Anda di halaman 1dari 11

APA ITU PLC

OBJEKTIF

 Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk


menjayakan NKRA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(PPPM 2013-2025).
 Menzahirkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
menjayakan PPPM 2013-2025 melalui perancangan dan tindakan khusus secara
menyeluruh dan bersepadu.
 Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan
bekerjasama dalam kalangan guru.
 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
 Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk
membantu dan memberikan bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran
yang lain (coaching partnership)
 Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati
diri sebagai pemimpin instruksional.
 Mempopularkan dan membudayakan PLC sebaga istrategi pelaksanaan
kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia.

Ada 4 jenis aktiviti PLC yang digalakkan. Antaranya ialah:

 Lesson Study
 Peer Coaching
 Learning Walk
 Teacher Sharing Sessions
Lesson Study
Guru-guru berkolaboratif mencari isu/masalah serta langkah penambahbaikan dalam
sesuatu pdpc dan kemudian menjalankan pelan tindakan, membuat perancangan,
tindakan dan tindak susul. 

Peer Coaching
Guru bantu membantu dalam membuat persediaan, pemerhatian dan komen
penambahbaikan serta bertukar pendapat tentang langkah penambahbaikan dalam
pdpc antara satu sama lain. 

Learning Walk
Guru-guru menjelajah dari satu kelas ke satu kelas, membuat pemerhatian serta
membuat catatan dengan fokus dan instrumen tertentu.

Teacher Sharing Session 


Guru bebas membuat apa-apa sahaja perkongsian ilmu berkaitan PdPc dan berlaku
secara bergilir-gilir setiap sesi. 

Apakah kekangan guru dalam membuat PLC?


1. Tidak cukup masa.
2. Kurang ilmu dan pendedahan.
3. Belum bersedia untuk bersifat terbuka.
4. Sukar melihat impak.

Bagaimanakah cara mengatasi kekangan ini?


1. Rancang dengan betul. Hadkan masa kepada perkara penting sahaja. Setiap sesi
boleh disusuli secara offsite dengan memperkasa online PLC (Google Classroom,
Skype, Telegram Group, Google Photos) .
2. Sentiasa merujuk kepada group-group Telegram seperti Mudah Mengajar. Di
sana anda boleh berbincang tentang PLC.
3. Sentiasa memberikan komen positif terhadap semua perkongsian guru. Boleh
juga merangsang semangat guru dengan mengadakan kuiz pada setiap kali sesi,
pertandingan perkongsian terbaik dan sebagainya. Apabila memberikan sesuatu
pendapat atau komen, jauhkan sama sekali daripada memberi komen terhadap ciri-
ciri guru dan gayanya tetapi fokus lebih kepada bagaimana murid boleh belajar
dengan baik dan apakah langkah-langkah atau cara lain yang boleh diterokai untuk
menambahbaik mutu PdPc tersebut.
4. Cara dan dokumentasikan setiap sesi PLC. Kemudian buat rententan BEFORE &
AFTER. Dengan itu guru dapat melihat impak. Jangan lupa untuk membuat ujian pre
dan post menggunakan aplikasi Google Forms.
Strategi, Tips & Borang Pelaksanaan PLC
PLC adalah merupakan singkatan kepada Professional Learning Community atau
Komuniti Pembelajaran Profesional. PLC menggalakkan kolaborasi yang lebih aktif
dalam kalangan guru bagi menambahbaik kualiti PdPc dalam bilik darjah. Saya percaya
semua guru pasti sudah maklum bahawa setiap PLC yang dilaksanakan boleh
didaftarkan dalam laman e-SPLKPM. Rugi jika kita laksanakan PLC tapi tidak
didaftarkan sebagai LaDaP. 

Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam PLC, boleh rujuk dalam laman e-
SPLKPM. Cuma di negara kita setakat ini lebih berfokuskan kepada 6 strategi berikut: 

1. Lesson Study 

Lesson Study boleh dikatakan antara strategi PLC yang paling rumit dan mengambil
masa. Namun, sebenarnya ia akan menjadi lebih mudah apabila kita sudah biasa
menjalankannya. Dalam strategi Lesson Study, kita berbincang kaedah PdPc terbaik
melalui rancangan pengajaran (RPH). 

Lesson Study melibatkan 3 fasa: 

(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu panitia) 
     - pemilihan aktiviti 

(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama & pemerhatian
oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study 
(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH 
       - adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk yang diajar? 

Sekiranya objektif yang disenaraikan dalam RPH tersebut dapat dicapai melalui aktiviti
yang dijalankan, maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan setakat fasa (iii) dan boleh
diteruskan dengan perbincangan RPH untuk tajuk yang lain pula. Namun, jika banyak
kekurangan yang dikenal pasti dan penambahbaikan dibuat, maka RPH yang telah
dikemaskini diuji semula melalui kitaran yang seterusnya dengan mengulang semula
proses (i) - (iii). 

Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan dengan strategi lain seperti Teacher
Sharing dan Video Critique. 

2. Peer Coaching 

Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak selaku
Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih: 

(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati 


(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati 
(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama. 

Tips: boleh dijalankan semasa proses pencerapan, juga boleh digabungkan dengan
strategi Teacher Sharing. 
3. Teacher Sharing Session 

Sebenarnya, kita selaku guru sudah tentu selalu berbincang tentang kaedah PdPc
sesama ahli panitia, cuma tak buat laporan saja kan. Jangan risau, laporan TSS senang
sahaja, hanya isi sahaja borang yang telah disediakan dalam tool kit TSS. Jangan lupa
ambil gambar dan lampirkan dalam laporan. 

Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun antara 2 orang guru sahaja
pun boleh. Setiap kali berbincang, ambil gambar terus, laporan boleh disediakan
kemudian. 
4. Learning Walks 

Strategi PLC yang paling rileks. Apa tidaknya, sambil-sambil berjalan sahaja sudah
boleh hasilkan satu laporan PLC. Tapi, pastikan ada ilmu yang dikutip melalui
pemerhatian terhadap pengajaran guru lain. Bukan berjalan kosong sahaja ye. Jika
bosan atau mengantuk dalam bilik guru, jalan-jalan ambil angin sambil menimba ilmu.
Best kan..? 

Tips: Masa berjalan tu, terus bawa siap-siap borang Learning Walks, isikan terus. Jika
tidak nanti lupa apa yang diperhatikan dan laporan jadi bertangguh. Akhir sekali, laporan
tidak dibuat, maka rugi lah. 

5. Video Critiques 

Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton semula
video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang digunakan serta
membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc sedia ada. 

Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif sekiranya tidak semua ahli kumpulan / ahli
panitia dapat hadir semasa pelaksanaan Lesson Study atau Peer Coaching. Malah
boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih seperti Telegram / WhatsApp / Skype dll.
Proses perbincangan lebih meluas dan lebih fleksibel. 

6. Data Analysis 

Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap ujian/peperiksaan melalui


analisis item yang dibuat. Kita tengok tajuk mana yang sukar dikuasai oleh pelajar,
pelajar mana yang perlu diberikan perhatian lebih. Ini pun dah biasa sangat kita buat
kan, cuma tak dokumentasikan saja, betul tak? 

Catatan: 

Perlu diingat bahawa setiap strategi PLC yang dijalankan adalah bertujuan untuk menilai
dan menambahbaik pedagogi dalam bilik darjah. PLC dilaksanakan BUKAN untuk
menilai guru yang mengajar. Guru-guru dalam kumpulan PLC juga perlu lebih bersikap
terbuka dan bersedia untuk memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan
pelaksanaan PLC secara berkualiti. 

TOOL KIT PLC 


Berikut merupakan senarai borang berkaitan yang perlu diisi bagi melengkapkan
Laporan PLC. 
Selain daripada borang-borang ini, sertakan bersama RPH bagi tajuk yang dilaksanakan
PLC. 

Borang Pemerhatian Lesson Study 


Laporan Refleksi Lesson Study 
Borang Pelaksanaan Peer Coaching 
Jurnal Peer Coaching 
Borang Laporan Teacher Sharing 
Borang Learning Walks 
Borang Video Critique 

Untuk contoh laporan PLC: 


Contoh Laporan TSS & Jurnal Peer Coaching 
Posted by Cikgu Nurul at 17:43 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

36 comments:
1.
PLC DI SEKOLAH
PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional

     Tidak dinafikan pasti ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di
sekolah. Ini kerana arahan melaksanakannya daripada pihak PPD/JPN dan pihak
Pengurusan Sekolah.Walaubagaimanapun kita sebagai Guru Abad 21 perlu
mengambil ini sebagai satu cabaran yang menyeronokkan , sentiasa berfikiran
positif  dan di samping itu kita juga  dapat berkongsi ilmu pedagogi , kaedah pdpc ,
strategik yang berkesan serta pelbagai pandangan bagi meningkatkan prestasi 
pelajar amnya. 

     Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai (enjoy) oleh para
guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan
rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan
hasil pengajaran kepada murid.

APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik


yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat
inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk pelajar-
pelajar mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk


meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di
seluruh negara.

PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan
kepada 

 menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru


 membina hubungan yang berkualiti
 mempunyai program yang sangat berfokus
 menggerakkan sumber-sumber sedia ada
 berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC


 memastikan pembelajaran murid
 budaya kolaborasi
 fokus kepada pencapaian
ENAM DIMENSI PLC
 Kongsi kepimpinan
 kongsi nilai dan visi
 pembelajaran kolektif dan aplikasi
 kongsi amalan peribadi
 struktur
 hubungan

STRATEGI PLC

PLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki


pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:

Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi


   Lesson Study

   Peer Coaching

   Learning Walk

  Teacher Sharing Session  

  Video Critique

Fail Penyelaras PLC Sekolah


Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah


1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
     - Tool kit (Borang)
     - Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah


1.  Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.

2.  Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN

3. Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC


4. Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
5. Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas
untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
6. Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson
Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson
Study Sahaja.

Kenapa Lesson Study dititik beratkan?


Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber
pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak
semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk
masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber
rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan
murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap,
pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan.
Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya.

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan


1.            Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer
Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah
cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.

Bagi mana-mana guru yang ingin tahu lebih mendalam mengenai PLC, Sila
Klik LINK
terima kaseh atas perkongsian :
sumber dari 

Anda mungkin juga menyukai