Anda di halaman 1dari 4

SOALAN TUGASAN

ANDA DIKEHENDAKI UNTUK MEMBINCANGKAN SECARA KRITIS SEJAUH MANA


PENDIDIKAN INKLUSIF BERJAYA DILAKSANAKAN DI SEKOLAH ARUS PERDANA DI
MALAYSIA. PANJANG PENULISAN AKADEMIK INI ADALAH 600 PATAH PERKATAAN.
PENGENALAN

Pendidikan inklusif merupakan erti kata lain bagi pendidikan khas iaitu pendidikan yang
diberikan kepada murid-murid berkeperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid normal di aliran arus perdana, berkongsi (kelas dan diajar oleh guru yang
biasa). Pendidikan ini dilaksanakan dalam dua bentuk. Pertama, separa inklusif dan kedua
inklusif sepenuh masa. Diringkaskan dua bentuk pelaksanaan pembelajaran inklusif ini
adalah dijalankan bersama-sama dengan murid normal secara sepenuh masa dan separuh
masa. Selain itu, objektif pendidikan inklusif juga perlu diberi perhatian sepenuhnya agar
perkara-perkara yang ingin dicapai dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan sokongan
personal dan kolaboratif semua pihak untuk menggalakan penglibatan sama taraf murid
berkeperluan khas dengan murid normal. Kesimpulannya, pendidikan ini dapat
melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu
sejajar dengan sukatan kurikulum pendidikan inklusif. Perkembangan ini meliputi aspek-
aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar
mereka boleh berdikari dan memberi manfaat kepada diri sendiri juga orang lain (Chew
Fong Peng ,2008).

SEJAUH MANA PENDIDIKAN INKLUSIF BERJAYA DILAKSANAKAN DI MALAYSIA

Pada pendapat saya, sejauh manakah pendidikan inklusif berjaya dilaksanakan di


Malaysia ialah kurang berjaya. Ini dapat dilihat dari segi justifikasi yang dirancang dan
pelaksanaan semua dasar oleh kerajaan agar murid-murid berkeperluan khas mendapat
pendidikan sewajarnya.

Pertama, keperluan kesamarataan hak asasi. Ini pentingnya dalam pelaksanaan


pendidikan inklusif, setiap individu mendapatkan hak sama rata agar mereka berasa selesa
untuk belajar pada persekitaran yang sama dengan murid normal yang lain. Hal ini kerana
keperluan pendidikan murid-murid berkeperluan khas ini perlu disediakan secara lengkap
dan sesuai dengan keupayaan mereka supaya penguasaan pembelajaran lebih efektif dan
berhasil meningkatkan kecergasan (Herawati, N. I. 2016). Akan tetapi, apa yang dapat kita
lihat pada hari ini hak sama rata itu tidak mampu dibahagikan sebaiknya oleh pihak yang
terlibat seperti guru dan juga ibu bapa. Malah, pelbagai pendapat yang negatif dilontarkan
dengan murid-murid bekeperluan khas ini dan yang menjadi mangsa keadaan adalah pihak
sekolah yang menerima tomahan-tomahan yang tidak sepatutnya. Keadaan ini juga
menyebabkan kesedaran dan penglibatan dalam kalangan orang awam semakin susah
untuk ditingkatkan.
Sehubungan dengan itu, kualiti pendidikan inklusif juga mesti dilihat satu keperluan
jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan
berkeperluan khas di negara ini. Masalah ketidakupayaan tidak menjadi alasan untuk tercicir
daripada mendapat pendidikan kerana pelbagai intervensi boleh dilaksanakan dalam
menyediakan perkhidmatan kepada golongan ini. Konsep pendemokrasian pendidikan perlu
sentiasa diamalkan kerana kanak-kanak mempunyai banyak persamaan dan agen yang
baik diperlukan untuk mengajar mereka. Child centered menjadi keutamaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Realitinya, intervensi awal kurang dilaksanakan apabila
mengetahui murid-murid bekeperluan khas ini mempunyai masalah keupayaan yang tidak
diketahui oleh guru. Jika keadaan sebegini berterusan, maka, murid-murid ini akan
mempunyai masalah untuk meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka kerana tidak
mendapat bimbingan yang sewajarnya (Noriati A. Rashid et.al ,2017).

Selain itu, keperluan sosial juga perlu diseimbangkan untuk mewujudkan hubungan
kemanusiaan antara masyarakat terutamanya di sekolah bertujuan agar kanak-kanak
normal dapat menerima golongan pelbagai keupayaan ini secara semulajadi. Walau
bagaimanapun, keperluan sosial ini juga masih tidak dititikberatkan oleh guru menyebabkan
situasi ini mempengaruhi murid-murid normal untuk berkomunikasi dengan murid inklusif
kerana bagi mereka, murid bekeperluan khas ini membahayakan dan tidak boleh dibawa
untuk bergaul atau bermain bersama. Kesannya, mereka yang bekeperluan khas ini tidak
dapat membina keyakinan diri bagi mencapai potensi yang optimum (A.Aziz
Deraman,1994).

KESIMPULAN

Zaid Ahmad et al., 2006 mengatakan bahawa kejayaan pelaksanaan program pendidikan
inklusif ini adalah berdasarkan perancangan yang telah diatur dan dibincangkan. Usaha
berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.
Guru-guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Dalam pendidikan, guru mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu
pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri sama taraf dengan masyarakat
global yang lain.
RUJUKAN

A.Aziz Deraman (1994), Pendidikan Inklusif di Malaysia, Kuala Lumpur: Perpustakaan


Negara Malaysia.

Chew Fong Peng (2008), Budaya dan Masyarakat Penerimaan Komuniti Khas di Malaysia,
Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Herawati, N. I. (2016). Pendidikan Inklusif. EduHumaniora | Jurnal Pendidikan Dasar


Kampus Cibiru,2(1). doi:10.17509/eh.v2i1.2755

Noriati A. Rashid et.al (2017). Budaya dan Pembelajaran Pendidikan Inklusif, Kuala Lumpur:
Percetakan Printpack Sdn. Bhd.

Zaid Ahmad et al. (2006), Gaya Pembelajaran Murid-Murid Khas di Malaysia, Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai