Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (30%)

Penulisan akademik ini berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan menggunakan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 1000pp
1.0 PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara bangsa. Pembangunan modal insan bertaraf dunia merupakan
prasyarat untuk membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad ke 21.
Berdasarkan kenyataan Datuk Dr. Amin di dalam buku Kit PLC Kementerian Pendidikan
Malaysia, (2019) Profesional Learning Commnunity (PLC) merupakan satu platform
untuk guru-guru berkolaboratif secara professional dan berkongsi amalan terbaik serta
membudayakan PLC untuk melonjakkan kemenjadian murid. Profesional Learning
Communities (PLC) adalah inisiatif dan trend untuk meningkatkan kualiti guru,
pencapaian pelajar dan pembangunan profesional di kalangan negara maju
(Chichibu,2013; Dufour & Mattos, 2013; Pektas, 2014). PLC ini juga dapat menjadi jalan
penyelesaian kepada masalah guru dalam bilik darjah dan menyediakan ruang untuk
guru berdiskusi secara professional supaya dapat mencari pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik. Hasrat utama PLC tertumpu pada perkongsian kemahiran
dan pengetahuangur, membina hubungan yang berkualiti, merancang program
berfokus, menggerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi
kepemimpinan dalam merealisasikan Dasar Pendidikan Negara untuk membina modal
insan yang berkualiti pada masa hadapan. PLC berteraskan lima strategi utama sebagai
usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah iaitu pengajaran
bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson
demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian
pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, pengajaran secara
kolaboratif (collaborative teaching), (Lesson Study) sebagai satu aktiviti pengajaran dan
persediaan pengajaran secara kolaboratif. Oleh itu, guru perlu mencari pendekatan,
kaedah, strategi dan teknik pengajaran baharu agar murid-murid dapat survive pada
cabaran dunia masa kini.

2.0 STRATEGI PLC


Strategi PLC yang boleh diaplikasikan ialah melalui bimbingan rakan sekerja,
kritikan video dan sesi perkongsian. Bimbingan rakan sekerja ialah satu usaha
kerjasama antara dua atau lebih guru dalam merancang, melaksana dan menilai PdPc
semula. Mereka akan saling berkongsi kepakaran, memberikan maklum balas,
sokongan dan bantuan. Menurut Yee, (2016) bimbingan rakan sekerja memerlukan
guru yang terlibat untuk merenungkan latihan, berkongsi amalan dan cadangan yang
berjaya, dan belajar daripada rakan sekerja. Ini membantu melibatkan bukan sahaja
guru baharu, tetapi juga guru senior dalam belajar secara kolaboratif dan profesional,
untuk menangani cabaran bersama dan bersama dalam pengajaran. Antara objektif
bimbingan rakan sekerja ialah untuk memahami dan mengamalkan tiga proses utama
(prakoferensi, pemerhatian dan pascakoferensi) dalam tiga Model Pengajaran Peer
Coaching, mengenalpasti peranan coach yang baik dalam Peer Coaching dan
mempelajari amalan terbaik daripada rakan sekerja. Manakala kritikan video pula
bermaksud menonton dan menganalisis secara kritis dan kreatif video yang telah
dirakam semasa PdPc dijalankan pada fasa pemerhatian (bimbingan rakan sekerja)
secara terancang dan professional bagi penambahbaikan kualiti pengajaran. Setelah
itu, pada penghujung fasa prakoferensi guru boleh berkongsi melalui Teacher Sharing
Sessions atau sesi perkongsian sekumpulan guru akan bertemu untuk perkongsian ilmu
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berkesan.

3.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Daripada bimbingan rakan sekerja mempunyai 3 strategi penting secara sistematik untuk
memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi,
pemerhatian dan pascakonferensi dapat dilaksanakan melalui tiga cara iaitu guru
mengajar model pembelajaran, coach sebagai guru yang mengajar model pengajaran
dan merancang pengajaran dan Co-Teaching iaitu pengajaran berpasangan.

Prakoferensi
1. Bentuk pasukan guru Sains
2. Berbincang untuk merancang dan memilih tajuk pengajaran (Haba)
3.Tujuan- murid boleh memahami dan mengaplikasikan
pengembangan dan pengecutan haba dalam kehidupan seharian
4. Kaedah- mengadakan eksperimen pengembangan dan pengecutan
haba

Pemerhatian
1. Mengadakan sesi PdPC Sains di dalam kelas Tahun 5
2. Merakam video pengajaran
3. Coach memerhatikan guru Sains yang mengajar dan mencatat di
belakang kelas.
4. Guru Sains yang mengajar juga perlu mengenalpasti kelemahan
semasa PdPc dijalankan

Pascakoferensi
1. Guru Sains akan membuat refleksi diri
2. Coach akan memberi maklum balas mengenai corak pengajaran
3. Menonton kembali video pengajaran dan memberikan kritikan
4. Selesai menganalisis data dan berbincang
5. Akan berkongsi kaedah pengajaran terbaik melalui Teacher Sharing
Session

3.1 Prakoferensi
Prakoferensi ialah suatu proses diskusi bagi menentukan matlamat yang
ingin dicapai semasa proses pemerhatian. Guru perlu membentuk satu pasukan
atau pasangan dan salah seorang menjadi coach. Contohnya, seorang guru
Sains sekolah rendah perlu mengenalpasti dan memilih coach yang dari
kalangan guru-guru Sains yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran Sains untuk memerhatikan corak dan gaya
pengajaran guru. Kemudian, guru-guru tersebut akan memilih dan berbincang
terhadap tajuk pengajaran, matlamat, fokus dan objektif yang perlu dicapai oleh
mereka. Guru Sains akan memilih untuk mengajar topik haba Sains tahun 2 dan
menetapkan objektif seperti mampu memahami dan mengaplikasikan
pengembangan dan pengecutan haba dalam kehidupan seharian serta mampu
untuk mereka cipta satu inovasi haba. Menurut Roslizam, Jamilah & Yusof,
(2018) guru juga perlu menentukan fokus isu atau masalah yang perlu dilihat
semasa PdPc berlangsung dari segi pengurusan bilik darjah seperti kawalan
kelas, masa yang diambil, tahap kognitif murid dan sebagainya. Sekiranya guru
Sains tersebut mengajar murid dalam kelas yang mempunyai tahap kognitif yang
rendah. Mereka perlu bijak dalam melaksanakan PdPc seperti
memperbanyakkan aktiviti hands-on, Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
menarik seperti video interaktif, permainan dan main peranan murid. Kawalan
kelas dan masa yang sistematik juga perlu diberi perhatian agar murid dapat
mendapat input kepada pengajaran guru. Menurut Yahaya et.al, (2020)
Penglibatan murid juga penting supaya boleh wujud komunikasi dua hala dan
pengajaran bermakna kepada murid. Oleh sebab itu, guru perlu bertindak bijak
dalam memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku semasa PdPc
berlangsung.

3.2 Pemerhatian
Bagi fasa pemerhatian pula dilaksanakan berdasarkan pembolehubah yang
telah dikenalpasti dan dirancang semasa proses prakonferensi. Menurut Zakaria,
Mahmad, & Rahman, (2018) teknik pemerhatian diperlukan bagi tujuan mencatat
apa yang berlaku dan apa yang didengar semasa berada di lapangan. Coach
akan membuat pemantauan dan memerhati guru yang mengajar di hadapan dan
mengumpul data seperti yang telah ditetapkan semasa prakonferensi. Guru akan
melaksanakan PdPc di dalam kelas seperti biasa. Antara cara data dikumpul
dengan mencatat dan merekod, menghasilkan senarai semak, menghasilkan
carta dan jadual, serta mendokumentasikannya. Semasa fasa ini juga guru
merekodkan video semasa PdPc berlangsung untuk tujuan strategi kritikan video
dilaksanakan. Coach perlu mengumpul data sebagai bukti untuk dibincangkan
pada pascakoferensi. Guru juga perlu peka kepada setiap kelemahan semasa
PdPc dijalankan dan membuat catatan sendiri.

3.3 Pascakoferensi
Fasa yang terakhir ialah pascakoferensi iaitu pengajar membuat penilaian
kendiri atau refleksi diri. Contohnya, guru Sains setelah selesai menjalankan sesi
PdPc akan memikirkan kekurangan dan kelemahan dalam pengajarannya dan
mengambil iktibar melalui perancangan pengajaran yang telah dibuatnya. Coach
akan menyemak dan berkongsi data hasil daripada pemerhatian mereka. Guru
bersama-sama dengan coach akan menganalisis data yang diperoleh dan
memastikan objektif tercapai. Guru akan membuat penambahbaikan
berdasarkan cadangan atau maklum balas yang diterima. Maklum balas dan
proses bimbingan perlu ada perbincangan dua hala antara guru dan coach.
Komen daripada coach amat penting untuk guru mengenalpasti dan memperbaiki
kelemahannya. Kemudian, coach akan membimbing guru untuk menghasilkan
satu rumusan melalui data-data yang telah diperolehi serta dikongsi bersama.
Guru-guru akan menganalisis apakah strategi dan pendekatan yang mampu
menjurus kepada hasil pembelajaran. Menurut Alsaleh, Alabdulhadi, &
Alrwaished, (2017) pembimbing rakan sekerja yang berkesan dibina berdasarkan
komunikasi yang jujur dan terbuka, dengan para peserta menyumbang sikap
tidak berat sebelah, dan kesediaan untuk saling membantu untuk berkembang
secara profesional. Ia didedikasikan untuk bekerja dalam hubungan yang saling
mempercayai dengan sikap untuk mencari peningkatan dalam kemahiran
mengajar, pengalaman belajar yang lebih baik untuk pelajar dan juga berkongsi
pengalaman kelas.

Semasa fasa ini juga, strategi kritikan video boleh diaplikasikan dengan
menonton dan menganalisis secara kritis dan kreatif video PdPc yang telah
dirakam. Tujuan video dikritik bagi menyemai budaya mengkritik secara
berhemah dan nilai keterbukaan serta dapat meningkatkan tahap kualiti guru dari
aspek pengetahuan. Misalnya, coach dan guru Sains yang lain akan memberikan
merumuskan maklum balas yang telah dipersetujui secara berhemah
berdasarkan rakaman video sama ada objektif tercapai atau tidak dan murid
memahami keseluruhan pengajaran guru. Pasukan juga akan memberi idea
penambahbaikan dalam cara menangani suatu masalah yang timbul semasa
PdPc dijalankan.
Akhir sekali, berkongsi amalan terbaik yang telah dipersetujui untuk
disebarluaskan melalui pelbagai medium. Setelah guru dan coach berbincang
dan bertukar pendapat serta mengenalpasti corak pembelajaran yang terbaik.
Guru boleh menyebarkannya dalam sesi perkongsian atau dikenali sebagai
Teacher Sharing Sessions. Strategi ini melibat setiap guru Sains untuk
membentangkan kaedah atau amalan yang berjaya di hadapan semua orang
secara bergilir-gilir Menurut Carroll et al,(2003), perkongsian ini membolehkan
ahli kumpulan belajar sesama sendiri bagi memahami dunia pengetahuan dan
persekitaran mereka. Guru boleh menghadiri sesi perkongsian akan berkongsi
tentang hasil daripada bimbingan rakan sekerja dan kritikan video untuk
membantu pembangunan dan profesionalisme guru dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Melalui sesi ini guru juga boleh berkongsi masalah yang
dihadapi bagi mendapatkan pandangan dan jalan penyelesaian yang terbaik
pada masalah tersebut. Contohnya, guru Sains akan berkongsi tentang
bagaimana cara untuk mengendalikan murid semasa menjalankan suatu
eksperimen di makmal sains.

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan negara bangsa. Pembangunan modal insan bertaraf dunia
merupakan prasyarat untuk membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad ke
21. Antara strategi PLC yang boleh diaplikasikan ialah melalui bimbingan rakan sekerja,
kritikan video dan sesi perkongsian. Strategi ini dapat memberi peluang kepada guru
untuk berkolaborasi dengan guru yang lain secara professional dan dapat memikirkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada murid. Melalui PLC, guru
diberi akses kepada sumber dan professional peluang belajar, yang diperlukan untuk
menyusun semula persekitaran pembelajaran untuk memenuhi keperluan pendidikan
pelajar mereka yang semakin pelbagai (Mohd Faiz M. Y., Husamudin H., Jamal N. Y. &
Hamidah Y., 2016).

Anda mungkin juga menyukai