Anda di halaman 1dari 4

SK Pengkalan

Taman Pinji Mewah


31500 Lahat
Post Mortem Latihan Kebakaran

Tarikh

: 3 Mei 2016

Hari

: Selasa

Masa

: 9.00 pagi

Tempat: Padang Sekolah Menengah Pengkalan

Kekuatan:
1. Penglibatan murid secara aktivf semasa sesi ceramah kebakaran yang ditunjukkan
oleh pihak bomba.
2. Warga sekolah mengetahui cara menggunakan alat pemadam api sepertimana yang
diterangkan oleh pihak bomba.
3. Alat pemadam api yang digunakan semasa latihan memadam kebakaran dapat
berfungsi dengan baik.
4. Keadaan disiplin murid yang terkawal semasa pihak bomba memberikan penerangan
dan tunjuk ajar memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam
kebakaran.
5. Aktiviti dan penerangan yang disampaikan oleh pihak bomba menarik dan mudah
difahami oleh warga SK Pengkalan
6. Murid mengetahui tempat berkumpul iaitu di kawasan padang sekiranya berlaku
kebakaran.

Kelemahan :
1. Murid tidak menggunakan laluan yang sepatutnya semasa turun dari kelas masingmasing.
2. Terdapat murid-murid yang bertolak-tolak semasa menuruni tangga.
3. Segelintir murid yang bersikap sambil lewa atau tidak serius semasa latihan
kebakaran dijalankan.

4. Loceng kecemasan atau siren tidak dapat berfungsi dengan baik pada hari latihan
kebakaran kerana ketiadaan bekalan elektrik.
5. Pintu laluan ke kawasan padang terlalu kecil dan tidak sesuai untuk menampung
laluan bilangan murid yang ramai.
6. Semasa sesi ceramah kebakaran oleh pihak bomba , suara kurang jelas kerana
penggunaan haler sahaja.
7. Sebilangan guru tidak menyemak jumlah muid mengikut kelas masing-masing
( buku jadual kedatangan tidak di ambil dan buku itu masih di pajabat untuk daftar
kehadiran murid online)
Cadangan Penambahbaikan:
1. Latihan kebakaran secara kerap dan berkala bagi memberi pengetahuan yang jelas
kepada murid-murid.
2. Memastikan siren dan loceng amaran kebakaran dapat berfungsi dengan baik pada
setiap masa. Sekiranya ketiadaan bekalan elektrik alternative lain yang lebih berkesa
perlu diambil bagi memastikan murid mengetahui bunyi amaran kecemasan.
3. Memastikan murid mengetahuan laluan kelas masing-masing sekiranya berlaku
kecemasan.
4. Memastikan semua guru kelas menyemak jumlah murid kelas masing-masing .
5. Mengambil masa murid turun dari kelas ke padang sebagai panduan ketika latihan
kebakarn dijalankan.
6. Mempamerkan arah laluan kelas( Pelan Kecemasan ) ketika kecemasan di setiap
kelas bagi memastikan murid-murid mengetahui laluan kelas masing-masing.
7. Penerangan yang kerap kepada murid-murid tentang perkara yang perlu dilakukan
semasa latihan kebakaran atau menghadapi kebakaran yang sebenar.
8. Menambah bilangan ajk keselamatan, bilangan yang ada sekarang agak sedikit dan
tidak mencukupi.

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN


1.
Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA
BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
2.

Semua murid hendaklah:


berhenti daripada membuat semua kerja.
berdiri dengan tenang.

membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul


dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu
sama lain.
mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan
bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
1.
Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka
dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan
Bilik Sains.
2.
Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila
meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu
diambil.
3.
Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat
yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
4.
Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman
murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
5.
Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan
dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke
tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
6.
Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut
kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
7.
Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan
buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira
murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
8.
Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas
hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
9.
Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh,
Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.
10.
Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak
selamat.
11.
Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barangbarang yang tertinggal.
12.

Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.

13.
Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik
ke kelas.

TUGAS GURU KELAS


1.

Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.

2.

Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.

3.
Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku
kedatangan murid.
4.

Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.

TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR


1.
Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke
tapak selamat
2.

Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat

TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS
1.

Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.

2.

Tutup semua suis elektrik dan pintu.

3.

Iringi murid ke tapak selamat.

Anda mungkin juga menyukai