Anda di halaman 1dari 2

NO KOD : ELMK 3053 ANGKA GILIRAN : 201916234070

Banding Beza KSSR dan KBSR Pendidikan Moral

Dokumen KSSR Aspek Sukatan Pelajaran KBSR

Kurikulum Standard Pendidikan Matlamat Program Pendidikan Moral


Moral bermatlamat membentuk bertujuan untuk membentuk
insan berakhlak mulia dan individu yang berperibadi mulia
berintegriti yang berpegang danbertanggungjawab melalui
kepada nilai universal berasaskan pemupukan, penghayatan dan
prinsip moral dan menyumbang amalan nilai murni
ke arah kesejahteraan negara masyarakatMalaysia.
serta masyarakat global.

NAMA : SHAARMINIU A/P ARUMUGAM


KELAS : RBT 1
NO K/P : 000625-10-0678

1. Buat perbandingan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)


dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral
NO KOD : ELMK 3053 ANGKA GILIRAN : 201916234070

2. Huraikan tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang terdapat dalam standard
kurikulum pendidikan moral.

Dalam standard kurikulum Pendidikan Moral turut menekankan aspek kerohanian,


sikap dan nilai dalam transfomasi insan yang seimbang. Aspek ini melibatkan
perasaan dalaman atau naluri seseorang murid itu sendiri seperti penghayatan
dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat
memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu.
Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui
mata pelajaran Pendidikan Moral kerana ianya akan menyedarkan murid-murid
tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan,
berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni serta nilai
murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang
bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan
diri, keluarga dan masyarakat.

Aspek yang melibatkan dalaman atau naluri murid diterapkan dengan kreativiti guru
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Aktiviti permainan seperti simulasi, lakonan serta penghayatan sajak mampu
melahirkan individu yang mempunyai perasaan moral sejajar dengan fokus mata
pelajaran yang terdapat dalam dokumen KSSR Pendidikan Moral. Aktiviti yang
melibatkan murid disokong oleh Jerome S. Bruner, 1937 yang menyatakan
pembelajaran akan lebih berkesan jika murid itu sendiri melalui perkara tersebut.
Aktiviti sepertimana yang dicadangkan dalam modul dokumen KSSR Pendidikan
Moral adalah sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat kerana
murid yang melalui perkara sepertimana situasi dalam aktiviti simulasi, lakonan dan
sebagainya mampu mempunyai perasaan moral yang membawa kepada sikap
tolong-menolong dan saling hormat-menghormati.

Anda mungkin juga menyukai