Anda di halaman 1dari 2

AMALAN KESELAMATAN KEBUN

Langkah keselamatan

1. Keselamatan diri:
Guru telah menyampaikan pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan diri semasa
berkebun
Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian seperti:
- Baju T' shirt dan seluar panjang
- Kasut sukan dan bersarung kaki
- Kasut but getah
- Sarung tangan
- Topi Bulat

2. Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar:

Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.

Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun.

Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.

Duduk di atas kerusi pendek sambil berkebun seperti, mencabut rumput, mengembur tanah atau
meratakan tanah.

Menggunakan perlatan yang betul dan sesuai semasa berkebun, contohnya, menggunakan
pencakar tangan untuk mengempur tanah dan memecahkan tanah.

Elakkan menggunakan peralatan yang rosak.

Mengambil peralatan dari bilik stor .

Memakai kasut but bergetah apabila diperlukan seperti mencangkul tanah dan menyiram
tanaman.

Memakai sarung tangan apabila menggunakan pencakar tangan untuk mengemburkan tanah,
mengumpul sampah dan meratakan tanah.

Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila menyembur racun perosak serangga.Guru
sentiasa mengawasi pelajar semasa menjalankan kerja penyemburan racun perosak.
3. Keselamatan selepas berkebun yang diikuti pelajar:

Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru memberi arahan .

Membersihkan peralatan kotor sebelum disimpan di stor.

Simpan semua peralatan di stor pada tempat yang dilebalkan.

Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.

Memastikan kebun dalam keadaan bersih dan selamat.

Tiada peralatan tajam dan bahaya bertaburan di kawasan kebun seperti cangkul, sudip dan cakar
tangan.

Bersihkan tangan dengan bersih untuk membuang kotoran.

Sabunkan tangan dengan menggosok di celah jari dan kuku.

Bilas tangan dengan air sehingga bersih.

Anda mungkin juga menyukai