Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH,

81300 SKUDAI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
LATIHAN KAWAD KEBAKARAN BIL.01/2016
Rasional
Latihan kawat kebakaran diadakan pada setiap tahun, dari masa ke semasa. Latihan ini perlu
bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta
langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.
Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa
diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah
yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara
spontan.
Matlamat
Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil
tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya
berlaku kebakaran.

Tentatif Program
Tarikh: 3 Februari 2016
Hari: Rabu
Masa: 11.05 pagi
Tempat berkumpul: Padang sekolah
Aktiviti:
1. 11.05 pagi: Loceng kecemasan dibunyikan. Semua warga Sekolah Rendah Islam Hidayah
bergerak ke tempat berkumpul di padang sekolah melalui laluan yang telah ditetapkan.
2. 11.10 11.15 pagi: Guru subjek mengambil kedatangan murid.

3. 11.15 11.25 pagi: Ulasan oleh Ketua Unit Keselamatan, Ustaz Zainuddin Maali
4. 11.35 pagi: Murid bergerak ke kelas masing-masing

Masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan: 4 minit

Kelemahan yang perlu dibaiki:


1. Unit keselamatan perlu menyediakan senarai kedatangan guru.
2. Guru-guru baru perlu ditaklimatkan tentang tatacara kawad kebakaram dan laporkan kepada
guru yang bertugas. (Taklimat sudah diberikan pada Selasa pagi, 2 Februari 2016)
3. Guru-guru perlu beratur.
Nota tambahan:
1. Kawad kebakaran dibuat dalam masa yang singkat, sebaik sahaja selepas sukan tahunan
sekolah.
2. Pertukaran masa dilakukan atas sebab penggunaan padang bertembung dengan Sekolah
Menengah Islam Hidayah.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(MOHD DZAQUAN IMRAN MOHD ALIAS)

(ZAINUDDIN MAALI)

Setiausaha Unit Keselamatan

Ketua Unit Keselamatan

Disahkan oleh,

(USTAZAH NURAISYAH GINEN)


Penolong Kanan HEM

Anda mungkin juga menyukai