Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN CHUAH

71960 PORT DICKSON

KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (PLC)

SUBJEK : SAINS

PENGANJUR : PANITIA SAINS

TARIKH : 19 JULAI 2016

SEKOLAH : SEK. KEB. CHUAH, P.DICKSON

KOD SEKOLAH : NBA2006

1.0 Pengenalan
Program Profesional Learning Communities (PLC) merujuk kepada para pendidik
yang komited bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam usaha membuat
inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-
murid mereka. Melalui PLC pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh boleh
diaplikasikan secara langsung oleh guru-guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Budaya PLC diharapkan dapat memupuk
kesedaran guru untuk lebih komited dan berdedikasi terhadap tanggungjawab yang
diamanahkan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Latar Belakang

2.1 Tarikh Pelaksanaan : 19 Julai 2016 (selasa)

Tempat Pelaksanaan : Bilik Sains Sk Chuah

2.2 Bilangan Peserta : 15 orang (5 Bijak)

2.3 Objektif : 1. Mengenal pasti susunan mentol


secara bersiri dan selari.

2. Melakar litar bersiri dan selari.

3. Membanding beza kecerahan mentol.

2.4 Kaedah Pelaksanaan : Aktiviti berkumpulan

2.5 Bahan Bantu Mengajar : buku teks/ teaching courseware/ set litar

2.6 Pengendali/ Fasilitator yang Terlibat :

En. Norddin Bin Abd Kadir

En. Nor Fauzirah Bte Misban

En. Mohd Wafiq Bin Omran

3.0 Huraian Penilaian


3.1 Maklum Balas Peserta

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sangat menarik


kerana guru menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang
sesuai. Semua Murid dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang telah
disusun.

3.2 Maklum Balas Pentadbir

Pn. Hajah Suriah, GPK Kurikulum amat berpuas hati dengan


perancangan dan pelaksanaan PLC yang telah dijalankan oleh panitia
sains. Guru banyak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Abad
21 seperti penggunaan Frog VLE dan elemen-elemen pengajaran abad
21.

4.0 Pencapaian aktiviti

4.1 Hasil yang dicapai daripada Pelaksanaan Aktiviti

4.1.1 Murid dapat mengenal pasti susunan mentol secara


bersiri dan selari dalam litar lengkap.

4.2 Guru-guru ahli PLC dapat mempelajari teknik pengajaran dan


pembelajaran abad 21 dengan lebih baik dengan penggunaan
elemen-elemen pengajaran abad 21.

4.3 Perbandingan hasil dengan matlamat

Murid-murid berjaya mencapai objektif yang dinyatakan dalam


rancangan pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru dapat
berkongsi pengetahuan, pengalaman dan idea untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik minat murid.

5.0 Kemajuan / Masalah


Dapat menarik minat murid melalui aktiviti hands on. Guru juga bersemangat
untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran masing-masing dengan
adanya perkongsian ilmu dalam PLC ini.

6.0 Cadangan

PLC ini perlu dijadikan amalan dan melibatkan lebih ramai guru lagi agar
segala ilmu dapat dikongsi bersama.

7.0 Gambar Aktiviti

(Rujuk Lampiran)

8.0 Penutup

9.1 Rumusan Aktiviti

Panitia Sains Sk Chuah berasa puashati dan gembira


kerana dapat melaksanakan PLC dengan jayanya dan mencapai
objektif.Murid murid juga amat teruja mengikuti aktiviti yang
telah dirancang. Meskipun pdp ini di jalankan pada kelas yang
kedua yang terdiri daripada murid yang agak lemah tetapi
mereka begitu semangat dan memberi tumpuan sepenuhnya.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

Mohd Norddin Bin Abd Kadir Hamdan Bin Hj Mohd Nor

Ketua Panitia Sains , Guru Besar,

SK Chuah. SK Chuah.

LAMPIRAN
PERBINCANGAN BERSAMA GURU-GURU SAINS
LAMPIRAN

AKTIVITI PdP DI DALAM KELAS

Anda mungkin juga menyukai