Anda di halaman 1dari 1

SISTEM PENGETAHUAN

Secara sederhana, pengetahuan adalah segala yang diketahui oleh manusia mengenai
objek, sifat, keadaan, dan harapan. Pengetahuan dimiliki oleh semua etnik di dunia. Mereka
memperoleh pengetahuan melalui pengalaman, intuisi, penyataan, logik, atau aktiviti yang
merupakan percubaan dan kesilapan. Sistem pengetahuan dalam budaya sejagat berkaitan
dengan alat kehidupan dan sistem teknologi kerana sistem pengetahuan abstrak dan nyata
dalam idea manusia. Sistem pengetahuan berkisar pengetahuan mengenai keadaan semula
jadi di sekelilingnya dan sifat-sifat alat yang digunakannya. Sistem pengetahuan
merangkumi flora dan fauna, pengetahuan tentang persekitaran semula jadi, masa, ruang
dan nombor, sifat dan tingkah laku sesama manusia dan tubuh manusia. Jadi seseorang
yang akan menjadi guru, perlulah mendapar pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi
melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.
Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak,
dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak
diajarnya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam
pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di
samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah
guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan
pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat
kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai