Anda di halaman 1dari 3

Minit Curai Bengkel Verifikasi Data E-Operai

Pesanan PPD

1 Pertukaran Murid
i. Ikut SOP pertukaran murid.
ii. Berhati-hati semasa mengurus pertukaran murid yang melibatkan penceraian suami
isteri.

2 Mesyuarat-mesyuarat penting (Msy Guru, Msy Kurikulum, Msy Kokurikulum dll)


i. Perlu melaksanakan maklum balas
ii. Tindakan perlu dilaksanan mengikut maklum balas.

3 Pemantauan Nazir dan PPD


i. Pemantauan Nazir dan PPD ke sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan

4 Gambar Dalam e-Operasi


i. Kemaskinikan gambar dalam e-Operasi
ii. Dilarang berpakaian T-Shirt semasa mengambil gambar
iii. Pakai blazer semasa mengambil gambar

5 Hukuman
i. Jangan merotan Murid (Sentuhan) –Ikut SOP
ii. Ada guru tidak ikut SOP, akibatnya diheret ke makamah dan didapati bersalah lalu
dibuang kerja.
iii. Hanya Guru Besar sahaja ada kuasa merotan murid dengan syarat tidak
menjatuhkan maruah murid.

6 Kerja Mesti Cekap, Cepat dan Tepat


i. Semua data mesti dikemaskini dengan segera sekiranya ada perubahan.
ii. Data mesti tepat.

7 Penempatan Guru Interim


i. LMS dapat 2 orang: 1 orang utk SJKC dan 1 orang untuk SK

8 Penempatan Guru Ganti


i. Perlu masukkan nama dalam e-Operasi

9 Eg-Tukar
i. 2 kali setahun - sesi pertama :bulan 6, sesi kedua bulan Januari tahun hadapan.
ii. Permohonan untuk Eg-Tukar telah tutup
iii. Guru yang memangku DG42 tidak layak memohon Eg-Tukar.

10 Keperluan Guru Secukupnya.


i. Dasar KPM tidak boleh ada guru yang lebih.
ii. Pihak pentadbir perlu gunakan kebijaksanaan untuk menguruskan guru sakit.
Letakkan guru yang sakit untuk mengajar matapelajaran yang ringan (dlm tempo
guru itu sakit).
iii. Masukkan guru yang masalah mental ke kumpulan POL.
iv. Redeployment dalam daerah akan dijalankan 2 kali sebulan.
v. Bergerakan akan berlaku pada 1 hari bulan dan 15 hari bulan.
11 Cuti Peristiwa
i. 4 hari setahun
ii. Ikut Surat Pekeliling

12 Peperiksaan Tahap 1
i. Tiada Peperiksaan Tahap 1

13 APC 2019
i. Diadakan pada 29.4.2019 bersama Hari Guru 2019
ii. Kes Markah rendah perlu ambil perhatian dan perlu ada alasan / bukti yang kukuh.
iii. Jangan kurang daripada 60 Markah kecuali guru yang sangat bermasalah dan
berprestasi rendah.
iv. Guru boleh diberi markah kurang daripada 80% dengan syarat ada bukti yang kukuh.

14 Jualan Makanan Di Kantin


i. Jangan benarkan pengusaha kantin menjual aiskrim di kantin.

15 Pertukaran Guru Besar dan Penolong Kanan


i. Pertukaran Antara Daerah / antara negeri
a. Mesti melalui PPD
b. Dapatkan borang daripada PPD

BSKG

1 Semakan data
i. Data guru dan AKP hanya boleh dilakukan oleh kerani, PK Pentadbiran dan Guru
Besar
ii. Guru Besar perlu sentiasa menyemak data dalam e-operasi dan membuah
pengesahan.

2 Guru Agama dan Guru Bhs Inggeris


i. Guru Agama dan Guru Bahasa Inggeris perlu ditagging

3 BSKG
i. Cetak BSKG setiap bulan
ii. Cetakan BSKG perlu ditandatangani Guru Besar.

4 Waktu Mengajar Guru Besar / Penolong Kanan


i. Ajar matapelajaran elektif

5 Gambar AKP/ Guru


i. Berlatar belakarang biru dan memakai blazer.
ii. Akan digunakan untuk Permohonan Pertukaran, Permohonan Pertukaran Jawatan
dan Permohonan Kenaikan Pangkat.

6 Penghantaran Borang BSKG


i. Mulai tahun 2019 tidak perlu lagi menghantar borang BSKG

7 E-Operasi
i. Subjek Elektif
a. Bilangan murid yang mengambil subjek Elektif mesti sama dengan enrolmen
8 Guru Ganti
i. Maklumkan maklumat Guru Ganti kepada En. Chan / En. Azahari melalui telegram
sebaik sahaja terima Guru Ganti
ii. Jawatan : Guru Ganti,
iii. Gred Hakiki : Ikut Guru yang diganti,
iv. Gaji : Dibayar ikut hari

9 Gambar Dalam e-Operasi


i. Saiz gambar : Saiz Passport
ii. Pakaian : Pakaian formal dan berblezer

10 Kandungan fail peribadi guru


i. Salinan Sijil SPM
ii. Salinan Sijil Perguruan / Diploma Perguruan dan transkrip keputusan akhir
iii. Ijiazah dan transkrip keputusan akhir

11 Tarikh Perkhidmatan
i. Ikut tarikh surat kuatkuasa

12 Opsyen Bahasa Inggeris


i. Sekiranya opsyen kedua seseorang guru ialah Bahasa Inggeris, maka guru itu perlu
ditagging sebagai Guru Bahasa Inggeris dan Opsyen guru itu harus diletakkan Bahasa
Inggeris sebagai Opsyen Pertama.
13 SGMy
i. https://sgmy.moe.gov.my/
ii. Pastikan Nama, No. KP, sama seperta pada Kad Pengenalan (HURUF BESAR & TANPA
gelaran)
iii. Pastikan Sekolah / Institusi penempatan pertama betul
iv. Semak maklumat dalam SGMy
v. Buat pengesahan dan cetak
vi. Minta guru turunkan tanda tangan pada
a. Nama
b. No. KP
c. Jantina
d. Tarikh lantikan pertama
e. Sekolah penempatan pertama
f. Ikhtisas
g. email
vii. Tarikh tutup : 30 April 2019
14 Rumusan
i. Buat bengkel SPLg di sekolah
ii. Opsyen Bahasa Inggeris perlu dikemaskinikan. PPD akan semak Opsyen guru dalam
eOperasi.
iii. Redeplymen akan dilaksanakan pada bulan Mei.
15
16

Anda mungkin juga menyukai