bapa. Banyak
kelebihan yang boleh diperolehi melalui e-Pembelajaran ini dan sangat menguntungkan
kesemua pihak yang terlibat bagi melancarkan lagi PdP berlaku. Matlamat yang diingini
sebelum memulakan projek turut tercapai apabila responden yang memberikan reaksi yang
positif terhadap penilaian e-Pembelajaran ini. Justeru, projek ini wajar dijadikan sebagi alat
bantu mengajar semasa PdP berlangsung. Model ADDIE yang digunakan sebagai panduan
bagi merangka projek ini amat membantu sekali dalam penghasilan e-Pembelajaran Proses
Pernafasan Manusia yang akhirnya dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat
seperti guru yang boleh menjimatkan masa bagi mencipta konsep dalam minda murid dan
hanya perlu menyelia murid mengunakan e-Pembelajaran ini untuk PdP itu berlaku.

5.0 Rujukan

Black, P., & Wiliam, D. (2009). Developing the theory of formative assessment. Educational
Assessment, Evaluation and Accountability (formerly: Journal of Personnel
Evaluation in Education), 21(1), 5.

Davis, A. L. (2013). Using instructional design principles to develop effective information


literacy instruction: The ADDIE model. College & Research Libraries News, 74(4),
205-207.

Mat, Noor Azliza Che, & Lilia Halim. (2012). Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran
berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal
Teknologi, 36(1), 19-38.

Saifulnizan. (2018). Guru & Aplikasi ICT Dalam PdPc Abad 21: Majalah Pendidik Online.
Diakses pada Julai 6, 2019 daripada https://www.pendidik.com.my/2018/02/27/guru-
aplikasi-ict-dalam-pdpc-abad-21/

Wang, S. K., & Hsu, H. Y. (2008, November). Using ADDIE model to design Second Life
activities for online learners. In E-Learn: World Conference on E-Learning in
Corporate, Government, Healthcare, and Higher Education (pp. 2045-2050).
Association for the Advancement of Computing in Education (AACE).

Yazdi, (2012). E-learning Sebagai Media Pembelajaran Interaktif Berbasis Teknologi


Informasi. In FORISTEK: Forum Teknik Elektro dan Teknologi Informasi (Vol. 2, No.
1).

Anda mungkin juga menyukai