Anda di halaman 1dari 3

1.

0Pengenalan
Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan salah satu amalan
penambahbaikan sekolah melalui penstrukturan semula budaya sekolah.
Menurut Hord (1997), Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan
sebagai sebuah sekolah yang mempunyai budaya profesional sekolah iaitu
pemimpin sekolah dan guru sanggup bertungkus lumus mencari ilmu dan
berkongsi teknik pembelajaran secara berterusan untuk meningkatkan prestasi
pencapaian murid. Pengintegrasian Program PLC dalam pendidikan sebenarnya
memerlukan komitmen kepimpinan sekolah supaya memastikan kapasiti guru
berada pada tahap yang tinggi dan berkesan. Pada 1960-an, para penyelidik
pendidikan seperti Rosenholtz, Little dan McLaughlin telah bermula kajian-
kajiannya terhadap pengaplikasian program PLC dalam sekolah dan
penanbahbaikkannya yang diperkatakan sebagai satu perancangan jangka masa
panjang. Di Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah melaksanakan PLC
bermula dengan strategi Lesson Study kepada 289 panitia mata pelajaran di
289 buah sekolah berprestasi rendah pada tahun 2011. Dengan ini, pengenalan
PLC telah membawa era baharu kepada sistem pendidikan negara kita bagi
meningkatkan prestasi murid melalui profesionalisme guru yang mantap dan
berkualiti.

2.0Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) strategi, teknik


Menurut Dufour, Eaker & Many (2006), pendidik yang komited untuk bekerja
secara kolaborasi dan berterusan dalam aktiviti siasatan dan penyelidikan
tindakan. Jadi, usaha-usaha guru tersebut dapat menunjukkan keputusan yang
lebih memberangsangkan bagi peningkatan prestasi murid-muridnya.
Pengintegrasian Komuniti Pembelajaran Profesional dalam sesebuah sekolah,
guru-guru harus memiliki ciri-ciri yang bersikap keterbukaan supaya
meningkatkan profesionalisme masing-masing. Antara ciri yang dimilki oleh guru
termasuk kepimpinan distributif dan menyokong, sikap perkongsian visi dan
misi, amalan pembelajaran secara kolektif dan mengamalkan pembelajaran
tersebut, persekitaran pembelajaran kondusif, dan kerelaan perkongsian amalan
peribadi antara mereka.
2.1 Strategi Perlaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Menurut Paidela Consulting Group, Canada (1990), terdapat lima strategi
utama dalam PLC bagi membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
iaitu Dialog Reflektif, Penswastaan Amalan, Fokus Secara Kolektif Terhadap
Pembelajaran Murid, Kolaborasi dan Norma dan Nilai Dikongsi Bersama.
Dalam strategi pertama Dialog Reflektif, guru harus menggunakan protokol
perbincangan iaitu merancangakan mesyuarat bulanan untuk membincangkan
artikel mengenai pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
guru juga boleh mewujud sesebuah Kelab Buku yang akan membaca buku yang
sama dan ditetapakn pada setiap bulan dan meneruskan dengan perbincangan
antara ahli. Selain itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti kritikan video
pengajaran guru. Dengan strategi ini, guru-guru dapat memperolehi idea-idea
perancangan P&P mereka melalui perbincangan antara guru.
Dalam strategi Penswastaan Amalan, guru boleh merancangkan aktiviti Jejak
Pembelajaran iaitu berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran
guru lain dengan menggunakan protocol atau focus yang spesifik. Selain itu,
amalan bimbingan rakan sebaya guru (Pembimbing Instruksi, Peer Coaching)
juga dapat membantu guru menggunakan kitaran prakonferens, pemerhatian
dan pasca-konferens untuk memerhati pengajaran guru lain. Tambahan pula,
guru-guru juga boleh belajar bersama-sama dengan menggunakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Sekumpulan guru berusaha merangkakan satu RPH
diikuti dengan sesi pelaksanaan dan sesi penambahbaik RPH tersebut. Jadi,
guru-guru dapat belajar antara mereka melalui contoh-contoh yang benar-benar
diaksi dan diperhatikan dengan jelas.
Dalam strategi Fokus Secara Kolejtif Terhadap Pembelajaran Murid, guru
harus menganalisis data prestasi murid. Hal ini bererti bahawa, guru-guru harus
mengkaji dan membincang data agregat murid secara kolektif supaya
mengenalpasti pola dan tema yang dikehendakan membuat penambahbaikan
dalam bidang kurikulumnya. Dengan analisis data ini, guru-guru juga dapat
mengenalpasti keberkesanan pengajarannya dan mengkategori kumpulan
murid-murid yang berbeza.
Dalam strategi Kolaborasi, guru-guru harus sentiasa berinteraksi antara satu
sama lain bagi melahirkan amalan perkongsian pengalaman pengajaran masing-
masing untuk membuat penambahbaikan bersama-sama. Jadi, guru boleh
menjalankan aktiviti seperti Pasukan Melintang dan Menegak, Pementoran,
Kumpulan Penyelesaian Masalah bagi menampung cabaran yang dihadapi oleh
guru-guru semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
Dalam strategi Norma dan Nilai Dikongsi Bersama, guru-guru harus
mewujudkan sesebuah kumpulan yang mempunyai visi, panduan prinsip dan
nilai asas supaya merangsangkan pegerakan ahli kumpulan bergerak dengan
selaras. Dengan ini, ahli kumpulan dapat menumpukan focus dan mengukuhkan
matlamat serta sasaran bagi meraikan kejayaan peningkatan prestasi murid
secara berterusan.

2.2 Teknik Perlaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (PLC)


Pelaksanaan PLC dapat meningkatkan profesionalisme guru melaui amalan
kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan ketrampilan
guru. Jadi, teknik-teknik yang dikumpul daripada pelbagai rujukan artikel-artikel dan
jurnal para penyelidik akan dibincang dalam bahagian tersebut.
Teknik pertamanya adalah pembentukan kumpulan PLC dan menetukan
matlamat. Sesuatu kumpulan PLC sekolah harus dilengkapi dengan matlamat dan
tujuan penubuhannya. Jadi, setiap ahli kumpulan PLC harus mengetahui struktur
dan perkembangan pegerakan kumpulan PLC berdasarkan hasil perbincangan
dalam setiap mesyuarat. Dengan ini, guru-guru patut menjalankan kajian terhadap
hasil pembelajaran mata pelajarannya sehingga dapat menguasainya dengan
mantap. Selain itu, guru-guru harus mengamalkan sikap keterbukaan bagi
menerima pandangan ahli PLC supaya mampu membuat penambahbaikan terhadap
rancangan pengajarannya selepas perbincangan berkolaborasi.
Teknik kedua adalah pembinaan rancangan pengajaran harian dengan
bersistematik. Ahli kumpulan harus menyediakan mesyuarat bulanan supaya
menyediakan peluang kepada ahli-ahli untuk mengemukakan masalah yang
dihadapi semasa sesi pengajaran. Guru dikehendaki membuat analisis data
terhadap hasil kerja yang berkaitan dengan sesi pengajaran tertentu. Melaui
penggunaan demontrasi interaktif tersebut, guru-guru dan Jadi, guru-guru dapat
mengemukakan masalah mereka dengan data-data pencapaian murid yang jelas
serta memastikan perbincangan mesyuarat dapat mewujud hasil yang berkualiti
serta mendapatkan cadangan penambahbaikan yang berkesan.
2.3 Kekangan Perlaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (PLC) di
Malaysia
3.0 Kepentingan Perlaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (PLC)
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan

Anda mungkin juga menyukai