Anda di halaman 1dari 14

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN


UJIAN PRA UPSR
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
OGOS 2018 011
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 2 011

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 9

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Saya berharap __________ akan datang beramai-ramai untuk menyertai aktiviti


gotong-
royong nanti,”pesan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Indah kepada anak-anak
buahnya.
A Anda
B Kita
C Awak
D Kalian
2. Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan cuaca di negara kita
____________ dan lembap sepanjang tahun.
A kemarau
B banjir
C angin
D panas

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Dedaun dan bunga mawar pada dahan itu akibat dahannya patah.
A melempai
B meliuk
C menegak
D mengendur

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3 011

4. Stanley berjaya menjiwai wataknya sebagai dalam lakonan itu dengan baik
sekali.

A kakitangan
B hulubalang
C warganegara
D bumiputera

5. Ayah menasihati abang tidak membuang masa dengan menonton televisyen.

A kecuali
B lagi
C atau
D supaya

6. Sultan Mansor Shah hilang selera makan sejak seminggu yang lalu. Keadaan baginda
semakin lemah. Apakah yang akan berlaku kepada baginda jika keadaan ini berterusan?

A beradu
B santap
C gering
D bersiram

7. orang murid Tahun 2 sedang beratur di luar bilik rawatan untuk pemeriksaan
gigi mereka dari Klinik Pergigian Taman Impian.
A Para
B Sebahagian
C Segelintir
D Beberapa

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 4 011

8. Orang ramai datang untuk membeli-belah sempena jualan gudang yang


dibuat di kedai kasut Bata itu.
A bertolak-tolak
B berpusu-pusu
C berlonjak-lonjak
D berjengket-jengket

9. Puan Mariam membeli tiga tikar buluh dan pasu tembikar dari
Sarawak.
A keping … sebiji
B gulung … sebiji
C bidang … sebuah
D bidang … sebentuk

10. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Sikap Nabila yang suka menyendiri seperti itu menyebabkan rakan-rakannya


memulaukannya.
A patah hati
B kambing hitam
C kera sumbang
D lipas kudung

11. Adam menggigil kesejukan kerana air perigi di belakang rumah datuk sangat dingin.
Pilih perkataan antonim bagi dingin.
A sejuk
B dedar
C hangit
D panas

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 5 011

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Rumah agam di atas bukit itu cantik sebelum bersih.
II Abang tidak mahu makan nasi sebelum menyiapkan kerja sekolahnya.
III Pemain-pemain bola sepak membuat aktiviti regangan sebelum memulakan sesi
latihan mereka.
IV Penyanyi itu tersenyum sebelum melambai-lambai tangannya kepada peminat.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

13. Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Datuk berpesan kepada cucunya, “David, bacalah buku pada masa lapang.”
A Cucu datuk berpesan kepada datuk supaya membaca buku pada masa lapang.
B David berpesan kepada datuknya supaya membaca buku pada masa lapang.
C Datuk berpesan kepada David supaya membaca buku pada masa lapang.
D Datuk dan David membaca buku pada masa lapang.

14. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kumpulan ekspedisi itu itu meminta pertolongan daripada orang asli semasa mereka sesat
di dalam hutan.
A Di manakah kumpulan ekspedisi itu sesat?
B Siapakah yang membantu kumpulan ekspedisi itu di dalam hutan?
C Apakah yang menyebabkan kumpulan ekspedisi itu sesat di dalam hutan?
D Bagaimanakah kumpulan ekspedisi itu menyelamatkan diri semasa sesat di dalam
hutan?

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 6 011

Soalan 15
Pilih ayat yang betul.

15. A Kedua orang murid itu ialah jiran di sebelah rumah saya.
B Khatijah membaca surat khabar sambil mengetahui berita semasa.
C Juruhebah radio itu membincangkan tentang masalah disiplin murid.
D Pelbagai-bagai jenis kuih dijual di Warung Mak Limah pada setiap pagi.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 7 011

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Seni pertahanan diri merupakan cara seseorang mempertahankan diri dengan menggunakan
senjata atau tanpa senjata daripada diserang oleh penjenayah. Tujuan mempelajari seni ini bukan
untuk menewaskan musuh, tetapi mempertahankan diri apabila diancam bahaya sebelum tibanya
bantuan daripada polis dan orang awam.
Seni pertahanan diri berasal dari medan perang. Setelah penggunaan senjata seperti
senapang dan meriam digunakan secara meluas, seni pertahanan diri mula berkembang dalam
kalangan orang awam. Seni ini bukan sahaja untuk mengelakkan ancaman daripada jenayah,
tetapi juga binatang buas dan liar seperti harimau dan monyet liar.
Antara kelebihan mempelajari seni pertahanan diri adalah dapat mempertahankan diri
apabila keselamatan diri tergugat khususnya golongan wanita, meningkatkan keyakinan dan
keberanian diri apabila berada dalam situasi genting, mendisiplinkan diri dengan masa dan
sebagai satu wadah bersosial apabila mengikuti latihan seni pertahanan diri. Selain itu, seni ini
juga dapat menyihatkan tubuh badan agar cergas dan mengurangkan tekanan.
Seni pertahanan diri terbahagi kepada seni tempatan dan seni berasal dari luar negara.
Seni yang berasal daripada masyarakat tempatan ialah silat yang banyak dipelajari oleh orang
Melayu. Manakala, seni pertahanan diri yang lain dibawa masuk ke Malaysia dan
dikembangkan ke seluruh negara. Contohnya, taekwando, aikido, wushu, karate, judo, muay thai
atau tinju Siam, silambam dan kalaripayat.
Ilmu seni pertahanan diri dapat menyelamatkan diri dan harta benda daripada menjadi
sasaran penjenayah. Walaupun ilmu kita sekadar ala kadar, bak kata pepatah, “sediakan payung
sebelum hujan” dan kita ialah penyambung legasi nenek moyang agar tidak luput dek zaman.

16. Seni pertahanan diri berasal dari


A orang Melayu
B luar negara
C orang awam
D medan perang

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8 011

17. Berikut adalah tujuan mempelajari seni pertahanan diri kecuali


A menewaskan musuh.
B mendapat bantuan orang ramai.
C serangan binatang buas.
D mempertahankan diri dari ancaman bahaya.

18. Manakah seni pertahanan diri yang bukan dibawa masuk ke negara?
A Tinju
B Taekwando
C Silat
D Karate

19. Pilih pernyataan yang benar tentang seni pertahanan diri.


A Hanya golongan wanita sahaja yang boleh mempelajari seni pertahanan diri.
B Seni pertahanan diri membuatkan kita mengalami tekanan.
C Tubuh badan akan menjadi sihat dan cergas.
D Pihak polis dan orang ramai tidak membantu.

20. Maksud kata legasi dalam petikan ialah


A jejak
B warisan
C kehebatan
D keturunan

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 9 011

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

ke pada atau kerana untuk akan dengan apabila

Taman rekreasi merupakan kemudahan awam untuk anggota masyarakat beriadah atau
rehat bersamasama _____________________ keluarga. Biasanya taman rekreasi menjadi
tumpuan orang ramai ____________________ waktu petang kerana ketika itu cuaca agak redup.
Di taman rekreasi ada pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan oleh para pengunjung. Golongan
kanak-kanak suka pergi ___________________ taman rekreasi kerana ada pelbagai alat
permainan. Sesetengah pengunjung suka berjoging atau melakukan senaman dengan
menggunakan alatan senaman yang disediakan di situ. Ada pengunjung suka bersiar- siar di
kawasan tersebut sambil menghirup udara yang nyaman. Namun begitu, kita haruslah patuh
____________________ undang- undang di taman rekreasi untuk menjamin keselamatan kita.

(4 markah)

Soalan 22
Garis jawapan yang paling sesuai dalam petikan di bawah.
Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak untuk ( dibawa / dihantar ) ke pelabuhan. Tiba di
pelabuhan, aku diangkut dengan sebuah lori untuk dibawa ke sebuah kedai telefon. Aku
(diletakkan / dipamerkan) kepada orang ramai. Pada keesokannya, aku dibeli oleh seorang
wanita. Aku terus dibawa pulang ke rumah dan disambut meriah oleh ahli keluarganya. Tuan aku
( menjaga / menggunakan ) aku dengan baik. Sejak hari itu, aku berkhidmat untuk
(menyampai / menghubungi ) rakan-rakannya, mengambil gambar dan mencari maklumat. Aku
berasa bangga kerana dapat ( dipakaikan / digunakan ) dengan berfaedah.
(5 markah)

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10 011

Soalan 23

a. Tulis ayat cakap ajuk yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Jawapan : Cik Chrisma memaklumkan kepada penumpang itu agar meletakkan bagasi
di ruang yang disediakan serta duduk ditempat yang ditetapkan.
(2 markah)
b. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.

Ayat tanya: Apakah yang dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat
penyayang ?

Jawapan : __________________________________________________________________
__________________________________________________________________

( 2 markah )
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan nyatakan kesan daripada
perbuatan tersebut.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 11 011

____________________________________________________________________
(2
markah )

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.
Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau turut sama menyertai rombongan menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Sejak zaman
persekolahan, beliau telah menunjukkan ketokohan sebagai pemimpin. Semasa beliau
melanjutkkan pengajian dalam bidang undang-undang di London, beliau telah aktif dalam
persatuan. Beliau menjadi Setiausaha Persatuan Wanita Melayu London.
Semasa penjajahan Jepun di Tanah Malaya, beliau menjadi askar wataniah. Beliau amat
benci akan pendudukan tentera Jepun yang agak zalim dan menindas rakyat. Beliau menjadi
salah seorang yang kuat menentang penjajah pada zaman Jepun. Pada tahun 1950, Allahyarham
Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai peguam. Beliau mula aktif dalam politik di Tanah
Melayu. Kegiatannya dalam bidang politik menyebabkan beliau dilantik sebagai Naib Presiden
UMNO ketika usianya masih muda. Pada tahun 1956, Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik
sebagai Pengerusi Jawatankuasa mencapai kemerdekaan, beliau dilantik sebagai menteri
Pendidikan. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pertama sehingga
tahun 1970.
Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Allahyarham Tunku Abdul
Rahman Putra Al- Haj mengundurkan diri daripada arena politik serta meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri. Banyak perubahan dari segi ekonomi negara telah dilakukan oleh
Allahyarham Tun Abdul Razak semasa menjadi Perdana Menteri. Beliau menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana.
Walaupun tokoh negara yang ulung ini meninggalkan kita, namun beliau tetap di kenang
dan disanjung. Sumbangan beliau yang besar ertinya terhadap perkembangan ekonomi dan
perpaduan rakyat seharusnya kita sanjung tinggi. Beliau mendapat gelaran Bapa Pembangunan
sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 12 011

a. Rangkai kata mengundurkan diri dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
__________________________________________________________________________
( 1 markah )

b.Mengapakah Allahyarham Tun Abdul Razak digelar Bapa Pembangunan?


_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)
c.Apakah yang menyebabkan Allahyarham Tun Abdul Razak membenci penjajahan Jepun?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
(2 markah)
d.Adakah wajar golongan murid mengenali tokoh- tokoh negara?Mengapa?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
(3 markah)

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 13 011

Soalan 25

Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kedai Buku Minda Bestari

Promosi Sempena Pembukaan Rasmi -Pelbagai jenis buku, majalah, alat tulis
Tarikh : 28 Julai 2018 dan kamus dijual di sini.
-Potongan
T A M A THarga (Buku & Majalah – 20%)
-Pembelian Alat Tulis (10%)
*Pembelian melebihi RM200 akan
mendapat hadiah misteri *Pesanan buku secara borong dari
sekolah amat dialu-alukan

a. Nyatakan dua jenis bahan bacaan yang boleh dibeli di kedai ini.
_____________________________________
_____________________________________
( 2 markah )
b.Bagaimanakah pembeli boleh mendapat hadiah misteri ?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah )
c.Mengapakah kita perlu membeli bahan bacaan ?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 14 011

____________________________________________________________________________
( 3 markah )

JAWAPAN :
1. D
2. B
3. A
4. B
5. D
6. C
7. D
8. B
9. B
10. C
11. D
12. B
13. C
14. D
15. C
16. D
17. B
18. C
19. C
20. B

[Lihat halaman sebelah


SULIT

Anda mungkin juga menyukai