Anda di halaman 1dari 6

Rujukan: SKBR 600-5/1/17

KERTAS CADANGAN
PROGRAM ROBOT4SCHOOL
SEKOLAH KEBANGSAAN BRUMAS TAWAU

Fatmah Wati Binti Abd Moes,


Guru Besar,
SK Brumas,Tawau.

PROGRAM ROBOT4SCHOOL 2024/2025


SEKOLAH KEBANGSAAN BRUMAS TAWAU
____________________________________________________________________________
Pengenalan:

ROBOT4SCHOOL ini digubal dan dirancang demi melonjakkan lagi kecemerlangan


pendidikan STEM murid di peringkat awal. Program ini dikendalikan dan diselia oleh
Kumpulan Tech Up Malaysia Sdn Bhd. Guru-guru serta ibu bapa akan dilibatkan
bersama-sama bagi memperkukuhkan pelaksanaan program yang julung kali ini dan
akan disokong-bantu oleh pihak Persatuan Ibu bapa Guru.

Semua pihak berkeyakinan penuh dan berhasrat melihat perkembangan yang positif
serta bersepadu dalam membentuk murid-murid yang berpotensi dan berketrampilan
dalam aspek-aspek yang difokuskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Sokongan, dorongan,sumbangan,galakan,gerakan motivasi dan kemantapan jati diri


semua pihak adalah menjadi penanda aras dalam merealisasikan kejayaan program
ini.

2.0 Rasional

ROBOT4SCHOOL ini dirancang dan dilaksanakan bagi membantu meningkatkan


pencapaian murid dalam kemahiran asas pengaturcaraan, pembinaan dan mengawal
robot secara fizikal di sekolah yang dibawakan dari Jepun.

Selain itu juga, program ini dapat memupuk kerjasama yang lebih padu serta komitmen
yang tinggi di kalangan guru-guru STEM dan ibu bapa dalam memastikan semua
murid memperolehi kemahiran STEM yang perlu dikuasai.

1
3.0 Matlamat

Program ini dijalankan berpaksikan kepada hasrat murni guru-guru untuk membantu
dan mewujudkan minat murid dalam dunia STEM dengan menguasai asas kemahiran
pengaturcaraan untuk mengawal robot. Murid-murid juga dapat memperkukuhkan
kemahiran kejuruteraan dalam membina robot menggunakan Artec Blocks. Murid juga
akan belajar untuk mengaplikasikan konsep dari bengkel robotik serta
menghubungkait kemahiran ini dalam aplikasi dunia sebenar.

4.0 Objektif

Beberapa objektif program diperjelaskan seperti berikut:

(i) Membantu murid-murid mempelajari konsep grafik pengaturcaraan Scratch


untuk menggerakan robot
(ii) Membantu murid-murid mempelajari kemahiran asas kejuruteraan.
(iii) Membantu murid membina robot yang boleh bergerak menggunakan Artec
Blocks.
(iv) Membantu murid mengaplikasikan konsep dari bengkel robotik dan
menghubungkait ke aspek dunia sebenar
(v) Mewujudkan dan memupuk rasa minat terhadap subjek STEM

5.0 Kumpulan Sasaran

(i) 60 orang murid terdiri dari Tahap 1 dan Tahap 2

6.0 Tempoh Program , Masa dan Tempat

(i) 20 Mac 2024


(ii) 8:00 - 10:30 pagi
(iii) Bilik Sains, SK Brumas

7.0 Jawatankuasa Induk Program ROBOT4SCHOOL

Pengerusi : Pn. Fatmah Wati binti Hj Abd Moes(Guru Besar)

Tim. Pengerusi : Pn Hjh Kasimah binti Lau (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : En. Jaya Sulong bin Ahmad (PK HEM)

2
Naib Pengerusi 2 : En. Zainuddin bin Dullak (PK Kokurikulum)

Penyelaras Program : Cik Atifah Ruzana binti Abd Wahab (Ketua Panitia Sains)

Setiausaha : En. Izyan Syahiran bin Izzuddin (Ketua Panitia RBT)

Ahli-ahli : Semua Guru Sains dan RBT

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Produk Kuantiti Harga per Unit Jumlah

1. Robot for School (Hands-on) 60 murid RM50 RM3000

2. Cas pengangkutan pengelola 1 RM250 RM250


Tech Up Malaysia Sdn. Bhd

Jumlah RM3250

9.0 Punca Kewangan

(i) PCG Matapelajaran Sains dan RBT

(ii) Dana PIBG

10.0 Pelan Tindakan


Bil Tarikh Perkara/ Aktiviti Catatan / Tindakan
1 Mesyuarat Pertama Semua AJK
2 Perbincangan Kertas Kerja Bersama Semua AJK
Ketua Panitia
Dan Taklimat/ Bengkel Pengurusan
Program
3 Perbincangan Kertas Kerja Bersama Semua guru
Guru yang Terlibat
4 Perbincangan dan Pemurnian Kertas Guru Besar
Kerja PK Pentadbiran
Guru yang terlibat
5 Pembentangan Kertas Kerja Semua AJK
6 Memaklumkan ibu bapa murid yang Guru Besar
terlibat melalui surat dan maklum Pk Pentadbiran
balas Semua guru Sains
dan RBT

3
7 Pelaksanaan Program Semua guru Sains
dan RBT
8 Penilaian Keberkesanan Program Guru Besar
Semua Pentadbir
9 Post Mortem Program Semua Guru
10 Penambahbaikkan Program Semua AJK

11.0 Penutup

ROBOT4SCHOOL sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak


sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru dalam memastikan program ini
dapat dijalankan. Ini terutamanya dari segi kewangan dan nasihat serta
mengendalikan teguran bagi mencapat objektif ROBOT4SCHOOL secara
maksimum. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk berinteraksi dengan
guru-guru berkenaan dengan perkembangan pembelajaran STEM anak-anak. Saya
percaya, dengan usaha dan penglibatan semua pihak, ROBOT4SCHOOL
akan berjalan dengan licin dan lancar.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

………………………………….. ……………………………………….

(ATIFAH RUZANA BINTI ABD


(HJH KASIMAH BINTI LAU)
WAHAB) Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras ROBOT4SCHOOL , Sekolah Kebangsaan Brumas,
SK Brumas,Tawau. Tawau.

4
Rujukan: SKBR 600-5/1/17

KERTAS CADANGAN PROGRAM ROBOT4SCHOOL, SEK KEB BRUMAS, TAWAU SESI


2024/2025

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program ROBOT4SCHOOL Sek Keb Brumas Sesi


2024/2025.

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan ROBOT4SCHOOL Sek Keb Brumas Sesi


2024/2025.

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………...…

………………………………………………………………………………………………...…

………………………………………………………………………………………………...…

5
(FATMAH WATI BINTI ABD MOES)
Guru Besar,
Sek Keb Brumas,Tawau.
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai