Anda di halaman 1dari 9

Tajuk: Pendekatan Domain

(Domain Approach – Nucci)


Pendekatan Domain
• Pendekatan Domain yang dikemukakan oleh Larry
Nucci and Elsa K. Weber.
• Pendekatan ini membenar murid menilai sesuatu
perkara atau isu yang berkaitan dengan nilai moral &
sosial dengan lebih objektif.
• Pendekatan ini mendedahkan tentang perbezaan
interaksi sosial, iaitu isu peribadi berbeza dengan isu
interpersonal.
• Kanak-kanak mengganggap sekolah sebagai
penghalang pelakuan mereka yang boleh dilakukan
di rumah.
• Sekolah perlu membuat beberapa peraturan bagi
mengawal perilaku pelajar dalam menjalankan misi
pendidikan.
Terdapat 5 cadangan pendidikan untuk guru-guru:
a)Pendidikan Moral berfokuskan isu-isu keadilan,
kesamaan dan keperluan manusia.
b)Program Pendidikan Moral diintegrasikan dalam
kurikulum.
c) Perbincangan moral membantu perkembangan
moral semasa pelajar menggunakan corak
perbincangan transaktif.
d) Struktur misi kooperatif membantu perkembangan
moral dan akademik.
e) Guru perlu memberi perhatian terhadap kesan buruk
perlakuan tidak bermoral daripada peraturan yang
dilanggar atau harapan sosial yang tidak dipenuhi.
Set Induksi:
Menayangkan video yang berkaitan dengan teks Tahun
2 Pendidikan Moral, iaitu “Saya dan Keluarga”.

Langkah 1:
Murid dibahagikan kepada kumpulan. Perbincangan
tentang video tersebut. Murid dikehendaki menilai isu
yang berkaitan dengan nilai moral dan sosial dengan
lebih objektif tentang peranan sendiri di dalam keluarga.
Murid berbincang tentang main peranan tentang
peranan anak di dalam keluarga.
Langkah 2:
Kumpulan dikehendaki main peranan tentang peranan
anak di keluarga.

Langkah 3:
Semua murid duduk dalam kumpulan besar. Murid
mengangkat tangan untuk memberikan pendapat
tentang peranan anak di keluarga.

Penutup:
Guru merumuskan topik ini dan mengakhiri kelas ini.

Anda mungkin juga menyukai