Anda di halaman 1dari 2

Jenis-Jenis Penanda Wacana(Penanda Kronologi, Penanda Organisasi, Penanda Idea)

Penanda Kronologi
Definisi

Memberi
pengertian
kepada
persoalan
berkaitan waktu
Mengandung
ikata kunci:
bila dan
seumpamanya.

Penanda Organisasi
Mempertautkan
sesuatu bahagian
wacana dengan
bahagian yang lain.

Penanda Idea

Menghubungkan antara
fakta dengan fakta dan
idea dengan idea yang
berfungsi untuk:
a) mengembangkan idea
b) pertentangan idea
c) hubungan idea

Contoh

Kini
Lantas
Mula-mula
Lepas itu
Sebelum
Kemudian
Semenjak itu
Pada suatu
waktu
Pada zaman
dahulu
Dua tahun
kemudian
Beberapa tahun
kemudian

pertama
tegasnya
contohnya
akhir sekali
dalam hal ini
sebagai kesimpulan
dalam hubungan ini
untuk merumuskan
dengan perkataan
lain
untuk menjelaskan
lagi
akan dinyatakan
pada tempat yang
lain
dalam bahagian ini
kita akan
membincangkan

a)

Mengembangkan idea
Malah
Satu lagi
Selain itu
Seterusnya
Begitu juga
Di samping itu
Lebih-lebih lagi
Tambahan pula

b)

Pertentangan Idea
Tetapi
Sama ada
Sebenarnya
Sebaliknya
Walaupun
Walau bagaimanapun
Pada masa yang sama
Namun

c)

Hubungan Idea
Jadi
Maka
Kecuali
Oleh itu
Oleh sebab
Oleh hal yang demikian
Untuk tujuan itu
Berikutan dengan itu
Sebaliknya

Jenis-Jenis Penanda Wacana(Penanda Kronologi, Penanda Organisasi, Penanda Idea)

Contoh Ayat
Pada zaman
dahulu, Kerajaan
Melayu Melaka
merupakan sebuah
kerajaan yang kuat.

Penduduk di negara
yang dilanda
peperangan hidup
dalam kesengsaran.
Mereka bukan sahaja
kehilangan harta benda
malahan anggota
keluarga yang
tersayang. Contohnya,
ramai penduduk
Kemboja terpaksa
melarikan diri ke negara
jiran semata-mata untuk
meyelamatkan diri
daripada menjadi
korban peperangan.

a) Mengembangkan Idea
Contoh ayat:
Ratusan ribu istilah dalam
sesuatu bahasa tidak
membawa erti tanpa istilahistilah tersebut digunakan
dalam penulisan,
perbincangan, dan
penterjemahan. Tambahan
pula, istilah yang secara
abstrak dihasilkan oleh
jawatankuasa istilah belum
tentu sesuai bagi sesuatu
bidang.
b)Pertentangan Idea
Contoh Ayat:
Thomas dan keluarganya
berpindah ke luar negara
pada akhir tahun lalu.
Namun, hatinya masih
teringatkan tanah air yang
mencintainya.
c) Hubungan Idea
Contoh Ayat:
Buku itu bukan saya beli,
sebaliknya ia adalah buku
pinjaman daripada
perpustakaan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai