Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Dunia pendidikan pada hari ini menghadapi revolusi pembelajaran yang menuntut
pembentukan sebuah komuniti sekolah yang berani melakukan perubahan bagi memantapkan
sistem pendidikan negara. Perubahan yang berlaku ini kesan daripada tuntutan dan cabaran
globalisasi, liberalisasi. perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Fechter dan
Horowitz (1991) mengatakan bahawa perubahan tetap akan berlaku, walaupun tidak disenangi.
Justeru, komuniti sekolah sentiasa berusaha dan bersedia sepanjang masa dalam melahirkan
suasana pendidikan yang sentiasa seiring dengan perubahan perkembangan semasa.

Perkara inilah yang ingin dipupuk dalam Professional Learning Community (PLC). PLC
menurut Du Four, Eaker, & Many (2006) merujuk kepada usaha para pendidik yang komited
dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Manakala, Hord (1997)
mentakrifkan Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan sebuah komuniti sekolah yang
bersama-sama berusaha secara profesional melakukan penambahbaikan pembelajaran murid
melalui lima dimensi iaitu perkongsian dan sokongan kepemimpinan, perkongsian nilai-nilai,
misi dan visi, kolektif pembelajaran dan aplikasi, keadaan-keadaan yang menyokong dan
perkongsian amalan invididu.

Lima dimensi ini menuntut setiap ahli organisasi sekolah yanq beroperasi sebagai
komuniti pembelajaran profesional melibatkan diri mereka dalam pembelajaran yang berterusan
dan mengamalkannya secara tekal serta dapat memberikan komitmen terhadap
penambahbaikan sekolah (Eaker dan Dufour: 1998). Oleh itu, kerjasama antara guru untuk
menghadapi perubahan adalah amat diperlukan dengan melakukan pelbagai pendekatan baru
dari segi governance yang berasaskan birokratik iaitu 'top-down' kepada perkongsian bersama
ke arah inovasi pendidikan secara menyeluruh (Huffman & Hipp, 2003).

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN PLC

PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian


murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah learning walks, peer coaching, lesson study,
teacher sharing sessions and video critiques of teaching moments.

Strategi lesson study merupakan satu strategi yang paling banyak digunakan di sekolah-
sekolah. Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran guru
dalam bilik darjah. Lesson Study merupakan satu model perkembangan profesional guru yang
telah lama diamalkan di Jepun lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007). Model ini lebih
mantap pada tahun 1960an dan kini telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru
Jepun terutama di sekolah-sekolah rendah (Fernandez & Yoshida, 2004). Lesson Study turut
dikenalpasti sebagai faktor penyumbang kepada prestasi tinggi pengajaran guru-guru Jepun
dalam bilik darjah menurut Stigler & Hiebert (1999).

Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan
kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan
meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.
Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru
mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu dalam proses
pembinaan RPH secara bersama. Amalan sebegini sewajarnya dipupuk agar menjadi budaya
kerja oleh guru-guru di sekolah agar dapat menghasilkan sebuah sekolah dengan sistem
pendidikan yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia.

Menurut buku “The Teaching Gap” (Stigler & Hiebert, 1999), Lesson Study merupakan
model yang berasaskan peningkatan profesional guru berterusan secara jangka panjang.
Lesson Study berfokus kepada pembelajaran pelajar dan menjurus kepada usaha
meningkatkan pengajaran berdasarkan kesesuaian murid. Selain itu, lesson study ini
melibatkan satu usaha kolaboratif antara guru yang menyumbang kepada perkembangan
pengetahuan mengenai pengajaran dan juga perkembangan profesional diri sendiri.
Kesimpulannya, model Lesson Study ini merupakan satu model di mana pencapaian prestasi
akademik adalah berdasarkan kepada respon murid terhadap penyampaian guru dalam
mewujudkan sesebuah suasana pengajaran yang berkesan.

Langkah-langkah dalam pelaksanaan Lesson Study ialah yang pertama sekali ialah
menentukan sasaran dan objektif pengajaran. Seterusnya barulah guru merancang dan
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Melalui RPH yang telah disediakan, guru-
guru lain akan membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru. Guru ini akan membuat
refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan berdasarkan cadangan
penambahbaikan dan komen berkaitan kelebihan dan kekurangan yang telah diberikan oleh
guru-guru yang telah melakukan pemerhatian. Akhir sekali, guru tersebut akan melakukan
pengubahsuaiam untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
3.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Secara amnya, langkah-langkah melaksanakan Lesson Study adalah seperti pertama


sekali iaitu membentuk kumpulan Lesson Study dan menentukan matlamat atau sasaran.
Semasadi sekolah, guru-guru mestilah membentuk sebuah kumpulan Lesson Study bagi
mewujudkan suasana kolaboratif yang lebih teratur dan sistematik. Contohnya, sebagai
seorang guru kami telah membentuk satu kumpulan di mana ahli-ahli kumpulan ini boleh terdiri
daripada guru-guru daripada panitia Bahasa Melayu, Matematik dan Guru Kelas. Seorang
Ketua Kumpulan mestilah dilantik bagi mengetuai sesebuah kumpulan. Semasa merancang
aktiviti, guru-guru akan mengkaji matlamat kurikulum dan sukatan pelajaran, masalah berkaitan
pembelajaran murid dan tentukan matlamat atau sasaran yang hendak dicapai bersama-sama.
Contohnya, guru yang baru mengajar sesebuah kelas boleh melakukan kolaborasi dengan
guru-guru kelas bagi berkongsi pengetahuan tentang masalah berkaitan pembelajaran murid
agar guru dapat mengenal pasti masalah murid di dalam kelas. Aspek-aspek seperti ini perlulah
diambil kira agar guru dapat merancang kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran murid-murid.

Seterusnya, Guru akan merancang dan membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Guru akan memilih tajuk yang hendak diajar dalam satu sesi pengajaran. MBerdasarkan RPH
yang telah diampirkan, tajuk yang telah dipilih ialah Pasar Raya bagi kemahiran suku kata
KV+KV dan Vokal berganding dan diftong. Dalam kumpulan yang telah dibentuk, guru akan
membincangkan tentang masalah pembelajaran murid berkaitan dengan tajuk berkenaan
dengan guru-guru lain. Guru mestilah memastikan tajuk yang dipilih adalah sesuai dengan
tahap murid dan mampu merangsang tahap kognitif mereka, barulah guru membina langkah-
langkah dalam RPH dan menyediakan sumber-sumber pengajaran yang diperlukan.

Contohnya, semasa merancang dan membina RPH, guru mestilah melibatkan pelbagai
kaedah dan teknik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, contohnya teknik soal jawab,
didik hibur, pembelajaran masteri, terapi dan pembelajaran abad ke 21. Bahan bantu mengajar
yang digunakan mestilah mampu menarik minat murid untuk belajar iaitu berwarna-warni,
maujud dan merangsang deria VAKT murid. Contohnya, dalam RPH yang telah dilampirkan
aktiviti seperti membuat kolaj dan terapi pasir dapat meningkatkan kemahiran VAKT murid.
Guru akan memikirkan dengan mendalam strategi pengajaran yang sesuai digunakan dan
memiliki jangkakan terhadap respon murid yang akan diterima dan perlulah sentiasa bersedia
semasa proses pengajaran. Contohnya, dalam RPH ini guru menimbulkan perasaan ingin tahu
murid seperti apa yang berlaku semasa piñata dipukul, apa yang berlaku apabila peta harta
karun diambil gambar dan guru banyak bersoal jawab dengan murid.

Langkah yang paling penting ialah pelaksanaan pengajaran. Semasa teknik ini
dilaksanakan, seorang Pakar Rujuk (PR) atau Knowledgeable Other (KO) dijemput sebagai
pemerhati, pemberi komen dan cadangan bagi langkah-langkah penambahbaikan dalam RPH.
Sebelum itu, ketua kumpulan perlu memberi taklimat ringkas kepada PR atau KO berkaitan
dengan skop pengajaran yang akan dilaksanakan. Selain itu, Seorang atau lebih guru dalam
kalangan ahli kumpulan akan dijemput untuk membuat pemerhatian semasa proses
melaksanakan pengajaran kepada kelas tertentu mengikut RPH yang disediakan secara
kolaboratif. Contohnya, seorang guru mestilah terlebih dahulu merancan siapakah guru dalam
ahli kumpulannya yang akan menjadi seorang pemerhati.

Kedua-dua guru ini perlulah sentiasa bersikap professional dalam membuat penilaian
dan tidak bersikap pilih kasih hanya kerana guru tersebut merupakan rakan baik mereka. Guru
ini boleh menjadi pemerhati di dalam kelas dengan tidak melakukan gangguan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran guru yang sedang berlangsung. Guru ini perlulah sentiasa peka
dalam memerhatikan respons murid di dalam kelas. Data yang perlu dikumpul ialah interaksi
antara guru-murid dan hasil pembelajaran murid. Fokus utama perlulah diberikan kepada
respon, tingkah laku dan pembelajaran murid, bukannya focus terhadap pengajaran guru.

Setelah proses pengajaran dilaksanakan, guru akan membuat sesi refleksi pengajaran.
Sesi refleksi akan diketuai oleh ketua kumpulan. Sesi dimulakan dengan melihat semula
matlamat atau goal Lesson Study. Semasa sesi ini guru yang mengajar diberikan peluang
terlebih dahulu untuk memberi komen, pandangan dan refleksi terhadap pengajaran yang telah
dilaksanakan serta RPH. Seterusnya guru-guru lain yang menjadi pemerhati perlu berkongsi
maklumat dan masing-masing perlu menekankan kepada aspek-aspek positif pembelajaran
murid. (Berdasarkan eviden atau bukti murid). Eviden juga boleh dalam bentuk video bagi
memudahkan guru-guru menilai semua aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.

Guru-guru akan berkongsi maklum balas yang kritikal berdasarkan pemerhatian guru
dan eviden murid. Pakar Rujuk akan bertindak sebagai moderator dan mengemukakan
pandangan serta cadangan dalam sesi refleksi. Sesi refleksi yang dijalankan perlulah bersifat
profesional dan sebarang kritikan atau teguran adalah bertujuan meningkatkan profesionalisme
guru. Komen dan hasil refleksi akan dicatat dan disimpan untuk dijadikan rujukan serta
bertujuan penambahbaikan RPH yang akan datang. Pengerusi dan pakar rujuk perlu
memainkan peranan untuk memastikan guru-guru aktif dan berfikir secara mendalam semasa
sesi refleksi melalui teknik penyoalan isu-isu yang kritikal.

Akhir sekali ialah penambahbaikan dan perkongsian RPH, guru-guru akan mengadakan
satu sesi perbincangan bagi membuat penambahbaikan RPH berdasarkan hasil yang diperolehi
daripada sesi refleksi. Guru-guru perlu memikirkan secara mendalam bagaimana RPH perlu
diberi penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti dalam
sesi pengajaran yang lepas dan fokus kepada pembelajaran murid. Kumpulan guru akan
menentukan samada pengajaran semula RPH yang telah ditambahbaik dilaksanakan terhadap
kelas yang sama atau sebaliknya. Sekiranya pengajaran dilaksanakan, proses dalam langkah 3
dan 4 perlu diulang semula. Laporan kitaran Lesson Study akan didokumenkan untuk dijadikan
rujukan dan panduan masa akan datang. Guru boleh mendokumentasi laporan kitaran Lesson
Study ini di dalam fail peribadi dan kumpulan bagi tujuan perkongsian bersama dengan guru-
guru lain di dalam kumpulan tersebut.

RUMUSAN

Pembentukan amalan PLC juga telah mewujudkan hubungan positif antara pasukan
kerja guru dan menggalakkan persalngan sihat antara guru-guru ke arah hasll kerja yang
berkualiti, Melalui cara ini, pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi dapat
disebarluas dalam kalangan ahli organisasi tersebut di samping mempertingkatkan kemahiran
guru dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dapat dirumuskan bahawa amalan PLC
ini patut dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara kita agar dapat mewujudkan budaya
professionalisme sesame guru ini di sekolah.
Rujukan

DuFour, Richard &Eaker, Robert (1998). Professional learning communities at work: Best

practices for enhancing student achievement.1st ed. Solution Tree.

DuFour, R., Eaker, R., & Many (2006). Learning by doing: A handbook for professional learning

communities at work.New York: Teachers College Press

Fechter,F.W., & Horowitz, R. B. (1991). Visionary leadership needed by all managers.

Industrial Management, 33(4), 2-5.

Fernandez, C., & Yoshida M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to Improving

Mathematics Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.

Hord, S. (1997). Professional Learning Communities: Communities of Continuous Inquiry

and Improvement. Austin, Texas, Southwest Educational Development Laboratory.

Huffman, J. B. and Hipp, UK. (2003) Professional Learning Community Organizer, in J. B.

Huffman and K.K. Hipp (eds) Professional Learning Communities: Initiation to

Implementation. Lanham, MD: Scarecrow Press.

Isoda, M. (2007). Where did lesson study come begin, and how far has it come? In M. Isoda, M.

Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in Mathematics: Its

Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement. Singapore: World Scientific

Publishing, 8-15

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Perancangan

Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Pusat Bandar Damansara, Kuala

Lumpur.

Stigler, J.W., & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for

Improving Education in the Classroom. NewYork: The Free Press.

Anda mungkin juga menyukai