Anda di halaman 1dari 1

POST MORTEM PANITIA PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2013

Kebaikan : 1. Semua guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang dalam rancangan tahunan 2014. 2. Guru-guru dapat menilai murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 melalui aktiviti di dalam kelas mengikut Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berpandukan Dokumen Standard Prestasi. 3. Semua guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Bilik Muzik yang dilengkapi dengan alat bantu mengajar yang lengkap.

Kelemahan : 1. Program minggu Pendidikan Muzik tidak dapat dijalankan kerana kekangan waktu dan kekurangan tenaga guru. 2. Murid-murid tidak dapat mempelajari kemahiran bermain rekoder secara konsisten akibat daripada sikap tidak membawa rekoder sendiri ke sekolah. Ini mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Penambahbaikan : 1. Program Minggu Pendidikan Muzik akan dirancang untuk diadakan pada penggal pertama persekolahan untuk mengelakkan kekangan waktu dan tenaga kerja guru. 2. Mengingatkan murid-murid lebih awal supaya membeli dan sentiasa membawa rekoder sendiri ke kelas. Di samping itu, menyatakan faedah membawa rekoder mereka sendiri berbanding menggunakan rekoder sekolah atas sebab kebersihan.

Disediakan Oleh,

(AIN BINTI JAMAL) Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik, S.K. Putrajaya Presint 9(2) Tahun 2013

Anda mungkin juga menyukai