Anda di halaman 1dari 51

PKE3102

PENDIDIKAN KESELAMATAN
TAJUK:
KESELAMATAN PERKHIDMATAN

DISEDIAKAN OLEH:
ZULHILMI BIN MOHD YUSOFF
BADRUL ALIFF BIN RAZMAN
3 PISMP PJK
IPGKSM

KESELAMATAN DI PADANG DAN


GELANGGANG

Padang dan gelanggang adalah tempat


melaksanakan kebanyakan aktiviti pendidikan
jasmani dan juga tempat mengadakan tempat
latihan dan acara-acara sukan yang lain.
Keselamatan di padang sering diambil mudah
kerana murid hanya ingin berseronok sahaja
di padang.

Guru pula mengambil sambil lewa kerana


menganggap aktiviti di padang tidak membawa
sebarang kepentingan.
Oleh kerana kecuaian dan sifat ambil mudah ini,
pelbagai kecelakaan boleh berlaku. Guru dan
murid sendiri mem punyai peranan untuk
memastikan aktiviti berjalan lancar dn selamat.

PERANAN GURU

Memastikan keselamatan anak murid

Memastikan setiap alatan yang digunakan berada dalam keadaan baik

Memakai pakaian yang sesuai [pakaian sukan]

Memastikan anak murid memakai pakaian yang sesuai

Memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan teratur

Mengawasi setiap pergerakan anak murid

Jangan sesekali meninggalkan anak murid di padang atau gelanggang

Tahu mengenai murid yang menagalami masalah kesihatan

Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan


murid itu sendiri

Mengarahkan murid untuk beratur dan tidak berlari-lari

PERANAN MURID

Memakai pakaian yang sesuai

Mendengar arahan daripada guru


Jangan bermain atau bergurau dengan alatan sukan yang
merbahaya
Jangan memasuki stor sukan tanpa pengawasan guru
Beratur ketika keluar dan masuk daripada bilik persalinan
Memberitahu guru jika terdapat sebarang kecederaan
Memakai kasut sukan
Jangan berada jauh dari pengawasan guru

KESELAMATAN DI KANTIN
SEKOLAH

Sudah menjadi lumrah di alam persekolahan pelajar akan berebut


sewaktu waktu rehat di kantin untuk membeli makanan. Ini adalah
suatu keadaan yang merbahaya kerana pelbagai kecelakaan
boleh berlaku dan mengakibatkan kecederaan.
Selain pihak guru dan murid itu sendiri, pihak kantin juga memikul
tanggungjawab untuk memastikan keselamatan-akhir . Pihak
kantin akhir ini gemar menjual makanan-makanan ringan yang
boleh membahayakan kesihatan pelajar.

PERANAN GURU

Melantik

pengawas

bertugas

untuk

menjaga

keselesaan semasa waktu rehat


Menasihati murid tentang bahaya jika mereka
bermain di kantin
Mengawasi murid di kantin
Membuat jadual guru bertugas untuk memantau
keadaan di kantin semasa waktu rehat

PERANAN MURID

Beratur ketika hendak membeli makanan

Jangan bergurau atau bermain semasa membeli makanan dan


semasa makan
Membeli makanan yang berkhasiat
Jangan bermain di kawasan kantin
Meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di tempat
yang sepatutnya
Jangan buang sampah bersepah-sepah
Menjaga kebersihan kawasan kantin

PERANAN PIHAK
KANTIN

Menyediakan makanan yang secukupnya


Menyediakan

makanan

yang

berkhasiat

untuk

tumbesaran murid
Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan
Memastikan kebersihan kawasan kantin
Elakkan daripada menjual makanan yang menjejaskan
kesihatan murid

KESELAMATAN DI MAKMAL SEKOLAH

Makmal adalah salah satu tempat di mana situasi


pembelajaran dan pengajaran sering berlaku. Makmal
juga boleh menjadi satu tempat yang bahaya kerana
tempat tersebut penuh dengan bahan-bahan yang
berbahaya.
Kelekaan

dan

kecuaian

boleh

kecelakaan berlaku pada bila-bila masa.

mengakibatkan

PERANAN GURU

Memastikan murid dalam keadaan terkawal

Jangan sesekali meninggalkan murid tanpa pengawasan


Memberi arahan dengan jelas supaya pelajar benar-benar
faham
Elakkan

pelajar

daripada

mendekati

atau

bermain

berhampiran kawasan-kawasan yang merbahaya.


Jangan benarkan pelajar mengendalikan peralatan yang
merbahaya sendirian

PERANAN MURID

Jangan memasuki makmal tanpa pengawasan dan


kebenaran guru
Jangan bergurau dan bermain di dalam kawasan makmal
Jangan membawa pulang apa-apa peralatan makmal
Melaporkan pada guru jika berlaku apa-apa masalah
Mengikut setiap arahan yang diberikan daripada guru

PERANAN PEMBANTU MAKMAL

Meletakkan tanda-tanda amaran pada tempat yang sepatutnya


Memastikan semua peralatan makmal berada dalam keadaan
baik
Menyelenggara

peralatan

makmal

yang

memerlukan

penyelenggaraan
Memaklumkan pada guru jika ada sebarang masalah supaya
guru sedia maklum
Menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan makmal

KESELAMATAN DI BILIK
DARJAH

Keselamatan perkhidmatan yang disediakan didalam bilik darjah


oleh pihak sekolah perlulah dititikberatkan kerana bilik darjah
merupakan tempat dimana aktiviti pembelajaran berlaku.
Jika pihak sekolah tidak peka terhadap tahap keselamatan
perkhidmatan yang diberikan, mungkin suasana pembelajaran
menjadi tidak kondusif serta proses pengajaran dan pembelajaran
kurang berkesan.
Oleh itu, semua pihak haruslah sentiasa mengambil perhatian
diatas semua perkhidmatan yang tersedia.

PERANAN GURU

Memang tidak dinafikan peranan guru dalam menjaga keselamatan murid


amatlah besar. Ini kerana keselamatan kesemua murid didalam kelas adalah
dibawah tanggungjawab guru itu sendiri.
Malah guru juga boleh didakwa diatas kecuaiannya jika berlaku sesuatu
kemalangan

yang

menyebabkan

kecederaan

kepada

murid

dibawah

tanggungjawabnya.
Guru tersebut juga adalah satu perkhidmatan yang diberi oleh pihak sekolah
untuk membimbing dan mengawal aktiviti murid semasa berada didalam
kelas. Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru dalam
memastikan keselamatan perkhidmatan didalam kelas terjamin ialah :

1. Memastikan bilangan murid mencukupi semasa memulakan aktiviti


kelas dan mengetahui bilangan dan sebab murid yang tidak hadir untuk
mengelakkan sebarang kemungkinan.

2. Guru mestilah mengawal keadaan murid didalam kelas supaya tidak


ada murid yang menggangu murid lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
3. Pastikan keadaan kelas selamat contohnya kerusi, meja serta alatan
lain elok untuk digunakan oleh murid dan tidak mendatangkan bahaya
kepada mereka.
4. Peka dengan alatan yang dibawa oleh murid seperti pisau dan gunting
dan sentiasa mengingatkan mereka agar tidak bergurau menggunakan
alatan tajam.
5. Pastikan murid beratur dan tidak berlari untuk keluar kelas serta
amalkan membaca doa sebelum dan selepas memulakan sesi
pembelajaran.

PERANAN MURID

Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah hanya
menyerahkan bebanan tersebut kepada guru sahaja. Ini kerana, semasa ketiadaan
guru didalam bilik darjah keselamatan murid adalah terletak dibahu mereka sendiri.
Antara peranan mereka ialah :

1.

Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang alatan kelas yang rosak untuk guru
ajukan kepada pihak pentadbiran.

2.

Menjaga kebersihan kelas untuk mewujudkan keadaaan kelas yang kondusif dan
mengelakkan sebarang penyakit.

3.

Tidak bergurau menggunakan alatan tajam seperti gunting dan pisau samada yang
dibawa ataupun yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan
kecederaan.

4.

Menjaga serta menggunakan alatan dan kemudahan dengan baik supaya tidak
rosak.

PERANAN PIHAK PENTADBIR

Pihak pentadbir adalah pihak yang berkuasa mengurus


semua kemudahan dan memastikan ianya berada
dalam keadaan baik.
Pihak pentadbir juga haruslah segera menggantikan
kemudahan atau alatan yang rosak dan difikirkan akan
mendatangkan
menggunakannya.

bahaya

kepada

murid

yang

KESELAMATAN DI KAWASAN
PEMBINAAN

Jika

sesebuah

sekolah

sedang

membuat

penambahan

bangunan baru, maka semua pihak terutamanya guru haruslah


bijak

mengawal

murid

agar

tidak

mendekati

kawasan

pembinaan kerana ianya amatlah berbahaya.

Pihak pemaju juga haruslah mengambil langkah-langkah yang


proaktif

bagi

menangani

dan

mengelakkan

segala

kemungkinan kemalangan yang bakal berlaku dalam menjamin


keselamatan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

PERANAN PIHAK
PEMAJU

Pihak pemaju yang diamanahkan untuk


menyiapkan bangunan sekolah haruslah peka
dengan keadaan sekeliling kawasan
pembinaan.
Ini kerana, kawasan sekolah adalah dipenuhi
oleh kanak-kanak yang masih tidak boleh
membezakan keadaan bahaya mahupun tidak,
malahan sifat ingin tahu mereka akan
mendorong mereka mendekati kawasan
pembinaan yang memungkinkan mereka
terdedah kepada bahaya. Antara peranan
pihak pemaju ialah :

1.Membuat pagar adang setinggi 1800mm tinggi dan mengelilingi kawasan


pembinaan seperti yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.

2.Letakkan tanda amaran ditempat yang sesuai beserta simbol yang


mudah difahami supaya menjauhi kawasan pembinaan jika tiada urusan.
3.Pintu keluar masuk jentera haruslah ditempatkan dimana kedudukannya
dapat mencegah bahaya dan kesulitan lalulintas kepada pelajar dan orang
awam.
4.Semua alat dan barang binaan hendaklah disimpan didalam kawasan
pembinaan untuk mengelakkan murid cuba menggunakannya.
5.Seboleh-bolehnya, pihak sekolah haruslah cuba untuk mencari masa
yang sesuai untuk memulakan pembinaan sekolah misalnya waktu cuti dan
sebagainya.

PERANAN GURU DAN


PENTADBIR

Pihak guru dan pentadbir sememangnya tidak boleh lepas daripada mengawal
murid-murid agar tidak mendekati kawasan pembinaan. Ini kerana, mrid-murid
adalah sentiasa dekat dengan guru mereka. Jadi peranan gurulah paling besar bagi
berpesan kepada murid mereka agar menjauhi kawasan pembinaan tesebut. Antara
peranan guru dan pihak pentadbir ialah :
1.Sentiasa berpesan kepada murid-murid mereka semasa perhimpunan mahupun
waktu kelas supaya menjauhi kawasan pembinaan tersebut.
2.Denda murid yang mendekati kawasan tersebut bagi memberi peringatan kepada
murid tersebut serta murid yang lain agar menjauhi kawasan tersebut.
3.Sentiasa memantau kawasan pembinaan tersebut dari masa ke semasa dan
meletakkan seorang pengawal bagi memastikan tiada murid berkeliaran dikawasan
tersebut.

PERANAN MURID

Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah hanya
menyerahkan bebanan tersebut kepada guru dan pihak pentadbir sahaja. Ini
kerana, semasa ketiadaan guru pada waktu petang, keselamatan murid
adalah terletak dibahu mereka sendiri. Antara peranan mereka ialah :

1.Sentiasa mengingati pesanan guru dan pihak pentadbir supaya menjauhi


kawasan tersebut.
2.Melarang rakan yang cuba memasuki kawasan tersebut dan melaporkan
kepada guru jika rakannya tidak mengendahkan larangannya.

KESELAMATAN DI TEMPAT LETAK


KENDERAAN

Tempat letak kenderaan juga adalah satu perkhidmatan yang


telah diberikan oleh pihak sekolah kepada murid-murid serta guruguru untuk memudahkannya meletakkan kenderaan.
Namun, bagaimana untuk memastikan perkhidmatan yang
diberikan adalah selamat untuk digunakan oleh semua.
Semua pihak berperanan dalam menjaga dan memastikan
keselamatan perkhidmatan tempat meletak kenderaan.

PERANAN GURU DAN PIHAK PENTADBIR

Pihak pentadbir adalah bertanggungjawab menguruskan segala hal berkaitan


sekolah dan mereka haruslah pandai meletakkan tempat letak kenderaan pada
tempat yang sesuai dan tidak menyusahkan pengguna. Antara peranan mereka
ialah :
1.Melarang murid menunggang basikal menuju ke tempat letak basikal untuk
mengelakkan berlaku kemalangan.
2.Tempat letak basikal dan kereta guru haruslah berjauhan bagi mengelakkan
kesesakan.
3.Pastikan tempat letak kenderaan tidak berbahaya dan tidak menghalang lalulintas.
4.Tempat letak kenderaan haruslah dibina di tempat yang sesuai dan tidak tersorok bagi
mengelakkan kecurian.
5.Pastikan tempat letak kenderaan mencukupi dan tersusun.
6.Arahkan pihak pengawal keselamatan membuat pemantauan terhadap kenderaan-

kenderaan didalam sekolah.

MESIN/ALAT
SELENGGARAAN

Keselamatan di sekolah amat penting bagi semua


kakitangan sekolah, guru-guru, dan murid.
Perkhidmatan

dalam

sekolah

kebanyakannya

menggunakan mesin dan alat selenggaraan.


Kakitangan sekolah, guru dan murid sekolah sendiri
perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan
diri di dalam sekolah.

PERANAN GURU

Guru amat penting dalam menjaga keselamatan murid di sekolah. Malah diri

guru itu sendiri perlu peka dalam mengendalikan mesin dan alat selenggaraan
ini. Ini termasuk dalam penggunaan bahan di makmal sains dan bengkel
Kemahiran Hidup. Antaranya adalah seperti :
Memastikan alat dan mesin jauh daripada bilik darjah.
Pastikan murid tidak bermain dengan alatan yang berbahaya.
Simpan alat atau mesin di tempat tertutup.
Tutup makmal sains, makmal komputer, setor, dan bengkel selepas

menggunakannya.
Elakkan diri daripada mengguna mesin di hadapan peelajar.
Pastikan suis terpadam semasa menggunakan alatan atau mesin.
Awasi murid semasa mereka menggunakan sebarang mesin.
Kemaskan dan simpan mesin ke tempat asal sselepas menggunanya.

PERANAN MURID

Murid juga perlu tahu dan mendapat pendedahan awal daripada guru ataupun ibu
bapa dalam mengendalikan mesin atau alatan di sekolah. Kebanyakan kes atau
kemalangan berlaku adalah daripada kecuaian murid itu sendiri. Antara peranan
murid adalah:

Murid perlu jauhkan diri daripada mesin semasa kakitangan ataupun guru sedang
mengguna mesin tersebut.
Murid dilarang bermain di kawasan bengkel, makmal, dan setor.
Murid tidak dibenarkan mengguna alatan tanpa pengawasan guru.
Murid perlu meminta kebenaran daripada guru sebelum mengguna sesuatu
alatan.
Murid dilarang memasuki setor, bengkel, dan makmal semasa ketiadaan guru dan
kakitangan sekolah.

KAKITANGAN SEKOLAH

Selain daripada itu, kakitangan sekolah juga perlu mengambil kira


keselamatan di sekolah semasa mengendalikan mesin. Ini kerana
kebanyakan kakitangan tidak menghiraukan aspek keselamatan
samaada bagi dirinya, murid, dan juga guru sekolah itu sendiri.

Pekebun perlu menggunakan mesin seperti mesin rumput semasa


ketiadaan murid.
Simpan mesin ke tempat asal selepas menggunakannya.
Pastikan kawasan sekeliling selamat sebelum mengendalikan
mesin.

KESELAMATAN
AKTIVITI
LUAR

Aktiviti luar sekolah amat penting dikira keselamatannya.


Pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya sekira aspek
keselamatan tidak digunakan semasa melakukan pendidikan luar
sekolah.
Kebanyakkan kes telah berlaku melibatkan pelajar sekolah
kerana guru tidak menjaga aspek keselamatan semasa melakukan
aktiviti di luar sekolah.
Ini banyak terjadi

semasa

sekolah

melakukan

perkemahan, lawatan sambil belajar, dan sebagainya.

aktiviti

PERANAN GURU

Guru amat berperanan penting semasa aktiviti luar sekolah dijalankan. Ini kerana
pihak sekolah dan ibu bapa memberi tanggungjawab dan kepercayaan dalam
mengawasi pergerakan murid.

Guru perlu mengawasi murid dengan sepenuhnya semasa melakukan aktiviti.


Pastikan alat keselamatan lengkap semasa melakukan perkemahan.
Pastikan kawasan atau tempat aktiviti selamat daripada sebarang bahaya.
Jauhi dan elakkan daripada murid menggunakan alatan tajam seperti pisau kecil,
parang, gunting, dan pelbagai alatan yang tajam.
Pastikan murid berjalan dengan kumpulan masing-masing.
Pastikan pakaian murid sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.
Kira murid dan anggota yang terlibat dalam aktiviti atau sebarang program yang
dilakukan.

PERANAN MURID

Murid juga perlu menjaga keselamatan diri semasa berada di luar sekolah
dan melakukan aktiviti. Ini kerana kebanyakan murid suka untuk bertindak
sendiri dan menyebabkan kemalangan berlaku. Murid perlu mendapat nasihat
tentang keselamatan daripada guru sebelum melakukan aktiviti di luar
sekolah.

Murid perlu berjalan dan melakukan aktiviti mengikut kumpulan.


Lantik seseorang daripada kumpulan untuk menjadi ketua yang boleh
dipercayai.
Jauhkan diri daripada tempat dan kawasan berbahaya.
Pakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dilakukan.


SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai