Anda di halaman 1dari 3

6.

0 Transformasi KBSR kepada KSSR

Pembangunan kurikulum adalah proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah
rendah ini mula diperkenalkan pada tahun 1983 iaitu menggunakan nama Kurikulum Baru
Sekolah Rendah. Kemudian pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )
telah diperkenalkan dan ianya telah disemak semula pada tahun 2003. KBSR semakan telah
digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) iaitu selaras dengan teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).

Pendidikan Moral merupakan satu program yang mengajar murid menjadi insan yang
bermoral dan berakhlak dengan menekankan perkembangan moral, perasaan moral dan tingkah
laku moral. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan difokuskan pada usaha untuk memupuk
nilai moral dan kerohanian murid melalui penghayatan nilai murni. Oleh itu, murid dapat
membina satu panduan hidup dan menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap setiap perkara.
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat untuk membentuk insan yang berakhlak mulia dan
dapat memberi sumbangan terhadap negara dan masyarakat.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan


perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini
merangkumi aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi murid. Ini dapat melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Kurikulum Standard Pendidikan Moral juga bertujuan
untuk membantu insan yang berakhlak mulia dan berintergriti yang berpegang pada nilai
universal berasaskan kepada prinsip moral dan dapat menyumbang ke arah keharmonian negara
serta masyarakat.

KBSR menekankan aspek kemahiran asas iaitu membaca, menulis, dan mengira.
Penyerapan nilai – nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran.
Namun, mata pelajaran Pendidikan Moral menekankan dan memfokuskan nilai ini dengan lebih
mendalam dan khusus. Penekanan dan tumpuan KBSR ialah seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Strategi yang berpusatkan murid, penilaian berterusan serta
pemulihan dan penggayaan. KBSR ini merupakan program pendidikan yang merangkumi
kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua aspek iaitu pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, kebudayaan dan kepercayaan bagi membantu seseorang murid untuk meningkatkan
nilai moral yang diingini dan meningkatkan pengetahuan.
Pada tahun 2003, telah wujud KBSR semakan. Kurikulum kebangsaan ini dikaji semula
untuk proses penambahbaikan sistem pendidikan di negara kita. Kemudian, KSSR telah mula
dijalankan pada tahun 2011. Kurikulum kebangsaan ini meangkumi semua aspek yang
diperlukan oleh murid dalam membentuk akhlak. Hasrat pendidikan kebangsaan adalah untuk
melahirkan murid yang seimbang dan mempu melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada
diri sendiri, masyarakat dan negara. Pelaksanaan KSSR ini adalah berdasarkan Teras Kedua
PIPP dan di bawah NKRA negara. KSSR dilaksanakan berdasarkan kepada pembangunan modal
insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dan menghayati nilai – nilai murni.

KSSR ini digubal berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ianya dibentuk


berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian,
perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. Kurkulum yang
dibina ini mempunyai tujuan iaitu untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Terdapat beberapa penambahbaikkan yang telah dijalankan dalam kurikulum negara
ini melalui transformasi KBSR ke KSSR. KBSR telah digubal dan diberi fokus utama pada
kemahiran asas. Dalam kurikulum ini, murid diterapkan kaedah berfikir secara kreatif dan kritis .
reka bentuk KSSR ini berasaskan 6 perkara iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. KSSR memberi
fokus kepada penggunaan ICT bagi menarik minat pelajar. Secara keseluruhannya, kedua – dua
kurikulum ini telah digubal dan disemak semula bagi melahirkan insan yang seimbang dan
meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.

Seterusnya, KBSR menekankan strategi berpusatkan murid iaitu guru perlu mewujudkan
suasana yang memberansangkan murid. Guru perlu menyediakan bahan pembelajaran yang
mencabar daya pemikiran pelajar. Guru perlulah memberi peluang kepada murid untuk menilai
hasil kerja mereka. Manakala, KSSR pula menggunakan strategi berpusatkan murid dan
pembahagian murid di dalam kelas adalah mengikut peringkat kecerdasan. Hal ini adalah bagi
memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan keupayaan masing – masing.
Oleh itu, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral menggalakkan penggunaan teknologi dalam
penghayatan nilai – nilai murni. Dalam teknik – teknik dan pengajaran KSSR, murid diberikan
peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam sesuatu bidang. Seterusnya, elemen
keusahawanan juga perlu diaplikasikan dalam kehidupan keharian. Guru berperanan untuk
menyediakan bahan pembelajaran yang berkesan terhadap murid.

Secara kesimpulannya, transformasi KBSR kepada KSSR ini adalah penambahbaikan


yang dilakukan oleh negara dalam sistem pendidikan. Murid perlu diperkenalkan dengan
pemikiran secara kreatif dan kritis serta mampu menggunakan teknologi. Dalam KSSR ,
penilaian dilakukan secara berterusan dan berasaskan sekolah bagi melihat dan menilai tahap
pencapaian murid. Guru dapat menilai murid berdasarkan kepada pemerhatian dan pentaksiran .

Anda mungkin juga menyukai